Monday, February 12, 2018

IVF Bahagian II

Assalamualaikum...

Ok jom cepat sambung cerita IVF...aku dah ada cerita tambahan lain pulak lepas ni...

Jadi, sabtu lepas 10 Februari 2018,tepat pukul 6.40 pagi, Nani amik aku, kemudian amik Sikin

Kami be ready (ini diambil dr pencil case momo zaman u kteorg dulu..huhu) ke PCMC...

Kenapa Momo takde? sebab dia kena settlekan hal MBA dia...jadi dia datang lambat...

dan..sebab aku nak bff aku merasa experience orang pergi IVF...

Sebab klinik IVF ni sangat private..(and to some shallow minded people IVF ni mcm sesuatu yg taboo,negative, related to infertility yada yada..) tapi bff aku sume tak macam ni ye..very american occay...jadi aku nak la mereka yang penting ni merasa pengalaman ni..tapi aku x ajak yoyo sbb dia jauh nun di penang...dan geng lelaki aku sbb dah kenapa nanti susah pula aku nk bergolek gantang di situ...dan jugak psat..sbb hari sabtu dia kena melayan sultan amir sepanjang hari (banyak pulak explanation aku..tapi...nampak tak bilangan kawan kawan aku?mmg diorg je la pun)

Mula mula aku pergi day care centre level 2, untuk buat pembayaran (IVF ni bukan isurance cover tau..jadi fork out duit asb lah huuu anak oh anak betapa pricelessnya kamu)

Sementara nak tunggu klinik IVF bukak kteorg g makan kat tarik cafe..terserempak dengan mak aku yg kebetulan jaga ika yang turut diwarded (ni cerita lain..susah susah aku suruh dia buat blog jugak lah..hewww)

Lepas tu momo pun sampai....

pukul 8, kami ber-4 pun pergi klinik ivf...masuk masuk nurse yang selalu borak dengan aku dah siap ber scrubs bagai...woww harus la aku cuak begitu...

aku explain cakap aku bawak bff aku datang..lepas tu dia ajak masuk mcm ward kecil dengan friendly nya dia siap ajak nani n sikin..."come come you guys can also wait inside"

pukul 8.25am dr kk datang...

seperti biasa..soalan generic dia "so, how are you?"

dan seperti biasa, pesan aku kat dia "jangan sakit tau doktor.makcik saya kata sakit sangat sebab dr akan cucuk ovari saya"

Dr kk buat muka pelik dia "whatt??? no lahhhh sikit je..macam period pain..it won't hurt that much"

Since dah ber-procedure-procedure aku jalani dgn Dr KK..aku pk.."i shud trust him!"

Dalam pukul 8.35am..aku masuk OT..jalan kaki..dekat je..

masuk dalam tu borak dengan anesthetist dia cakap nak inject lebih kurang 2 minit aku tidur...

Sekali lagi pesanan aku kat anesthetist tu "jangan sakit tau doktor"

"A bit la..a bit ok"

Nurse anesthetist tu pesan.."selawat puan..selawat"

Lepas inject aku dipasangkan mask...

tak sampai seminit..aku  pun..booomm tidur!

Sedar sedar aku dalam bilik...dengan nani dan sikin...

Ada nurse embryologist tengah nak monitor BP aku...dan nampak la nani dan sikin duduk kat kaki katil aku...

I'm in pain MENTALLY rupanya..

Secara jujurnya..aku tak rasa sakit sangat pun..

Boleh ditahan...

Tapi, sebab aku saiko dengan experience makcik aku..dan teringat penambahan perisa pakcik aku cakap "dr kau cakap macam period pain je? doktor kau lelaki ke perempuan? dia pernah rasa period pain?"

Dan oleh sebab aku nak g berjimba dengan kengkawan aku kononnya malam tu, aku gatal la gi makan arcoxia...sebiji pain killer

(ok nanti sambung cerita ni)

Jadi, dalam pukul 9.45am, momo masuk bilik setelah memberikan sperma pada embryologist

Dalam pukul 10, embryologist, a nice chinese lady, datang bagi tahu kami perkara berikut:

- Dr KK kutip 6 follicles

- Dalm 6 tu ada 5 yang ada oocytes (telur) yang kelihatan elok untuk disenyawakan, yang satu tu nampak fragile, tapi dia cuba selamatkan

- ada sebiji cyst 2.1 cm kot, dalam tu x de telur dan bukan cancer cells (alhamdulillah) dan cuma ketulan darah lebih biasa je lah...

- petang ni baru dia beritahu macam mana keadaan sebijik telur kecil aku tu..

-dan untuk telur yang lain, akan ambil masa 3-4 hari untuk tengok keadaan mereka selepas disenyawakan dengan sperma momo, sama ada berjaya atau tidak manjadi embrio dan seterusnya disimpan dalam freezer

ok...

memandangkan dr kk datang pukul 12 lebih, momo pun chow dulu pergi mba dia...

Lepas dr kk datang, dia explain benda yang lebih kurang sama dengan embryologist tu...dia cakap, jangan risau, banyakkan berdoa...

Tak lama lepas tu embryologist datang balik..

aku sangat risau rupanya kalau kalau embrio aku tak jadi, mestilah aku sedih kan...dah la ni macam effort aku yang kalau kalau aku tak dapat anak ke lain kali...aku dah lah almost sangat excited nak menjadi clingy mommy macam gitu...yela, aku pernah jumpa psychologist..dia tibai aku kaw kaw..dia cakap "awak ni, kata nk masuk syurga, tapi anak pun awak tak nak...awak tahu kan anak tu jambatan awak ke syurga?" iols was sentap jugak lah masa tu...jadi bila aku dah buat IVF ni, mesti lah kecewa kalau kata tak jadi... sila doakan aku rakan rakan pembaca (chewah...macam ada orang baca pun, statistik blog pun 3 orang reader sehari...)

Mungkin embryologist aku tu sangat experienced, dia nampak riak muka aku yang kelabu ni, lalu dia memberi kata-kata nasihat selama lebih kurang 30 minit...
"the most important thing is for you to go for cancer treatment"
"you will be fine, cancer is common nowadays"
"don't pressure yourself too much, your oocytes know if there is any bad aura from you"
bla bla bla..
last last dia peluk aku..."i wish you all the best. We will pray for you"

I is terharu di situ

Lepas dia keluar, sikin pandang aku buat muka kagum "wahhh macam tu sekali semagat dia bagi kat ko ** kalau macam ni, sesape pun patut bersemangat nak pergi treatment"

Dah settle semua, dan lepas aku telan arcoxia tu..

Kteorang pun balik...

Aku cakap nak g makan dulu lah, sebab aku lapar,

So kami decide nak makan kat coldroom kot nama dia kat permaisuri...

Sementara nak tunggu makanan sampai...

"bluewekkkk" aku muntah..

Aku pk..dah kenapa, sebab aku tak makan dari malam tadi kot "sebab aku puasa"

Lepas tu aku cuma makan icecream je, walaupun ada pizza sikin order, tapi aku tak selera nak makan

Dan, sementara nk tunggu sikin tapau pizza, aku dah tak larat, aku minta nani kunci kereta dan duduk dalam tu..

Terus balik rumah

Sampai rumah, aku terus tidur

Malam tu, aku demam, panas gila 38.8 sampai mencucuk kat belakang dan dada...

Seluruh badan aching

Masa tu aku fikir,, "pergh..kalau chemo seteruk ni, macam mana aku nak handle 6 kali wey"

Momo dan Ika, yang baru discharge jaga aku malam tu, kejap kejap lap, kejap kejap lap..dah camno, orang sakit rawat orang lagi sakit kononya

Esoknya, bangun aku dah tak pening sangat, so aku solat subuh cam biasa, lepas tu tidor, bangun tengahari tu Ika suruh mandi, aku pun mandi la, aku tengok muka aku dah macam kena gigitan tebuan bengkak semacam

Lepas lunch, aku muntah...ok fine..tak larat!

Aku pun decided nak pergi hospital, surrender, kena lah inject masuk air, steroid, segala mak nenek ubat

Kat hopital, dr ER telefon dr kk, dr kk kata bukan due to IVF procedure atau operation tu, maybe arcoxia effect la...

dia tak kasik aku admit (ye dr kk adalah sejenis doktor yang tak suka aku duduk hospital lama lama, lagi cepat blah lagi bagus, sebab dia kata hospital tak bersih untuk orang tak berapa sihat)

jadi, aku pun pulang..dengan harapan esok aku fit nk chemo ni...

Ha tengok! excited tak aku nak chemo...penat dah weyyy aku berdebar debar pastu tak jadi...benci tau false alaram

Jadi, pagi ni tadi, dengan semangat gila aku pukul 7.50 dah sampai klinik oncology, kluar lif, nampak kak rahimah

"hai kak! aku cakap"

dia pandang aku, toleh 2 kali..

"saya lah ******"

"la....kenapa muka awak?"

"entah lah kak, saya rasa macam tak boleh buat chemo je ni...bengkak semacam kan"

kak rahimah cakap...oh takpe takpe...akak bagitau dr rachael dulu eh..

Lepastu, dia amik gambar aku send wasap kt dr rachael, dan few minutes later, dr rachael jumpa aku

Ok...kompem dr rachael tak kasik...dia cakap, most probably sebab allergic reaction acorxia tu lah...jadi dia cadangkan aku pergi dermatologist...

Jadi, aku menetapkan untuk jumpa Doctor Chang, seorang dermatologist kat gleneagles...

Sebenarnya aku agak reluctant nak ke Gleneagles, sebab aku menyampah dengan kesesakan lalu lintas kat jalan ampang ni, dan rupanya gleneagles ni sangat lah besar, jauh ok nak menapak dari satu tempat ke satu tempat, parking pun mahal..hey admitted pun takde flat rate, apakah? oh dan lepastu staff dia tak seperamah PCMC, kecuali doctor chang dan nurse kat ward aku...tapi staff lain, macam admission staff, porter, semua tak best..booo..macam nak tak nak jer service, Prince Court memang paling terbaik lah.. (ha, siap review gleneagles aku kasik kat sini)

Ok, jadinya ceritanya sekarang adalah aku kat Gleneagles lah pulak hari ni...

Hew hew hew...

Oh..dan results embrio aku, aku belum amik lagi, embryologist aku cakap, telefon dia bila aku ready, dia takut kalau aku tahu dan resultnya buruk, nanti aku sedih untuk chemo aku...

Jadi yang tu later lah aku sambung pasal tu bila aku dah mentally prepared nak tahu...

Buat masa ni, chemo postpone, IVF result pun postpone

heyyy main konar konar pulak cerita aku tiba tiba ada tambahan cerita lain

harap harap lah takde berita buruk gila dari result-result darah aku kt sini..

Haih kena cucuk lagi..

Takpe lah..nak buat camno...hidup kena positif..."Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya" kan?

Oh..dan tadi aku baca tafsir (which aku jarang baca..huuuuu) tiba tiba terserempak ayat ni..surah al-mu'minun ayat 12-4


Betul lah orang cakap "Al-quran ni berinteraksi dengan kita, tidak lapuk dizaman, bila-bila masa kalau kita hilang arah ke, sedih ke, flip je quran, baca mana-mana ayat...akan ada jawapan nya"

Ok lah, tu je lah cerita aku hari ni...

Jangan risau...hari ni aku dah ok, sabtu ahad dan pagi tadi memang collapse

Tapi, sekrang, i'm fit as a fiddle..lalalalala

P.s cepat la benda ni settle, aku dah tak sabar nak chemo weyyy!!!! seriously!


1 comment:

arjun said...

Nice post. When I was gradually read your blog, then I understand that you shared the best information on the Best IVF centre in Punjab