Mula mula aku nak meluahkan rasa gembira kepada diri sendiri sebab results master sem 1 aku sangatlah cemerlang
Dah lama aku tak merasa seperti seorang pelajar bijaksana...tak sia-sia aku pilih kos yang aku minat..sociology dan anthropology..
Sebenarnya tajuk aku ni berkaitan dengan subjek sociology yang aku belajar...
Masih aku ingat dalam satu kelas "Pengenalan Kepada Sociology" aku belajar pasal birokrasi...
Konsep birokrasi ni mengikut Max Weber adalah konsep yang paling efisen sekali untuk memastikan sesuatu organisasi berfungsi dengan cemerlang
Antara ciri-ciri birokrasi yang aku ingat lah adalah:
- Minimal hubungan antara manusia, yang lebih adalah kertas kerja, semuanya berlandaskan kertas kerja
Biasanya oragnisasi besar yang sedia ada ni mengamalkan birokrasi la..maksudnya semua nya kena ikut prosedur A-B-C-D, setiap pekerja ada tugas khas yang tidak bercampur aduk dengan tugas yang lain, lepastu kurang human touch..
Masa mula-mula aku pilih Prince Court sebagai hospital pilihan aku, antara sebabnya adalah konsep birokrasi ni jugak lah..atau pun 'kau bayar, kau dapat servis yang bagus'..dan sebagai manusia yang tak suka sangat manusia, aku rasa..."bagus la..aku cuma deal dengan orang yang aku perlu deal sahaja tak perlu extraordinary extension"
Tapi, lepas aku mendapatkan rawatan kat sana, aku boleh cakap yang manusia dan human touch tidak boleh dipisahkan...maksudnya salah satu ciri birokrasi yang Max Weber cuba terapkan tu salah la...(wakakakak, sangat la konpiden aku menyalahkan Max Weber)..dan teori aku sendiri yang menyatakan aku hanya nak berurusan utk tujuan aku sahaja, adalah salah..tettt..wrong big time!
Sebabnya, walaupun memang benar yang aku dapat apa yang aku bayar kat PCMC
Tapi, nurse nurse kat situ memberikan aku 'bahu untuk dipinjam' secara percuma...dan ianya sesuatu yang sangat comforting disaat aku rasa hidup aku ditimpa malang selama 31 hari pertama dalam 2018...
Kalau segala alat yang aku guna aku dikenakan caj..tapi untuk masa dan kata-kata semangat dari nurse-nurse yang tahu masalah aku A-Z adalah free of charge....diorang tak dibayar lebih masa ke apa ke..tapi aku yakin diorang buat tu sebab aku manusia, dan sebab mereka pun manusia...
Yang menariknya lagi, nurse-nurse yang kasik aku semangat ni tak kira bangsa mahupun agama...maksudnya humanity goes beyond race and religion..
Jadi aku nak share sikit la pengalaman terharu aku mendapatkan kata-kata semangat dari nurse kat sana:
- Kak Nalini, nurse kat ward 6D,seorang nurse berbangsa India,bukan Muslim..dia lah yang tahu kes aku, dari start tumor, sampai la aku discharge..dia sangat tegas orangnya walaupun aku tau dia kesian kat aku...entah kenapa, masa aku tahu aku cancer, aku cakap kat dia "kak, doakan saya tau!" dan dia cakap "ya, kita sama-sama doa..you must be strong!" terharu aku masa tu
- Seorang junior nurse kat ward 6D, yang selalu tagged along Kak Nalini, muda lagi, Melayu Muslim orang utara...dia ada dengan aku masa 1st time aku kena scan dgn Dr KK, yang masukkan scanner ikut serviks...bukan pengalaman terbaik...tapi adik tu baik je, walaupun muka dia takut-takut, almaklumlah freshie, tapi dia macam "takda apa lah kak..." "baik-baik ya kak" dan bila selepas seminggu discharged aku terjumpa dia...dia dengan happynya "haaa..akak!ceria sikit dah nampak muka!"
- Nurse india, bukan Muslim yang tolak aku dari ward masa nk operate...dia yang nampak muka aku pucat lesi ketakutan, dia memang cheerleader sungguh la...muka dia yang menyeringai dan siap gaya gaya tangan thumbs up "positif ok! positif! you can do it!!" "nanti esok pagi, i yang akan hantar you pergi ot..lepastu i janji, i yang amik you balik.you keluar-keluar nanti, i ada tau!" rasa macam nk lawan rugby je ada cheerleader (ok tipu, aku mana pernah main sukan..ciss)..
- Semua nurse ward 6D yang aku rasa kenal aku sebab tahap ketakutan aku melampau-lampau...ada nurse chinese yang cakap sebijik macam melayu, ada nurse dari sabah, ada nurse melayu yang sedikit garang sebab dah 2 jam aku makan ubat tidur tak jalan-jalan..huahaha..masa aku nak discharge, beramai-ramai mereka cakap.."get well soon...nanti you masuk sini lagi masa tu kami nak jaga baby you pulak tau" ok..i is terharu..sobss
- Kak Rahimah, nurse kat oncology, aku rasa ni assigned nurse Dr Rachael la...sangat lah experienced dalam chemotherapy...dia explain tu macam "la..jangan takut, ramai je orang dah go thru benda ni, semua orang ok...awak di tangan yang sepatutnya..kami akan jaga awak dengan baik" series la, selain dr rachael, lepas jumpa kakak ni, aku macam, ok chemo, hit me baby!i'm ready to get bald like britneyyy!
- 2 orang nurse kat IVF centre, sorang Indian, sorang India muslim..dua-dua sangat memahami kebencian aku pada jarum..masa nak kena briefing cucuk jarum tu, diorang siap tak kasik aku dengar sebab muka aku trauma gila..cuma diterangkan kat momo dan ika sahaja..nurse India tu cucuk tak sakit langsung, sangat fofesenal ya...nurse india muslim tu pulak, memberi aku peringatan tentang betapa aku ni perlu bersyukur, sebab walaupun aku ni bak jatuh ditimpa tangga, tapi ramai lagi orang lagi kurang bernasib baik, aku sepatutnya ingat yang Allah tak akan menguji hambanya di luar kemampuan mereka...haa baguskan..rasa nak nangis kat situ pun ada..terus skali lagi aku rasa terharu...
-Nurse Dr KK of kos lah..yang selalu kasik aku tips tips sebelum berjumpa Dr KK..ahahaha..."you buat ni dulu, kalau dr kk buat nnt lagi sakit" "you datang macam ni macam ni" dia kasik step by step guidance..ala-ala bawak toyol la ada dia ni,semua benda dia kasik heads up..huhuhu
-Nurse yang amik darah kat klinik gynea...oleh sebab aku penakut tahap takde skala.. masa nk amik blood sample...dua kali, dua-dua kali aku tanya "sakit tak? jangan sakit tau" jawapan dia, relaks je "apa lah i dapat kalau i sakit kan you? mesti la i takkan sakitkan you kalau boleh..tapi, cucuk jarum memang lah rasa sakit kan?" lepas tu dia gelak gelak...
Jadi dengan pengalaman aku bersama nurse-nurse macam ni, aku percaya yang humanity tu sangat mahal berbanding wang ringgit..
Nurse-nurse macam ni ada je kat hospital kerajaan yang ramai orang tu..ada kat mana-mana..cuma nasib baik atau tak je kita jumpa atau tak..
Sama jugak macam doktor...
Pada aku, tak semua orang layak jadi doktor dan nurse...semua orang boleh jadi doktor atau nurse kalau diberi peluang,kau tak perlu jadi super genius untuk jadi ke-dua-dua ni..mungkin kau cuma perlu ada dteremination dan duit la untuk belajar...TAPI, ke"layak"kan nak jadi doktor atau nurse ni bukan ada pada setiap individu, tak semua orang boleh betul-betul sympathy dan empathy pada strangers, tak semua orang boleh betul-betul risau pasal orang lain yang takde kaitan pun dengan dia, tak semua orang boleh memberi harapan untuk meneruskan kehidupan kepada orang lain..
Mungkin semua orang boleh cucuk jarum, bedah perut, explain panjang berjela pasal sesuatu penyakit..tapi untuk mendapatkan soft skills yang aku cakap kat atas, aku rasa Allah hadiahkan pada orang orang tertentu sahaja, dan mereka ni tak kira dimana mereka bekerja hospital swasta mahupun hospital kerajaan sifat kemanusiaan mereka takkan hilang dan takkan mampu dibentuk semata-mata oleh wang
Aku sangat bersyukur sebab sepanjang aku sakit ni aku ditemukan dengan ramai (majoriti) doktor dan nurse yang sangat berperikemanusiaan, superheroes yang diberi pinjaman sedikit hati emas dalam diri mereka...
Alhamdulillah..terima kasih Ya Allah atas nikmat yang aku takkan mampu jelas kan...betul kata kakak nurse IVF tu, aku kena positif dan fikir yang sebenarnya masih banyak nikmat yang Allah beri pada aku..
Dan kepada semua hero-hero aku,terima kasih, sebab buktikan kat aku, yang superheroes wujud dalam dunia :)
No comments:
Post a Comment