Assalamualaikum...
Ok...akhirnya aku dah dapat date untuk 1st chemotherapy..
12 February 2018..pukul 8.30 pagi
Sebabnya, follicles aku dah ready (hampir...so close) untuk pick up... :)
Jadi mengikut plan doktor, hari sabtu adalah hari egg pick up aku...
Alamak, apa pulak egg pickup la segala mak nenek ni kan?
Sebab aku belum cerita lagi pasal IVF aku...jadi...mari aku mulakan sedikit sebanyak
Sebenarnya aku "KENA" buat IVF ni, sebab Dr KK risau selepas aku chemo, kalau kalau ovari aku tidak dapat menghasilkan telur yang sempurna...
Dan rupanya, mmg Dr KK adalah seorang pakar bab IVF ni...tak caya, boleh google..hewhew
Macam mana proses?
ok, mula mula, dia cakap dengan aku, 1st day je aku period, aku kena call dia (nurse dia sebenarnya, siap kasik Hp no Tara tu lagi)
Jadi, pada hari sekian sekian, aku pun call Tara..
Terus esoknnya aku pergi klinik Dr KK..
Dan, aku di scan guna probe yang masuk bawah rahim tu...
Bukan pengalaman yang menarik langsung, plus aku period, so awkward di situ, tapi rupanya memang kena scan masa period, sebab Dr KK nak pastikan yang itu adalah period atau tak, dengan melihat dinding rahim aku...ye, sebab aku ada history period all over the calander kan...
Dan yup, kali tu memang period...
Jadi, selepas beberapa hari (1 atau 2 hari kot) ke immediately..lupa lahh...aku diberikan injection...
Aku yang penakut nak mampos ni tak dengar pun ubat apakah yang dicucuk...cuma Momo, seorang suami yang prihatin yang dengar explanation nurse...cucuk ni..cucuk tu..
Basically, 2 injections per day...
Sebelah kiri perut satu, sebelah kanan perut satu..
Injection ni dibuat untuk 4 hari,
Hari ke 5 aku kena jumpa Dr KK balik scan jugak lah...tapi, sedih, sebab masa hari ke 5 follicles aku tak membesar, cuma 2-5mm kot
Dr KK pun pelik...jadi, dia tambah injection untuk 4 lagi hari..
Selepas hari ke-5..(means hari ke la) kena scan lagi...dan turns out follicles aku sangat lah slow pembesaran nya..cuma 5 ketul bersaiz 5-9mm...sekali lagi aku nampak muka kekecewaan Dr KK di situ..tapi kali ni kecewa campur bersemangat untuk meneruskan...
Jadi, untuk 4 hari seterusnya, dia tambah injection, dan dia suggest aku inject kat hospital...
Berulang-alik lah aku ke hospital selama 4 hari untuk cucuk ubat ni (sebenarnya hormone aku rasa)...
Selepas itu pergi balik ke Dr KK..dan Yay! Alhamdulillah, 5 biji telur aku membesar dengan lebih baik (9-17mm)
Jadi, doktor tambah lagi 2 hari injection (which ends semalam pagi)...dan hari ni aku pergi scan...
Dan hari ini, masa scan, Dr KK cakap aku dah ada beberapa lagi telur, dalam 7 biji bersaiz 7mm-22 mm..alhamdulillah...rasa happy la jugak
Jadi Dr KK confirmkan untuk aku buat egg picking (iaitu proses mengeluarkan follicles aku) pada hari sabtu ni...
Mengikut kata Dr KK, lepas keluarkan folicles, dia akan amik telur dalam follicle tu, dan disenyawakan dengan sperma Momo...
Tujuan disenyawakan siap siap adalah sebab mortality rate untuk embrio (telur yang telah disenyawakan) adalah lebih baik, so close to 100% berbanding simpan telur aku semata-mata (85%)
Tapi, aku respect kat Dr KK ni, sebab dia explain siap-siap..yang aku kena decide, nak simpan telur aku je ke atau dgn Momo...atau nak buat half-half...sebabnya dia concern, jikalau kata jodoh aku dan momo tak panjang, aku dah tak boleh guna telur yang disenyawakan tu (masa di menyuarakan ke-concern-an dia...aku macam respect gila, sebab walaupun dia non-muslim, tapi dia ada rasa tanggungjawab untuk terangkan kat aku...masa tu aku sangat rasa yang aku hidup di Malaysia yang harmoni :) )
Sebelum balik tadi, aku tanya Dr KK
"How many eggs are there in 1 follicle?"
- One
"Any possibilities that there'll be more than 1 egg?"
- Most probably no
Last skali aku cakap dengan dia...
"Just in case there are no eggs at all in my follicles this Saturday....I'll be sad right?"
Dr KK pandang aku dengan muka pelik campur nak marah pun ada agaknya...hahaha
Dia bukak specs lepas tu dia pandang aku...
"Why do say like that?? Right now, all is left for us, is to pray! Pray that the above will help us!"
Aku senyum...
Antara benda yang paling aku suka kat PCMC ni sebab semua staff dia akan ingatkan aku akan kewujudan The Greater Power...The Absolute Power...Allahuakbar...
Semoga semua process yang akan aku lalui berjalan lancar...dan jika semuanya ok, aku ada alasan yang sangat sangat kukuh untuk memastikan yang aku lalui process chemo aku dengan sempurna, sebab ada manusia kecil yang menunggu aku dalam tempoh masa setahun lagi..jadi..hang in there my eggs and keep on growing big and strong..just like me..wakakaka..
p.s jadi, lagi sehari ni, aku makan la makanan yang berkhasiat dengan harapan telur telur aku keluar dengan baik :)
p.p.s untuk bff kecil aku si chucky Hannah, doakan tau tiap hari!!!Doa budak budak makbul :D
No comments:
Post a Comment