Saturday, February 24, 2018

Pengalaman Menakutkan Paling Teruk Sepanjang 3 Dekad Kehidupan

Assalamualaikum

Wow tajuk aku macam karangan UPSR pulak..

Alhamdulillah hari ni hari ke 10 aku selesai chemotherapy yang pertama...

Dan! hari ni jugak hari pertama yang aku bangun dengan rasa 'sane' iaitu rasa normal..bukan exactly normal macam 3 bulan lepas, tapi 80% normal..which is sangat baik dah untuk aku yang dah 9 hari bangun rasa dunia ni macam satu putaran roda impian..exaggerate much eh?

Jadi mari aku ceritakan pengalaman aku sejak hari pertama aku balik chemo tu...seperti entry aku sebelum ni, balik chemo tu, aku sangat normal, dan happy, lalaland macam tu..balik siap makan asam pedas dengan alasan 'baik makan sebelum selera hilang'

Dah tu, aku siap cakap kat abah, 'esok nak ikut g subuh kat masjid la, sebab nak dapatkan udara pagi....'

Tapi, we plan, Allah plans and indeed Allah is the best of planner...

Jadi bermula lah kisah aku...

Hari pertama post chemo:

- aku terjaga pukul 4.30 pagi, rasa nak muntah..ok, fine, pergi toilet, muntah lah asam pedas aku makan semalam...
- guling guling atas katil sampai abah turun pukul 5.30..cakap kat abah, "**** muntah lah bah, tak jadi lah nk g masjid"..abah cakap "ha, kalau muntah tak payah pergi, rehat je"
- pagi tu, pakcik aku dari kuantan datang, aku tak larat nak bercakap langsung, cuma baring je sambil terbelahak mengeluarkan angin dan kadang kala muntah
-dan...sepanjang hari tu, setiap yang aku makan, aku muntahkan balik, dan setiap apa yang aku bau semuanya bau busuk gila..asam pedas? busuk... sambal tumis? busuk...minyak young living yang sikin kasik..busuk..tapi, aku masih bertahan lagi masa tu..jadi aku set dalam otak 'ok..dr rachael kata muntah adalah side effect, jadi, hadamkan je lah"

Hari kedua post chemo:

- muntah makin melampaui batas normal...
- family aku kasik minum air kelapa, air durian belanda, air nenas segala jenis air la, semua nya muntah
- tak dapat makan langsung...
- atok n nenek aku datang sebab diorang nk pergi umrah malam tu..tapi aku tak larat..kesian atok, sebab dia tak tahu aku cancer, nangis atok tengok aku melepek macam sejenis ulat yang tidak bermaya di atas katil...
-pulak tu malam tu ramai orang datang rumah mak aku, jadi aku macam rasa weng weng sedikit di situ

Hari ketiga post chemo:

-sebab aku dah hampir total rejection of foods, cuma minum air, ada la makan biskut kelapa yang atok bawak 3 keping, lepastu pun nak muntah, aku dah lemah longlai
-family pakngah aku datang pun aku tak larat, so rude of me sebab aku nak senyum pun tak larat, aku sendiri tengok muka kat cermin rasa menyampah dengan diri sendiri...aku tak la marah pasal aku ada cancer, tapi lebih kepada 'kenapa lah kesan chemo ni sangat teruk??????"
- oh, lupa nak cakap, sepanjang 3 hari ni, air kencing berbau sangat sangat teruk, bukan hancing yang macam kat tepi shopping mall tu tau, dia bau macam bahan kimia yang sangat erkghhhhh perghhhh busuk gila **** la...bayangkan lah, dah la aku nak muntah, loya, bila g toilet buang air kecil bau macam tu, rasa dia macam..uwaaaaaaaa

Hari keempat post chemo:

-hari ni momo ada interview, sebelum pergi, dia cakap 'balik nanti, kalau awak demam lagi, pergi hospital tau'..aku macam angguk angguk je la..sebab aku constantly check aku punya temperature, still below 38..so aku relaks
-tapi hari keempat ni pulak lah aku period pain, aku sebenarnya jarang period pain melampau, tapi, kali ni dia tikam belakang aku, ya Rabbi, sakitnya tu disini je lahhhh
- pukul 3 petang aku dah start jadi perempuan meroyan aku meringkuk kan badan aku tak kira la ada kesan jahit ke tak, aku malas nak fikir, lalu aku nangis, sebab dah tak tahan gila...
-muntah tetap muntah...
-aku minum air kelapa fresh sebijik, lepas 10 minit, bluekkkkkk keluar macam air terjun..pergh
-pukul 7.30 malam momo balik, dia tanya nak pergi hospital tak, aku cakap..takpe..aku ok, sebab suhu aku masih 37.8...aku fikir aku boleh!gitu
-dalam pukul 8.30, aku cek dah 38.4..ok, bad news! aku terus ajak momo dan mak aku g hospital..malas dah nk fikir ketakutan kena cucuk ke apa ke...
-otw tu aku baring kat belakang dengan mak dah menggigil gigil
-Dr Rachael kata, kalau demam, terus ke ER dan diorang akan kasik priority to cancer patients ongoing chemo, agak priority la, tapi still kena tunggu katil dalam ER tu, lepas 30minit takde, aku dah rimas rengsa, nk muntah segala, Momo pun pujuk2 nurse tu, last2 dia kasik katil no 1, dalam bilik, katil tu sangat tak selesa, tapi better la dari aku kerengsaan kat luar
- Dalam bilik tu, aku muntah, nangis sebab sakit dan mengenang nasib, dan muntah lagi, dan pergi toilet dengan air kencing yang busuk tu, dan diberi motivasi oleh mak dan Momo
- Medical Officer on duty tak dapat contact Dr yang ganti Dr Rachael (sebab Dr Rachael cuti), jadi next best person, Dr KK lah..lepas dapat queue dari Dr KK, dalam pukul 1 lebih jugak, aku masuk ward 5D..oh, rupanya ward 5D ni ward oncology, semua kat situ ala-ala seriously illed punya patients...dan nurse nurse dia pun sangat serious, jenis yang demam sikit je diorang risau gila...muka semua serious la

Hari kelima post chemo:

-aku masih sangat lembik, walaupun dah dimasukkan air sedari malam tadi, muntah tetap muntah, masih menolak segala jenis makanan, termasuk ice-cream prince court yang menjadi kesukaan aku...
- bila orang F&B datang nak amik order aku siap jawab 'order je la apa-apa, saya tak rasa nak makan pun'...
- aku masih dalam mood keletihan, rejection, kesedihan, memikirkan nasib, mempositifkan hati dan segala yang sangat sangat tak best
- diselang seli dengan nangis, dan muntah, dan air kencing yang bau bahan kimia melampau
- dalam pukul 10 lebih Dr KK datang, dengan muka risau dia, which aku sangat tak suka dengan muka tu...
-aku tau dia tak boleh buat apa pun sebab aku perasan doktor doktor ni, semakin pakar dia, semakin dia akan berhati-hati untuk membuat setiap satu keputusan, berbeza dengan doktor-doktor yang aku kadang kadang baca kat fb atau twitter yang simply ramble about everything..aku ada trust issue, jadi aku prefer doktor yang jenis klasik macam Dr KK, bukan bidang dia dia pass kat orang lain, tak memandai mandai, walaupun dia sendiri dah jadi doktor sejak 1986.. (ye aku sangat ada trust issue aku akan cek background Doktor aku!)
-Dr KK just cakap, 'i'll refer you to the next available oncologist' ye aku paham tu..dan lepastu dia cakap "and, do you know you have 2 embryos"....Ok, selepas 5 hari, aku rasa tu berita pertama yang buatkan aku senyum..."seriously Doctor? that's one great new at least.. i was too stressed these past few days, i didn't have the guts to ask"
- Dr KK senyum dan dia cuma kasik pesanan bapak bapak seperti 'cuba makan, cuba minum, jaga diri, etc etc'
- Dalam tengahri sikit Dr Zanapiah pulak datang, dia ni adalah ganti Dr Rachael, pakar darah, dia macam relaks la, dia cakap "ok, post chemo memang macam ni, ada orang memang tak tahan macam ni demam for few days, muntah, etc" tapi dia akan cek jugak kot kot dalam darah aku ada infection virus ke bakteria ke apa apa lah
- Sepanjang hari tu, aku maintain macam teruk tu lah, muntah, muntah, muntah, muntah, sangat sangat sangat awful

Hari keenam post chemo:

-pagi pagi Dr Zanapiah dah order buat blood culture, maksudnya kena amik sample darah untuk dikulturkan dan tengok ada bakteria ke tak..biasanya kalau ada virus jahat gila dan banyak kejap ke boleh nampak tapi normally dalam 3 hari dah tau reseult sebenar lah
-aku dah lembek nak surrender je dah..tapi nak surrender apa pun aku tak tau..bayangkan bila aku tidur aku mimpi indah, bila bangun hidup sengsara, macam tu la rasanya
- badan rasa lembek gila, perut rasa lapar, tapi tekak tak boleh masuk
- tapi, aku tau aku kena masukkan sesuatu dalam badan, jadi aku opt untuk minuman manis, aku mintak macam macam jenis air manis kat Momo dan Mak aku, laici, ribena sparkling, oren drinho, asam jawa, pepsi, dan jugak aku cuba makan buah...
-kenapa aku makan benda benda ni je? sebab aku tau, bila aku munth dia rasa sedap la sikit, muntah manis manis ni rasa lega sikit, dari bila makan ikan, muntah kang rasa hanyir, yucks...
- petang tu, tiba tiba dalam pukul 6.00petang, aku demam teruk, secara tiba tiba, naik 40.5 degree..bayangkan katil tu bergegar gegar ko!!!aku pakai selimut 3 lapis air cond tutup, tapi menggigil macam apa, mak aku panggil nurse terus, tapi nurse kan tak boleh buat apa, kena tunggu queue dari doktor, dalam 40 minit jugak aku kebiruan dan menggigil atas katil tu...pukul 6.40 macam tu 3 nurse datang masuk kan antibiotik, masuk je, dada aku rasa panassss, sangat sangat lebih panas dari ubat CT Scan, tapi, sebab aku dah sejuk macam kat eskimo, aku rasa lega jugak la dengan kepanasan melampau tu..maybe masa tu otak aku pun dah tak centre...
- tapi lepas je masuk ubat tu,habis je, aku muntah balik...huuuuuu...siksanya hidup
- malam tu Momo datang lepas dia settle interview, aku nangis lagi, mengenang kesakitan ya amat ni...kesian Momo dengan Mak kena pujuk aku lah pulak :(

Hari ketujuh post chemo:

-aku dah cuba nak makan sikit, aku suka makan wey secara alami, jadi bila aku rasa aku sihat sikit mesti la aku nak makan..pagi tu aku bangun dan bagitahu Momo "Shom, kalau awak beli nasi lemak kat bawah ni..kte nak sikit"
- lalu, Momo pun turun dan beli 2 nasi lemak, aku makan separuh bungkus dengan telur suku,sesuatu yang aku banggakan sangat ye, sebab aku makan!!!
- lepas tu breakfast aku sampai koko krunch, tapi sayang, selera aku belum cukup membuak buak, jadi aku tak makan...
- aku cuba sedaya upaya untuk tak muntahkan makanan tu balik, sayang la..dan yes! aku berjaya, sampai pukul 7 malam!
- Tapi, pukul 7 malam tu, sekali lagi aku demam tinggi, 39.8...dengan tiga selimut, menggigil gigil lah aku kat situ lebih kurang sejam sementara tunggu antibiotik masuk..
- hari ni jugak Dr KK datang sekadar sebagai "social visit" baru aku tau wujud term ni..ni kira macam doktor datang, bukan untuk cek atau caj kau, tapi sebagai tanggungjawab social dia, muka dia masih risau dan kesian kat aku..lepastu aku pun mengadu kat dia "i'm so sick of being here doctor"..dia cakap "it's ok, rest well, you are in good hands"..."i know.." aku jawab sambil senyum sikit :(

Hari kelapan post chemo:

- Dr Zanapiah datang dengan muka pelik "*******, sampel darah awak setakat ni takde apa, clear, jadi doktor kena suruh awak buat CT Scan la..kita tengok kot kot dalam badan awak ada abcess, internally, sebab kalau ikut PET Scan awak hari tu, takde cell kanser dah, jadi doktor pelik, kenapa awak demam ni"
- "huh???ala, doktor, kena CT scan ke?' aku dapat bayangkan sakitnya ubat CT Scan tu, dengan ubat bontot lagi..adoi...tapi sebab aku masa tu dah tahap redha whatever it is, aku macam apa apa je lah
- Pukul 3.00 petang aku pun di CT Scan kan...tapi betul lah orang kata, alah bisa tegal biasa, dah kali ke dua ni, takde rasa apa dah pun, contrast ikut lubang jubur? ok, tak sakit dah...contrast cucuk? pun tak sakit langsung, sebab ubat antibiotik aku hari tu lagi sakit, yang tak best cuma minum contrast tu, mungkin sebab lidah aku tengah pelik, ubat tu rasa buruk gila, nasib baik radiologist tu baik, dia cakap "takpe, kalau tak larat tak perlu lah habiskan"
- Keluar dari CT Scan tu, pakcik dan makcik aku ada, datang melawat,kesian tengok muka diorang risau, aku ni menyusahkan hati semua orang je :(
- Dalam pukul 5, nurse kat ward tu cakap " Dr Zanapiah tak datang dah hari ni, tapi result CT Scan awak clear tau" Alhamdulillah
- Dan malam, itu, untuk pertama kali dalam jangka masa yang lama, aku dapat tidur dengan sedikit tenang :)
- Oh lupa, tapi masa aku nak tidur tu, nurse perasan pulak bibir aku bengkak ala ala pamela anderson pakai silicon...turns out..sudah..aku allergic to Contrast CT Scan pulak...adoi..tapi sebab aku tak rasa sakit atau nak muntah, aku ok je..redah je la tidur lepas dicucuk ubat...

Hari kesembilan post chemo:

- Aku bangun dengan lebih segar, aku bangun sorang pukul 6, mandi sorang..termangu mangu sorang
- Momo dah balik pukul 5.00 sebab Zafri ada fun run hari ni..hehehe
- Dalam pukul 10.00 pagi, Dr Zanapiah datang, dia cakap "*******, kenapa awak?" aku sengih je la...ye aku dah boleh sengih hari ni
- Dr Zanapiah pun explain yang kadang kadang at certain time of our lives tiba tiba badan kita akan react kepada beberapa benda, kita akan ada banyak reactions and rejections so mungkin sebab tu lah tiba tiba aku kena pulak CT Scan contrast reaction ni, walaupun dulu takde...aku malas nak fikir banyak pasal tu, sebab pada aku, tu semua nikmat Allah, ikut suka la bila Allah nak tarik, bila sampai masa Allah kata, 'seafoods bukan lagi rezeki kau' masa tu dah tak dapat lah aku makan, (yup, selalunya allergic to contrast sama dengan allergic to seafood)
- Lepas tu Dr Zanapiah cakap lagi, "Ok, CT Scan awak clear. Takde cancer, takde apa apa infection. Darah pun clear, takde infection. Doktor pun tak pasti kenapa awak demam on off macam ni"
- Dan aku jawab "saya rasa, gangguan jin dan syaitan eh doktor"
- Dr Zanapiah senyum, dia cakap "Hmm kalau dari sudut medical term, doktor tak dapat jawapan untuk kes awak ni"
- aku ok je dengan jawapan dia tu, sebab masa dia cakap tu, aku dah sihat dan agak segar hari ni, dan tak demam, dan tak muntah, aku dah cukup bersyukur dah...jadi Dr pun dischargekan aku hari ni


Hari ini, hari kesepuluh post chemo:

Alhamdulillah, sejak bangun pukul 6.00 pagi tadi, aku masih ok, walaupun rasa loya loya sikit, tapi aku malas nak layan, sebab hari ni aku dah mintak mak aku masak laksa penang, aku nak makan...jadi jangan mengada nak muntah..aku belasah karang

Masa kat ward hari tu, bila kata aku sihat sikit, mesti aku google makanan..drooolll..sedapnya makanan

setakat ni, berat badan aku dah turun banyak lah jugak tinggal 51kg je...tiba tiba rasa menyesal jugak sebab dulu aku selalu berangan nak jadi slim shady, konon nak berat 48 kg, hari tu, masa kat hospital aku timbang tinggal 50kg, aku dah menggelabah...ok..i is insaf..lepas ni, aku dah taubat, tak nak dah diet diet, aku cuma nak hidup sihat...

Aku tak tau macam mana nak teruskan the next cycles of chemotherapy...bila bayangkan kesengsaraan yang bakal aku alami, aku macam rasa nak stop je..yela, kanser aku pun dah takde kan...tapi bila fikir balik, kenapa berjuang separuh jalan? plus, this is the only choice i have...

Oh sebelum aku lupa, aku nk mintak maaf kat kawan kawan baik aku yang keep on messaging aku masa aku sakit teruk. sorry sebab aku memang tak larat nak reply message langsung...tapi terima kasih sebab korang kisah dan sayang kat aku :')

Aku harap aku tak berputus asa untuk 5 cycles lagi...huuuuu rasa sedih, takut, trauma, macam macam, semua ada...rasa nak lari pun ada (sebab itu yang selalu aku buat dulu, tak suka bos, lari!!tak suka kawan ni..lari!!!tak suka lecturer..lari!!) tapi, kali ni aku tak boleh lari ke mana mana, dead end! Dan kalau aku lari jugak, aku lah se-loser-loser manusia, sebab aku ni kira bersyukur la dapat treatment kat tempat yang elok, tambahan pulak support system aku sangat kuat..bila aku baca kisah kisah orang cancer kat ohbulan, ya Allah aku ni kira tak bersyukur lah asyik merengek je...

Ok la, semoga semuanya berjalan lancar untuk aku 8 March nanti..takut weyy!!

P/s gambar takde..koser aku nk amik gambar aku tengah muntah tengah nangis tengah kena cucuk..aku sangat badmood tau masa sakit hari tu!!

Bye!!

No comments: