Monday, February 26, 2018

Keajaiban itu wujud!

Assalamualaikum....

Kali ni aku tulis sesuatu yang takde kena mengena secara langsung mengenai sakit aku, be it tumor, cancer, IVF, SLE, inflamation, ubat rejection yada yada...

Aku nak share pasal satu kisah keajaiban yang aku lalui masa aku pergi umrah kali pertama masa tahun 2016...

Cerita ni jadi masa aku kat Madinah, masa tu aku nak masuk Raudhah untuk kali pertama...

Sebelum masuk Raudhah tu aku dengar bermacam macam kisah pasal Raudhah ni...

Dan semestinya aku berdebar debar la...sebab pertama kali kan...

Jadi, pada satu tengahari selepas zohor, kami berempat iaitu aku, ika, mokde aku (makcik sebelah mak aku) dan makcik zizah (makcik sebelah ayah aku) pun berpakat lah nak masuk Raudhah..

Sebelum masuk tu semua orang akan kumpul duduk tunggu petugas panggil...

Masa duduk tu, aku doa je "Ya Allah mudahkan lah urusan aku ke Raudhah" aku ulang ulang dan ulang

Tiba tiba, pintu gate besar depan orang orang kumpul ni terbukak, dan aku nampak semua orang serbu...aku macam wow!! what was that!

Masa tu, Ika Mokde dan Cik Zizah dah diri mengadap ke depan, aku sorang je masih duduk macam terkasima, terkujat segala lah...aku nampak Mokde dah join lari ke depan, Cik Zizah pun...

Ika toleh belakang dan panggil aku "****..cepat!!"

Aku cakap "Takpe, kau pergi dulu, tengok Cik Zizah (aku risau sebab dia agak berusia sikit dari Mokde aku)..nanti aku kejar Mokde" masa aku reply tu, aku tenang je, walhal hakikatnya masa tu (sebelum zaman aku sakit :P) aku adalah seorang yang kiasu, menggelabah je kerja, tahap kesabaran rendah

Ika cakap kat aku "Tak boleh, Mokde laju, ko tak dapat kejar"

aku masih duduk dan cakap "takpe,kau pergi tengok cik zizah, aku ok..aku ok"

Bila aku cakap je aku "Aku Ok" aku nampak Ika, Mokde dan Cik Zizah hilang dalam ribuan orang yang tengah lari tu..

TAPI....TIBA-TIBA...saat yang sama...ada sorang perempuan pegang tangan aku...

Perempuan tu pakai purdah...Tapi, aku tak tahu kenapa, aku rasa dia cantik sangat di sebalik purdah tu...aku nampak dia senyum dan angguk kat aku masa hulur tangan tu macam cakap "jom ikut aku!"

Lalu, berlarilah aku dengan perempuan berjubah dan purdah hitam yang sangat cantik tu...

Jadi,kami pun lari berpimpin tangan, dan aku rasa laluan aku tu macam kosong sekosong-kosongnya, adalah orang kiri kanan, tapi kami lari aman aman je...

Sampai lah satu tempat, yang aku tak tau tempat apa...tiba-tiba perempuan tu hilang

Aku pun macam sorang-sorang kat tempat tu dan aku termangu-mangu tau..aku macam..."kat mana ni?"

Tiba tiba aku teringat mutawif aku cakap "Raudhah tu yang bila Karpet dia color merah"

Masa tu aku macam "wahhhhhhhh aku dalam Raudhah" aku tak nangis, tapi aku macam senyum happy gila yang indescribable la kegembiraan aku...

Aku sempat solat sunat 2 kali...dan berdoa...dan tersengih sengih dalam tu...

Bila aku solat ke dua..tiba-tiba ada orang tepuk bahu aku dan aku perasan tempat tu dah penuh sepenuh penuhnya...

 Lepas tu aku pun keluar dari situ...

Balik bilik lepas asar, aku jumpa Ika, Mokde dan Cik Zizah

Diorang semua tanya "siapa yang pimpin tangan kau tadi? kami nampak..."

"entah.." aku jawab.."tapi senang je kan jalan masuk ke Raudhah tu?"

"eh tak la...kena tunggu turn ikut giliran bangsa i.e Melayu, Arab, Negro, etc"

Aku macam "ohhhh.....jadi, siapa yang pimpin tangan dan bawak aku pergi Raudhah yang kosong tu tadi eh??"

______________________________________________________________________

Sebenarnya, sejak kecik aku adalah hamba yang sangat bergantung pada doa...

Aku yakin yang Allah tu Maha Besar, Maha Berkuasa "Kun Fayakun"

Allah boleh buat benda yang manusia tak dapat fikir pun

Jadi, bila masa aku sakit ni, aku yakin je, yang kalau aku doa banyak banyak Allah mesti tolong...

Aku yakin dengan dua benda ni

1. Yang Allah akan menjawab segala doa dan permintaan aku, kalau tak sekarang, nanti, kalau tak nanti, di akhirat nanti aku dimudahkan :)

2. Allah tak kan uji aku dengan benda yang melampaui kebolehan aku...

Jadi, seperti ceramah Mufti Menk yang aku dengar kalau kita dilanda musibbah, maksudnya, kita boleh lalui musibbah tu dengan baik sebab Allah janjikan macam tu...Allah tak akan mungkir janji...

Yang selalu mungkir janji manusia,termasuk lah aku :(

Ok, tu je lah bebelan aku hari ni...sebenarnya nak cerita pasal perjalanan aku menjadi Britney Spears tapi rambut tak abis botak lagi, so cerita tak de ending lagi...esok lah kot

Ok, selamat malam semua!

P.S...Rindu betul nak pergi Mekah dan Madinah....tempat paling nyaman dalam dunia :)

No comments: