Assalamualaikum...
Aku adalah seorang yang dilahirkan dalam keluarga yang mewah makan...
Kami bukan lah orang kaya sangat...dan kalau aku mengada ngada nak beli barang barang merepek mesti selalu kena reject..
TAPI, kalau kata nak makan, cakap je dengan sesiapa mesti akan ditunaikan...
Pernah sekali masa aku darjah satu, aku bawak duit 30 sen pergi sekolah...30 sen cukup la nak beli nasi lemak dengan air sikit...
Tapi, satu hari tu kawan aku makan fishball, harga fishball 2 bijik 20 sen...
Balik tu, aku cerita kat atok "atok, tadi kat sekolah kawan **** makan fishball, sedap, 20sen, tapi duit **** tak cukup..."
Sejak haritu, esoknya duit sekolah aku naik 50sen....kalau aku tak belanja 2 hari, aku boleh kumpul jadi seringgit, dan beli burger...
Tapi, selalu, kami jarang makan kat luar, bukan lah jenis keluarga yang pergi fancy dinners, fancy celebration etc...
Selalunya kalau nak makan mesti sesiapa beli lauk, ketam, udang, sotong, jenahak segala, lepastu nenek aku masak...dan ye nenek aku adalah chef kegemaran aku kat dunia....
_________________________________________________________________
Dalam 3-4 tahun lepas, masa aku masih bekerja sebagai pegawai bank yang kaya, aku tiba-tiba rasa yang aku ni gemuk macam badak...
Aku memang tak pernah kurus pun hakikatnya sedari kecik, memang sentiasa ada baby fat di sana sini...tapi entah kenapa, masa tu aku macam beria ria nak kurus
Walaupun aku dah kawen, dan Momo pun tak pernah suruh aku diet...
Dia pun tak suka aku kurus...tapi aku gigih nak kurus tak tahu kenapa....
Jadi, masa tu, sebab kaya duit terlebih kan???aku pun pergi klinik, amik ubat diet endorsed by doctor la, siap ada diet regime doktor kasik...
Dan, berjaya lah aku kurus, dari 60kg ke 54 kg kot...masa tu aku rasa happy gila...
Aku start tolak makanan yang selama ni aku suka...
Masa tu kira sangat urban gal la konon..bila fikir balik macam bangang pun ada....
__________________________________________________________________
Tapi, bila aku baik dari sakit 3 hari lepas, selepas 9 hari nikmat makan aku ditarik oleh Allah, aku terus rasa insaf, dan rasa macam kena Tampar free free je.....
Sebabnya, selama ni aku selalu macam mengada-ngada
"eh tak nak makan lah, nak diet"
Tapi, bila 9 hari memang kau tak dapat masukkan apa-apa, sebab takde nafsu, dan lebih teruk, bila apa saja masuk kau muntahkan balik itu adalah pengalaman yang sangat teruk....
Hari ke 10 je bila aku dapat selera, dan sehingga hari ini, aku makan dengan banyaknya....bukan lah tahap melantak, tapi, aku nikmati setiap benda yang aku masukkan kat tekak aku...
Walaupun deria rasa aku tengah rosak sikit sekarang, due to ubat chemo aku rasa, tapi sebab tekak aku boleh menelan, dan tiada penolakan dari perut...aku rasa sangat happy atas nikmat ni....
cukup lah 9 hari nikmat aku ditarik....aku harap 9 hari hari tu cuma 'amaran' Allah kat aku supaya jangan kufur nikmat...
Semoga lepas ni aku tak dapat side effect yang sangat horrible macam hari tu...
Sedih woii tak dapat makan....
Dan, lepas ni, aku dah tak nak mengada-ngada nak diet lah, nak makan merepek-repek la...ishhh insaf dah aku weyyyy....
Ok lah..aku nak cari ice-cream pulak...sementara ada selera ni baik aku makan :)
Bye bye chuols yang sedang bekerja...hihihiks....
No comments:
Post a Comment