Thursday, February 15, 2018

Chemotherapy Bahagian 1

Assalamualaikum....

Alhamdulillah, yasss! hari ni aku siap sessi chemo yang pertama...

setelah pelbagai cabaran yang berlaku dua tiga hari sebelum ni....yang akan atau tidak akan aku cerita sebab dah banyak sangat pulak topik kat sini, tumor la, cancer la ivf la...dah malas la aku nak cerita pasal allergic ubat, kemungkinan SLE yada yada...yang penting kita enjoy chemo dulu!!!

Jadi mari aku kongsikan pengalaman chemo aku hari ni...

Ubat yang masuk dan sedang berjalan dalam badan aku ni adalah "Taxolcarboplatin" lebih kurang beginilah bunyiknya...

aku sampai PCMC pukul 7.30 pagi, terus pergi klinik oncology, tapi cuma ada sorang je admin kat kaunter, dia suruh duduk dulu..jadi aku pun pergi merayap kat ward lama aku 6D, jumpa nurse Mani dia cakap "stay positive, that is the only important thing...

Pukul 8.00 pagi, aku masuk balik klinik oncology, tak lama lepas tu, ada sekeluarga orang Iraq (yang lepastu sempat jumpa aku dan kasik kata-kata semangat...terima kasih :D), masuk tunggu kat situ, lepastu, ada pulak sorang perempuan tolak stroller dengan suami dia datang

"ok tak ramai orang hari ni, cuma 3 orang je nampaknya" aku cakap

Lepastu, pembantu doktor, Bashirah orang kedah yang peramah, panggil "sapa yang datang paling awal? boleh masuk dulu"

Seperti macam masa aku darjah satu dulu, goody-goody, aku pun angkat tangan!!"saya-saya!"

Masuk bilik amik timbang badan, cek pressure, ok 54.xx kgs, BP 125/90...normal..just nice..

Lepastu aku disuruh pergi belakang...ada katil yang dekat tempat terbuka, beberapa katil, aku disuruh duduk katil yang betul betul depan kaunter nurse, sebab aku pertama kali kan, takut apa-apa jadi...

Kemudian datang nurse perempuan, nak amik darah aku,sebelum ubat boleh masuk, kena pastikan certain blood readings berada pada range yang bagus...

Tapi, nurse ni tak jumpa vein aku, dan datang lah nurse Erin, seorang yang agak instafamous..heheh..dia cakap "haaa, awak nervous kan? sebab tu vein tak nampak,,jangan takut, relaks je"

Lepas tu sempatlah Erin ni membebel panjang kat aku, dia kata, tak payah nak dengar cakap sesiapa kecuali Doktor dan Nurse, takpayah rajin rajin baca google, dan yang paling penting emosi kau kena kuat nak lawan kanser ni, kanser suka emosi negatif...

Few minutes later, ok, siap dah amik darah, dan buat line...

Lepas tu, aku pergi makan kat bawah, sejam lepastu baru naik balik dapat result darah...

Co-incident, masa kat Tarik Cafe tu terserempak dengan kawan aku dan Momo masa JKIM, dia typical orang Kuching yang sangat friendly dan baik, yang jenis aku senang selesa, bila aku bagitahu aku buat apa kat situ, muka dia terus nak nangis..hehehe...alaaa jangan la 'look at me with sad eyes..aku ok je' kata aku didalam hati

dalam pukul 10 macam tu, aku balik katil aku, Dr Rachael pun datang, dengan berita baru (aku tak kan cakap bad news lagi selepas ni, sebab pada aku, aku yang define "bad" tu...bukan orang lain")

Dr Rachael kata, results darah aku dari Dr Chang menunjukkan aku ada ANA positive, which is something yang might be related to SLE bla bla bla...jadi, Dr Rachael cadangkan aku di rujuk kat Dr Emily, rheumatologist untuk reschedule aku punya chemo session ni, sama ada proceed dengan 6 cycles, atau 12 cycles atau 18 cycles

Perbezaan antara cycles ni adalah, makin sikit cycles, kesan ubat ni semakin 'kasar' terhadap badan, jadi, jikalau kata aku ada SLE (which aku harap takde) Dr Rachael takut dengan ke-kaput-an immune badan aku, dan kesan chemo ni, sejauh mana aku boleh bear kalau aku amik cycle yang sikit i.e 6 cycles (sebenarnya aku nak 6 cycles je, sebab aku malas nk cucuk tang sana cucuk tang sini banyak banyak)

Tapi, Dr Rachael jugak concern dengan bill, sebab setiap cycles harga dia sama, dia kira 1 cycle rm5000++ mcm tu, jadi, kalau kata aku buat 6 kali jadi mcm RM30k+++, kalau 12 kali RM60k+++, kalau 18 kali jadi RM90k++++....Dr Rachael siap tanya macam mana coverage insurance aku....(terima kasih kepada diri sendiri yang tamak yang membuatkan limit aku insyaallah dapat cover)

Lepastu, Dr Rachael kata, takpe, dia discuss dengan Dr Emily dulu...

Sempat lah aku tidur pukul 10.30-12.00 tengahhari...sementara aku tidur badan aku dimasukkan dengan saline solution, untuk cuci dulu saluran darah tu...

Pukul 12.00 aku nampak Erin dah ready prepare ubat Taxol aku, lepas tu dia cucuk 3 ubat pre ubat chemo, ubat tahan muntah, steroid, dan ubat gastrik kot,,dia siap pesan "lepas ubat steroid ni kang bahagian bawah tu merenyam sikit tau, kesan ubat tu, tapi kejap je la, dalam few minutes.jadi aku nak lari dulu' bengong..hahahha...tapi...takde apa pun...

tak lama lepas tu, Dr Rachael datang....dia kata, dia dah cakap dengan Dr Emily, dan kalau kata pun aku ada SLE chemo ni sepatutnya suppressed kan ANA tu something like that la yang aku paham...

Dr Rachael jugak terangkan kesan kesan ubat aku ni..ni yang aku ingat lah:

- Definitely hair loss, abis je chemo, aku terus pegang kepala aku..ok, ada rambut lagi...wakakaka
- Body Ache
- Muntah
- Cirit-Birit 
- numbness on the tip of your fingers and toes, tapi yang ni bila dah cycle 4 ke atas, kalau kata ada pun, tapi selagi kau bukan professional pianist tangan kau masih boleh guna, jangan gatal gatal jadi pemalas semua benda pun tak nak buat.huh
- Death (which is very rare)..tapi ajal maut di tangan tuhan jadi, aku tiada isu langsung di situ
- Penyakit yang mungkin berkaitan dengan SLE (kalau kata ada lah pun)

Dan beberapa kali Dr Rachael pesan, kalau kata aku rasa apa apa yang tak kena dengan badan aku dalam seminggu ni, tolong terus ke emergency, sebagai chemotheraphy receiver aku akan diberi priority, tapi aku harap semua ok... :)

Ok, aku pun sign consent form and I'm ready to go baby....

Lepas tu, Erin masukkan ubat Taxol tu, ohhhhh rupanya dia macam dalam botol saline biasa je, color jernih je pun, aku cakap "laaaa ini kah dia? saya fikir takut, color merah menyala ke apa"

"tu ubat lain ye...awak punya ni je"jawab Erin..

Aku diberi 20 minit trial period, nak tengok aku ada allergic tak kat ubat ni, Alhamdulillah tak rasa apa...

Dan, Alhamdulillah, 3 jam untuk ubat tu pun aku tak rasa apa, cuma aku rasa nak terkencing je setiap sejam, sebab aku minum air sebotol setiap jam...

Dah abis 3 jam, masukkan saline balik, flush darah sikit...

Lepastu masuk Carboplatin pulak, yang ni sejam je...dan Alhamdulillah, takde side effects jugak...

Dah habis tu, aku habiskan saline aku dalam 20 minit...

Ok...ha, tu je la cerita chemo pertama aku...

Kalau takde results ANA aku yang sebagai perencah tambahan tu, mesti takde apa yang menarik pun kan...heeee

Alhamdulillah sebab sampai takat aku type ni aku dah 6 jam habis ubat Chemo...(ye aku type malam ni jugak, sebab takut lupa, lecturer RM aku cakap kalau buat Participant Observation, balik tu je kena tulis report terus, ni la aku buat, dalam kes ni, aku adalah Participant nya..ngehehehe)

Jadi..apa aku rasa?

Physically:

- ok, takde apa, tak rasa sakit, panas, nak cirit, nak muntah, sesak dada, takde rasa apa-apa lah...sangat sangat bersyukur kat Allah

Emotionally:

- Happy, sebab aku dah habis cycle 1
- Happy sebab aku ada Momo dan Mak aku yang teman sepanjang session walaupun mereka kebosanan, kesian kat mereka
- Happy, sebab aku dapat jadi positive sepanjang ni, dan menjauhkan diri dari manusia negatif, dan yang paling penting the bi**hiest of all bi**hes...GOOGLE...please ehhh nanti aku cerita pasal benda ni
- Kesimpualnnya aku bersyukur lah dengan Allah, tak tahu nak nak cakap syukur macam mana, Allah je tahu :)

OK, Apa aku buat sepanjang 5 jam setengah aku tersadai atas katil?

- aku bendkan katil aku ke 46 darjah menjadi kerusi
- aku baca tafsir quran yang aku beli masa pergi umrah tahun lepas yang aku dah lama tinggalkan atas pelbagai alasan yang bila aku fikir balik, jijik gila aku ni eh...ntah apa apa lah, aku lagi sanggup baca beautifulnara dari baca tafsir tu...memalukan diri sendiri je aku ni..watdehel
- aku main game kadang kadang
- aku bukak jugak la websites sikit sikit bukan beautifulnara ye...says.com tengok tempat makan menarik :P
- aku message kawan kawan aku dan nampaknya diorang lebih berminat dengan Erin....hmphh..hewhewhew

Ok...tu je la kot pengalama aku..nothing much yang extreme pun

Kalau kata aku ada side effect dalam tempoh 21 hari ni nanti kalau aku rajin, aku share ok...

Banyak lagi nak share ni...

Nah aku share gamba sikit untuk hari ni..

ini lah gambar ubat chemo aku tu...tak takut kan??
ini pulak aku dan Momo yang setia ke hujung nyawa..pergh ayat tak boleh blah kan..banyak dah kteorg lalu hampir 8 tahun kawen..pergh hebat jugak eh kita Mosh?? wekenduit!!!
semua orang akan cakap mak dia paling baik di dunia, ya itu betul..mak aku pun sama...mak aku memang paling baik di dunia :) time kasih mak, minta maaf la dah nak 33 tahun pun menyusahkan mak je..huuu nak buat camno anak anak memang kerjanya menyusahkan mak bapak je kan :'(
Ini tafsir aku yang lama aku lupakan...Ya Allah bersyukur sebenarnya, kalau tak sakit entah bila la aku bukak tafsir ni..kang kalau kata aku mati sebelum sempat baca, nanti sia sia kena soal kat akhirat kan.beli je pandai, baca tak pandai, nak kata sibuk, aku main game 3 jam sehari, mengumpat sejam boleh tak berhenti..astarghfirullahadzim...phewhhh memang slap on my face betul bala yang datang kat aku ni

Ok, tu je lah perkongsian aku hari ni...untuk kesekian kali, aku nasihatkan kat sesiapa yang baca blog aku ni: kisah aku dan kisah kamu sangat berbeza, setiap manusia itu unik bak kata Momo, jangan jadikan blog aku sebagai rujukan langsung! kalau nak amik aura positif je boleh..tapi kalau nak amik perkonsian perubatan, side effects sebagainya, tolong jangan...ianya akan membawa kesan buruk kepada emosi anda...hanya semata-mata sebagai pembacaan ringan perkongsian aku untuk dunia...

Last skali... series la kalau kata aku dapat buat buku ke atau buat iklan ke dari sini bagus jugak eh..macam mana eh? sape tahu???

Bye! Asslamualaikum, pesakit Kanser Ovari Tahap 1 yang tinggal 5 cycles chemotherapy nak tidur.. :)

No comments: