Thursday, February 1, 2018

Dan keputusannya adalah...jeng jeng jeng

Assalamualaikum semua...

Ok, selepas sessi PET CT scan aku pada 25 Januari 2018 lepas, aku jumpa Dr Rachael pada 29 Januari 2018...

Kali ni sebab Momo ada project final year kat Long Bedian, aku pergi dengan Mak dan Ika...

Dah register semua, aku naik wheelchair lagi, sebenarnya boleh je aku jalan, tapi memandangkan aku jalan umpama siput sedut, dan aku nak ke hulu hilir merata Prince Court tu, aku pun naik je la wheelechair...tapi, at times, aku jalan je la...

Masa nurse Dr Rachael, Kak Rahimah panggil aku masuk bilik Doktor, Ika tanya aku "Ko nak aku masuk ke?"

Jawapan aku "Yup, silakan, ini kempen kesedaran Kanser aku buat untuk korang semua," hiks

Masuk masuk bilik tu...Dr Rachael dengan happy dan ceria dan positivity tahap tingginya menegur aku

"GOOD MORNING **** ********! How are you? Who do you bring here with you today?"

Aku pun kenalkan lah mak aku dan adik aku...

Lepas tu direct to the point...

"Ok ********, your PET Scan shows that eveything is normal...means, there are no cancer cells anywhere.."

Of course la aku tersangat lah happy..sape je tak happy wey...

Dan, soalan pertama aku...

"Do i still have to undergo the chemotherapy session Doctor?"

Ini jawapan dari doktor yang aku telah ringkaskan

- Ya, aku masih perlu buat chemo. Sebab, PET Scan aku walaupun menunjukkan tiada tanda tanda kanser TAPI Scan tu hanya boleh tengok benda benda yang bersaiz 8mm ke atas, maksudnya, katalah sebenarnya badan aku ada cell kanse yang size 7.5mikromm tak nampak lah kat PET Scan tu

-Doktor cakap, dia tak boleh kasik aku guarantee yang selepas chemo aku takkan dapat kanser balik, atau aku akan pulih 100%, atau aku cuma ada tempoh sekian-sekian untuk hidup, dan dia tak boleh paksa aku pun untuk buat chemo, segalanya bergantung pada aku, empunya badan dan jiwa...Tapi, sebagai seorang doktor, berdasarkan kepakaran dia, Chemo adalah benda yang paling baik aku patut lakukan sekarang, bagi mengelakkan pembentukan sel sel kanser, serta mematikan sel kanser yang ada yang mungkin tak dapat capture dalam scan aku tu

-Tapi, segalanya bergantung pada individu itu sendiri...nasib dan ketentuan tuhan (ni aku tambah, aku simpulkan dari bebelan Dr Rachael tu)...apa yang dia cuba sampaikan macam ni la..."kita usaha, apa yang terbaik, kita cuba, hidup dan mati itu di tangan tuhan. Tapi mengapa mengalah sebelum berjuang" haaa lebih kurang macam tu lah

Ok, since aku dh terima hakikat separuh, aku pun sambung tanya doktor soalan soalan yang sama

"I read somewhere that dairy products are home for cancer cells is it true doctor?"
- I would not say 100% no to that.  But the point it, take everything in life moderately. If you fear that dairy products might harm you, instead of the usual 2 glasses you take daily, reduce it to 1 glass. Don't exaggerate on anything.  Modesty is the key.

"Do I have to go for another PET Scan after my 3rd chemo session?"
- Since your PET Scan is normal, i don't think so that you have to do another scan.

"There's someone who told me that after 3 sessions of chemo, her cancer went away, thus, she stopped her session.  Would that be the case for me too?"
- I don't suggest for that.  It's like you're doing your job half-way. It's either you go thru it all the way, or you don't go for it at all.

dan beberapa soalan lain yang Mak aku dan Ika ada tanya...

Keluar dari bilik Doktor, kak rahimah sambung sessi motivasi aku...memastikan aku mentally fit utk chemo ni..

Dan bila borak dengan kak rahimah ni, sekali lagi otak aku macam

"series mehhh macam ni je chemo???"

Aku tak dapat pastikan lagi seteruk mana, sebab chemo session aku tak start lagi...

Tapi lepas keluar dari oncology department tu, aku, mak dan Ika semua macam lega..

"Ok, it's just cancer, and chemo. Go thru it, bear the pain, and live life normally afterwards.."

_____________________________________________________________________________

Yang kurang menariknya bila aku ada cancer ni..adalah untuk memberitahu orang keliling yang aku sayangi

Famili kecil aku dah tau..ni paling penting, dah selesai, senang cerita

Kawan kawan rapat aku (yang tu je pun aku intend nk bagitau) dah tahu..jadi aku happy, sebab diorang lah cheerleader aku...

Masalahnya family besar belah mak aku...yup..diorang ni la next in line yang penting untuk hidup aku, sedari aku baby...

So, aku mulakan dengan bagitahu cousin aku, seorang doktor..dia menerima dengan serious...

Lepas tu aku bagitahu sorang makcik aku...walaupun dia cool, tapi lepas tu dia cerita semua pasal cancer patients yang dia kenal yang dah meninggal...ok...tak begitu membantu..

Jadi, aku stop kat situ...mungkin aku buat chemo dulu, bersakit sakitan dahulu dah selesai 6 cycle, balik raya baru aku beri tahu...

Hmm..ok ke macam tu??

Aku bukan apa, aku sangat penat mempositifkan otak aku yang saiko ni...wey aku tengok syurga yang tak dirindukan 2 pun aku dah saiko saiko sampai penat kawan kawan aku memujuk..apatah lagi kalau ada beberapa orang yang menceritakan tentang real life experience dari kenalan mereka tentang kanser...ok...lemme take a break la dulu...

Biar orang orang yang dah tahu je tahu dulu...

Eh, tapi, kalau family besar aku tahu, best jugak..sebab aku dapat wild card 6 bulan ni...
-nak makan apa, semua dapat
-tak payah buat kerja apa apa pun
-orang cerita benda benda happy je kat aku

Menarik ke tak?? wakakakakka

Hmmmm nantilah aku fikir kan...

____________________________________________________________________________

Seterusnya, next step aku...IVF!

Selamatkan telur saya!

Sekarang ni, aku dalam proses bercakap dengan telur telur dalam badan, sila cooperate dengan baik, membesarlah dengan sihat, dan senangkan kerja saya, momo dan Dr KK untuk proses IVF ni...

Sejak sejak dah berniat untuk ada anak ni...aku harap segalanya berjalan lancar untuk baby aku ni nanti...geeee belum lahir lagi dah high maintenance baby ni..tapi takpe, orang cakap perempuan ni pelik/unik, dia akan sayang anak dia, walaupun sebelum baby tu wujud kat dunia...betul lah kot...

Jadi, si telur-telur sekalian, jaga diri baik baik, dan kalau ada rezeki saya akan jumpa kamu sebagai dua orang baby (ye, aku nak try utk twins..cita cita tak hengat khenn) dalam tempoh lebih kurang 2 tahun..aminnn 

Untuk proses IVF ni nanti aku cerita, sebab aku masih berdebar debar menanti telur yang sihat..huuuu

P.S Tough sungguh 2018 aku setakat ni, baru 31 hari dah macam macam aku experience...tapi, so far so good....allizwell Alhamdulillah :)

ni gambar aku dari wheelchair, cantik pulak aku rasa..mungkin aku berbakat dalam fotografi :D


No comments: