Assalamualaikum...
Ok, hari ni aku lega..sebab akhirnya..aku dah beritahu semua keluarga besar aku (read: family sebelah mak aku) pasal sakit kanser aku...
Sepatutnya mengikut perancangan asal aku yang suka berangan-angan ni
Aku nk beritahu semua orang selepas aku chemo 1st cycle...
Tapi, pengalaman hujung minggu lepas telah membuka mata aku, yang family aku sangatlah penting
dan!
AKU TAK SUKA SIMPAN RAHSIA
Gosh...tolong lah..benda terakhir aku suka buat adalah simpan rahsia...
Ok, aku boleh la diharap kalau nk suruh simpan rahsia orang...
Tapi, mungkin sebab aku banyak sangat simpan rahsia orang, aku rasa malas nak mampos simpan rahsia sendiri..mungkin sebab aku jenis tak suka nak fikir dalam dalam, aku macam "apa-apa je lahhhhhh"
Jadi aku pun blast je msg panjang berjela untuk family group aku...
Kesian kat pakcik dan makcik aku...sebab aku warning siap siap jangan risau dan jangan cerita benda yang menakutkan...
Jadi, mereka bertanya kat cousin aku (yang aku dah share siap2 awal2)
Sebenarnya, aku selalu ingat cakap atok aku...
SETIAP BALA ADA NIKMAT
Dan, sejujurnya, aku rasa happy gila dapat kanser ni...bukan lah happy yang macam "yes!!!!dapat kanser"
Tapi, aku ada perasaan happy sebab
1. Aku sangat dekat dengan Allah, dah lama rasanya aku sombong gila tak nak mengadu dan meminta kat Allah beria-ria, tapi, masa sakit ni aku selalu ingatkan diri, ingat Allah, ingat Allah, bukan kah itu satu nikmat?
2. Aku dapat tapis orang orang yang sangat penting dalam hidup aku, dan ya pilihan aku adalah orang orang yang sama...rasa lega bila tau yang aku ada cushion empuk untuk aku jatuh...itu sangat penting
3. Sebab aku sedar yang aku orangnya simple, aku tak perlukan fancy bags, fancy shoes, fancy friends, fancy family, cukup lah yang cukup-cukup je..tu je dah buatkan aku happy...
Aku harap chemo aku berjalan dengan baik...
Semoga aku tak collapse tengah cycle..wuuuu dan tak lah sakit melampau yang aku tak mampu tanggung...
Tapi, Allah dah janji tidak akan menguji manusia diluar kemampuan...jadi, insyaallah aku akan ok...
Lagi satu...aku selalu ingat pesan atok kalau bilamana sesiapa dalam keluarga aku dilanda ujian (tak kira la sakit ke, accident ke, kegagalan ke...ye family aku dramatik begitu ya)
"jangan risau sangat, ini Qada dan Qadar"
Terima kasih atok, sebab bagi pelajaran yang sangat bernilai...
Last but not least...I love my family so much...walaupun cheessy, tapi, aku ada family best..so harus lah nak bangga...hikhikihik
Ok lah..bye!Malas nak letak gambar, sebab hakikatnya sifat malas aku masih sangat tebal..benci tau..
No comments:
Post a Comment