Sunday, January 28, 2018

Review Filem... Syurga Yang Tak Dirindukan - 2

Assalamualaikum

Aku ingat lagi, sewaktu malam 31 Dec 2017, masa kteorg (aku dan kawan kawan aku) sambut New Year kat rumah Sikin..

Masa tu ada cerita ni ditayangkan kat Astro...

Tapi since aku datang lambat, masuk masuk rumah sikin aku terus duduk kat kerusi makan dan makan...

Tak seminit pun aku duduk depan TV..sebab

1. Aku malas nak tengok cerita tengah jalan

2. Aku tak suka Nora Danish (ehh tibahh kan)

Tapi..masa sambil sambil aku makan tu, aku perasan la...

-Sikin sangat fokus tengok cerita tu, tak bercakap langsung..kecuali menjawab soalan aku seperti "Nora Danish jadi apa wey dalam cite ni" (ntah apa apa kan,tak suka dia, tapi sibuk nak tanya watak di...*rolling eyes kepada diri sendiri*)

-Bila dah abis cerita, Momo sedu sedan....lalu Yoyo dan Roro gelak gelak sambil kutuk kutuk dia..."ohhh kau ni ** baru sakit sikit dah fikir nak kawen lain" lepas tu diorang gelak gelak...

Aku sengih je la..sebab masa tu aku sangat risau pasal pembedahan aku yang akan berlangsung lagi 3 hari...

_______________________________________________________________________________

Ok, tadi, selepas aku tengok cerita Melissa McCartney "Tammy"

Aku tekan tekan remote..dan nampak la cerita Syurga Yang Tak Dirindukan-2 diulang tayang kat Astro...

Ok la, since aku takde nak tengok cerita apa..aku pun decided nak tengok la sikit...

Dan, damn cerita tu adalah sangat teruk...teruk seteruk teruknya

Memang Nora kasik 1 bintang..ppftttt

Ini sebab nya:

1. Selepas beberapa minit..aku dikejutkan yang rupanya si Arini tu ada kanser...turns out, dia cakap, 2 tahun lepas dia ada kanser pangkal rahim, tapi lepas treatment dah ok..dan sekarang (2 tahun kemudian) tetiba dia ada kanser otak TAHAP 4... aihhh aku pulak yang sakit otak masa tengok part tu...sebab:
- aku wonder, possible ke bila kanser ko yang 1st tu dah elok, tetiba dalam 2 tahun, ada kanser lain terus terus stage 4 pulak...wahh..wujud ke macam tu? atau sebenarnya Arini tu tak mengikuti nasihat doktor dalam pemakanan? Begitu kejam kah sakit kanser tu? dan otak aku terus terusan berfikir dan berfikir

Dengan rasa risau yang melampau aku terus msg kawan kawan aku yang menonton filem ni di malam tahun baru yang lalu..

2. Arini tak nak buat biopsi seperti yang dicadangkan oleh Doktor tu sebab dia kata dia dah penat kena procedure
- Aku wonder, macam cepat gila dia terus tahu results eh..pengsan masa tengah shopping, tetiba je dia sedar, dah ada scan ke x-ray terus doktor tu bagitahu tu kanser, kenapa bukan cakap tumor je dulu? kenapa terus kanser? lepas tu dan-dan kanser tahap 4?? eiii boleh percaya ke???secepat itu kah? aku ni dh lebih 20 hari, esok baru nk finalize tahap berapa (seriously aku harap stops at T1C, atau dah baik la terus)..dan aku ni kira kes yang cepat lah tahu, orang lain siap makan bulan tau nak tahu...ke sebab kat negara tu medical dia sangat advance..ok..tak pasti..tak pasti...

3. Arini tak nak beritahu sesiapa pasal sakit dia ni..ala ala nak tersiksa sendiri..tapi nasib baik (or not) anak dia terdengar yang mak dia nak mati...lalu anak dia decided untuk penuhi hajat terakhir mak dia, iaitu menyatukan ayah dia dengan bini no-2 ayah dia yang hilang beberapa tahun lepas
-This is the worst part...1st, ok la aku hormati keputusan dia untuk tak nak beritahu orang...aku faham macam mana yang kadang kadang kau tak nak orang risau pasal kau...Tapi, ko kan konon konon tak nak orang risau, eh tapi tetiba ko ada last wish yang melampau lampau pulak, nak suruh madu ko balik kat husband ko padahal diketika itu madu ko tu dah move on pun..dah ada boyfriend lain pun...such a selfish person la Arini ni..macam semua kehidupan nak kena centre kat dia sebenarnya, lepas tu acah acah ko sacrifice diri...hello!!kau tak nak berusaha pun untuk mencari penawar sakit kau (bukankah Allah kata setiap penyakit ada penawar) lepas tu ko suka suka nak mix match sana ni? what a ****h..playing victim..apa kata kau yang sacrifice kan diri kau, go thru all the effort untuk hidup lama sikit..berusaha la sikit...teruk punya perempuan..pentingkan diri..


Dan lebih kurang macam ni la komen kawan kawan aku....

"ko nak percaya cerita tu?? baik ko buat cerita kau sendiri...ko ada momo, family ko, dan kawan-kawan ko yang sentiasa ada dengan ko...ko nk percaya cerita yang motifnya nak kutip bermilyar-milyar rupiah keuntungan tapi tak logik? tak payah!"

______________________________________________________________________________

Lebih kurang sejam kemudian, Sikin dan Roro datang rumah aku membawa 6 ketul karipap ikea..

Well, betul la cakap diorang...

"Buat cerita kau sendiri"

Ok, terima kasih korang yang selalu melawat aku...doakan lah aku punya result PET Scan menunjukkan aku tak payah chemo (yup, aku masih berharap sehingga ke saat ni)

Ok lah, bye...!Assalamualaikum

Nah gambar karipap ikea..dah lama tak makan sedap pulak :D





No comments: