Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang....
Segala Puji bagi Allah, Tuhan Sekelian Alam...
Ok, bagaimana harus aku mula...
Sejak aku lahir?
Lebih kurang 32 tahun 1 bulan yang lepas...lama sangat tu, jenuh aku nk flashback...
Sepuluh tahun lepas?
Masa aku baru menjadi dewasa...Tak lama lepas graduasi, Dan baru mula kerja, baru sibuk nak kahwin..masa ni,,,hidup takde masalah, cuma cari masalah...
Lima tahun lepas?
Masa zaman kegemilangan aku kerja...Zaman gaji aku tak tahu nak buat apa,,sebab gaji aku agak banyak untuk aku yang tak suka sangat nk berbelanja..jadi yang aku sibuk cuma tengok tiket kapal terbang nak pergi bercuti...
Dua tahun lepas?
Masa aku berhenti kerja, dan rasa nak mulakan sesuatu yang baru...tapi aku amik banyak sangat masa untuk fikir apa aku nak
Enam bulan lepas?
Masa aku mula sambung belajar, Ijazah Sarjana, Sociology dan Anthropology kat satu universiti awam, aku dah mula suka, suka gila apa aku belajar, dan aku suka jugak duduk kat universiti tu....satu dunia baru...
Atau...
Lima belas hari lepas?
Masa aku pergi Klinik Dr Nurul, dan tiba tiba tahu yang aku ada seketul penumpang sebesar 22 cm dalam kawasan peranakan aku...
Ok,
Kita mulakan dari 15 hari lepas,
Rasanya lebih dramatik...
Lepas tu sedikit sebanyak mungkin aku akan kongsi cerita lain 20 tahun lepas, 15 tahun lepas, 7 tahun lepas, atau bila bila yang aku tiba tiba rasa nak flasback...
Sebelum aku mula menulis...
1. Aku kasik sedikit sebanyak alasan, kenapa aku menulis...
- Sebab aku suka sangat menulis, dah lebih 10 tahun aku rasa aku patut menulis, aku ada blog dulu www.ceritapadadunia.wordpress.com tapi, aku dah privatekan...sayang gila aku kat blog tu, tapi nak sambung, penat pulak nak delete entry lama, dan aku pemalas nk belajar macam mana nk delete all...dan wordpress dah tak friendly sekarang..jadi, tak nak kawan wordpress, pindah la ke blogspot/blogger ni
- Sejak aku tahu aku ada tumor...dan cancer...hiks (what a scary word) aku rasa, aku perlu menulis, aku ada masalah untuk meluahkan apa aku rasa, jadi menulis mungkin satu medium yang baik
2. Menu utama blog aku ni..
- basically aku nak share journey aku:
a. Mengharungi ovarian tumor (checked /)
b. Menghadapi kanser ovari (belum start pun jorney nya..)
c. Mendapatkan baby kembar melalui IVF (ok, baru start makan supplement semalam, time is of the essence sungguh aku ni...sangat lah procrastinator tahap dewa dah aku, bila dah terhantuk sampai berdarah2 baru la hegeh2 nak buat IVF la nak fikir ada anak la...haishhh...teruk sungguh la hang ni..tiba tiba emosi kat diri sendiri..marah ni marah dengan diri sendiri)
- dan aku akan cerita benda benda lain berkaitan hidup aku lah, jangan risau, skop hidup aku tak besar...cuma ada watak2 di bawah
3. Watak watak utama dalam blog ni
- Aku la..panggil la aku apa apa, korang letak la nama aku sendiri...Aku hero dalam blog aku, dah nama blog aku, mesti la aku nak jadi hero, takkan nak letak Aaron Aziz pulak jadi hero kan? tak signifikan langsung..hewhew
- Momo, ini hero ke dua dalam blog ni, merangkap suami aku dalam dunia sebenar, seorang lelaki obesiti, memakai cermin mata, budak baik, dan yang pasti seorang manusia yang paling positif aku pernah jumpa...kebanyakan sifat aku adalah terbalik dari sifat dia, memang ying and yang sungguh
- Family aku, termasuk Mak, Abah, Along, Abg Pejal, Ika, Amud, Zafri, Payat, Atok lelaki dan perempuan aku, makcik makcik dan pakcik pakcik aku, dan sepupu sepupu aku (mereka semua ni tulang belakang aku, bean bag aku, sebab tiap kali aku jatuh dalam hidup (dan ya, aku seorang yang suka sangat jatuh kan diri), diorang mesti ada untuk sokong kat belakang..i is terharu..weee)
- Kawan kawan rapat aku:
a. Cik P , kawan sejak 1998, asek gaduh baik gaduh baik sampai la bila dah umur 3-series, baru la masing masing matang dan takde masa nk gaduh dengan dia...
b. Nani, Sikin, Yoyo dan E-11, kawan-kawan sejak zaman universiti aku...diorang ni ala ala adik beradik ke-dua aku la, dulu masa kerja tiap hari msg diorg bila stress...dan kteorang memang bermessage almost every other day, jadi mereka penting dalam cerita aku ni...
- Doktor-doktor aku
a. Dr KK Iswaran, seorang gynecologist kat PCMC...tak boleh ingat aku muka dia masa tahu aku ada cancer, dua kali muka dia kecewa...dia sangat positif yang tumor anak gajah 3.4 kg dalam perut aku tu bukan cancer, tapi, turns out it's cancerous, dan muka dia, sangat lah risau dan bersalah...it's ok doctor...we'll go thru this together :)
b. Dr Rachel oncologist kat PCMC, baru jumpa dia sekali, tapi positifnya lah dia ni, sangat sangat sangat positif, menyebabkan bila dia bagitau yang aku kena chemotherapy, dan dia bagitau apa itu chemo etc ete eh tiba tiba aku tak la takut sangat..balik jumpa dia, aku boleh tido macam baby, qada' tido aku yang dah tertangguh 14 hari sebab ketakutan...cisss
Ok, tu je lah kot dulu...
Dah azan asar, aku kena solat, sebab aku nak doa yang aku nk sihat...
Bagus jugak aku sakit,terus aku rasa insaf, semoga keinsafan aku bersifat selama-lamanya
Have a good day people :)
No comments:
Post a Comment