Assalamualaikum....
Sebelum aku terus berkongsi kisah penyakit aku yang datang secara tiba tiba ni..
Biar aku beri sedikit 'heads up' tentang blog aku ni, ala-ala disclaimer la...
1. Blog aku ni sama sekali bukan bertujuan untuk menjadi bahan rujukan untuk sesiapa yang dapat sakit kanser, tumor, cyst...Jangan guna informasi dalam blog aku sebagai kayu ukur untuk menentukan penyakit-penyakit tersebut...Ini kerana, aku tulis blog aku ni dari sudut perspektif aku sendiri, seorang 'pesakit' (damn i hate that word)...Mungkin interpretasi aku berbeza dari sudut perubatan, dan berbeza dari sudut pandangan perubatan alternatif, etc etc...Blog aku ni sekadar perkongsian ringan, untuk aku meringankan otak aku dari memikirkan pasal masalah hidup aku (yeah you're right..masalah sangat kalau nak dibandingkan dengan orang kat syria dan rohingya..booo me)..dan yang lebih penting untuk meringankan buntut aku dari asyik baring 12jam sehari...Dan ingin aku nasihatkan kat sesape yang cari informasi pasal sakit sakit ni, ko tolong lah jangan tanya kat forum forum online, please go to the right channel, ask a medical doctor..bila aku baca kat forum forum, Ya Allah, takutnya, 1 positif 99 negatif, memang lah hidup aku tak lama kalau cenggitu..
2. Pengalaman aku mendapatkan bantuan perubatan mungkin berbeza dari orang lain..aku bernasib baik Alhamdulillah, sebab aku ada beli insurance siap siap...Sebagai seorang manusia yang super takut sakit, masa aku beli insurance, memang aku purposely beli yang coverage medical RM4juta, bilik RM500/night, yearly expenses RM200k supaya aku bila sakit dapat masuk Prince Court (ini kisah benar) sebab aku ada banyak experience family yang aku tengok..dan bila aku timbang tara, aku paling suka dan percaya kat Prince Court...Again, ini memang statement yang bias dan berat sebelah, sebab tak semua orang akan dapatkan treatment kat Prince Court...tapi, seperti yang aku cakap, blog ni sekadar perkongsian peribadi...Tapi TBH, tak semua doktor kat PCMC tu bagus, ada je doktor-doktor yang ehemmm...tapi, Alhamdulillah, setakat 4 orang pakar yang aku pernah jumpa, semuanya bagus...Dr KK pakar sakit puan, Dr Rachael pakar cancer, Dr Yap pakar yang buat kes masa lutut aku ada pebenda ntah sakit misteri, dan Dr Azlina pakar jantung...semua pun best, sangat friendly dan sangat informatif...Tapi, contohnya kes Ika, seorang pesakit SLE yang pernah jugak dapatkan treatment kat PCMC, Dr yang treat dia tu, kaput nya lah...hari ni Ika buat operation batu karang, esok doktor tu g bercuti...hmmpphhh..dah tau nak pergi bercuti tak payah la amik kes...last last ke HKL jugak Ika, hampir mati, literally, dekat sebulan duduk CCU, pakcik makcik sebelah katil dia berapa orang meninggal..wakakaka...tapi Alhamdulliah, Allah masih pinjamkan dia nyawa
3. Dan selain tu, aku percaya sokongan peribadi yang aku terima dari orang orang sekeliling aku mungkin berbeza dari orang lain...Sokongan yang aku terima membuatkan aku rasa aku "bunuh diri" kalau aku sendiri tak berusaha nak terus hidup...bayangkan atok nenek aku yang umur 80 & 90 tahun yang jaga aku masa parents aku takde, dan pak ngah makngah aku yang datang 3 hari berturut turut bawak makanan yang aku suka sebab nak aku happy, dan Ika yang dia sendiri baru lepas accident, dengan SLE lagi, yang tiap hari sapukan ubat luka, makcik pakcik aku yang lain lain yang melawat aku kat hospital bila tau aku tumor, Zafri yang berusaha nak tolong aku pergi toilet, kawan kawan aku yang datang melepak yang berusaha membuatkan semuanya rasa macam tak ada apa, dan obviously, tulang belakang aku, mak bapak dan Momo...Bila aku sakit macam ni, aku tiba tiba rasa, yang sebenarnya, antara peranan penting untuk sembuh adalah sokongan orang-orang keliling kau...Medical treatment is 20%, strong mental acceptance is 20%, full support from those who you trust 25%, dan penyerahan diri kepada Yang Maha Esa 35%...Aku pun macam tak percaya aku begitu tenang menerima kisah aku cancer (coppp aku tak abis cerita pasal tu sebenarnya..nanti aku sambung)
Ok, tu je lah..jadi, kisah aku dan kisah kamu, atau kisah mak kamu, ayah kamu, kawan kamu, mungkin sama, tapi berbeza...tapi sebagai manusia yang mencari jawapan bagi masalah yang sedang dihadapi, aku harap blog aku ni boleh tolong memberi perspektif baru bagi semua orang yang ditimpa musibah, tak kisah la sakit kanser ke, AIDS ke, kebankrapan ke, kematian anak ke...aku harap in one way or another, aku boleh bantu.... :)
Owh...dan since di point no 2 aku, aku cerita pasal insurance, meh aku share kisah insurance agent aku...
Nama insurance agent aku Syuriani Majid..mana aku kenal dia? melalui gathering kawan kawan sekolah rendah Momo, dia kawan sekolah rendah Momo..kami jumpa first time kat Wong Solo, masa tu, aku pegawai bank yang bergaya (tipu sebab aku tak pernah bergaya,,,duhh), dan kaya (ini betul la)...ka-ching!!!!jadi, bila dia buat cuba cubaan nak mempromosikan insurance kat aku, aku mcm "eh tak yah la, aku kerja bank kot, ada insurance unlimited untuk aku yada yada" berlagak gila masa tu...
Tapi tiba tiba satu hari tu, masa aku pergi JPO, lutut aku macam meletop, dan tiba tiba in a split second, aku tak boleh jalan, ko bayangkan lah!..tapi esoknya aku terus pergi kerja, tapi kaki aku dah sakit gila, balik kerja tu, aku suruh family aku amik dan bawak pergi PCMC...sejak kejadian tu, tiba tiba I is insaf, terus nak beli insurance, sebab rupanya Bank yang aku bangga bangga kan tu tak cover kat PCMC (degil gila kan aku, nak jugak masuk PCMC)...
So, aku carik la balik Syuriani ni, dia pun tolong apply with condition, lutut kiri aku ni di exclude kan dari coverage...ok la ok la better dari takde apa...(ohh dan kenapa aku cari Syuriani ni, sebab dia constantly keep in touch dengan Momo, bermaksud dia tak hilang hilang macam biskut)
Selepas 2 tahun aku try untuk waive exclusion aku tu..dan Alhamdulillah, yay! lepas...so insurance aku adalah fully cover..
Dan semua hassle yang aku lalui ni, Syu ni la yang buatkan, mula mula sebagai manusia yang degil dan tak percaya orang, aku cuba nk buat sendiri, tapi slowly, Syu ni berusaha nk membantu aku, dan taraaaa...hidup aku senang bila ada agent insurance yang sangat membantu..Bila aku kena warded pun dia yang beria update kan insurance billing etc ect, dia akan datang melawat dengan makanan makanan yang sedap, nasib baik aku sakit ni tak hilang selera makan, lalu metekedarah je la aku...hiks...
Jadi, kepada sesiapa yang mencari agent insurance yang boleh dipercayai, yang sangat sangat rajin, sangat sangat reliable, tak kira waktu, dan semua informasi insurance aku, aku boleh dapat kat dia...ada sesetengah agent yang bila tanya pasal insurance details ko, dia akan jawab
"tengok kat buku yang saya kasik hari tu ya"...
ada jugak setengan agent yang kerja dia tuka tuka insurance, jadi bila dia hop sana sini, dia ajak jugak client dia hop dengan dia, pada aku itu kurang etika...tapi, tak tahu la, lain orang lain perspsi, ini persepsi aku....untuk manusia jenis yang susah percaya orang, dan kadang kala helpless tolong lah cari Syuriani Majid ni...
Series aku tak tipu, servis dia tip top gila...memang Nora bagi 100 bintang la...hiks...
Nah maklumat dia:
Syuriani Majid
No telefon: 012-3168834
Agent takaful Pru-Bsn
Segala testimonial aku kat Syuriani ni adalah ikhlas dari hati, dia tak bayar aku pun..dah kenapa nk bayar pulak, dah la blog aku tak femes langsung...hiks...
Ok, ni gambar aku dengan Syu masa sebelum aku operation...yang lelaki obesiti tu Momo, suami aku yang sentiasa positif dan ceria, yang depan momo tu Ika, adik aku, penghidap penyakit SLE...
Ok lah, bye bye, pesakit cancer ovari Tahap 1C nak tido, bukan sebab letih ke apa, tapi sebab hakikatnya kalau aku tak sakit pun hobi aku sememangnya tido...wakakakakaka...
Assalamualaikum..
No comments:
Post a Comment