Ok, sambung cerita kanser aku ni..part 2..dimana aku dapat tahu yang staging cancer aku dah upgrade...dari T1A ke T1C...
Sebelum aku dapat tahu result peritoneal fluid, Dr KK bagitahu aku, stage kanser aku adalah T1A...iaitu kewujudan sel kanser pada sebelah ovari dan belum merebak ke tempat lain, termasuk tiub fallopio...
Jadi, hari Khamis berikutnya, dengan perasaan berdebar debar, aku pun jumpa Dr KK...
Mula-mula dia bersihkan luka aku, dia amik alcohol swab, dan bersihkan lapisan lutsinar lut air yang dispray hari tu...
Sambil dia bersihkan, dia borak borak...dia cakap
"ohhh ada cell malignant dalam peritoneal fluid tu, tapi, macam bukan cancer.."
aku macam..ok..lepas tu aku tanya "bila paling awal saya boleh pregnant ni Dr?" (soalan ironic jugak, sebab aku adalah manusia yang tak suka budak, dan idea kewujudan budak dalam hidup aku selalu berada di tingkat paling bawah..tapi bila aku dah keluarkan tumor tu, dan tinggal sebelah je pulak ovari aku, terus aku tetiba macam terbukak hati...I wanna have a baby..eh salah, I wanna have twins gituuu)
Dr KK cakap "maybe six months after this?'
Dah siap dia bersihkan, dia bagitahu aku, suruh jumpa Oncologist dulu, Dr Racheal...dan lepas tu baru jumpa dia balik....
_______________________________________________________________________________
Aku pun ditolak dengan wheelchair oleh Momo ke tingkat 3 dari tingkat 6..orang baru seminggu operate kan...extra treatment lah sikit..wahkakaka...
Lepas register, timbang berat, ukur tinggi yada yada, aku pun jumpa Dr Rachael...
Ceria nya lah Dr Rachael ni...
Mula-mula masuk dia tanya aku
"Hi, come in come in..**** ******** (nama penuh aku)..so how are you? Is English ok for you?"
What did she expect? Harus la aku cakap.."not good obviously"
Dia senyum, lebar, dan dia tanya "Ok, now tell me what did you understand from Dr KK?"
Aku pun cakap kat dia, ni lah pemahaman aku:
- Dr KK kata tumor aku tu ada cell cancer..tapi takde kat tempat lain contohnya tiup fallopio
- Tapi Dr KK kata kat washing aku ada cell pelik, tapi dia tak rasa tu sel kanser, jadi, most probably aku tak payah chemo...
Dr Rachael angguk angguk..
Part first aku cakap tu, dia cakap "yes that's correct"
Tapi, bila part ke-2, dia cakap "But, turns out, there are cancer cells in your washing..this means that your cancer is now in stage T1C..."
Lalu dia amik satu dictionary cancer agaknya, dia bukak page Ovarian Cancer dan tunjuk kat aku...
Terima kasih la kat sleepless nights aku beberapa hari sebelum tu, aku dah ada heads up pasal benda ni....
Dan, Dr Rachael cakap lagi, "And yes, you have to go through chemotherapy session"
Wow, masa tu, aku macam crushed lagi sekali,
Tapi, orang kata, What Doesn't Kill You Makes You Stronger....
Oleh sebab ni bad news ke-3 aku terima dalam tempoh masa lebih kurang 10 hari, aku cuma jawab...
"Haihhh, Ok"
Dan selepas seminit macam tu, baru lah datang soalan soalan bertubi-tubi aku yang aku tanya Dr Rachael seperti di bawah, beserta jawapan dari Dr Rachael:
1. Sakit ke? Sakit tak chemo tu?
- Tak, chemo tak sakit, proses chemo tu sendiri tak sakit, ia macam masuk saline, air dalam badan, tak rasa apa, tak la pedih macam masa masukkan ubat masa nak buat CT scan...
2. Orang cakap lepas buat chemo nanti saya tak nak jumpa orang...saya akan reject semua orang..saya menyampah tengok orang?
- La, sape bagitahu awak macam tu? awak tahu tak yang ada orang yang pergi kerja lepas chemo session? Tak la teruk macam tu sekali, tapi awak mungkin akan rasa penat dan letih 2-3 hari, lepas tu hidup awak macam biasa je*Dr Rachael senyum lebar je lagi*
3. Berapa lama lagi saya boleh hidup?
- Kalau saya tengok keadaan awak ni...awak boleh hidup lamaaaa lagi...lama..cuma dapatkan rawatan awak, dan jaga kesihatan
4. Lepas chemo saya boleh sihat macam orang normal?
- Saya tak cakap awak akan boleh sihat kembali macam orang normal..Tapi awak boleh hidup macam biasa..takde apa yang akan berubah banyak pun
5. Orang cakap, nanti lidah saya hitam, kuku saya hitam, saya takde selera makan lepas chemo..betul ke?
- Huh?Lidah hitam??Mana ada...mungkin dekat hujung hujung jari akan ada hitam sikit sikit, bergantung pada setiap individu..awak akan penat sikit..tapi sekejap je 2-3 hari macam tu...awak akan ok :)
6. Nanti saya botak la kan? :(
- Itu betul, nanti rambut awak gugur, tapi jangan risau, nanti tumbuh balik.Tapi, bila tumbuh mungkin tak sama macam rambut awak sekarang, mungkin lembut macam baby, mungkin putih terus, mungkin hitam pekat, bergantung pada individu...
7. Apa option lain saya ada selain chemo? Radiotherapy? Ada orang bagitau saya, radioterapi kesannya lebih kurang menyakitkan berbanding chemotherapy...
- Untuk kes awak, chemotherapy sahaja, sebab kalau buat radiotherapy, banyak sangat organ lain kat kawasan abdomen awak tu, nanti takut memberi kesan pada yang lain
Mungkin nama muka aku banyak sangat question marks, Dr Rachael cakap "so, anything else you want to know?"
Hmm setakat tu, tu je lah kot...
Jadi, Dr Rachael set kan appointment aku untuk buat PET Scan, pada 25 hb Jan, minggu depan...PET Scan ni kegunaan dia untuk highlightkn mana mana cell kanser lain yang wujud dalam badan aku...lepas tu, 1st session chemo aku, scheduled on 5th February nanti
Dan ofkos bila Dr Rachael cakap aku kena PET Scan, soalan pertama aku
"Does it hurt?"
Dr Rachael kata "You don't have to drink the liquid as per the CT Scan, and there won't be any tube inside your bumbum, but, you'll be injected with a liquid. That liquid will highlight your cancer cell. But you won't feel anything, not as bad as CT Scan, but maybe a bit chilly at first"
"How's the machine like? As bad as MRI? with the donggg donggg sound?"
"No...you won't be confined in a tube.."
Dah habis soalan aku..aku pun senyap...
Tapi Dr Rachael sambung, "but it's ok, if you want to ask more, talk to my nurse here Puan Rahimah, she's very experienced and she can answer all your questions.."
Lepas tu Dr Rachael check badan aku sikit sikit, ketuk sikit belakang aku etc etc..
Dan aku pun keluar dan meneruskan session dgn Kak Rahimah tu..macam macam lah soalan aku tanya...al maklumlah...cuak...
Lepas dah habis soalan aku tanya, bayar bill etc, aku pergi jumpa Dr KK balik...
_____________________________________________________________________________
Soalan pertama Dr KK masa aku masuk "So, how was it?"
"Bad news Dr. It's cancer..."
Masa tu kali ke dua muka Dr KK sedih aku rasa, muka dia cuak, dia belek belek PC dia, korek korek report aku agaknya, few minutes dia baca...dan dia cakap "ok...it's cancer, I just got the report.."
Aku senyap....
Tapi, sebab dia yang Doktor, dan bukan aku, dia pun cakap
"We have to save your eggs!"
Seperti yang dia cakap (dan sebenarnya dia tak expect pun) kalau..kalau..aku kanser, aku patut buat IVF siap2 selamatkan telur aku, sebab who knows lepas chemo ovari aku x berfungsi dengan baik, atau telur telur aku tidak sihat...
Dr KK pun terangkan prosedur...dia terus prescribe aku ubat itu ini (vitamins la sebenarnya untuk menggalakkan pengeluaran telur yang banyak dan sihat), dan dia buat scan lagi skali nak tengok keadaan rahim aku...
Dia cakap, 1st day period je, aku wajib datang klinik dia, call nurse dia, dan datang immediately..
Untuk kes aku time is of the essence
Ohhh sebelum tu Dr KK telefon Dr Rachael, dia tanya, berapa lama aku boleh "curi" masa sebelum aku start chemo? Dan Dr Rachael kasik la tempohnya, which aku tak sure berapa lama..
Since kami sedia maklum yang IVF ni satu process yang mahal, of course money is a concern...
Mosen pun tanya Dr berapa harga procedure ni...
Dr KK bagi tahu.. "The actual price is RM##,### and there are additional cost of RM#,###....But in your case, it's RM##,### from start to the end" maksudnya sampai nanti bila aku nak masukkan telur dalam badan aku..itu lah cost dia...
Aku dan Momo senyum...tinggi jugak belas ihsan dan perikemanusiaan Dr KK ni...siap ada diskaun..mungkin dia kesian kat aku kot nasib malang bertingkat tingkat :(
Bila tengok Dr KK begitu beria-ria nk selamatkan aku, dan nak membantu aku dapatkan anak (sebab sejak day-1 dia cakap, you are still very young to give up on having kids...ye sebab aku beria2 suruh dia buang segala peranakan aku, sebab aku takut kena operate 3-4 kali)..aku rasa sangat jahat kat diri sendiri kalau aku give up...
Sangat tak adil untuk Dr KK, untuk momo, untuk family aku dan kawan kawan aku, kalau aku merempan cakap "biarlah aku mati"..atau aku duduk mengaji dan solat sahaja 24-jam sebab nak masuk syurga, padahal aku kecewakan ramai sangat orang kat dunia aku..
Jadi, aku decide untuk katakan tidak pada drama air mata dan untuk berjuang habis habisan untuk sakit aku ni...dan of course most importantly untuk anak aku...If Allah wills...
_______________________________________________________________________________
Jadi, begitulah cerita aku, kisah tumor, turns cancer, turns IVF session...
Aku tak start chemo, dan IVF lagi pun..jadi aku tak tahu macam mana...
Tapi, aku harap semuanya berjalan lancar...
Mungkin ini cara Allah nak makbul kan doa aku...
Masa pergi umrah kali pertama, aku doa bawah pancur emas, yang aku nak anak kembar, bila masanya sesuai...Well, Allah knows best...
Mana tahu dengan IVF ni aku dapat anak kembar tahun 2019 nanti..amin...
Semoga perjalanan aku nak me-nyah-kan kanser dari badan aku ni berjalan lancar, dan semoga IVF aku berjalan dengan baik...
Kelly Clarkson kata "What doesn't kill you makes you stronger..."
Insyaallah...
P.S..Best part it, lepas aku dah buat operation ni, aku rasa, ok Cesarian i'm totally up for you! sebab memikirkan tentang manusia keluar dari bawah aku tu, masih menakutkan...dan operation ni tak la sakit..plus best sebab dapat layanan macam puteri diraja....wakakakakak
Nah kat bawah ni gambar pill pill untuk IVF session aku termasuk la folic acid yang tiada dalam gambar..adakah pill ini menyebabkan selera makan aku bertambah umpama membela saka...grrrrr
No comments:
Post a Comment