Sebagai manusia yang kurang mempamerkan perasaan pada wajah....
Aku ada masalah untuk ekspresi kan diri bila aku tau aku ada tumor..dan seterusnya cancer...
Yang aku tahu..aku Tak Boleh Nangis...itu macam Janji aku, dari Hati bawak ke Otak...
Sebab Nangis tu adalah wonderwall aku...
Runtuh je wonderwall aku habis la aku susah nak set kan otak aku...nanti aku crushed, runtuh emosi, asyik menangis etc etc etc...
Tapi, tipu gila kalau aku tak nangis langsung...ada jugak lah aku nangis..iaitu ketika 3 perkara di bawah:
1. Masa aku Bercakap dengan Allah, sebab aku tahu Allah yang paling faham apa aku rasa, malah lebih faham dari apa yang aku Faham...Aku sangat bersyukur aku dilahirkan sebagai Muslim, ada rasa ketenangan walaupun kena bala...lagipun atok aku selalu sangat bagitahu..kalau ada apa apa musibah dalam hidup "QADA' dan QADAR"...bukan kah semua Allah dah tetapkan...Tapi...pada masa yang sama, aku tak boleh lah nak give up terus...macam masa aku mula mula tau kat Klinik Dr Nurul...benda pertama aku fikir..."Ok, masa aku dah sampai" terus aku fikir aku akan mati tak lama lagi...Tapi, masa aku hari pertama kat ward, aku terbukak satu rancangan TV1...ada ustaz tu cakap...
"Kalau anda ditimpa masalah, musibah, Istirghfar..kemudian..pinta pada Allah"
aku berfikir lama untuk benda tu, esok tu, aku solat dan mintak ampun banyak banyak pada Allah, dan Alhamdulillah, aku dah tak rasa nak mati sangat, tapi otak aku bertukar kepada,
"Instead of aku kira berapa banyak masa lagi aku ada, baik aku gunakan masa aku ni untuk buat benda yang berfaedah....Mula mula, cari ubat untuk sakit ni, pergi operation, makan ubat, buat la segala procedure perubatan, berusaha untuk terus hidup....Berdoa-berdoa dan terus berdoa...Lepas tu jalankan kehidupan seperti biasa.."
Alhamdulillah I'm a Muslim :)
2. Masa extended family aku datang lepas aku operation tumor tu...dah semua orang nangis...I kenot help it...terus la aku nangis..tapi bila diorang datang kali ke dua, aku dah much better, jadi cuma sengih sengih...Tapi sebenarnya, aku ni sangat lah beruntung, sebab aku ada family yang sangat sangat supportive, bukan sekadar Momo, mak, abah aku je...makcik pakcik atok nenek sepupu sepupu aku semua dah macam cheerleader..jadi, bila aku fikir balik,
"How selfish of me to give up on my life padahal diorang korbankan masa dan tenaga untuk support aku despite diorang punya masalah sendiri"
Jadi, ni alasan kukuh ke dua aku kenapa aku perlu terus hidup dan menjadi lebih baik dari sebelumnya..aku mungkin ada 1-2 alasan untuk mati, tapi aku ada sejuta alasan untuk hidup, dan alasan alasan aku tu datang dengan karpet merah, aku dapat makanan enak setiap hari, cakap je nak makan apa, semua orang boleh buatkan, aku ada tempat tinggal selesa mak aku akan sacrifice apa yang ada untuk kasik aku selesa, dan Momo sanggup tido sebelah aku atas lantai sebab nak teman aku, dan bila malam malam aku poke badan dia sebab dia berdengkur, dia pun pandai untuk senyap..hiks, dan walaupun aku selalu rasa, apalah faedah aku bawak kepada mereka, mereka tak give up untuk aku, that means LOVE, kenapa aku nak tolak mereka, bila mereka terlalu baik untuk aku..jadi, teruskan berjuang untuk hidup!
3. Masa salah sorang kawan baik aku, Sikin nak balik..oleh sebab dia ada, masa malam Dr KK bagitau yang tumor aku tu cancerous, aku pun bagitahu dia..dan aku pun nangis, tu je kot sekali aku nangis sedih sedu...Dia sebenarnya lebih kurang aku je, kami bukan manusia jenis bff forever, i love you you love me, lebih kepada hard core friendship...kteorang takde tarikh signifikan untuk diingati, birthday diorang pun aku lupa..ya allah teruk gila...Tapi, aku tau, bila aku diuji seteruk ujian ni, aku yakin diorang boleh diharap..sedikit sebanyak..tapi sekurang kurangnya diorang tak takut kan aku...Dan aku perlukan itu..kata kata positif yang membuatkan aku tak takut untuk procedures seterusnya...instead of "wey lepas chemo lidah ko hitam terbakar tau...wey lepas chemo ko tak nak tengok orang, ko akan menyampah dengan manusia"..diorang cakap "takde apa lah, ok punya..kau ikut plan doktor, jangan fikir banyak.." aku perlukan itu...calamity....
Kesimpulannya 16 hari di 2018 ni telah berlalu dengan penuh emosi....
dan Wow...
aku tak sangka aku kuat macam ni....
walaupun chemotherapy session aku belum start, tapi, aku bangga gila aku dh berjaya dibedah perut sebesar sejengkal...
Tak sangka...aku yang paling takut sakit ni amik ko, ada lah parut kat perut nanti forevere..hmpphhh
Ini cuma permulaan, tapi permulaan yang baik aku rasa, semoga kesudahan aku nanti pun baik
Doa doa kan lah....
P.S Bersyukur atas apa yang kita ada, sama ada baik atau buruk
Tapi jangan sesekali mengalah...berusaha untuk terus hidup, macam kita hidup untuk selama lamanya, tapi, Ingatlah Allah sentiasa seolah olah macam kita akan mati esok hari...
Ok.bye..Assalamualaikum..peace y'all
No comments:
Post a Comment