Pagi tadi, selepas 2 minggu aku mc dan selepas aku dengan jayanya menyiapkan presentation yang aku procrastinate kan selama 14, aku berkobar kobar nak pergi kelas...
Memikirkan yang kelas aku start pukul 9, aku dah plan sejak malam tadi nak bangun pukul 6.30..jadi pukul 7 boleh gerak, dalam sejam..sejam 15minit sampai..boleh pergi library dulu, breakfast sikit, baru pergi kelas..
Hakikatnya, aku terjga pukul 7.20..demmit...
lalu tergesa gesa lah aku bersiap..
Pasang google map bila nak keluar rumah.ETA 8.58pagi..aku macam..ok lah..bfast tak makan takpe asalkan boleh sampai kelas on time...
Sekali, depan rumah ni je dah jam gilaaaa stuck dekat 20minit..
Lepastu kat area pandan pulak jam atas sebab yang aku tak dapat tahu kenapa selama dekat 20 minit jugak..
Sementara kat jam tu..aku dapat whatssap dari lecturer aku yang untuk 1st half kelas hari ni akan diajar oleh visiting lecturer dan bukan kat school aku, so kena pergi school lain yang aku tak pasti di mana..otak aku berfikir fikir jugak..kat mana lah letaknya kelas ni
Lepas area menara ampang tu..aku pun speed ala ala the flash tanpa memikirkan consequences yang akan terjadi...
Aku sampai depan UIA pukul 9.00 macam tu..ok lah..lega jugak lah konon...sekali sampai depan pintu masuk UIA jam apo ntah...
Aku dah mula stress..lalu menyalahkan maszlee menjadi sebab jam ni, yelah sebab tak salah aku dia datang UIA petang nanti..(saja nak cari salah orang lain)
Bila dah dalam UIA, jam dah reda sikit, kereta depan aku pulak, membuat pemanduan siput sedut..aku dah panas, jam dah pukul 9.10..
Aku ni skema..tak suka masuk kelas lambat, sebab aku tak suka that left out feeling
Lapas tu parking pulak jauh gilo..menapak lah aku bertapak tapak...
Bila sampai depan school aku, aku tengok map...celah bedah mana pulak school yang aku kena pergi ni??
Aku bertanya tanya orang sekeliling
Lepas ditunjuk arah, aku sampai destinasi...
Lepastu satu hal pulak nak cari Lecture Room...
Masa ni ketiak aku dah becak..hati aku pun dah panas, tak tahu nak marah sapa..tetap salahkan maszlee (tak pasal pasal)
Sekali! bila sampai depan lecture room tu, aku tengok dalam kelas dah penuh, dan lecturernya seorang lelaki..aikkk eh setahu aku visiting lecturer ni orang ostolia pompuan...
Aku terjenguk jenguk luar kelas..nampak kt white board tu tulis "Unit Trust, Asb, PNB"
Dalam hati aku terpk..woi..aku nak belajar pasal ethnicity...bukan unit trust..apa cerita ni?
Aku pun whatssap classmate aku, Sadick, sorang mamat somalia dari negara mana afrika mana ntah...
Dia tak reply..jam dah pukul 9.20..ketiak dan badan aku dah rasa mandi hujan, aku dah menapak ber ratus ratus tapak woi ke hulu hilir..
Aku call sadick..
Dia angkat suara blur..dengan english dia yang aku tak paham..aku soh dia msg aku
dia ckp "i just woke up"
terus, aku salurkan kemarahan kat dia...brengsek budak ni, kelas kol 9 tapi tak bangun lagi
aku msg lecturer aku..aku cakap aku depan kelas tapi kenapa lecturer lelaki...
lecturer aku reply : it starts at 10..
terus kemarahan aku memuncak..lalu aku merayap sekitar school tu, nasib baik ada macam pesta jualan, aku beli nasik tomato (agaknya) RM6, dan makan senyap senyap di satu sudut..
tepat pukul 10, aku dah dalam kelas..menarik lecture tu..nasib baik!
lepas tu, pukul 11.30 sambung lecturer biasa, aku present task aku dengan cemerlang..mehehehe
dalam pukul 1.00pm, kelas habis..aku pun bergegas nak pergi library cari buku, nak sembahyang zohor dan nak kena rushing sebab next class aku pukul 2.00pm...
sekali lagi ketiak aku basah menapak sambil memikirkan kelajuan kaki yang sepatutnya, tiba tiba aku terfikir
'LAAAAA..PATUTLAH LECTURER KATA STARTS AT 10...MEMANG KELAS AKU START KOL 10 HARI NI...ESOK YANG KELAS PUKUL 9'
aku sengih sengih sorang teringatkan kekalutan aku marah satu dunia sejak pukul 8 pagi, walhal hakikatnya aku yang bengong salah jadual :|
Haih excited sungguh aku nak pergi kelas lepas 2 minggu cuti rupanya...
kan aku cakap jam depan rumah :|
No comments:
Post a Comment