Thursday, September 20, 2018

Dari Katil no 3

Assalamualaikum

Hai..hari ni aku bersiaran dari atas katil hospital..

Hari ni dah hari ke 3 aku duk berkampung kat sini..

Ceritanya sangat panjang

Dalam 3 minggu lepas, aku batuk..batuk teruk...

Dalam 2 minggu gak lah aku batuk, sampai bila aku bukak radio dan ada iklan

"ayah dah 2 minggu batuk ni, baik pergi pemeriksaan"..jika anda batuk berterusan, sila buat pemeriksaan kerana anda mungkin dijangkiti TIBI

Lalu, aku terfikir fikir..wajarkah aku pergi klinik...

Tapi, aku malas ya amat dan trauma nak masuk hospital etc..jadi, aku buat lek buat pis

Sampai bila ada cuti maal hijrah yang panjang tu, patutnya aku nak balik johor, aku batalkan sebab aku begitu tak sihat..uhukk uhukkk...

Tapi, kames lepas, batuk aku hilang..yay!

JUmaat tu aku balik jb, dan kemudian sabtu aku pergi ipoh sebab nak sambut anniversary lah kununnn

Naik ets, lepak makan kat gerai gerai yang bersepah sepah asap rokok..

Haaaa hasilnya, ahad hari tu, aku batuk balik...

Ok la...mula mula aku macam..ok la batuk je la..

Lepas tu, selasa, bila aku pergi kelas pukul 10-1.00 aku macam tak larat gila, rasa menyusahkan kelas tu je, walaupun ada 1 je lagi student dan sorang lecturer..

Aku tekad, habis je kelas nak pergi hospital, buat lah cekup darah segala mak nenek for once and for all..

Smapai hospital pukul 1.00 tghr..dingdongdingdong sebab aku sengal nak jugak Dr Yazid yang tengok aku, dekat pukul 1.45 jugak baru aku dapat katil dalam er tu..

Aku di nebulized kan, dengan teori, supposedly lepas 2 jam batuk aku akan reda..dan kalau datang balik dalam masa 3 hari, baru aku follow up kat pakar respiratori..

Ok, lepas neb, aku tidur sat, bangun tidur batuk masih melampau lampau, lalu, Dr Yazid kasik aku pilihan utk warded atau balik..aku malas nak buat kerja 2-3 kali, aku pilih je warded, lagi pun senang, xray blood sample etc tak yah bayar namapun pemegang kad takaful...derhhh..suka sangat ko kan..

Ok, lepastu aku pun di xray..ok xray clear..takde apa apa yang menakutkan

1st night tu, esoknya aku rasa sihat banyak..mcm improvement 50% lah konon..so aku feeling hari ni (kames aku boleh balik)

Sekali, malam tadi, ntah kenapa, pukul 4 pagi aku kesejukan, rupanya aku demam lah pulak..batuk dan selsema pun melampau lampau...

Lalu pagi ni doktor cadangkan aku buat CT Scan, just in case mana tahu hantu cancer tu merasuki aku kembali..

i is redho...

Kali ni, aku rasa dah cukup dewasa, aku buat dan pergi semua sorang sorang..takde orang teman..heh

CT Scan macam biasa lah..

MInum air contrast 4 cawan, dengan gap 10 minit setiap cawan..kali ni rasa contrast ni sedap tak macam kali ke 2 hari tu..

Lepastu, turun radiologi, bukak seluar, cucuk ubat contrast kat lubang jubur pulekk..

Dan finally, masukkan contrast..benda ni lah yang bila dia masuk je..badan ko rasa macam ada hot flush..dushhhhhh tapi sekejap je dalam 20 seconds kot

Sebenarnya kali ni aku takde buat IV line kat lengan, yela, sebab iols spesel ada chemoport, jadi sume pun pakai chemo port (walaupun masa kat ER menjajar jajar nurse nak cari sape yang pandai cucuk kat chemoport ni..seb baik Erin menyelamatkan keadaan)..

Tapi, bila nak masuk contrast, kena pulak buat IV line, sebab contrast tu masuk pada kelajuan yang tinggi, yang mana IV line kat chemoport aku tak dapat cope...

Jadi, nak tak nak kena la cucuk jugak..sadisss

 Dah settle CT Scan tu..aku naik bilik bersenang lenang, sementara tunggu Ika datang bawak cake..ngehehe

Yang peliknya, kali ni aku jauh lebih tenang memikirkan kebarangkalian pada result aku..

Mungkin sebab aku begitu yakin yang aku dah takde cancer (over confident) atau aku dah tahap redha apa apa sahaja lah..sebab mati itu pasti..gitecheewww

Selepas lebih kurang 3 jam kemudian, pakar respiratori aku, dr fauzi yang super lemah lembut dan berinformasi tinggi datang...

So, ini hasil CT Scan aku

1. Takde cancer cells dimana mana..so..yay!!!! boo you cancer...

2. Tapi aku ada 2 scar kat paru paru aku..dan keadaan ini dinamakan bronchiectasis..meh aku cite sket apa benda ni..dah la nk sebut berbelit lidah..:|
-Basically, mungin disebabkan aku ada infection pada satu ketika dulu, paru paru aku telah luka, lalu menyebabkan terhasilnya parut ni...
-Parut ni biasanya tak boleh hilang, so forevah lah paru paru aku berparut...
-Dan disebabkan parut ni, aku prone untuk mendapat jangkitan paru paru dengan lebih senang..
-Jadi, selepas ni aku kena lah menjaga kesihatan dengan lebih baik, elakkan asap rokok (damn it you smokers...eiii..geram pulak aku...jadi lepas ni aku bertekad tak nak makan dekat tempat terbuka..)
-Dan aku perlu eat healthy! (yes should have done this few months back..biasalah aku ni melayu mudah lupa, dah sihat sikit pegi tegok air coke macam air zam zam..pastu masuk hospital baru nak buat refleksi diri..pigi dahh)
-Oh lagi satu, aku mintak Dr buat comparison CT Scan aku masa bulan Feb hari tu 
iaitu latest CT Scan lepas 1st chemo yang aku sakit macam nak mati tu (chewahh propah kan?)..dan keputusannya..masa tu takde pun scar ni...jadi ini adalah scarS baru..yeah..ada 2 scar ya..1 di setiap belah paru paru aku...
-Aku tanya jugak ada ke makanan yang boleh pulihkan scar ni..jawapan doktor, setakat ni no medically proven foods for that, again, makan je makanan sihat..

Kesimpulannya, lepas tahu benda tu, aku macam..ok..Alhamdulillah..takde la benda apa sangat...

I mean, kalau aku google, harus lah sekarang ni aku tengah menggelabah mengira hari bila aku akan mati..

Tapi, aku rasa setelah aku menghadapi pelbagai jenis penyakit dan berdepan dengan berkali kali muka doktor membawa keputusan yang tak berapa sedap didengar...aku jadi jauh lebih cool (dah la aku dah memang sedia cool..wahkakakak)

Aku dah sampai ke tahap yang aku rasa semua benda dalam dunia aku ni adalah pinjaman tuhan..dan aku tak nak tamak dan mengatakan yang "why??oh why this happen to me?"

pada aku, setiap benda, sama ada yang kau boleh kira boleh measure atau tidak, semua pun Allah kasik pinjam, jadi, bila Allah kasik pinjam..first of all patutnya aku kena lah jaga baik baik kan :|...lepas tu, bila sampai masa, Allah kata nak tarik, aku kena la hadapi dengan senyuman je..

Kan dunia ni sementara, kejap sangat, paling lama, aku expect aku hidup sampai 120 tahun, tu maksimum habis lah...lepastu, dunia aku kat akhirat sana forever...baik aku pk untuk forever tu dari baki 87 tahun aku ada kat sini...

Derhhh..apa dia aku merapu ni..

Ok la...

Bye..

nah sis share gambar yang tak seberapa


nah..mula mula share gambar makanan dulu..atas tu lasagna..masa ni dah kureng selera sket pastu tak habis...yang bawah tu feeling breakfast like a king...sedap gak wey
ni semalam, merenung nasib di luar jendela sambil melayan hujan
haaa, ni la oral contrast yang aku dok cte tu..rasa dia kalau ko takde kesan side effect chemo sedap je, macam 100 plus perisa oren..dah la sejuk sejuk..tapi kalau ada side effect chemo, lidah ko rosak teruk..rasa dia, seteguk pun tak boleh telan...chemo is such a *****


No comments: