Friday, October 5, 2018

Kelebihan dan kekurangan penggunaan Chemoport

Assalamualaikum...

Hallu semua!

Hari ni aku nak berkongsi kisah dan pengalaman pemakaian chemoport, selepas lebih 6 bulan aku hidup dengan chemoport aku ni...

Jadi, direct to the point, aku nak list outkan kebaikan dan keburukan ada nya chemoport ni..

Mari aku mulakan dengan keburukan...supaya sesiapa yang rujuk blog aku ni akan merasa betapa saikonya nak buat decision nak ke tak nak pasang chemoport ni sebagaimana yang aku rasa sebelum aku decided akhirnya nak buat..wahahahaha (gelak syaitan)..

Keburukan pemakaian chemoport:

1. Operation nak buat ni sakit okey..jangan terpengaruh dengan doktor atau nurse yang cakap "sikit je macam kena gigit semut" mungkin semut sebesar gajah agaknya :|.. okey the procedure itself tak sakit pun..sebab kau di bius kan..tapi local la..which means dari kawasan dada ke leher klu tak silap aku...masa operation tu, paling sakit kau rasa adalah bila darah panas mengalir dan kena belakang badan kau, bila sedikit part kat dada dan leher kau dipotong...lepastu rasa jugak sakit otak (ke aku sorang je yang saiko melampau lampau?) sebab kau tahu kau separuh bugil, dikelilingan dekat 8 staff, badan kau ditoreh, lepas tu ditolak sebijik machine kecil, dan lepastu dijahit..ok saiko balik sendiri sendiri..
TAPI..yang lebih sakit, adalah, selepas kesan bius habis ye...sakit gila okey tak tipu, nanti leher ko macam sakit gila nak toleh pun susah, lepastu kau nak tidur tak selesa sebab dari atas dada ke leher ada wayar sambung (dalam kulit la), jadi, to adjust dengan benda tu amik masa dan mula mula memang sakit..bayang kan antara kesan lepas operate buang ovari sebesar 22 cm  dan operate masukkan chemoport yang lagi kecik dari kotak mancis, aku lagi terasa sakit operate chemoport...haaa memang sakit lah...
Jadi, ready ke tak? mehehehe

2. Nak bawak barang kat bahu susah..mula mula lepas aku installed (betul kah installed?) chemoport ni, aku rasa nak bawak barang macam susah, sebab bag aku melanggar ketulan port itu..jadi sangat tak selesa, dan , again, aku kan saiko jadi aku takut apa apa jadi kat chemoport, end up aku bawak bag belah kiri je..sebab aku seorang yang suka bawak bag pack..tapi, as time goes by, aku dah ok la..aku amik jenis yang lebar sikit pad tu, jadi rasa selesa sikit lah...

3. gangguan aktiviti harian..contohnya pemakaian seatbelt yang betul..mungkin ni sebab aku saiko lagi..jadi, aku rasa sangat terganggu bila ada benda menekan chemoport aku..jadi biasanya aku akan letak bahagian selempang tu kat belakang kepala, which is very dangerous, sebab kalau eksiden airbag tak keluar, dan kalau aku mati, punca kematian aku adalah kemalangan, bukan kanser :|..tapi aku mungkin kena cuba jugak pakai seatbelt betulbetul tak lama lagi..baiklah #siscuba...selain dari tu, aku pun takut nak buat aktiviti skuba, bukan sebab hakikatnya aku tak reti berenang, tapi, sebab aku takut benda tu berat dah tertarik lali meng-impak chemoport aku...(woi tak boleh saiko lagi ke kau?)

4. sehingga hari ini, kadang kadang memang rasa sengal (ini bukan saiko), especially bila aku buat stretching melampau..rasa lah either chemoport tu bergerak sket atau wayar sambung dari chemoport ke salur darah aku tu bergerak..

5. tak semua nurse pandai cucuk kat chemoport ni, hanya oncology nurses je yang power..jadi, bila macam aku hari tu masuk ER dan aku insist nak cucuk IV line kat chemoport, mereka menjajar jajar cari nurse dari ward onkologi, ;last last aku yang cadangkan, pe kata panggil dari daycare je..sebab aku tau dalam ko 3 biasanya most of chemo patients dah balik, nurse kat daycare dah lega sikit, compare dengan nurse kat ward onkologi yang forever muka stress..tengok, begitu series nya kanser ni, sampai muka nurse pun nampak ke stress an nya :|  jadi, sebenarnya amik masa la bila kena tunggu sana tunggu sini

6. jarum iv line dia besar ya..dan everytime aku kena cucuk kat situ, nurse akan kasik guide sebaik mungkin...ok..tarik nafas, hembus, tarik hembus, ok sekarang tarik, tahan, "pop" dia cucuk..dan selalunya aku akan membuat muka tak seronok (la, kena cucuk jarum tak pernah seronok ye)

7. operation dia agak mahal lah, aku buat hari tu RM7,900++..dekat RM8k untuk procedure tak sampai 1 jam..eh tapi kalau kat government murah rasanya, sebab beli alat dia tu je, which is few hundreds je..tapi, kat GH Medical Officer la yang akan masukkan, bukan specialist, dan untuk aku yang ada trust issue, personally aku takut la wey, bukan salah doktor, salah otak aku..aku tahu, sebab ada kawan sekolah aku melawat aku dan dia cakap, "ohh kalau kat GH, kteorang la yang buat ni" kata aliaamai sambil memegang chemoport aku..lalu aku menjerit "Oiiii" sebab aku sendiri tak pernah pegang bahagian kulit aku disitu, sebab sekali lagi aku tekankan, aku saiko :|

8. Forevahhh ada bonjolan kat atas dada aku ni berbentuk duit 20sen lama..tapi aku selalu tipu anak buah aku "******, ni IronMan tau, tengok ni..sambil tunjuk bonjolan tu"..dia yang sentiasa kagum dengan aku jawab "zafri tau, tapi, zafri Thor" :| :| ok lah ok lah...tapi, untuk bonjolan ni, aku tak rasa semua orang ada, sebab kakak yang aku penah cte tu, aku tak nampak pun bonjolan dia, macam kena carik2 sikit baru rasa benda keras..tapi opkos la bukan aku yang rasa, aku hantar wakil nani dan sikin soh rasa..

9. setiap 3-6 bulan kena cucuk kat chemo port tu..ko nak ke ko tak nak ke..cucuk tetap cucuk..sebab nak bersihkan...jadi, hadap je la.tapi biasanya, kan ada follow up, regular check up, masa tu dia akan bersihkan sekali chemo port tu...rasa apa masa bersihkan? takde rasa apa, cuma sakit standard masa dia cucuk jarum tu la..ala sikit je macam semut gigit..wahkakakakakaka kompiden aku

Ok,sekarang, Kebaikan Chemoport

1. Ohh yang bestnya adalah, senang nak merayap ke mana mana, sebab kau tak tercucuk pada belakang tapak tangan atau kat pelipat lengan, jadi kau macam wireless gitu..jadi, walaupun ada IV Line, aku boleh pegi toilet sesuka hati, takyah terkedek kedek, boleh bangun duduk suka suka, boleh makan dengan bahagia..sebab bila line kat tangan, jarum tu kadang kadang, bila ko gerak over sikit luka lah apa lah, lepas tu, bila 2-3 hari, esp untuk orang yang vein kecil, vein tu akan lebih mengecil, bila vein kecil, ada sesetengah ubat bila masuk, sakit woi, dah kena cari line baru, ulang balik kesakitan, tapi bila cucuk kat chemoport ni, masuk la ubat apa pun.tada hal..tak rasa apa...

Hmmm..rasanya tu je 1 kebaikan chemoport yang aku dapat fikir...lain lain dari tu semuanya tak best...

TAPI...kalau tanya aku, patut ke idok pasang chemoport ni?

Jawapan aku:

Yes, kalau ko ada peluang, please go for it, sebab almaklumlah, nak chemo ni bukan main banyak ko kena cucuk..dan ya, vein ko akan mengecil, bila dah kecik tu makin sakit ubat nak masuk, pastu klu malang, lebam pulak kat kawasan cucukan tu..

Kesakitan kesakitan begitu yang berlaku sewaktu ko betul betul tengah sakit adalah lebih siksa dari ketidak selesaan kau rasa masa kau tengah sihat...

Jadi, jom lah, jadi IronMan beramai ramai, pasang lah chemoport!

p.s antara IronMan dengan Tony Stark..aku rasa TonyStart lagi hotness level 999..

No comments: