Sunday, October 14, 2018

Vaccination

Assalamualaikum

Sepatutnya aku tengah buat homework 1500 perkataan blog entry pasal Ibn Khaldun..

Tapi, 100 perkataan terakhir untuk aku menutup assignment aku tu, aku rasakan begitu sukar..lalu aku memilih untuk menulis entry santai di blog sendu aku ni..hiks..sukati aku lah, ni blog aku

Ok, jadi, pelajaran yang aku akan kongsikan hari ini adalah pengalaman aku mendapat injection vaksin..

Pertama sekali sebelum aku bermula, ingin aku tegaskan yang aku bukan dalam kelompok anti vaksin, hello, aku ni dah la abis chemo, satu badan aku seolah olah di re-start balik, dan memerlukan support dari banyak benda dalaman dan luaran..aku amik pendapat yang menyatakan hukum vaksin itu harus..jadi, golongan anti vaksin jangan nak membebel kat aku, sebab aku degil dan aku takkan dengar..okbye!

Jadi, sebelum aku discaj dari hospital sebab sakit paru paru hari tu, Dr Fauzi, pakar respiratori aku ada cadangkan, oleh sebab sekarang kat paru paru aku ada 2 "lubang' ala ala bukaan permanent yang boleh menyebabkan aku lebih mudah dijangkiti penyakit, aku kena amik cucukan vaksin...

Basically, dia cadangkan 2 jenis..1 influenza yang aku kena amik setiap tahun

2. Pneumococcal, yang di ambil seumur hidup sekali

Oleh sebab aku ni manusia yang takut sakit, harus aku bersetuju sahaja dengan cadangan doktor fauzi, of course he knows better than me, sebab kalau aku tahu pun, hasil pembacaan kat google sajork yang biasanya ditambah dengan garam gula dan perisa secukup rasa...

Jadi, 8hb hari tu, sekali dengan follow up, aku pun pergi la klinik Dr Fauzi, nak amik cucuk

Ok..berikut pengalaman aku:

1. since aku penakut sakit...sakit ok injections tu...dah la aku kena amik 2 injections..1 belah kiri..1 belah kanan
2. yang belah kiri ni sakit dari belah kanan, even masa dia cucuk vaksin tu..mengikut kata nurse tu, yang belah kiri tu pekat sikit...jadi memang sakit
3. aku cakap, boleh tak cucuk je kat chemoport aku..nurse tu kata, tak penah dibuat orang, jadi sila hadap je cucuk kat lengan lengan penuh lemak ni
4. immediately lepas cucuk tu..oh tak sakit pun rupanya, walaupun ketika cucuk tu aku cuma memejamkan mata dan membayangkan sedapnya makan buah tembikai
5. HAAAAA tapi, 8 jam kemudian, selepas vaksin tu dah merayap kat badan aku kot, sakit siot :|
6. since aku amik 2 cucuk, yang belah kanan tu masih managable, tapi yang belah kiri melampau lampau eh kau...terflashback sakit masa operate chemoport pulak
7. Jadi malam selepas kejadian injection tu, aku tido straight..dah la aku jenis tdo guling sana sini...stress betul tdo straight macam lepas operation pulak rasa..
8. selepas 2 hari, belah kanan aku dah tak sakit sangat..boleh la aku nak guling guling
9. tapi belah kiri tetap sakit, hari selepas kejadian, bila aku drive nak g kelas, aku kena drive sebelah tangan je..dan paling tak best sebab tangan belah kiri aku sakit, aku nak tukar tukar channel radio pun susah..geram betul la
10. kesakitan belah kiri aku secara melampau bertahan selama 5 hari..hari ni hari ke 7, sakit tu dah takde, tapi tetap lah ada kesan lebam..what to do..redho saja lah..nanti hilang lah kan

Kesimpulannya, once aku di detect ada cancer, banyak pulak benda berubah...

 Tapi takpe lah, selagi Allah kasik pinjam nyawa, selagi tu aku perlu teruskan hidup, bukan merempan ditepi katil memikirkan nasib...kau dah kenapa???baik pergi jogging...

Oh..aku ada jugak cerita pasal 2 cyst terbaru dijumpai dalam ovari kiri aku..

Nanti kalau rajin aku cte eh..

Sekarang aku kena sambung pasal Ibn Khaldun, stress aku dengan sikap pemalas dan procrastinating aku ni..kalau aku ni ada dua, mesti aku suruh aku no-1 ketuk kepala aku no-2 sebab perangai macam ni...

Apa aku cakap ni? ok lah bye!

p.s kalau sesiapa nak cari pakar respiratory, aku cadangkan Dr Fauzi, ya allah sopan santunnya lah dia ni..kalau orang orang tua mesti rasa tenang je hati..lepastu dia explain jenis detail, takde nak guna extravagant words,kalau perkataan perkataan pelik tu, siap tulis atas kertas, berusaha pastikan aku paham, siap tunjuk scan video aku (1st time aku tengok..cuak jugak wey)..dan berkali kali ulang.."ok, faham kan? ada apa soalan lagi?" berbaloi la jumpa dia...setakat ni alhamdulillah, doktor doktor aku memudahkan proses pemulihan aku..

aku terlupa aku bukan nk chemo, beria datang awal, skali klinik bukak pukul 10..mehhh..melangut la di sekitar hospital mengimbau kenangan yang lalu

2 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum sis. Sy tercari2 tentang PETSCAN and jumpa blog sis. Tq for the info. Sy lymphoma stage 2 and this coming nov akan buat Petscan either the sel makin kecik atau makin merebak. Doakan saya ye. We are the fighter!!!

sr hebat said...

Hello Unknown! Assalamualaikum..
So sorry to hear bout your condition..
Kalau tanya saya..EVERYTHING about this journey sucks..dan menakutkan..tapi saya memang penakut..ngahahah.
nway 1 je tips...STAY AWAY FROM NEGATIVE PEOPLE!!!
fikir yang awak kena kuat sebab banyak lagi wey pahala kena buat..kalau saje saje nak mengalah mati katak pulak karang..ngahahah
Jangan kawan dengan orang yang buatkan awak sedih ok!!
Enjoy your treatment journey...you'll be fine ok :)