Bulan oktober ni, cita cita aku nak tulis blog sebanyak mungkin..hewhewhew..berangan je kan :P
Ok, hari ni aku nak cerita pasal Australia...tapi ini cerita fakta serius, bukan kisah melihat ikan paus..
Ingat tak kalau sesiapa baca blog aku dalam entry lepas lepas, yang masa aku pergi Albay Gaol aku tanya staff kat situ kenapa omputih p hantar mat saleh yang buat salah ramai ramai kat Australia..dah la atas kesalahan kecil seperti mencuri roti...
Lepas tu staff tu jawab "ohh sebab sebelum tu hantar kat xxx (aku lupa negara mana) tapi dah ramai sangat kat negara tu"
lepas tu aku tak puas hati sendiri..dan komplen dalam hati..."dasar penjajah nak cubaan putar belit fakta lah ni!!"
Ingat tak??
Jadi, semalam, yang aku cerita aku salah jadual kelas :| kan aku ada lecture dengan visiting lecturer dari Australia...
Dan lecture dia sangat lah menarik ya!!
Meh aku share input yang aku dapat...
1. Australia ni dulu dulu sebelum tahun 1770 adalah didiami oleh orang asli dan torres straits
2. lepas tahun 1770 seorang pengembara kulit puteh "james cook" nama dia kunun menjumpai negara ni..dan dia feeling feeling "finder's keeper!" dia pk australia tu terra nullis la iaitu no one's land..
3. Dengan gembira nya dia balik england dan maklum kan kat orang orang England...lalu berduyun duyun lah mereka tiba pada tahun 1788
4. Rupa rupanya, bila dieorang dah buat macam tanah pusaka nenek moyang sendiri, baru dieorang tahu yang ada lebih dari 750 ribu orang asli kat tempat tu..
5. Tapi, dah nama penajajah.omputih plak tu..dasar orang putih (wahh racist gila aku kan?)..instead of diorang balik negara asal..atau berbaik dengan orang orang asli ni...tau tak apa dia buat???
a. diorang induced kan disease kat orang orang asli ni untuk membunuh mereka!!
b. diorang buat systematic killing, terjadi lah massacre,pembunuhan beramai ramai
Sampai tahun 1920, jumlah orang asli yang tinggal cuma 60 ribu je wey!!
6. Dan kalau kat malaysia ni kte sibuk dengan isu melayu cina india tak habis habis, aku pk kenapa lah susah sangat kita nak live in harmony..rupa rupanya kat Australia ni jauh lagi teruk dari kita! Sehingga tahun 1973, diorang ada policy pelik iaitu White Australian policy yang merangkumi
a. Halangan kemasukan bangsa selain orang orang Eropah, dan terutamanya Chinese dan mereka yang dari Pacific Island ke Asutralia..
b.Pada tahun 1949, diorang mellow down sikit, dan membenarkan 800 orang non-european refuges untuk tinggal di Australia..
Dasar "takde sesape yang boleh masuk ostolia kecuali european" ni cuma tamat baru baru ni je tahun 1973
7. Hanya pada tahun 2011 ni Australians baru nak bergitu menitik beratkan isu cultural diversity dengan lebih serius..wujudlah multicultural policy yang merangkumi 4 prinsip..iaitu
a. meraikan dan menghargai kelebihan kebelbagaian culture diversity semua rakyta Australia
b. keadilan setiap bangsa
c. mengalukan perniagaan dan pelaburan dari semua pihak
d. mempromosikan konsep pemahaman dan penerimaan
Tapi, seperti mana mana rules dan regulations made by human, atas kertas cantik lah kan? realiti? tidak seindah itu
Aku sempat tanya lecturer tu..
"camno mat saleh ni terima "pembaharuan" ni? ye lah..sebab secara kasarnya dari persepsi mat saleh, macam "kelebihan" mereka ditarik/terpaksa dikongsi..."
dan jawapan lecturer tu jawapan orang berilmu lah...sangat soft dan berinput
a. dengan maklumat dan pendedahan kepada fakta sebenar, sooner or later, mereka akan tahu sejarah sebenar Australia..dan orang yang didedahkan dan faham dengan benda ni takkan flipped out easily
b. dan memandangkan ramai benar dah pendatang kat Australi..nak tak nak..white people kena accept yang tak lama lagi, dieorang adalah minority
aku tanya jugak...
"kenapa masa aku pegi ostolia tu, staff kat Albany Gaol tu bgtau macam tu kat aku? (begitu dendamnya aku sebab tak puas hati jawapan dia hari tu)
dan lecturer tu jawab
"history was recorded by white people from their perspective" jadi orang orang kat Albany Gaol yang jugak white people, haruslah proudly cte kat aku history mereka tu (walaupun kekdahnya penipuan)
Ok..lepas tu habis sessi lecture dari lecturer tu ada session dari 4 students dia bawak dari Australia nak cerita pasal background masing masing
1. sorang claim "aboriginal" tapi bila intro diri 'aku ada darah scotland, xxx, xxx (2 negara eropah lain), dan moyang (atau nenek) aku aboriginal'
2. sorang lagi 'bapak aku italian, mak aku new zealander, tapi asal german,"
3. yang ke 3.."kami darah keturunan greek"
4. yang last "belah bapak aku keturunan england, ireland campur belah mak, south afirca, tapi asal usul england"
Lepas aku dengar explanation mengenai "bangsa' ke 4-4 students ni...aku sangatttt bersyukur yang aku ni orang malaysia...
Sebab kita sangat simple...
Contoh
aku jumpa seorang mamat muka putih, mata sepet
"hi, what's your name?"
"yong tau foo..what's your's?'
"hi tau foo, nama i ******, you asal mana?'
"i asal ipoh....ipoh mali tala sombong!"
haaa baik kan orang malaysia?
1. selalunya kita dah tahu ok kau melayu, cina, india, sarawakian, sabahan, kelantanese..so jarang sekali nak tanya benda yang obvious mcm "kau bangsa apa?" apooo
2. jarangggg as in superrrrr jarangggg antara orang malaysia bila tanya kau bangsa apa...kita akan jawab "aku melayu, atok aku belah mak bugis dari riau dan nenek aku chinese dari tong san..belah ayah pulak, melayu asli dari melaka campur cina baba"
Atau "aku chinese, mak asal dari taiwan, bapak singapore, atok, hong kong, nenek selatan thailand"
kita just stick kat aku _________(naytakan bangsa anda dalam satu perkataan), dan lepas tu dengan bangganya kita akan sambung asal dari ___________________ (nyatakan negeri asal kelahiran anda)
yang set set bila gaduh dok ungkit ungkit "p balik indon, p balik china, p balik india"..selalunya macai macai politik yang terlebih masa dan keje cari gaduh sahaja ye...
orang malaysia lain, aman aman jah berdiri sebagai melayu, cina, india, iban, kadazan dusun, melanau, orang asli, kedayan, punjabi...sebagai orang malaysia
guess what, selepas keluar lecture tu
tahap kesayang aku pada negara tercinta dan semua bangsa dalam malaysia bertambah 10%
hehehe...
Ok lah..paham ke apa aku merepek ni? buat buat lah paham ye...
ok, bye!
flashback sket gamba kat Albany Gaol, yay! negara aku jauh lagi cool dari australia..
No comments:
Post a Comment