Thursday, May 3, 2018

Kehidupan Normal

Assalamualaikum

Gosh..aku sepatutnya tulis lebih banyak kan...kata nk jadi penulis terkenal..tapi malas...hishh

Ok lah, hari ni aku nak kongsi betapa gembiranya aku sebab kehidupan aku hampir kembali ke normal

Secara ringkasnya, aku dah habis buat benda benda ni:

- buang tumor besar anak gajah..done! and I was and I am still so ******g proud of myself....still patting myself on my back..*senyum lebar*

- dan siap kan 2 embrio dalam IVF clinic kat PCMC..alhamdulillah...memandangkan sebelah ovari aku dah takde, dan ada kebarangkalian selah lagi ovari aku tak boleh berfungsi kesan dari chemo ni, jadi, dua embrio tu adalah talian hayat aku untuk dapatkan anak...phew...harap harap, bila sampai masanya 2-2 embrio tu pun tak sabar nak jumpa aku..amin...ohhh which means aku dah half way buat IVF...yesss...jugak sangat bangga dengan diri sendiri..banyak proses aku lalui woi...dengan scan yang masuk dalam rahim, cucuk ubat mcm insulin, egg picking pastu extra bonus pulak..aku dapat side effect acorxia...geeee panjang dan sakit betul proses tu..tapi, all is well..all is well

-aku dah ada sebiji chemoport dalam badan...dan selepas lebih sebulan rasanya, kadang kadang rasa bangga diri bila tengok dalam cermin dan nampak sebijik benda terkeluar kat atas dada, dan ada wayar terkeluar kat leher...bila ingat balik procedure dan kesakitan post operation...rasa nak nangis pun ada...wahahaha

- yang paling aku bangga, aku dah habis 4 kali chemo weyyyyy!!!yuuuuhhuuuu.....sakit siot rasa lepas setiap kali habis chemo...dan, walaupun ada 2 kali lagi, tapi...setakat ni aku sangat rasa lega dah habis 4 kali ni..yeahhhh!!

Memandangkan aku dah semakin dapat cope dengan kesan selepas chemo, aku dapati yang aku semakin pandai menyesuaikan diri dengan hakikat yang aku adalah pesakit cancer...

Awal awal dulu aku macam biol biol dan berada di alam fantasi...

Tapi akhir akhir ni.aku rasa, aku makin tenang, dan dapat hadap semua dengan baik...

Aku tahu yang bila minggu chemo aku, dan hari 1-10 selepas chemo apa perlu aku buat: duduk berehat banyak banyak, minum air banyak banyak, kawal otak supaya tahu yang perasaan nak muntah tu walaupun tak best tapi cuma sementara...

Hari ke 11-21 biasanya hari yang aku boleh ENJOY!!!!

Jadi, sejak chemo ke 3 dan 4, aku mula menjalani kehidupan orang normal selepas hari ke 11..

Aku makan je apa aku nak...couldn't care much...KECUALI...makanan yang aku tak yakin kebersihan nya, air coke dan semua minuman bergas (ini sebab aku sendiri rasa tak bagus) dan mc Donald's hahahaha...sebab Dr Rachael kata generally tak bagus pun fast food,tapi I is kenot avoid semua fast food, jadi aku start dgn McD je la...hewww....hmmm tu je la kot..selain tu, semua aku bedal...
goreng pisang tepi jalan?kalau bersih dan baru masak, aku makan!
milk shake? ok aku buat sendiri, sebab nak beli mahal gila, koser, lagi pun aku buat sedap gilakot..
chocolate dan ice cream? of kos, aku ni suka benda berlemak, mungkin ntah ntah aku mati sebab saluran darah tersumbat...bukan kanser *nangis*
keropok, twisties, potato chips? makan jugak, sikit sikit lah...of kos bukan setiap hari, macam 2-3 minggu sekali kot...lagi pun aku dah tua wey..kena la kawal pemakanan
kambing , daging, ayam, seafood, segala jenis maging? pun aku makan, untuk penghasilan sel baru hew hew...
air kelapa? minum..tak kira lah yang tua atau muda...aku minum je sebab sedap..heheh

kesimpulannya semua benda aku makan...mula mula tahu dulu, aku adalah avoid makanan itu ini bla bla bla yada yada...

Tapi, setelah melakukan banyak pembacaan, dan yang paling penting setelah bertanya Doktor onkologi aku, the best Dr Rachael, dia pun cakap "no, just eat normally, BUT in moderation"...so...koser lah aku nak avoid benda banyak banyak...haaa kang aku mati tetiba esok..lagi sedih..tak dapat makan apa aku suka..

Ohh lupa, tapi, selain tu, aku selalu minum air zam zam ...sebab aku percaya yang minum air zam zam ada kebaikannya :)

Ok, selain dari makanan, aku jugak buat aktiviti lain dengan lebih aktif sekarang

Contohnya, aku makan kat luar...aku pergi mall kadang kadang...kalau tak ramai orang sangat, aku jalan macam biasa..kalau tempat ramai orang, macam pesta buku hari tu, aku pakai la mask...kalau aku rasa tak berapa sihat pun aku pakai mask jugak....bawak la spray anti bacteria untuk bersihkan tangan secara konsisten

Aku pun dah mula dapat straightkan otak aku dan kembali kepada hobi yang aku suka buat, iaitu baca buku...aku suka baca buku...tapi masa baru dapat tau ada kanser hari tu, aku tak dapat fokus nak baca buku, tapi aku asyik baca google, lepas tu sendiri sakit otak...gilo

Sekarang, aku dah baca buku balik...

Aku order buku kat Book Excess..murah wey!

Dan aku dah habis baca "The Rosie Project" dan "The Heartof Henry Quantum" (hint hint: Tak yah la baca the heart of henry quantum..pftt tak best)

Hmm apa lagi aku buat eh?

Kesimpulannya aku dah 70% dapat kembalikan mental aku ke keadaan normal...

Ianya bukan sesuatu yang mudah, and again, aku sangat bersyukur kat Allah, sebab aku ada support system yang sangat kuat..rasanya kalau aku takde support system..mungkin sampai sekarang aku tak dapat menerima realiti yang:
- aku dah takde 1 ovari
-aku mungkin tak dapat pregnant
-aku dah botak licin
-kening aku dah macam alien
-aku ada kanser

Tapi aku selalu diingatkan yang "everything in life is temporary" semua ini cuma satu fasa, dan kalau kata umur aku tak panjang pun, still, hidup di dunia cuma satu fasa, sebab lepas ni aku ada 2 lagi destinasi, alam barzakh, dan alam akhirat...jadi, aku malas nak fikir banyakkk sangat pasal segala mak nenek kanser aku...

Baik aku nikmati kehidupan aku dengan orang orang yang aku sayang dan selesa sementara kami berjumpa kat dunia ni :)

Ok lah....tu je bebelan aku hari ni

Kepada mereka yang juga sedang melawan kanser dan melawan kesan chemotherapy... Aku doakan korang kuat dan sihat, ok memang sakit dan tak best gila...tapi,what else can you do? even kalau korang opt untuk tak chemo pun, aku doakan korang dapat menjalani hidup dengan gembira....

 Bye bye semua...aku nak main game! (antara benda normal yang aku dah boleh buat balik..)

ni gambar masa aku jalan jalan kat bukit bintang sabtu lepas...jadi, siapa pilihan anda pilihanraya kali ni?

3 comments:

Unknown said...

Salam, thanks share story, sy baru diagnose breast cancer. Jujur rasa dunia gelap. Bila baca perjalanan cerita awak cam bg kekuatan sikit. Tul awak ckp google boleh mengilakan kepala

sr hebat said...

Hi Dalini...
Sorry to hear that..It's ok...cuma..1 surround yourself with positive people..biar lah tak smpai 10 orang pun..
2 don't ever google..walaupun sampai sekarang saya tetap sikit sikit google..huhuu..lepastu kena marah je dengan doktor..
nway..kalau nak tahu apa apa info boleh je tanya..saya boleh cerita pengalaman saya walaupun mungkin jalan kita tak sama :)
Enjoy your recovery journey! and don't give up!

Lina said...

Salam thanks share story, kita google cri and then jmpa blog ni;) saya pun bru diagnosed cancer lymphoma. So skrg dah chemo ke 2. Saya pakai chemo port jgk. Mmg rasa dia tak selesa eh atau awk ok je? Ada cara penjagaan khusus tak, atau just jaga biasa je?