Sunday, May 6, 2018

GERGASI KRU!!!

Assalamualaikum...

Wow semalam aku telah merisiko kan tahap darah putih aku dengan pergi menonton konsert KRU...

Cerita sebenar adalah, aku dan kawan kawan dah beli tiket KRU ni masa hari pertama lagi diorg announce akan ada konsert iaitu pada bulan September tahun lepas lagi...

Masa tu mana lah aku nak tahu aku akan kena kanser lepas tu kena chemo kan...

Jadi dengan bahagainya kteorang beli tiket Untukmu...

Sekali tengok tengok aku pulak kena kanser, tengah in between chemo pulak...

Walaupun pada awal dulu start chemo nurse kat onkologi dah cakap siap
"elakkan pergi tempat ramai orang"
"kalau nak pergi mall, pergi awal pagi, masa tak ramai orang"

Jadi, bila hampir dengan tarikh konsert KRU ni, aku macam in doubt...

"emm..nak gamble ke tak eh pergi..dengan white blood count aku yang border line cun cun tu..."

Selepas berfikir beberapa minggu

Aku decided untuk merisiko kan keadaan immunity badan aku, dan pergi berjimba di konsert KRU...

Dan YESSSSS!!!!

It was one of the wisest decision I made in my life!!!

Best gila hokeyyyyy konsert KRU tu....

Tak sia sia aku merisikokan diri...tapi, ye la..setiap saat kat dunia ni kan penuh risiko...aku dah malas nak fikir banyak banyak...(contohnya, masuk toilet pun ada risk, terjatuh lalu stroke ke? tengok Tv pun ada risiko, contoh masalah elektrik, TV meletop, aku terbakar...haaaa)

Tapi...YEAHHH memang aku enjoy gila semalam...

Dan ini sedikit sebanyak experience aku:

-Kebanyakan yang datang umur umur aku, kalau ada pun muda/tua dalam range 4-5 tahun...

-majority jugak adalah perempuan...of kos lah kan

-Aku hafal hampir 90% lagu lagu malam tu...wow baru aku tau aku ni pun FANatik KRU rupanya...series la wey....dulu kecik kecik hampir tiap hari aku layan KRU, siap baca komik autobiografi diaorang dalam komik Kawan..fanatik gila

-Dulu masa kecik kecik aku suka Yusry...bila dah besar sikit, aku dah get over him gitewww...tapi aku still layan KRU as a group..Tapi, semalam, aku rasa aku suka Edry la...hahaha...sebab dia potray diri dia sebagai seorang yang sangat relax, even masa dia perform pun dia menari dengan relax, sengih sengih, tak control hensem dan betul betul enjoy macam dia perform 1 to 1 dengan kawan kawan...plus, dia kelihatan lebih hensem...tahniah, aku suka dengan orang yang makin tua makin hensem/cantik!

-Aku pernah pergi 3 konsert kat Istana Budaya,Anuar Zain, Siti Nurhaliza dan KRU...dan 3-3 artis tu aku suka (i used to be a die hard fan of Anuar Zain ya..suka gila kat Bang Nuar sampailah dia mem-Botox dengan melampau, lalu muka dia nampak sangat pelik dan bukan dia)...tapi,series konsert KRUni yang paling aku happy, mungkin sebab fans KRU ni sangat supportive semua pun nyanyi sama-sama,terjerit jerit, atau sebab cara diorang interact sangat santai takde control atau sebab aku dapat release bad vibes selepas hampir 5 bulan memeruk kat rumah....

-Ohhh lisa surihani sangat lah comel ye...aku sebelum ni bila tengok gambar dia kat internet, aku rasa dia adalah seorang yang sombong, tapi semalam bila dia berlari lari sebelah aku...aku rasa kagum dengan kecomelan dan ke-cool-an dia...tiba tiba rasa macam dia lagi best dari Yusry pulak #teamLisa..ehhh tiba tiba...

-Aku dan kawan kawan aku pun check in kt hotel kat KL malam tadi, sekali bila tengok instagram pagi ni Edry dan Norman rupanya stay kat Impiana KLCC, cisss kenapakah kami tak pilih impiana?instead pilih hotel lain padahal dekat jugak dengan KLCC...wahh sedihhhh

Hmmm ok, tu je la kot...aku masih tak dapat get over the concert....series best..kalau tahu ni last concert...baik aku pegi malam ni, mesti lagi feel gitew.

Oklah, nah enjoy gambar gambar ni


ni gambar paling dekat aku dapat amik dengan diorang..wahakakak...ok gambar dengan poster jahhh tak kelakar...baju raya KRU by jovian la pulak..hebat mereka ni ber-business


ni masa konsert dah habis...edry berlari ke arah crowd..tengok..gaya dia ala ala dia rock star yang very the famous kan..ohh memang pun...sangat entertained dengan edry...syabas! oh btw, aku amik ni tak zoom tau,dekat la jugak kan sebenarnya..
ni pulak ice cream kat family mart ktorang beli sebelum balik tadi, tak dapat jumpa KRU kat impiana, lalu kecewa dan membeli ice-cream di family mart..


Ok lah! bye..terus rasa bersemangat nak chemo Khamis ni...hahaha over khennn...

No comments: