Hari ni hari ke 8 selepas chemo ke-4...
Alhamdulillah, aku rasa aku dah dapat set otak dengan apa yang patut aku rasa selepas chemo...
Jadi, seperti biasa hari ke 1-3 takde apa yang teruk sebab aku dibekalkan dengan ubat ubat seperti yang aku kongsi dalam post sebelum ni...
Dan kali ni aku gagah pergi SOGO hari ke-2 aku post chemo, jalan jalan, tapi kena lah pakai mask, dan setiap beberapa minit aku akan spray anti-bacteria untuk mengurangkan kebarangkalian jangkitan...
Hari ke-3, Nani teman aku kat rumah, tapi kebanyakan masa aku cuma tidur sebab aku agak keletihan, tapi malam tu sempat la kteorang makan mee kolok kat sungai besi..hew hew
Hari ke-4 bermula lah sakit sakit badan, rasa bisa datang bermula dari leher, sampai lah ke dada, lepastu turun sampai pinggang...kat seluruh muka pun rasa reseptor terkeluar, sebab bila amik wuduk tangan sapu muka pun rasa sakit..huuuu..tapi masa hari ke-4 takde perasaan loya yang melampau, tapi, mungkin sebab dah sakit, aku dah malas nak makan sangat apatah lagi nak minum...
Hari ke-5, sakit tu masih ada..aku hantar atok aku balik JB hari ke-5 tu...tapi, sebab aku dah pernah ada pengalaman sakit badan, aku boleh tolerate dengan kesakitan tu sepanjang jalan...tapi hampir sepanjang masa aku tidur je...sampai Jb pun aku tidur je...
Hari ke-6, sakit badan dah kurang lah sikit..tapi datang pulak ke-loya-an...sampailah semalam, hari ke-7...
Rasa loya ni menyebabkan aku tak lalu makan, sebab lepas aku makan je rasa nak muntah...rasa tak sedap kat tekak...jadi, aku manage perasaan tu dengan makan benda benda masam, seperti limau kasturi, asam asam sikit, benda benda manis macam seperti kacang tumbuk, kuih bangkit, minum air sunquick kosong, dan jugak makan buah buahan
Dan hari ni, Alhamdulillah, aku sempat puasa ganti dan lepas buka takde perasaan loya melampau...
Selain dari kesan kesan ni, aku takde kesan lain..aku tunggu jugak, kot kot lah ada rasa kebas kebas kat hujung jari macam Dr Rachael cakap, ada kadang kadang, which happens macam few minutes, tapi lepas tu hilang, selain tu, takde...kaki aku pun Alhamdulillah kuat, badan aku pun kuat lah, aku rasa...aku harap white blood cells aku meningkat nanti
Oh..dan yang paling obvious selain dari kepala botak adalah kening yang dah makin tipis, yang menyebabkan muka aku nampak macam orang sakit...walaupun sebenarnya aku sihat okey!!
ok lah, tu je...bye!
nah...gambar aku masa jalan jalan kat sogo
No comments:
Post a Comment