Thursday, May 17, 2018

Kos rawatan yang mahal


Assalamualaikum

(Disclaimer: penggunaan perkataan insuran dan takaful dalam entri ini aku maksudkan dengan erti yang sama…kecuali pada perenggan di mana aku jelaskan konsep insuran vs takaful)

Sebenarnya aku dah janji dengan agen takaful aku Syuriani untuk letakkan kos perubatan yang telah dikenakan kat aku sepanjang aku terima rawatan ni…

Masalahnya adalah, setiap kali habis chemo, aku macam excited je nak bergambar dengan nurse kat day-care tu, lepas tu lagi excited nak balik…dan aku terus balik ikut pintu belakang terlupa nak singgah bahagian admin kat depan…

Jadi, sampai ke sudah ni ha aku tak dapat pun berapa total kos perubatan…tengok lah kalau aku ingat chemo terkakhir nanti (yessss!) 31 may, aku akan menyinggah sana sini…
Seperti yang pernah aku tulis dalam entri yang dulu pasal insuran dan takaful, hari ni aku nak tulis sekali lagi (out of boredom dan rasa membuak buak nak menulis..gee)

Ok, macam ni konsepnya…

Siapa pernah baca viral kat facebook yang kata “PruBSN menipu”?

Aku ingat lagi, walaupun aku takde Facebook, aku ada jugak lah baca pasal cerita tu, kalau tak salah aku, pasal sorang ayah ni, umur lebih kurang aku jugak rasanya 30-s…belikan insurance untuk anak dia, pastu, skali bila anak dia warded, tak dapat claim..lalu dia menulis ketidakpuasan hati secara panjang lebar di Facebook

Sebelum itu, biar aku jelaskan konsep insuran vs takaful, yang ini mengikut pengetahuan aku, seorang layman…yang ada baca sini sana sikit terutamanya waktu nak amik periksa bank negara dulu.hewhewhew…ohh dan andai kata aku silap, minta betulkan ya..

Ok…insurance ni konsep dia macam ‘perjudian’ la…ko letak duit ko xxx, lepastu kalau kata kau sakit, boommm ko dapat extra duit untuk kos perubatan..sifatnya tidak jelas, kau macam gamble kan ‘tahap kesihatan’ kau…put it at stake..

Kalu takaful pulak, konsep dia ‘pool’…aku letak xxx, minah letak xxxx, abu letak xxxx, jadi bila kata sakit, duit yang kumpul kumpul ni kita share la untuk berubat…

Macam tu la ikut kefahaman aku lebih kurang…

Ok, dah selesai konsep asas..

Lepas tu pulak, meh aku jelaskan kekdah nak amik insuran…

1.       Sebelum ko amik, ko kena pastikan kesihatan ko tip top over the top..tak gemuk obesity, tak kurus anorexia, tak pernah masuk ward atas apa apa sebab…kalau kau kategori manusia ni..ok, easy peasy lah pengalaman insurance ko

2.       Kalau kata ko ada masalah kesihatan tapi tak pernah warded, contohnya ko gemuk gedempol atau kurus melidi, takde masalah, kau kena jumpa dengan appointed doctor dan doctor akan recommend boleh ke idok ko amik insurance..kalau kata tak boleh, minta maaf lah, sila kuruskan badan dulu, atau gemukkan sikit badan…kalau macam syuriani, dia sangat committed dan beria ria bawak momo jumpa doctor dulu..tapi, maaf, anda gagal momo, sila kuruskan badan!

3.       Kalau kata pulak kau pernah warded, haaa biasanya akan aada exclusion untuk penyakit ko tu..contoh macam aku lah dulu, sakit misteri di lutut..tiba tiba lutut aku gemuk ada air sakit gilo…lepastu baru menggelabah nak amik insuran kan..masa tu, ok, insurance aku lepas, TAPI, di exclude kan lutut kiri aku..maksudnya, andai kata ada apa apa terjadi pada lutut kiri dan berkaitan, pepandai lah aku bayar sendiri ye…tapi, macam agen aku yang bagus, dia advice aku, boleh appeal benda ni lepas certain period..jadi, aku cuba lepas dua tahun, dan berjaya,sekarang insuran aku fully covered..tapi aku ada kanser pulak..best ke tak tu??haaa

4.       Yang Paling Penting!! Jangan menipu dalam boring permohonan insuran!!!!Sejujurnya, masa aku nak apply insuran, aku tak menipu lah, sebab aku macam ok ok je….tapi, masa momo nak apply, aku agak annoyed dengan Syuriani, sebab dia sangat skema…as in “tak boleh..kita tak boleh tipu..susah nanti”…sebab, pada masa yang lebih kurang sama, ada agen insuran lain yang aku kenal yang selamba je suruh kenalan aku sorang ni tipu kat borang insurance dia…masa tu aku macam “ok..Syuriani tak cool, agen lagi satu ni cool gila”…Tapi, sebenarnya aku perlu berterima kasih kat Syuriani sekarang, sebab walaupun dengan keskemaan dia agak menyusahkan, tapi, bila sekarang aku kena dapatkan rawatan tumor lah, reaction ubat lah, kanser lah.., senang gila kerja claim meng-claim….tak de masalah langsung lah!! Alhamdulillah…syukur gila..*nangis*

Kesimpulannya pada pendapat aku, kalau nak amik insuran, CARI AGEN YANG BAGUS!!!
Ini paling penting, pada aku:

1st: Agen yang bagus
2nd: Syarikat yang ko yakin, tak kesah la be it insurance ke takaful ke, AIA ke AIG ke AXA ke whatever it is
3rd: Apa coverage yang kau nak…

Ketiga-tiga benda ni akan jadi senang, kalau kau ada agen yang baik dan kerja dengan ikhlas…

Dan untuk aku, aku sangat bersyukur, walaupun aku kena kanser dan kena chemo yang sakitnya tu hanya tuhan yang tahu…sakit gila woi…tapi, Allah dah aturkan hidup aku dengan senang..Alhamdulillah, Allah temukan aku dengan agen yang bagus, untuk memudahkan perjalanan aku mendapatkan rawatan..ha lepas ni kalau aku umur panjang tetap sia sia kan hidup memang ke laut lah baki hidup aku kan….

Oh, by the way, untuk mereka yang tak berkesempatan nak amik insuran, mungkin dulu tak sedar kepentingan insuran, atau mungkin tak berkemampuan, jangan risau, Malaysia ada fasiliti perubatan yang sangat bagus! Dan barisan doctor pakar yang sangat hebat! Insyaallah, dengan kerajaan baru, mungkin bajet perubatan akan ditingkatkan dan rakyat boleh dapat perkhidmatan yang lebih baik dari yang sedia ada..Hidup Tun! Hidup Pakatan Rakyat! (ehhhhhh tibahhh kan…ko dah kenapa?)
2 orang 90-an yang aku kagum...Tun M dan atok aku...adoi...berbaloi betul Allah kasik mereka umur panjang...semoga umur aku pun berbaloi jugak



 Momo dan pejal kata aku kena tambah gambar kat blog ni...hmm nah lah...gambar aku masa chemo hari tu...berlatarbelakang kan KLCC...tak kurang pun sakitnya...zzzz

Ok lah…bye!

No comments: