Monday, May 7, 2018

eat eat eat no diet diet

Assalamualaikum...

Baru baru ni, aku terfikir nak buat senarai  perkara yang aku nak buat selepas chemotherapy session aku habis...

antara benda yang aku nak buat adalah seperti berikut:

- mandi swimming pool...cheesy gila.. dah la aku tak pandai berenang pun..tapi sebab masa chemo ni kan immune system aku agak kaput...jadi aku agak takut nak mandi pool, jadi, aku berangan sebulan lepas chemo, masa tu aku bajet bajet white blood count aku dah naik dengan baik, aku nak berenang kat swimming pool...tak kesah la kat hotel ke kat sunway lagoon ke atau pool plastik zafri punya kat kampung ke mana mana lah..

- snorkeling dan yang berkaitan dengan pantai atau pulau....arghhh lama gila dah aku tak pergi ke pulau, atau tepi pantai...p.e.r.l.u k.e p.a.n.t.a.i!!! bila aku sihat nanti...insyaallah

- post chemo trip!!! yes...untuk meraikan habis siksaan chemo..aku dah plan nak pergi perth..jalan jalan 9 hari selepas 2 bulan last chemo aku nanti...harap harap takde apa lagi dah bila masa itu sampai..cukup cukup la wey nak dekat setengah tahun aku merempan kat rumah..hewhewhew

-nak cari kerja...atau benda benda yang menyebabkan aku ber-sosial...bayangkan betapa boringnya aku sepanjang proses nak pulih ni..sampai aku yang paling malas nak bersosial ni pun terfikir nak bersosial..sobs...

selain dari benda benda di atas, ada jugak benda benda kecik yang aku teringin nak buat yang tiada kaitan dengan cancer atau chemo aku ni pun 

salah satu daripadanya adalah nak makan macaron l'aduree..

kenapa aku jakun sangat nak cuba adalah kerana masa dia bukak kat malaysia mcm hype la jugak...katanya sedap dan dari france khenn

lagi pun, aku memang suka macaron..tapi disebabkan kandungan gula melampau dan harga dia yang cekik darah..aku selalu la mengingatkan diri supaya tak payah nak berangan sangat nak makan selalu...

tapi, hari ni, selepas lebih 8 bulan agaknya aku tak pergi pavillion, aku pun layan kan lah nafsu aku untuk mencuba l'aduree...

dan ini adalah pengalaman aku:

1. harga dia memang mahal lah, yang aku amik ni vanilla silver vanilla nama dia...sebiji RM18...aku beli dua, satu aku satu momo...selain tu tak takde flavor lain yang menarik hari ni, cuma licorice, vanilla lime dan blackcurrant

2. dua ketul macarons aku diletakkan dalam paper bag ni..yang mana kat paperbag tu tulis address l'aduree kat france..aku terfikir kenapa takde address yang kat pavillion?

3. beginilah rupa macaron aku, cantik kan? nasib aku bukan jenis sayang sayang nak makan benda, jadi, tanpa belas ihsan..dalam sekelip mata, aku makan je macaron ni
4. Dan...rasa macaron ni? ok..sedap!!! memang terasa almond, tak manis melampau, just nice dan size pun agak besar...

Jadi..adakah aku akan beli lagi?

Mungkin tidak dalam masa terdekat..tapi birthday aku nanti, kalau sesape nak belikan sangat dialu alu kan ye...hehehe

Ok lah...bye!

No comments: