Assalamualaikum…
Hari ni, selepas berkali kali berjanji palsu dengan Sal,
akhirnya aku sempat jugak jumpa dia..
Sal adalah roommate aku masa kat universiti dulu…
Mula mula dia roommate Nani…Dia baik dengan Nani selalu ke
mana mana berdua, lepas tu, aku tagged along…Jadi bila dah second sem tu,
banyak jugak benda kteorang buat ber-3..walaupun ada certain benda aku masih
prefer buat sorang sorang (contohnya bila register course awal semester)…dan
Sal pulak, bila aktiviti aktiviti merapu malam-malam yang aku, Nani dan yang
lain lain buat, dia selalunya tak join, sebab dia tidur awal…huahahaha
Bila masuk tahun 2, aku pulak satu bilik dengan Sal…tapi,
Sal tetap tidur awal, dan aku dan Nani makin galak stay up untuk buat benda
benda tak berfaedah…Tapi selalunya pukul 6.00-6.30 petang kteorang 3 akan pergi
makan dinner sama sama…ahhhh..the good old days, bila mana masalah paling besar
adalah fikir “nak order apa ni makan kat Khalil lagi?”
Sal ni antara beberapa orang manusia yang special la dalam
hidup aku…sebab dia ni antara jumlah kecil manusia, yang mana, walaupun aku dah
tak jumpa lamaaaaaaaa….aku boleh je borak dengan dia macam baru lepak dengan
dia semalam…
Sebagai seorang loner, tak banyak manusia yang aku begitu
selesa dengan bila dah lama tak jumpa…kadang kadang rasa lebih senang buat
relationship baru dengan stranger…
Kalau aku tak begitu rapat dengan seseorang, aku tend to
tanya soalan banyak banyak, untuk create conversation…aku tak tahu kenapa….
Jadi, kalau sesape borak dengan aku, dan aku tanya banyak
soalan merepek meraban tu, maksudnya aku tak berapa selesa la tu sebenarnya,
dan aku cuba sedaya upaya untuk tak rasa awkward..most of the time, aku tak
masuk otak pun jawapan jawapan korang…
Tapi, kalau aku sangat selesa dengan orang tu, aku akan
bercakap dan bercakap dan bercakap lagi dan lagi..demmit…
Ok…berbalik kepada cerita Sal..
Jadi, semalam, aku whatssap..tanya dia balik Ganu
bila..konon konon nak buat satu lagi temujanji untuk jumpa..
Lepas tu aku cakap, “oh..aku nak balik KL dah Rabu ni…ada
hospital”
Sal tanya “kenapa? Atok ko sakit ke?”
Aku jawab la..”Eh tak la…aku la sakit..huahahaha”
Sal tanya lagi..”Ko sakit apa?”
Aku cakap “Kanser (dengan emoticon fliphair)”
Lalu, terus Sal mengosongkan jadual dia pagi ni dan datang
rumah nenek aku….
(best kan sakit Kanser ni, macam dapat banyak wild
cards…hahahahahahah)
Ok, sebenarnya…selain dari menulis kat blog ni, tak ramai pun
orang tau pasal aku kanser…
Yang aku sendiri beritahu tentang kanser aku ni dari mulut aku sendiri adalah:
11. Momo, dan mak bapak aku…sebab diorang ada masa
Dr KK nak jumpa aku in private
S2. Sikin, sebab dia pun ada masa Dr KK nak jumpa
aku in private
33. Nani, sebab aku ada buat salah dengan dia di
hari kejadian aku tahu aku ada kanser, jadi aku suruh dia menangguhkan sessi
kalau kalau dia nak marah aku sebab aku ada news yang lagi besar
44. Sepupu aku, Salwa, sebab dia mcm cousin bff aku
sejak kecik….plus sebab dia doctor, jadi apa-apa dia akan cekitoutkan jugak
untuk aku…
55. Hapisah, sebab masa aku operate tu dia sanggup
datang melawat aku (seriously, dia ni punya lah susah nk keluar rumah…)dan dia
selalu msg aku, almost everyday nak tanya macam mana etc..mungkin sebab kakak
ipar dia pun kanser, jadi dia concern plus kteorang memang selalu bertukar
tukar masalah kehidupan…chewahhh
66. The whole family anak cucu atok belah mak aku
via whatssap, sebab aku tahu mereka adalah safety net aku…apa apa aku boleh
harap kat mereka
77. Bernard, ex bos aku, dengan harapan dia kesian
kat aku, dan dapat tolong momo dapat kerja..wakakaka
88. Alvin Tan, agen Public Mutual aku, sebab kalau
aku tak kasik alasan kukuh, sokmonya dia akan msg aku nak ajak jumpa nak review
akaun aku…tapi, dia sangat sangat bagus ya!!!
99. Supervisor master aku, sebab dia selalu message
aku tanya khabar, dan aku kan kena mintak cuti satu semester…dia sangat baik
dan supportive la…
110. Sal la..semalam :P
111. Sesiapa yang baca blog ni, which aku tak war war
pun kat sesape, ala ala syok sendiri dengan jumlah viewers dalam 0-4 orang
sehari...(salah sorangnya adalah Momo, aku tahu!)
Ok, tu je manusia yang aku sendiri bagitahu dengan mulut aku
rasanya (ok, tipu, dengan tangan, kecuali pada Sikin)…
Sebenarnya, even nenek
dan atok aku pun, aku tak beritahu sendiri (obviously mereka takde dalam group
whassap family), sebab, aku tunggu masa yang sesuai..tapi masa diorang pergi
umrah tu, mak aku tengok aku dah macam nak putus asa dengan kehidupan agaknya,
masa aku sakit 10 hari kat hospital tu..jadi, mak aku decided untuk beritahu
atok dan nenek aku…
Aku ada beberapa alasan peribadi, kenapa aku tak nak
bagitahu orang:
11.
The fact yang aku ni sangat choosy dalam
pemilihan orang yang aku percaya dalam hidup aku…aku ada trust issue…aku ada
satu cling film yang membalut aku dari terus percaya kat ramai orang..aku sangat
sangat selective memilih manusia yang patut aku amik pedulik, dan yang aku nak
diorang amik pedulik pasal aku..aku tak suka huhuhahah awal awal..lepastu tak
puas hati, gaduh, cakap belakang etc..dah la aku ni mmg suka bergossip…ish ish
ish..jadi, baik lah aku minimal kan contact dengan manusia…
22.
Aku malas nak dengar soalan soalan sinikal atau
pun soalan soalan yang berat…masa aku tau aku kanser tu, aku kena deal dengan
beberapa benda sekali gus. Parut operation yang nala besar, stress nak hasilkan
ovum untuk IVF, terus la pulak dapat allergic, dengan nak set otak aku lagi nak
kena hadap chemo…enough! Aku tak nak kena menjawab soalan soalan yang aku rasa
tak perlu si tukang tanya tu tanya pun at the first place..dan, bila makin
ramai orang tahu, soalan tu akan berulang dan ulang, padahal, masa tu, aku
sendiri tak tahu apa akan jadi seterusnya, aku pun takde jawapan untuk banyak
sangat soalan dalam otak aku jadi, best is, aku tak yah beritahu ramai orang...habis
cte
33.
Aku tak nak dengar terlalu banyak informasi
tambahan…cukup lah, aku mental bila sendiri gatal baca apa aku google…kang bila ramai sangat
orang tahu, banyak pulak informasi tambahan aku kena dengar,tak boleh makan tu, makan ni, tak boleh buat tu buat ni, kena jumpa orang tu orang ni...wtf wtf wtf dah la masa awal
awal, aku ni bila dengar, semua benda aku nak fikir dan masuk otak…erghhh
stress la lagi…
44.
Aku tak nak orang treat aku dengan special
treatment….emm atau tiba tiba orang baik dengan aku, sebab aku kanser…manusia
manusia yang aku list kan di atas tadi, hampir 99% kat atas tu, memang sentiasa
menjaga aku dengan baik…aku tak perlu ada kanser pun, untuk diorang masakkan
masakan fevret aku, atau untuk dengar bebelan aku pukul 2-3 pagi, atau nak
belanja aku makan tiba tiba…dan even bila mereka tahu aku ada kanser, takde
benda major pun yang berubah, diorang tak lari dari aku, dan diorang tak treat
aku extra super special, of course la ada kelebihan sikit, sebab kan lepas
chemo aku jadi lembek, so obviously kalau nak buat or plan apa apa mereka akan
consider keadaan aku, masa aku etc etc…tapi aku tau itu bukan kesian sebab aku sakit, tapi sebab
diorang memang kesah tentang aku…..
Tapi, hari Khamis ni, 31 May
2018, selapas aku habis chemo aku berangan nak suruh Momo blast kan kat
Facebook dia pasal aku…sebab tu dah chemo aku yang finale…dan Insyaallah, setakat
chemo 5th tu, Dr Rachael kata, kanser aku tak kelihatan lagi…Tapi
aku masih perlu pergi routine checkup untuk cancer…bla bla bla..apa pun…life
goes on untuk aku..yay!
Jadi, aku nak minta maaf siap
siap kat sesape yang rasa ter’left-out’ sebab aku tak bagi tahu aku kanser…dengan selfish-nya aku cakap, I did it for my own good...and it works well...
Tapi, kalau aku bagitahu kat satu dunia pun, bukan korang boleh buat apa extra pun, tetap setiap hari Kames selang 21 hari, aku sorang
jugak yang kena hadap jarum dan TaxolCarboplatin yang kejam tu..huh!
Jadi, kalau sesiapa nak tanya aku apa
apa soalan lepas 31 May ni, by all means, please, aku rasa, aku dah mentally
and emotionally ready dah nak jawab apa apa soalan, sama ada bersifat teknikal,
financial, emotional, apa apa je la…
Seriously cancer makes me
stronger!
P.sKali ni aku takde nak letak gambar sebab connection Digi kat rumah nenek aku ni macam ****** ****** ***** (sila letak segala kata kata kesat)...hello rumah nenek iols kat tengah tengah bandaraya johor bahru okey...siap kadang kadang dapat line singapore lagi,,dah kenapa line Digi ni hauk sangat....geram betul!
7 comments:
k pkai 760 tu lagi?
Syafakillah Sis. ��
Sr mokku ni..klau ko igt lgi la aku..keep strong ya..lame nye xjumpe ko
Keep Strong dik...
Hi mokku..aku igt la ko of kos..tq mokku..insyaallah aku ok..dh nak hbis dh ni weyy sikit je lagi..yahoo
Terima kasih manusia baik
Thanks kak farah :)
Post a Comment