Sunday, May 27, 2018

Biarlah Rahsia..ehh


Assalamualaikum…

Hari ni, selepas berkali kali berjanji palsu dengan Sal, akhirnya aku sempat jugak jumpa dia..

Sal adalah roommate aku masa kat universiti dulu…

Mula mula dia roommate Nani…Dia baik dengan Nani selalu ke mana mana berdua, lepas tu, aku tagged along…Jadi bila dah second sem tu, banyak jugak benda kteorang buat ber-3..walaupun ada certain benda aku masih prefer buat sorang sorang (contohnya bila register course awal semester)…dan Sal pulak, bila aktiviti aktiviti merapu malam-malam yang aku, Nani dan yang lain lain buat, dia selalunya tak join, sebab dia tidur awal…huahahaha

Bila masuk tahun 2, aku pulak satu bilik dengan Sal…tapi, Sal tetap tidur awal, dan aku dan Nani makin galak stay up untuk buat benda benda tak berfaedah…Tapi selalunya pukul 6.00-6.30 petang kteorang 3 akan pergi makan dinner sama sama…ahhhh..the good old days, bila mana masalah paling besar adalah fikir “nak order apa ni makan kat Khalil lagi?”

Sal ni antara beberapa orang manusia yang special la dalam hidup aku…sebab dia ni antara jumlah kecil manusia, yang mana, walaupun aku dah tak jumpa lamaaaaaaaa….aku boleh je borak dengan dia macam baru lepak dengan dia semalam…

Sebagai seorang loner, tak banyak manusia yang aku begitu selesa dengan bila dah lama tak jumpa…kadang kadang rasa lebih senang buat relationship baru dengan stranger…

Kalau aku tak begitu rapat dengan seseorang, aku tend to tanya soalan banyak banyak, untuk create conversation…aku tak tahu kenapa….

Jadi, kalau sesape borak dengan aku, dan aku tanya banyak soalan merepek meraban tu, maksudnya aku tak berapa selesa la tu sebenarnya, dan aku cuba sedaya upaya untuk tak rasa awkward..most of the time, aku tak masuk otak pun jawapan jawapan korang…

Tapi, kalau aku sangat selesa dengan orang tu, aku akan bercakap dan bercakap dan bercakap lagi dan lagi..demmit…

Ok…berbalik kepada cerita Sal..

Jadi, semalam, aku whatssap..tanya dia balik Ganu bila..konon konon nak buat satu lagi temujanji untuk jumpa..

Lepas tu aku cakap, “oh..aku nak balik KL dah Rabu ni…ada hospital”

Sal tanya “kenapa? Atok ko sakit ke?”

Aku jawab la..”Eh tak la…aku la sakit..huahahaha”

Sal tanya lagi..”Ko sakit apa?”

Aku cakap “Kanser (dengan emoticon fliphair)”

Lalu, terus Sal mengosongkan jadual dia pagi ni dan datang rumah nenek aku….

(best kan sakit Kanser ni, macam dapat banyak wild cards…hahahahahahah)

Ok, sebenarnya…selain dari menulis kat blog ni, tak ramai pun orang tau pasal aku kanser…

Yang aku sendiri beritahu tentang kanser aku ni dari mulut aku sendiri adalah:

11.   Momo, dan mak bapak aku…sebab diorang ada masa Dr KK nak jumpa aku in private
 
S2.   Sikin, sebab dia pun ada masa Dr KK nak jumpa aku in private

33.   Nani, sebab aku ada buat salah dengan dia di hari kejadian aku tahu aku ada kanser, jadi aku suruh dia menangguhkan sessi kalau kalau dia nak marah aku sebab aku ada news yang lagi besar

44.   Sepupu aku, Salwa, sebab dia mcm cousin bff aku sejak kecik….plus sebab dia doctor, jadi apa-apa dia akan cekitoutkan jugak untuk aku…

55.   Hapisah, sebab masa aku operate tu dia sanggup datang melawat aku (seriously, dia ni punya lah susah nk keluar rumah…)dan dia selalu msg aku, almost everyday nak tanya macam mana etc..mungkin sebab kakak ipar dia pun kanser, jadi dia concern plus kteorang memang selalu bertukar tukar masalah kehidupan…chewahhh

66.   The whole family anak cucu atok belah mak aku via whatssap, sebab aku tahu mereka adalah safety net aku…apa apa aku boleh harap kat mereka

77.   Bernard, ex bos aku, dengan harapan dia kesian kat aku, dan dapat tolong momo dapat kerja..wakakaka

88.   Alvin Tan, agen Public Mutual aku, sebab kalau aku tak kasik alasan kukuh, sokmonya dia akan msg aku nak ajak jumpa nak review akaun aku…tapi, dia sangat sangat bagus ya!!!

99.   Supervisor master aku, sebab dia selalu message aku tanya khabar, dan aku kan kena mintak cuti satu semester…dia sangat baik dan supportive la…

110.   Sal la..semalam :P

111.   Sesiapa yang baca blog ni, which aku tak war war pun kat sesape, ala ala syok sendiri dengan jumlah viewers dalam 0-4 orang sehari...(salah sorangnya adalah Momo, aku tahu!)

Ok, tu je manusia yang aku sendiri bagitahu dengan mulut aku rasanya (ok, tipu, dengan tangan, kecuali pada Sikin)…

Sebenarnya, even nenek dan atok aku pun, aku tak beritahu sendiri (obviously mereka takde dalam group whassap family), sebab, aku tunggu masa yang sesuai..tapi masa diorang pergi umrah tu, mak aku tengok aku dah macam nak putus asa dengan kehidupan agaknya, masa aku sakit 10 hari kat hospital tu..jadi, mak aku decided untuk beritahu atok dan nenek aku…

Aku ada beberapa alasan peribadi, kenapa aku tak nak bagitahu orang:

11.     The fact yang aku ni sangat choosy dalam pemilihan orang yang aku percaya dalam hidup aku…aku ada trust issue…aku ada satu cling film yang membalut aku dari terus percaya kat ramai orang..aku sangat sangat selective memilih manusia yang patut aku amik pedulik, dan yang aku nak diorang amik pedulik pasal aku..aku tak suka huhuhahah awal awal..lepastu tak puas hati, gaduh, cakap belakang etc..dah la aku ni mmg suka bergossip…ish ish ish..jadi, baik lah aku minimal kan contact dengan manusia…

22.     Aku malas nak dengar soalan soalan sinikal atau pun soalan soalan yang berat…masa aku tau aku kanser tu, aku kena deal dengan beberapa benda sekali gus. Parut operation yang nala besar, stress nak hasilkan ovum untuk IVF, terus la pulak dapat allergic, dengan nak set otak aku lagi nak kena hadap chemo…enough! Aku tak nak kena menjawab soalan soalan yang aku rasa tak perlu si tukang tanya tu tanya pun at the first place..dan, bila makin ramai orang tahu, soalan tu akan berulang dan ulang, padahal, masa tu, aku sendiri tak tahu apa akan jadi seterusnya, aku pun takde jawapan untuk banyak sangat soalan dalam otak aku jadi, best is, aku tak yah beritahu ramai orang...habis cte

33.     Aku tak nak dengar terlalu banyak informasi tambahan…cukup lah, aku mental bila sendiri gatal baca apa aku google…kang bila ramai sangat orang tahu, banyak pulak informasi tambahan aku kena dengar,tak boleh makan tu, makan ni, tak boleh buat tu buat ni, kena jumpa orang tu orang ni...wtf wtf wtf dah la masa awal awal, aku ni bila dengar, semua benda aku nak fikir dan masuk otak…erghhh stress la lagi…

44.     Aku tak nak orang treat aku dengan special treatment….emm atau tiba tiba orang baik dengan aku, sebab aku kanser…manusia manusia yang aku list kan di atas tadi, hampir 99% kat atas tu, memang sentiasa menjaga aku dengan baik…aku tak perlu ada kanser pun, untuk diorang masakkan masakan fevret aku, atau untuk dengar bebelan aku pukul 2-3 pagi, atau nak belanja aku makan tiba tiba…dan even bila mereka tahu aku ada kanser, takde benda major pun yang berubah, diorang tak lari dari aku, dan diorang tak treat aku extra super special, of course la ada kelebihan sikit, sebab kan lepas chemo aku jadi lembek, so obviously kalau nak buat or plan apa apa mereka akan consider keadaan aku, masa aku etc etc…tapi aku tau itu bukan kesian sebab aku sakit, tapi sebab diorang memang kesah tentang aku…..

Tapi, hari Khamis ni, 31 May 2018, selapas aku habis chemo aku berangan nak suruh Momo blast kan kat Facebook dia pasal aku…sebab tu dah chemo aku yang finale…dan Insyaallah, setakat chemo 5th tu, Dr Rachael kata, kanser aku tak kelihatan lagi…Tapi aku masih perlu pergi routine checkup untuk cancer…bla bla bla..apa pun…life goes on untuk aku..yay!

Jadi, aku nak minta maaf siap siap kat sesape yang rasa ter’left-out’ sebab aku tak bagi tahu aku kanser…dengan selfish-nya aku cakap, I did it for my own good...and it works well...

Tapi, kalau aku bagitahu kat satu dunia pun, bukan korang boleh buat apa extra pun, tetap setiap hari Kames selang 21 hari, aku sorang jugak yang kena hadap jarum dan TaxolCarboplatin yang kejam tu..huh!

Jadi, kalau sesiapa nak tanya aku apa apa soalan lepas 31 May ni, by all means, please, aku rasa, aku dah mentally and emotionally ready dah nak jawab apa apa soalan, sama ada bersifat teknikal, financial, emotional, apa apa je la…

Seriously cancer makes me stronger!

P.sKali ni aku takde nak letak gambar sebab connection Digi kat rumah nenek aku ni macam ****** ****** ***** (sila letak segala kata kata kesat)...hello rumah nenek iols kat tengah tengah bandaraya johor bahru okey...siap kadang kadang dapat line singapore lagi,,dah kenapa line Digi ni hauk sangat....geram betul!

7 comments:

Unknown said...

k pkai 760 tu lagi?

Sanqueen_mama said...

Syafakillah Sis. ��

Unknown said...

Sr mokku ni..klau ko igt lgi la aku..keep strong ya..lame nye xjumpe ko

Unknown said...

Keep Strong dik...

sr hebat said...

Hi mokku..aku igt la ko of kos..tq mokku..insyaallah aku ok..dh nak hbis dh ni weyy sikit je lagi..yahoo

sr hebat said...

Terima kasih manusia baik

sr hebat said...

Thanks kak farah :)