Sunday, January 28, 2018

Review Filem... Syurga Yang Tak Dirindukan - 2

Assalamualaikum

Aku ingat lagi, sewaktu malam 31 Dec 2017, masa kteorg (aku dan kawan kawan aku) sambut New Year kat rumah Sikin..

Masa tu ada cerita ni ditayangkan kat Astro...

Tapi since aku datang lambat, masuk masuk rumah sikin aku terus duduk kat kerusi makan dan makan...

Tak seminit pun aku duduk depan TV..sebab

1. Aku malas nak tengok cerita tengah jalan

2. Aku tak suka Nora Danish (ehh tibahh kan)

Tapi..masa sambil sambil aku makan tu, aku perasan la...

-Sikin sangat fokus tengok cerita tu, tak bercakap langsung..kecuali menjawab soalan aku seperti "Nora Danish jadi apa wey dalam cite ni" (ntah apa apa kan,tak suka dia, tapi sibuk nak tanya watak di...*rolling eyes kepada diri sendiri*)

-Bila dah abis cerita, Momo sedu sedan....lalu Yoyo dan Roro gelak gelak sambil kutuk kutuk dia..."ohhh kau ni ** baru sakit sikit dah fikir nak kawen lain" lepas tu diorang gelak gelak...

Aku sengih je la..sebab masa tu aku sangat risau pasal pembedahan aku yang akan berlangsung lagi 3 hari...

_______________________________________________________________________________

Ok, tadi, selepas aku tengok cerita Melissa McCartney "Tammy"

Aku tekan tekan remote..dan nampak la cerita Syurga Yang Tak Dirindukan-2 diulang tayang kat Astro...

Ok la, since aku takde nak tengok cerita apa..aku pun decided nak tengok la sikit...

Dan, damn cerita tu adalah sangat teruk...teruk seteruk teruknya

Memang Nora kasik 1 bintang..ppftttt

Ini sebab nya:

1. Selepas beberapa minit..aku dikejutkan yang rupanya si Arini tu ada kanser...turns out, dia cakap, 2 tahun lepas dia ada kanser pangkal rahim, tapi lepas treatment dah ok..dan sekarang (2 tahun kemudian) tetiba dia ada kanser otak TAHAP 4... aihhh aku pulak yang sakit otak masa tengok part tu...sebab:
- aku wonder, possible ke bila kanser ko yang 1st tu dah elok, tetiba dalam 2 tahun, ada kanser lain terus terus stage 4 pulak...wahh..wujud ke macam tu? atau sebenarnya Arini tu tak mengikuti nasihat doktor dalam pemakanan? Begitu kejam kah sakit kanser tu? dan otak aku terus terusan berfikir dan berfikir

Dengan rasa risau yang melampau aku terus msg kawan kawan aku yang menonton filem ni di malam tahun baru yang lalu..

2. Arini tak nak buat biopsi seperti yang dicadangkan oleh Doktor tu sebab dia kata dia dah penat kena procedure
- Aku wonder, macam cepat gila dia terus tahu results eh..pengsan masa tengah shopping, tetiba je dia sedar, dah ada scan ke x-ray terus doktor tu bagitahu tu kanser, kenapa bukan cakap tumor je dulu? kenapa terus kanser? lepas tu dan-dan kanser tahap 4?? eiii boleh percaya ke???secepat itu kah? aku ni dh lebih 20 hari, esok baru nk finalize tahap berapa (seriously aku harap stops at T1C, atau dah baik la terus)..dan aku ni kira kes yang cepat lah tahu, orang lain siap makan bulan tau nak tahu...ke sebab kat negara tu medical dia sangat advance..ok..tak pasti..tak pasti...

3. Arini tak nak beritahu sesiapa pasal sakit dia ni..ala ala nak tersiksa sendiri..tapi nasib baik (or not) anak dia terdengar yang mak dia nak mati...lalu anak dia decided untuk penuhi hajat terakhir mak dia, iaitu menyatukan ayah dia dengan bini no-2 ayah dia yang hilang beberapa tahun lepas
-This is the worst part...1st, ok la aku hormati keputusan dia untuk tak nak beritahu orang...aku faham macam mana yang kadang kadang kau tak nak orang risau pasal kau...Tapi, ko kan konon konon tak nak orang risau, eh tapi tetiba ko ada last wish yang melampau lampau pulak, nak suruh madu ko balik kat husband ko padahal diketika itu madu ko tu dah move on pun..dah ada boyfriend lain pun...such a selfish person la Arini ni..macam semua kehidupan nak kena centre kat dia sebenarnya, lepas tu acah acah ko sacrifice diri...hello!!kau tak nak berusaha pun untuk mencari penawar sakit kau (bukankah Allah kata setiap penyakit ada penawar) lepas tu ko suka suka nak mix match sana ni? what a ****h..playing victim..apa kata kau yang sacrifice kan diri kau, go thru all the effort untuk hidup lama sikit..berusaha la sikit...teruk punya perempuan..pentingkan diri..


Dan lebih kurang macam ni la komen kawan kawan aku....

"ko nak percaya cerita tu?? baik ko buat cerita kau sendiri...ko ada momo, family ko, dan kawan-kawan ko yang sentiasa ada dengan ko...ko nk percaya cerita yang motifnya nak kutip bermilyar-milyar rupiah keuntungan tapi tak logik? tak payah!"

______________________________________________________________________________

Lebih kurang sejam kemudian, Sikin dan Roro datang rumah aku membawa 6 ketul karipap ikea..

Well, betul la cakap diorang...

"Buat cerita kau sendiri"

Ok, terima kasih korang yang selalu melawat aku...doakan lah aku punya result PET Scan menunjukkan aku tak payah chemo (yup, aku masih berharap sehingga ke saat ni)

Ok lah, bye...!Assalamualaikum

Nah gambar karipap ikea..dah lama tak makan sedap pulak :D





Thursday, January 25, 2018

Pengalaman PET Scan

Assalamualaikum

Wow..tajuk aku nak dapat viewers sangat kan...derhhh

Hehehehe

Ok..jadi hari ni aku nak berkongsi pengalaman buat PET CT scan

Mengikut pemahaman aku...melalui apa yang Dr Rachael dan radiologist aku explain, fungsi PET Scan ni utk highlightkan dimana ada sel-sel kanser dalam badan aku..

Kaedah dia mudah je... cucuk ubat, tunggu ubat settle, masuk dalam machine, amik gambar...

Gambar tu nanti akan highlightkan sel kanser dalam badan...

Again, disclaimer, ini interpretasi aku, mungkin betul mungkin salah, untuk yang lebih tepat, ASK the RIGHT PERSON! face-to-face..bukan google lepastu takut sendiri..hehehe

Jadi, appointment aku pukul 8.30pagi, semalam...

Sebelum tu aku dah puasa siap siap dari pukul 11.30 malam, last drink aku, air zam-zam rasanya (Aku tetap berdoa yang sel kanser aku mati siap siap...sebab aku sangat yakin yang Allah yang menghidupkan sesuatu dari sesuatu yang mati, dan Allah yang mematikan sesuatu dari sesuatu yang hidup, dan Allah maha pendengar, dan Allah maha mengasihani...Allah akan tolong aku..)

Jadi, 7.15pagi momo pun bawak aku pergi PCMC..jalan jam la pulak, ada kereta melintang tak jauh dari tol 50 sen..sampai PCMC pukul 8.20 macam tu...

Terus la pergi radiology...

Register je, diorang dah ada nama aku....

Being me, soalan pertama aku tanya kat mamat registration tu "Sakit tak encik?"

Mamat tu takde jawapan, dia cakap, "nanti Puan tanya dekat person incharge, saya kurang pasti...minta maaf ya puan"

Few minutes later, aku jumpa la person in charge "Ishwaran" jugak nama dia...sempat la momo confused confused dengan Dr KK Iswaran tu...geee

Dengan lemah lembutnya dia explain kat aku, every little details yang aku nak tanya

Soalan generik:

"Sakit tak?"

Jawapan dia, "tak sakit pun...mungkin sakit masa nak cucuk untuk masukkan line lah..itu macam cucuk biasa"

"Prosedur dia macam mana?"

Jawapan dia "Kami akan buat line kat lengan puan, Lepastu akan masukkan cecair (glucose ke air biasa..aku tak ingat la) lepas tu dalam sejam, kami akan masukkan bahan radiokatif. Kemudian puan akan dibawa ke bilik scan. Semua procedure ni mengambil masa lebih kurang 2 jam, dan masa masukkan ubat, puan akan diletakkan di isolation room ya"

Oh Em Ji!!!

Aku dah menggelabah ayam lah kat situ...entah apa yang aku takut pun aku tak tahu..yang aku tahu aku takut..siap menggeletar bibir aku... wuuuuu sedih...

Sebelum mula procedure, aku cakap aku nak tanya Dr KK dulu, sebab, aku ada prosedur tambahan utk IVF aku lepas tu...

Jadi, ding dong ding dong nak tunggu clearance Dr KK...

Pukul 10 baru aku start PET CT Scan punya prosess..

Mula-mula masuk dalam bilik kecil, tukar baju, segala jenis pakaian yang ada unsur metal perlu ditanggalkan..cthnya kalau Bra ada hook metal..tanggal, or jeans, atau tudung studded aidijuma special edition..grrrr...Tapi, sebab aku kena isolation dulu, tudung aku tetap lah pakai, sampai sebelum masuk Scan Machine tu..jadi, tips aku, kalau tau nak scan tu, pakai la sports bra, seluar tanpa metal, dan jugak tudung sarung biasa je..mudah

Lepas tuka baju, nurse tu buat line kat lengan kiri...of kos la 5-6-7-8-9-10 kali aku cakap..."jangan sakit tau..tolong ya"

dan...tinggg siap!

Dah, siap, aku dimasukkan ke kawasan ber risiko tinggi, bye bye Momo duduk luar tunggu aku...

Aku dibawa ke satu bilik kecik je..dalam bilik tu ada katil, ada tong sampah, ada 1 trolley dengan apparatus perubatan sikit, ada co-joined toilet...

Bilik tu sangat kecil, dan scary, untuk aku la, sebab mentally aku tau, bilik tu untuk orang yang sakit suspected kanser je kot dapat masuk..lagi lah aku sakit otak pk macam tu...

Ada 2 lampu kat siling, sangat sejuk, ada cctv, dan ada 2 panel tingkap....aku cakap kat nurse..."gelapnya...takde lampu lagi?"

Nurse tu cakap.."takpe puan, kita tarik langsir ni ya"

Lalu merempan lah aku di katil tepi tingkap sambil merenung ke luar jendela

Lepas tu, cecair pertama dimasukkan ke line aku...dan nurse tu pun keluar dari bilik tu...

Masa aku dah sorang sorang tu, macam macam la otak aku fikir...kalau ada telepathy, mesti aku dah sampai Alaska...tapi aku cuma mampu tengok daun-daun pokok di luar tingkap, sambil dzikir..macam macam dzikir aku baca...dan Allahuakbar, lepas dzikir, aku tenang, banyak lah tenang..kaki pun tak sejuk sangat..sejuk sikit sikit je...

Dalam 30 minutes kot, Ishwaran tu datang dan tanya, aku ok ke tak..nak g toilet ke tak..

Aku ok je..cuma aku cakap dia "Is there any possibilities that I can turn off the air-conditioner?"

Jawapan dia "Sorry Puan, this is centralized air-conditioner. Plus, we don't want you to get warm or hot"

Tak tahu, dan malas nak tahu justifikasi disebalik jawapan dia, aku pun tarik la selimut...sambil merenung nasib memandang keluar....

Aku tak ingat sama ada aku dimasukkan ubat masa Ishwaran datang masa tu, atau pun masa lagi sekali, aku tak ada rasa sakit ke panas ke apa ke pun..cuma aku tau la yang ada sesuatu dimasukkan...

Lepas beberapa minit, aku press bell sebab nak pergi toilet, diorang cari Momo tak jumpa, jadi datang la seorang Nurse perempuan tolong aku...

Masuk toilet tu....

Grrrrrrr.....takutnyaaaaa...toilet bowl tu bentuk macam toilet dalam flight Air Asia...tapi a bit spacious la..

Aku dah la tak suka toilet kapal terbang...huaaaaaa

Oh lupa, nama toilet tu "Hot Toilet"...walaupun nama dia Hot...tapi, toilet tu sangat tak HOT ye...buat aku lebih chilly lagi adalah..

Toilet tu takde paip, tapi ada lah gayung dan sink...

Aku pun buang air kecil..(Hot Toilet ni dilarang buat benda lain, kecuali buang air kecil)...tak selesa jugak la, sebab dengan sebelah tangan bercucuk, perut baru kena bedah sejengkal..dengan aku yang penakut sakit...

Dalam setengah jam, ada nurse lain datang..cabut line aku...aku pun cakap "eh dah siap?"

Nurse lelaki tu, yang kurang bersenyum, mungkin penat, dia cakap "Dah siap dah puan semuanya"

Beberapa minit lepas tu, nurse perempuan datang balik, suruh aku pergi toilet, prosedur katanya, aku pun dengan trauma nya pergi lah masuk toilet lagi sekali..buang air kecil...

Dan..aku disuruh masuk ke bilik Scan tu...

Perghh masa tu dubbb dabbb dubbb dabbb gila..nak runtuh jantung aku..biasalah..aku kan trauma bab-bab medical ni....

Bila masuk bilik tu, first benda aku carik.."where the hell is the machine?"

Aku sekilas pandang, ok, pendek sikit dari machine MRI, panjang sikit dari machine CT scan...

Bila dah ready, aku dibaringkan atas "katil" kecil, muat muat badan aku..kepala aku kena sendat dengan cushion, dan tangan aku diletakkan tepi telinga ke atas...

Bahagian lutut aku pun disendatkan dengan cushion

Takde instruction hembus nafas segala, jadi, radiologist tu kata, "breath as usual. or you may sleep and i will wake up up after we finish..It'll approximately take about 25 minutes"

Hello??logik kah aku nak tidur? Walaupun hobi aku tidur..oh tidak mungkin aku akan dapat tertidur...

Bila masuk dalam machine tu, machine tu gerak kedepan kebelakang..agak laju...

Tapi, bila kali ke dua, dia gerak parts-by-parts..contoh mula2 part lutut..stay la dalam 3 minit, lepastu gerak ke atas, stay lagi 3 minit, gerak gerak lagi la...

Jadi, aku yang trauma ni fikir..apa nak buat untuk elakkan takut...

Last last aku dzikir

"Subhannallah, Alhamdulillah, Laila Haillallah, Allahuakbar"

Aku ulang ulang, dan setiap part tu cukup aku baca lebih kurang 30 kali, dia gerak ke part seterusnya..

Sangat memudahkan prosess aku :)  Alhamdulillah, segala puji bagi Allah...

Tanpa aku sedar sangat, semua pun habis...

Taraaaaaa

Ini kesimpulan yang aku dapat dari PET Scan aku ni

1. Sakit ke? Physically...tak..ye sakit masa nak cucuk line je..which is kesakitan yang sama bila amik darah...untuk aku..itu tetap sakit ye...i dislike it so much....

2. Antara MRI, CT Scan dan PET Scan, mana lagi aku suka? kalau aku, PET Scan kot...Sebab tak sakit langsung masa buat tu..(tolak sakit masa buat line, sebab 3-3 pun aku experience buat line) MRI aku sangat tak suka sebab machine dia tu sangat macam dalam keranda (ok tipu, sebab aku tak pernah masuk keranda..)...tapi sebab dia sangat kecil dan panjang, dan ada bunyi Dongggg donggg dongggg..walaupun aku dipakaikan dengan earphone konon konon ada muzik..sorry tak membantu ketraumaan aku... CT Scan tak trauma sebab machine, tapi sebab ubat dia sakit..sakit siot...rasa tetiba panas..dan lepas tu ada pulak masuk ubat kat bont** eihhh benci lah...yang PET scan ni, machine dia tak mentraumakan, dan ubat pun tak mentraumakan...yang aku tak suka, sebab the fact yang aku di confined kan dalam bilik kecik untuk masukkan ubat...heyyyy takut lahh...hmmm tak nak lah, aku tak suka 3-3 sedihnyaaa...(dah kenapa nak sedih padahal dah siap pun...gilo la aku ni)

3. Oh, lepas PET Scan ni, aku tak boleh berhubung dengan kanak kanak dan ibu mengandung selama lebih kurang 6-8 jam..Disebabkan badan aku ada kesan radiasi (aku rasa macam superman masa tu...special gila..hiks) Tapi memandangkan aku banyak lagi hal kat PCMC tu, by the time abis 6 jam, aku pun dah balik rumah, takde masalah lah nak jumpa Zafri dan Payat.. (huuu sedihnya dah lama tak dokong budak dua ketul tu..)

Lepas 40 minit film PET CT Scan aku ni pun siap...aku pun cuba belek belek...tapi bila tengok gambar je dah trauma...semua benda pun aku nampak glowing...

Lalu aku decide untuk tunggu je Isnin, masa jumpa Dr Rachael...dan aku pun buat "partayyyy" untuk diri sendiri selepas almost 9 jam kat hospital

Aku makan Prosperity burger..wakakakaka...ala, sesekali, apa salahnya kan...

Hmmmm...ok, tu je lah cerita kisah PET Scan experience aku...

Sekali lagi aku nak 'pat on my back' sebab berjaya melalui benda ni...

Kalau orang lain bayar beribu untuk travel ke negara baru, aku anggap aku bayar beribu untuk dapatkan pengalaman perubatan yang tak semua orang boleh dapat...

Apa pun, hidup mesti diteruskan...bak kata diri aku sendiri..'Kalau nak mati, tengah tidur sat lagi pun aku boleh mati'...heee..semoga aku, family dan kawan kawan aku diberikan kesihatan yang baik dan umur panjang yang berfaedah... aminnnn

Ok..ni gambar masa aku nak register pukul 8.20pagi...

p.s aku masih benci hospital...grrrrr.

p.p.s part IVF aku, nanti lain kali aku cerita eh..
Bye! Assalamualaikum... semua

Wednesday, January 24, 2018

Reverse Psychology

Assalamualaikum semua...

Oleh sebab aku banyak sangat masa terluang dalam tempoh "Pantang" aku ni...

Banyak la sumber sumber berita sahih dan tak sahih yang aku baca...hiks

Antara yang menarik perhatian adalah kisah Fatiyya Latif yang cakap dia Reverse Psychology kat sapa ntah..aku baca tajuk berita je..sebab bila baca nama Fatiyya je aku macam..blerghhh....

Ok...jadi, aku pun nak jugak lah cakap pasal reverse psychology

Bilamana aku me-reverse kan otak aku untuk menerima hakikat yang aku ni ada cancer.. Hewhew

Awal awal masa tau...obviously yang aku fikir adalah kematian...

Yela, gila kau...takkan petang tahu ada kanser, malam book tiket nak pergi Disneyland..Ok..aku bukan lah seberani ni....

Aku amik masa lebih kurang seminggu nak mereverse kan otak aku

Bermula degan mengingati mati...Sebagai orang Islam...It's a good thing bila mengingati mati...

TAPI...adalah sesuatu yang tak adil, aku fikir bila asyik ingat mati dan melupakan benda keduniaan langsung...

Jadi, bila kawan kawan aku datang, Sikin, Roro dan Sapie...

Dan mereka memberi kata-kata semangat seperti:

- Ada orang ni dia sakit kanser, stage 2..dia sangat down dan depressed....last last dia meninggal..bukan sebab kanser,tapi sebab kemurungan

- Ada orang ni dia sakit kanser, tapi dia positif je, ikut cakap doktor, ikut schedule..sekarang dah setahun cancer free...dah pergi Disneyland wey...bla bla bla (sambung cerita pasal jalan jalan yang lebih lebih)

- Takde apa la **, sikit je...kawan aku pun dah buat treatment...Insyaallah ok...kawan aku tu ok je..dia cuti sekarang,,berehat...

- Nanti kau sihat kte g jalan eh...boleh sambut bachelorette's party nani ke...(ok definisi party kteorang bukan lah macm yuna tu...cuma berjalan jalan dengan kawan kawan, makan makan, tengok tempat baru, amik gambar untuk kenangan 1-2 keping, borak borak, cerita pasal kehidupan dan masa hadapan)..pergi sini ke...sana ke...Yay!

Bila diorang balik...aku ada new found glory gitu...rasa fresh sikit otak aku...

Aku fikir balik, ye lah...

- Kira aku nasib baik tahu masa early stage
- Aku nasib baik jugak sebab aku boleh dapatkan treatment kat Prince Court yang aku suka sangat tu
-Again and again, aku ada diorang (kawan kawan aku yang 5-6 ketul tu) dan family aku
- Takde dalam ajaran Islam suruh kau give up bila ada sesuatu yang 'malang' dalam hidup kau...It is never ok to take your own life..to give up on your life...seperti yang aku pernah dengar..."beramal lah seolah-olah kau akan mati esok hari...dan berusaha lah untuk kehidupan seolah-olah kau akan hidup seratus hari lagi"

Point is, aku rasa ini turning point dalam hidup aku...ala..macam Allah nak cuit aku je sikit..sebab dah lama sangat aku hidup senang lenang, tak nak amik tanggung jawab, pemalas, dan mensia-sia kan kehidupan..apa aku buat cuma bangun, makan, tido

Jadi, Allah kasik la aku sakit sikit, biar aku ingat banyakkk kat Allah...

Bagus la...jadi, aku dah mula tiap kali nak minum baca Bismillah, nak masuk toilet baca doa, buat solat sunat, solat di awal waktu...

Dan aku jugak lebih menghargai keluarga aku...Mak aku yang aku selalu gaduh...biasalah, second child syndrome...tapi bila dah sakit, berasa terharu sebab mak aku lah yang selimutkan aku, bila mana momo kadang kadang dah krohhh krohhh tidur kat lantai sebelah aku..mak aku lah yang masakkan aku..yang gigih dengan ayah aku tido hospital dengan momo jugak..bagus lah, sebab aku takut wey sorang sorang weee..beruntung orang yang masih ada mak macam aku...umur dah almost 33 ada emak...itu adalah hadiah dari Allah, sebab doa mak tu makbul tau...jadi, sape yang ada mak, ayah, tak payah la buat berlagak tak nak jumpa mak ayah, nak merajuk lama-lama...spend masa..kalau rasa sangat tak boleh nak click...cukup lah jangan sakitkan hati mereka...minta maaf..dan let it go...jangan dendam sangat kat mak ayah..tak ke mana pun...

Sekarang aku nak kongsi satu baris ayat yang menyentap hati aku...dari buku "Kimia Kebahagaiaan" yang ditulis oleh Imam Al-Ghazali...

"Kerja binatang adalah makan tidur dan berkelahi. Jika anda hendak jadi binatang, buatlah itu sahaja"

Geee haruslah aku sentap bila baca...nah, bila dah tau ada cancer ni, kalau aku meneruskan jugak kehidupan seperti binatang tu memang tak tau lah kan..apa nak jadi...hmphh

Jadi, dengan bantuan Along, kakak aku yang business minded (serious, sejak dari sekolah rendah dia buat bisnes, jual gula tarik la, air la, donut, mcdonalds, jual buah, jual baju...ohhh..sekarang dia dah jadi auditor tapi still ada business jugak, butik pengantin..roger aku kalau nak harga diskaun..wee), aku nak cuba start up business..doakan lah aku berjaya...

Sepanjang hidup aku, aku manusia yang hot hot chicken shit, walaupun aku rasa aku agak bijak, tapi aku selalu mensia-siakan kegunaan otak aku..mungkin inilah masanya untuk aku buat sesuatu untuk agama, bangsa dan negara ...chewah...

Oklah...aku nak tidur, esok ada PET scan dan perjumpaan ke-2 dengan Dr KK untuk IVF series aku...nanti aku cerita best ke PET scan...mana tau aku rajin buat jadual perbandingan PET scan, CT scan dan MRI ..hehehehe

Selamat malam semua manusia...

Assalamualaikum
P.s Ini antara aktiviti aku buat dengan Zafri di masa lapang aku...ada lah faedah jugak kan kehidupan aku masa sakit ni... :D

Monday, January 22, 2018

Hidup untuk makan..atau makan untuk hidup...

Assalamualaikum semua!

Hari ni aku nak share pasal makanan sebab aku secara azali nya seorang yang suka kepada makanan..terutamanya makanan berlemak dan berunsurkan tidak sihat...aiyoohhh

Jadi, masa mula mula DR KK terangkan kat aku yang aku ada tumor (belum cancer lagi)..aku tanya doktor...

 "Apa punca saya dapat benda ni?"

Jawapan dia mudah, tapi aku puas hati

"I don't have an exact answer for that"

Sebab apa aku puas hati?

Sebab aku percaya yang tak semua benda tu ada jawapan yang jitu...maksudnya kalau orang A buat perkara XYZ sebab 123, tak semestinya bila perkara 123 terjadi pada si B dia pun akan buat XYZ...jadi, aku yakin yang sains dicipta sebagai satu lingua-franca untuk majoriti penduduk bumi mendapat 'bahasa perantara' yang sama, tapi punca dan asal usul sesuatu sebab tu secara absolute takde sape yang tahu..teori aku ni adalah paling tepat bila dikaitan dengan isu manusia sama ada secara individu (kesihatan, biology, mental, emosi) atau pun persekitaran (sociologically, physiologically atau communication)....kalau cakap dari sudut fizik atau kimia aku tak pasti macam mana, sebab dua-dua subject tu aku benci masa sekolah..sekadar lulus lulus ayam macam tu...

*wow now i'm talking like a goody-goody scholar*pfttt

____________________________________________________________________________

Bila dah operate keluarkan tumor sebesar bucket kfc tu, aku pun tanya Dr KK lagi...

"Do I have a special diet to adhere?"

Soalan aku ni keluar, sebab 1st day lepas operation je aku dah diberikan pilihan normal menu, instead of soft diet...

Dan, Yass!Dr KK yang cool tu cakap

"Nope, you can eat anything. I want to monitor your bowel movement"

Jadi, aku pun order lah makanan yang sedap gila kat PCMC tu, fish and chips la, ice cream la, sandwich tuna la, cereal la, nasi ayam la, nasik lemak la, sirloin steak la...yada yada

Disamping itu, aku tanya Dr KK "Can I have McDonald's etc"

"Sure, sure..why not. No problem..."kata Dr KK

Tapi, bila pelawat pelawat datang..banyak lah pulak pantang larang yang perlu aku ikut...

Contohnya

-jangan makan pedas
-jangan minum air sejuk
-jangan makan ikan jacket
-jangan makan daging
-jangan makan ayam
-jangan makan seafood
-jangan makan tahu
-jangan makan tempe
-jangan makan barangan berunsur soya
-jangan makan itu
-jangan makan ini

On the contrary, masa hari ke-2 lepas operation, bila atok lelaki aku yang umur 90 tahun datang melawat. relaks je atok aku cakap..."mana ada pantang pantang, makan je apa-apa"

And yesss....ofkos la aku percaya cakap atok aku...sebab:
- at the age of 90 dia sihat lagi la..solat pun kebanyakan masa masih berdiri..Alhamdulillah, dan daya ingatan dia masih kuat, dan dia masih lagi mengajar anak cucu pasal agama...Alhamdulillah untuk pemberian itu
- Dan..atok aku dulu jururawat dengan British Army, jadi dia punya pemikiran adalah modern untuk bab-bab kesihatan dan perubatan..tak macam atok atok tradisional yang percaya dengan setakat baca doa sembur sembur air boleh sembuh, atok aku adalah jenis, kena berusaha untuk cari penawar sakit kau (contoh, pergi la doktor terbaik, operate la, cucuk la, masuk la scan segala) dan masa yang sama, berdoa, banyak banyak doa dan berserah pada Allah..

Atas sebab ini, aku sangat lah happy bila dia concurred yang aku tak payah pantang..hiksss

Tapi, bila makcik aku lain datang dan argue dengan atok aku yang aku kena pantang etc etc...

Solusi aku, tarik selimut dan tidur..untuk mengelakkan kecederaan emosi...wakakakaakka

___________________________________________________________________________

Bila aku dapat tahu aku ada cancer pulak...

Sekali lagi aku bertanya Dr KK soalan yang sama

"Is there any food that I have to avoid?'

Jawapan dia takde..

Lepas aku tanya dia lagi sekali "ye ke doktor? orang cakap makan ni jadi kanser makan tu jadi kanser"

"saya boleh makan mc donalds tak?"

Doktor KK Jawab

"That is the 3rd time you ask me that question..you must really love your fast food.."pastu dia gelak

dan dia cakap

"Yes..you can still have your mc donald's...just eat normally...'

Tapi dia tambah

"But make sure you have either one of these 4 items in each of your meal. 1. Carrot 2. Broccoli  3.Cauliflower 4.Beetroot"

Maka sejak 8hb Januari 2018, aku menjadi pemakan tegar lobak merah...sebab rupanya sedap jugak jadikan lobak merah ni sebagai snack..dan jugak, memandangkan aku stop gunakan produk pencuci muka (konon aku nak elakkan kanser..dan jugak sebab aku malas nak amik kat rumah aku kat sebelah) aku harapkan yang carrot ni boleh lah menambahkan ke-glow-ing an muka aku..wink wink

_____________________________________________________________________________

Bila aku jumpa Dr Rachael, oncologist aku...aku tanya soalan yang sama

"Any foods I have to avoid?"

Yess!!Jawapan dia sama macam Dr KK...

"No..just eat normally...But after your chemotherapy, eat whatever that is home-cooked, try to avoid all those pasar malam or tepi jalan foods as we don't know whether it's really clean or not"

Aku paham tu, sebab lepas chemo badan akan lemah,dan aku pun nak pastikan cell baru dalam badan aku cell yang elok...plus aku pun nak la jugak merubah corak pemakanan aku kepada yang lebih sihat..tak gitu..mana tau lepas ni rambut baru tumbut cantik berkilat..kulit cantik macam kulit aku masa baby (self-centered gila kan..duhh)

Dan masa jumpa Dr KK lagi sekali sebelum aku balik hari tu, Dr KK pesan...

"Don't forget to eat that 4 items I told you ok!"

Baik Dr...

_______________________________________________________________________________

Kesimpulannya...

Aku makan je apa apa yang aku yakin bersih dan bagus dan sedap untuk aku sekarang...

Aku kurang kan gila gila makanan yang dibeli diluar...

Aku makan banyak gila carrot...sebagai pembenci carrot...tak sangka aku makan carrot banyak macam ni sekarang....AllahuAkbar...Besarnya kuasa Allah menterbalikkan sesuatu...

Aku kurangkan minuman bergas kesukaan aku..sebab aku taknak lah aku kena diabetic pulak nanti....grrrr..dah la kanser, nanti kencing manis la apa lah pulak, menyusahkan orang je nanti

Aku kurangkan juga cikedis segala jenis keropok tak berkhasiat yang aku suka gila dulu...

Aku kurang makan ice-cream, sebab nak kurangkan pengambilan makanan manis due to diabetic reason kat atas...

Aku banyak makan sayur...as in banyakkk...

Aku  tetap makan coklat setiap hari..sorry tak boleh elakkan coklat..pak ngah aku pun tahu...datang melawat aku bawak Ferrero Rocher..dah lama gila aku tak makan Rocher,sedap pula...Rezeki orang sakit agaknya

Aku makan durian...dah musim durian..takkan tak makan pulak..kalau aku mati lagi 2 bulan..kang kempunan...wakakakak choiii...

Aku makan telur, sebab aku suka telur...telur burung pun aku suka..tapi aku kurangkan..sebab kolesterol..nanti kalau aku gemuk sangat, sakit lain pulak...susah la..kesian orang kena jaga aku

Aku makan ikan, ayam, daging, cream puff buatan rumah, sepupu aku masakkan :D, sambal belacan, sambal tempoyak yang aku dan bapak aku buat sehari sebelum tahu aku ada tumor wakakak, petai, ubi rebus, bendi, pop-corn, oreo, ice cream, air carrot, air milo...ahhh segala-gala yang aku rasa nak makan, aku cakap je..mesti ada orang buatkan..kalau tak momo,mak aku, nenek aku, kalau tak mak cik aku, sepupu aku....semua la family aku sediakan

See...jadi, itu pun antara sebab kenapa aku takkan mengalah degan sakit aku...

Diorang kasik aku makan untuk aku terus hidup, sembuh dan sihat....supaya aku boleh berbakti pada mereka nanti (ni niat aku, diroang tak pernah suruh pun)...bukannya diorang kasik aku makan sebab ini permintaan terakhir aku sebelum mati...

Tolonglah jangan jadi pentingkan diri sendiri...kata aku kepada diri aku sendiri...

Oklah..tu je..mak aku dah masakkan ubi rebus...sebab katanya boleh elakkan kanser...hehehe..walaupun aku ada jugak baca kat google pasal tu..tapi, aku makan, sebab mak aku yang masak, mungkin ada keberkatan dalam air tangan seorang ibu sebagai ubat untuk aku...

Bye! ubi rebus cicah kari dan sambal tumis..ngamho!

Nah ni antara makanan aku semasa aku sakit ni...kalau sengaja tak nak sembuh memang mengada lah kan diri aku ni...

Aku malas nk watermark sbb gambar ni hodoh je pun...sape curik dosa...wakakaka..ok tipu...amik lah.












Saturday, January 20, 2018

Here comes the cancer Part II....

Assalamualaikum...

Ok, sambung cerita kanser aku ni..part 2..dimana  aku dapat tahu yang staging cancer aku dah upgrade...dari T1A ke T1C...

Sebelum aku dapat tahu result peritoneal fluid, Dr KK bagitahu aku, stage kanser aku adalah T1A...iaitu kewujudan sel kanser pada sebelah ovari dan belum merebak ke tempat lain, termasuk tiub fallopio...

Jadi, hari Khamis berikutnya, dengan perasaan berdebar debar, aku pun jumpa Dr KK...

Mula-mula dia bersihkan luka aku, dia amik alcohol swab, dan bersihkan lapisan lutsinar lut air yang dispray hari tu...

Sambil dia bersihkan, dia borak borak...dia cakap

"ohhh ada cell malignant dalam peritoneal fluid tu, tapi, macam bukan cancer.."

aku macam..ok..lepas tu aku tanya "bila paling awal saya boleh pregnant ni Dr?" (soalan ironic jugak, sebab aku adalah manusia yang tak suka budak, dan idea kewujudan budak dalam hidup aku selalu berada di tingkat paling bawah..tapi bila aku dah keluarkan tumor tu, dan tinggal sebelah je pulak ovari aku, terus aku tetiba macam terbukak hati...I wanna have a baby..eh salah, I wanna have twins gituuu)

Dr KK cakap "maybe six months after this?'

Dah siap dia bersihkan, dia bagitahu aku, suruh jumpa Oncologist dulu, Dr Racheal...dan lepas tu baru jumpa dia balik....

 _______________________________________________________________________________

Aku pun ditolak dengan wheelchair oleh Momo ke tingkat 3 dari tingkat 6..orang baru seminggu operate kan...extra treatment lah sikit..wahkakaka...

Lepas register, timbang berat, ukur tinggi yada yada, aku pun jumpa Dr Rachael...

Ceria nya lah Dr Rachael ni...

Mula-mula masuk dia tanya aku

"Hi, come in come in..**** ******** (nama penuh aku)..so how are you? Is English ok for you?"

What did she expect? Harus la aku cakap.."not good obviously"

Dia senyum, lebar, dan dia tanya "Ok, now tell me what did you understand from Dr KK?"

Aku pun cakap kat dia, ni lah pemahaman aku:
- Dr KK kata tumor aku tu ada cell cancer..tapi takde kat tempat lain contohnya tiup fallopio
- Tapi Dr KK kata kat washing aku ada cell pelik, tapi dia tak rasa tu sel kanser, jadi, most probably aku tak payah chemo...

Dr Rachael angguk angguk..

Part first aku cakap tu, dia cakap "yes that's correct"

Tapi, bila part ke-2, dia cakap "But, turns out, there are cancer cells in your washing..this means that your cancer is now in stage T1C..."

Lalu dia amik satu dictionary cancer agaknya, dia bukak page Ovarian Cancer dan tunjuk kat aku...

Terima kasih la kat sleepless nights aku beberapa hari sebelum tu, aku dah ada heads up pasal benda ni....

Dan, Dr Rachael cakap lagi, "And yes, you have to go through chemotherapy session"

Wow, masa tu, aku macam crushed lagi sekali,

Tapi, orang kata, What Doesn't Kill You Makes You Stronger....

Oleh sebab ni bad news ke-3 aku terima dalam tempoh masa lebih kurang 10 hari, aku cuma jawab...
"Haihhh, Ok"

Dan selepas seminit macam tu, baru lah datang soalan soalan bertubi-tubi aku yang aku tanya Dr Rachael seperti di bawah, beserta jawapan dari Dr Rachael:

1. Sakit ke? Sakit tak chemo tu?
- Tak, chemo tak sakit, proses chemo tu sendiri tak sakit, ia macam masuk saline, air dalam badan, tak rasa apa, tak la pedih macam masa masukkan ubat masa nak buat CT scan...

2. Orang cakap lepas buat chemo nanti saya tak nak jumpa orang...saya akan reject semua orang..saya menyampah tengok orang?
- La, sape bagitahu awak macam tu? awak tahu tak yang ada orang yang pergi kerja lepas chemo session? Tak la teruk macam tu sekali, tapi awak mungkin akan rasa penat dan letih 2-3 hari, lepas tu hidup awak macam biasa je*Dr Rachael senyum lebar je lagi*

3. Berapa lama lagi saya boleh hidup?
- Kalau saya tengok keadaan awak ni...awak boleh hidup lamaaaa lagi...lama..cuma dapatkan rawatan awak, dan jaga kesihatan

4. Lepas chemo saya boleh sihat macam orang normal?
- Saya tak cakap awak akan boleh sihat kembali macam orang normal..Tapi awak boleh hidup macam biasa..takde apa yang akan berubah banyak pun

5. Orang cakap, nanti lidah saya hitam, kuku saya hitam, saya takde selera makan lepas chemo..betul ke?
- Huh?Lidah hitam??Mana ada...mungkin dekat hujung hujung jari akan ada hitam sikit sikit, bergantung pada setiap individu..awak akan penat sikit..tapi sekejap je 2-3 hari macam tu...awak akan ok :)

6. Nanti saya botak la kan? :(
- Itu betul, nanti rambut awak gugur, tapi jangan risau, nanti tumbuh balik.Tapi, bila tumbuh mungkin tak sama macam rambut awak sekarang, mungkin lembut macam baby, mungkin putih terus, mungkin hitam pekat, bergantung pada individu...

7. Apa option lain saya ada selain chemo? Radiotherapy? Ada orang bagitau saya, radioterapi kesannya lebih kurang menyakitkan berbanding chemotherapy...
- Untuk kes awak, chemotherapy sahaja, sebab kalau buat radiotherapy, banyak sangat organ lain kat kawasan abdomen awak tu, nanti takut memberi kesan pada yang lain

Mungkin nama muka aku banyak sangat question marks, Dr Rachael cakap "so, anything else you want to know?"

Hmm setakat tu, tu je lah kot...

Jadi, Dr Rachael set kan appointment aku untuk buat PET Scan, pada 25 hb Jan, minggu depan...PET Scan ni kegunaan dia untuk highlightkn mana mana cell kanser lain yang wujud dalam badan aku...lepas tu, 1st session chemo aku, scheduled on 5th February nanti

Dan ofkos bila Dr Rachael cakap aku kena PET Scan, soalan pertama aku

"Does it hurt?"

Dr Rachael kata "You don't have to drink the liquid as per the CT Scan, and there won't be any tube inside your bumbum, but, you'll be injected with a liquid. That liquid will highlight your cancer cell. But you won't feel anything, not as bad as CT Scan, but maybe a bit chilly at first"

"How's the machine like? As bad as MRI? with the donggg donggg sound?"

"No...you won't be confined in a tube.."

Dah habis soalan aku..aku pun senyap...

Tapi Dr Rachael sambung, "but it's ok, if you want to ask more, talk to my nurse here Puan Rahimah, she's very experienced and she can answer all your questions.."

Lepas tu Dr Rachael check badan aku sikit sikit, ketuk sikit belakang aku etc etc..

Dan aku pun keluar dan meneruskan session dgn Kak Rahimah tu..macam macam lah soalan aku tanya...al maklumlah...cuak...

Lepas dah habis soalan aku tanya, bayar bill etc, aku pergi jumpa Dr KK balik...

_____________________________________________________________________________

Soalan pertama Dr KK masa aku masuk "So, how was it?"

"Bad news Dr. It's cancer..."

Masa tu kali ke dua muka Dr KK sedih aku rasa, muka dia cuak, dia belek belek PC dia, korek korek report aku agaknya, few minutes dia baca...dan dia cakap "ok...it's cancer, I just got the report.."

Aku senyap....

Tapi, sebab dia yang Doktor, dan bukan aku, dia pun cakap

"We have to save your eggs!"

Seperti yang dia cakap (dan sebenarnya dia tak expect pun) kalau..kalau..aku kanser, aku patut buat IVF siap2 selamatkan telur aku, sebab who knows lepas chemo ovari aku x berfungsi dengan baik, atau telur telur aku tidak sihat...

Dr KK pun terangkan prosedur...dia terus prescribe aku ubat itu ini (vitamins la sebenarnya untuk menggalakkan pengeluaran telur yang banyak dan sihat), dan dia buat scan lagi skali nak tengok keadaan rahim aku...

Dia cakap, 1st day period je, aku wajib datang klinik dia, call nurse dia, dan datang immediately..

Untuk kes aku time is of the essence

Ohhh sebelum tu Dr KK telefon Dr Rachael, dia tanya, berapa lama aku boleh "curi" masa sebelum aku start chemo? Dan Dr Rachael kasik la tempohnya, which aku tak sure berapa lama..

Since kami sedia maklum yang IVF ni satu process yang mahal, of course money is a concern...

Mosen pun tanya Dr berapa harga procedure ni...

Dr KK bagi tahu.. "The actual price is RM##,### and there are additional cost of RM#,###....But in your case, it's RM##,### from start to the end" maksudnya sampai nanti bila aku nak masukkan telur dalam badan aku..itu lah cost dia...

Aku dan Momo senyum...tinggi jugak belas ihsan dan perikemanusiaan Dr KK ni...siap ada diskaun..mungkin dia kesian kat aku kot nasib malang bertingkat tingkat :(

Bila tengok Dr KK begitu beria-ria nk selamatkan aku, dan nak membantu aku dapatkan anak (sebab sejak day-1 dia cakap, you are still very young to give up on having kids...ye sebab aku beria2 suruh dia buang segala peranakan aku, sebab aku takut kena operate 3-4 kali)..aku rasa sangat jahat kat diri sendiri kalau aku give up...

Sangat tak adil untuk Dr KK, untuk momo, untuk family aku dan kawan kawan aku, kalau aku merempan cakap "biarlah aku mati"..atau aku duduk mengaji dan solat sahaja 24-jam sebab nak masuk syurga, padahal aku kecewakan ramai sangat orang kat dunia aku..

Jadi, aku decide untuk katakan tidak pada drama air mata dan untuk berjuang habis habisan untuk sakit aku ni...dan of course most importantly untuk anak aku...If Allah wills...

_______________________________________________________________________________

Jadi, begitulah cerita aku, kisah tumor, turns cancer, turns IVF session...

Aku tak start chemo, dan IVF lagi pun..jadi aku tak tahu macam mana...

Tapi, aku harap semuanya berjalan lancar...

Mungkin ini cara Allah nak makbul kan doa aku...

Masa pergi umrah kali pertama, aku doa bawah pancur emas, yang aku nak anak kembar, bila masanya sesuai...Well, Allah knows best...

Mana tahu dengan IVF ni aku dapat anak kembar tahun 2019 nanti..amin...

Semoga perjalanan aku nak me-nyah-kan kanser dari badan aku ni berjalan lancar, dan semoga IVF aku berjalan dengan baik...

Kelly Clarkson kata "What doesn't kill you makes you stronger..."

Insyaallah...

P.S..Best part it, lepas aku dah buat operation ni, aku rasa, ok Cesarian i'm totally up for you! sebab memikirkan tentang manusia keluar dari bawah aku tu, masih menakutkan...dan operation ni tak la sakit..plus best sebab dapat layanan macam puteri diraja....wakakakakak


Nah kat bawah ni gambar pill pill untuk IVF session aku termasuk la folic acid yang tiada dalam gambar..adakah pill ini menyebabkan selera makan aku bertambah umpama membela saka...grrrrr

















Sama Tapi Tak Serupa

Assalamualaikum....

Sebelum aku terus berkongsi kisah penyakit aku yang datang secara tiba tiba ni..
Biar aku beri sedikit 'heads up' tentang blog aku ni, ala-ala disclaimer la...

1. Blog aku ni sama sekali bukan bertujuan untuk menjadi bahan rujukan untuk sesiapa yang dapat sakit kanser, tumor, cyst...Jangan guna informasi dalam blog aku sebagai kayu ukur untuk menentukan penyakit-penyakit tersebut...Ini kerana, aku tulis blog aku ni dari sudut perspektif aku sendiri, seorang 'pesakit' (damn i hate that word)...Mungkin interpretasi aku berbeza dari sudut perubatan, dan berbeza dari sudut pandangan perubatan alternatif, etc etc...Blog aku ni sekadar perkongsian ringan, untuk aku meringankan otak aku dari memikirkan pasal masalah hidup aku (yeah you're right..masalah sangat kalau nak dibandingkan dengan orang kat syria dan rohingya..booo me)..dan yang lebih penting untuk meringankan buntut aku dari asyik baring 12jam sehari...Dan ingin aku nasihatkan kat sesape yang cari informasi pasal sakit sakit ni, ko tolong lah jangan tanya kat forum forum online, please go to the right channel, ask a medical doctor..bila aku baca kat forum forum, Ya Allah, takutnya, 1 positif 99 negatif, memang lah hidup aku tak lama kalau cenggitu..

2. Pengalaman aku mendapatkan bantuan perubatan mungkin berbeza dari orang lain..aku bernasib baik Alhamdulillah, sebab aku ada beli insurance siap siap...Sebagai seorang manusia yang super takut sakit, masa aku beli insurance, memang aku purposely beli yang coverage medical RM4juta, bilik RM500/night, yearly expenses RM200k supaya aku bila sakit dapat masuk Prince Court (ini kisah benar) sebab aku ada banyak experience family yang aku tengok..dan bila aku timbang tara, aku paling suka dan percaya kat Prince Court...Again, ini memang statement yang bias dan berat sebelah, sebab tak semua orang akan dapatkan treatment kat Prince Court...tapi, seperti yang aku cakap, blog ni sekadar perkongsian peribadi...Tapi TBH, tak semua doktor kat PCMC tu bagus, ada je doktor-doktor yang ehemmm...tapi, Alhamdulillah, setakat 4 orang pakar yang aku pernah jumpa, semuanya bagus...Dr KK pakar sakit puan, Dr Rachael pakar cancer, Dr Yap pakar yang buat kes masa lutut aku ada pebenda ntah sakit misteri, dan Dr Azlina pakar jantung...semua pun best, sangat friendly dan sangat informatif...Tapi, contohnya kes Ika, seorang pesakit SLE yang pernah jugak dapatkan treatment kat PCMC, Dr yang treat dia tu, kaput nya lah...hari ni Ika buat operation batu karang, esok doktor tu g bercuti...hmmpphhh..dah tau nak pergi bercuti tak payah la amik kes...last last ke HKL jugak Ika, hampir mati, literally, dekat sebulan duduk CCU, pakcik makcik sebelah katil dia berapa orang meninggal..wakakaka...tapi Alhamdulliah, Allah masih pinjamkan dia nyawa

3. Dan selain tu, aku percaya sokongan peribadi yang aku terima dari orang orang sekeliling aku mungkin berbeza dari orang lain...Sokongan yang aku terima membuatkan aku rasa aku "bunuh diri" kalau aku sendiri tak berusaha nak terus hidup...bayangkan atok nenek aku yang umur 80 & 90 tahun yang jaga aku masa parents aku takde, dan pak ngah makngah aku yang datang 3 hari berturut turut bawak makanan yang aku suka sebab nak aku happy, dan Ika yang dia sendiri baru lepas accident, dengan SLE lagi, yang tiap hari sapukan ubat luka, makcik pakcik aku yang lain lain yang melawat aku kat hospital bila tau aku tumor, Zafri yang berusaha nak tolong aku pergi toilet, kawan kawan aku yang datang melepak yang berusaha membuatkan semuanya rasa macam tak ada apa, dan obviously, tulang belakang aku, mak bapak dan Momo...Bila aku sakit macam ni, aku tiba tiba rasa, yang sebenarnya, antara peranan penting untuk sembuh adalah sokongan orang-orang keliling kau...Medical treatment is 20%, strong mental acceptance is 20%, full support from those who you trust 25%, dan penyerahan diri kepada Yang Maha Esa 35%...Aku pun macam tak percaya aku begitu tenang menerima kisah aku cancer (coppp aku tak abis cerita pasal tu sebenarnya..nanti aku sambung)

Ok, tu je lah..jadi, kisah aku dan kisah kamu, atau kisah mak kamu, ayah kamu, kawan kamu, mungkin sama, tapi berbeza...tapi sebagai manusia yang mencari jawapan bagi masalah yang sedang dihadapi, aku harap blog aku ni boleh tolong memberi perspektif baru bagi semua orang yang ditimpa musibah, tak kisah la sakit kanser ke, AIDS ke, kebankrapan ke, kematian anak ke...aku harap in one way or another, aku boleh bantu.... :)

Owh...dan since di point no 2 aku, aku cerita pasal insurance, meh aku share kisah insurance agent aku...

Nama insurance agent aku Syuriani Majid..mana aku kenal dia? melalui gathering kawan kawan sekolah rendah Momo, dia kawan sekolah rendah Momo..kami jumpa first time kat Wong Solo, masa tu, aku pegawai bank yang bergaya (tipu sebab aku tak pernah bergaya,,,duhh), dan kaya (ini betul la)...ka-ching!!!!jadi, bila dia buat cuba cubaan nak mempromosikan insurance kat aku, aku mcm "eh tak yah la, aku kerja bank kot, ada insurance unlimited untuk aku yada yada" berlagak gila masa tu...

Tapi tiba tiba satu hari tu, masa aku pergi JPO, lutut aku macam meletop, dan tiba tiba in a split second, aku tak boleh jalan, ko bayangkan lah!..tapi esoknya aku terus pergi kerja, tapi kaki aku dah sakit gila, balik kerja tu, aku suruh family aku amik dan bawak pergi PCMC...sejak kejadian tu, tiba tiba I is insaf, terus nak beli insurance, sebab rupanya Bank yang aku bangga bangga kan tu tak cover kat PCMC (degil gila kan aku, nak jugak masuk PCMC)...

So, aku carik la balik Syuriani ni, dia pun tolong apply with condition, lutut kiri aku ni di exclude kan dari coverage...ok la ok la better dari takde apa...(ohh dan kenapa aku cari Syuriani ni, sebab dia constantly keep in touch dengan Momo, bermaksud dia tak hilang hilang macam biskut)

Selepas 2 tahun aku try untuk waive exclusion aku tu..dan Alhamdulillah, yay! lepas...so insurance aku adalah fully cover..

Dan semua hassle yang aku lalui ni, Syu ni la yang buatkan, mula mula sebagai manusia yang degil dan tak percaya orang, aku cuba nk buat sendiri, tapi slowly, Syu ni berusaha nk membantu aku, dan taraaaa...hidup aku senang bila ada agent insurance yang sangat membantu..Bila aku kena warded pun dia yang beria update kan insurance billing etc ect, dia akan datang melawat dengan makanan makanan yang sedap, nasib baik aku sakit ni tak hilang selera makan, lalu metekedarah je la aku...hiks...

Jadi, kepada sesiapa yang mencari agent insurance yang boleh dipercayai, yang sangat sangat rajin, sangat sangat reliable, tak kira waktu, dan semua informasi insurance aku, aku boleh dapat kat dia...ada sesetengah agent yang bila tanya pasal insurance details ko, dia akan jawab 
"tengok kat buku yang saya kasik hari tu ya"...
ada jugak setengan agent yang kerja dia tuka tuka insurance, jadi bila dia hop sana sini, dia ajak jugak client dia hop dengan dia, pada aku itu kurang etika...tapi, tak tahu la, lain orang lain perspsi, ini persepsi aku....untuk manusia jenis yang susah percaya orang, dan kadang kala helpless tolong lah cari Syuriani Majid ni...

Series aku tak tipu, servis dia tip top gila...memang Nora bagi 100 bintang la...hiks...

Nah maklumat dia:
Syuriani Majid
No telefon: 012-3168834
Agent takaful Pru-Bsn

Segala testimonial aku kat Syuriani ni adalah ikhlas dari hati, dia tak bayar aku pun..dah kenapa nk bayar pulak, dah la blog aku tak femes langsung...hiks...

Ok, ni gambar aku dengan Syu masa sebelum aku operation...yang lelaki obesiti tu Momo, suami aku yang sentiasa positif dan ceria, yang depan momo tu Ika, adik aku, penghidap penyakit SLE...



Ok lah, bye bye, pesakit cancer ovari Tahap 1C nak tido, bukan sebab letih ke apa, tapi sebab hakikatnya kalau aku tak sakit pun hobi aku sememangnya tido...wakakakakaka...

Assalamualaikum..

Thursday, January 18, 2018

Here comes the cancer!

Assalamualaikum....
Ok, jom sambung

Selepas aku operation...aku duduk la dalam ward tu, tiap hari Dr KK datang cek keadaan aku, bebel dengan aku sebab aku statik je baring tak nak gerak.pemalas/penakut nak mampos..lagi pun macam convenient jugak pakai tube kencing tu..wakakakak...tak sedar bila ntah aku kencing..minum la banyak mana pun..

Bila hari ke 3 (hari sabtu) dia suruh aku mandi soak kan badan aku bawah air panas

Tapi, since aku penakut aku pun konon konon nak tipu Dr KK...

Aku mandi, tapi belakang je..yang depan lap lap je gitu, tapi kepala harus aku syampu...

Tengahari mcm tu Dr KK datang, nak bukak plaster pada luka sejengkal aku tu...

Damn....betul kata atok..."kalau kau menipu orang, sebenarnya kau tipu diri kau sendiri"

Kantoi kat Dr KK yang aku tak soak kan plaster aku tu, sebabnya bila dia tarik plaster tu, melekat tegang plaster tu kat kulit...

Kena bebelan tambahan...."why didn't you listen to me? I told you to soak yourself up right...bla bla bla bla bla..."

Dah bukak plaster, jahitan tu dispray, sejuk je, rupanya spray tu menghasilkan satu lapisan kalis air pada jahitan tu...Cool gila kan...

Jahitan aku, perfect! cantik! tak nampak macam kena jahit sangat walaupun panjang melintas pusat ke ari ari...ish ish...

_______________________________________________________________________

Esoknya, hari Ahad...

Dah petang dekat pukul 5 baru Dr KK datang, he was so cheerful and happy...

Dia cakap "Ok, I'll discharge you tomorrow. We'll meet up maybe Friday or Saturday..Up to you.."

Aku dah ready nak amik gambar dengan dia...

Tapi dia cakap "Ala, later, we'll take pictures when you are all dressed up"

Happy gila muka Dr KK masa tu...

Lepas dia keluar, aku sambung gossip dengan Sikin dan Sapie yang kebetulan melawat aku....

Dalam pukul 6.30 petang, nurse call aku..dia cakap "Dr KK wants to see you, in private..."

Perghhh masa tu, jantung aku macam dah kena tarik

Bila doktor cakap "In private" je...aku tau sesuatu yang buruk akan berlaku...

Aku pun suruh semua orang keluar, termasuk Momo...

Tapi sebab muka Momo toya kat situ, aku pun kasik dia stay....

First sekali, Dr KK tanya "where is your mom, I think she would want to know about this"

Aku cakap "It's ok, let me know first, then we'll tell her"

"Turns out, your tumor is cancerous...."

Shi*!

Masa tu, muka Dr KK dah sedih gila, mungkin muka aku sepuluh kali ganda kecewa dari dia...

Dan Dr KK explain

- Cancer aku ni stage T1a...most probably tak perlu chemo...Tapi bergantung kepada result peritoneal fluid aku...mengikut pemahaman aku, peritoneal fluid ni adalah air cucian dari abdomen aku..dia cuci pastu air cucian tu dia kumpul, bawak pergi lab, tengok ada tak cell pelik pelik kanser ke apa lah

- Bad news (pada waktu Dr KK cakap kat aku, aku rasa ni bad news la) is, aku kena jumpa Dr KK like forever and ever, check up etc etc...

-"I will refer you to oncologist, Dr Rachel" masa tu, aku terus gelabah "eh tak nak tak nak doktor, dah kenapa nak refer refer saya pulak...tak yah tak yah..I want you to be my doctor"...Dr KK pun dengan tenangnya cakap "no..no..no.. I will be your gynea, But Dr Rachel is the oncologist, she's the specialist in cancer"...walaupun muka aku very reluctant, tapi sebab aku dah percaya Dr KK, aku percaya la pilihan Dr dia... nampak sangat ilmu medical aku tahap tahap 1-2% je.. oncologist tu apa pun tak tahu..wakakakaka

Masa aku tau tu, rasa dunia ni runtuh la...(wah over kan padahal kalau baca pasal hari kiamat lagi menakutkan ada hati nak exaggerate setakat berita dapat kanser)

Tapi Dr KK ni baik la dan sangat berperikemanusiaan, dia cakap "the reason I'm telling you this today is because I want you to ask me if you have any questions because if we meet later at my clinic I won't be able to talk to you for so long.."

Lepas tu aku panggil mak n abah aku, soh Dr KK explain...

Seperti biasa, ratu air mata, mak aku, dah buat muka nak nangis...aku macam dalam hati "makkkk..jangan nangis!!!"

Sebelum Dr KK pergi, dia terus set kan appointment hari Kames, dia nak aku jumpa Dr Rachel secepat mungkin...

Dah habis tu, aku sembahyang maghrib, mengadu dan cerita kat Allah betapa sedihnya aku, betapa aku rasa #sistakkuad untuk benda ni..dan cerita banyak sangat benda...

Abis tu, aku pergi makan kat KreAte kat bawah tu dengan Sikin, Sapie dan Momo...

Tu yang masa Sikin nak balik, aku peluk dia dan menangis, very irony, sebab:
1. Aku tak suka peluk orang
2. Aku susah sebenarnya nak nangis

 Ok..ni part pertama aku tau aku ada cancer....

Part seterusnya aku tau cancer aku naik grade pulak...cisss...

Nah bawah ni gambar masa kteorang pergi Boracay...aku suka gila jalan jalan dengan gang aku ni...dulu sebelum Momo berenti kerja (ok, ni cerita lain, again, sebab ni blog aku, aku Hero dan watak utama, bukan dia, cerita dia kalau aku rajin je :P) selalu gila kteorang berjalan bersama-sama

Tapi ok je, walaupun tak jalan sama-sama, kawan kawan aku yang 5-6 ketul ni ada masa aku susah teruk macam ni..

Alhamdulillah :)


P/S Boracay best gila weyyyy...sape yang suka beach, as in pantai tau, bukan aktiviti laut, Boracay sangat cantik, White Beach dia tu, memang stunningly White tak tipu...sehari aku mandi laut 3 kali, betapa gigihnya..sebab cantik sangat, I kennot!





Tuesday, January 16, 2018

Makcik Takde Emosi!

Sebagai manusia yang kurang mempamerkan perasaan pada wajah....
Aku ada masalah untuk ekspresi kan diri bila aku tau aku ada tumor..dan seterusnya cancer...
Yang aku tahu..aku Tak Boleh Nangis...itu macam Janji aku, dari Hati bawak ke Otak...
Sebab Nangis tu adalah wonderwall aku...
Runtuh je wonderwall aku habis la aku susah nak set kan otak aku...nanti aku crushed, runtuh emosi, asyik menangis etc etc etc...

Tapi, tipu gila kalau aku tak nangis langsung...ada jugak lah aku nangis..iaitu ketika 3 perkara di bawah:
1. Masa aku Bercakap dengan Allah, sebab aku tahu Allah yang paling faham apa aku rasa, malah lebih faham dari apa yang aku Faham...Aku sangat bersyukur aku dilahirkan sebagai Muslim, ada rasa ketenangan walaupun kena bala...lagipun atok aku selalu sangat bagitahu..kalau ada apa apa musibah dalam hidup "QADA' dan QADAR"...bukan kah semua Allah dah tetapkan...Tapi...pada masa yang sama, aku tak boleh lah nak give up terus...macam masa aku mula mula tau kat Klinik Dr Nurul...benda pertama aku fikir..."Ok, masa aku dah sampai" terus aku fikir aku akan mati tak lama lagi...Tapi, masa aku hari pertama kat ward, aku terbukak satu rancangan TV1...ada ustaz tu cakap...
"Kalau anda ditimpa masalah, musibah, Istirghfar..kemudian..pinta pada Allah"
aku berfikir lama untuk benda tu, esok tu, aku solat dan mintak ampun banyak banyak pada Allah, dan Alhamdulillah, aku dah tak rasa nak mati sangat, tapi otak aku bertukar kepada,
"Instead of aku kira berapa banyak masa lagi aku ada, baik aku gunakan masa aku ni untuk buat benda yang berfaedah....Mula mula, cari ubat untuk sakit ni, pergi operation, makan ubat, buat la segala procedure perubatan, berusaha untuk terus hidup....Berdoa-berdoa dan terus berdoa...Lepas tu jalankan kehidupan seperti biasa.."
Alhamdulillah I'm a Muslim :)

2. Masa extended family aku datang lepas aku operation tumor tu...dah semua orang nangis...I kenot help it...terus la aku nangis..tapi bila diorang datang kali ke dua, aku dah much better, jadi cuma sengih sengih...Tapi sebenarnya, aku ni sangat lah beruntung, sebab aku ada family yang sangat sangat supportive, bukan sekadar Momo, mak, abah aku je...makcik pakcik atok nenek sepupu sepupu aku semua dah macam cheerleader..jadi, bila aku fikir balik,
"How selfish of me to give up on my life padahal diorang korbankan masa dan tenaga untuk support aku despite diorang punya masalah sendiri"
Jadi, ni alasan kukuh ke dua aku kenapa aku perlu terus hidup dan menjadi lebih baik dari sebelumnya..aku mungkin ada 1-2 alasan untuk mati, tapi aku ada sejuta alasan untuk hidup, dan alasan alasan aku tu datang dengan karpet merah, aku dapat makanan enak setiap hari, cakap je nak makan apa, semua orang boleh buatkan, aku ada tempat tinggal selesa mak aku akan sacrifice apa yang ada untuk kasik aku selesa, dan Momo sanggup tido sebelah aku atas lantai sebab nak teman aku, dan bila malam malam aku poke badan dia sebab dia berdengkur, dia pun pandai untuk senyap..hiks, dan walaupun aku selalu rasa, apalah faedah aku bawak kepada mereka, mereka tak give up untuk aku, that means LOVE, kenapa aku nak tolak mereka, bila mereka terlalu baik untuk aku..jadi, teruskan berjuang untuk hidup!

3. Masa salah sorang kawan baik aku, Sikin nak balik..oleh sebab dia ada, masa malam Dr KK bagitau yang tumor aku tu cancerous, aku pun bagitahu dia..dan aku pun nangis, tu je kot sekali aku nangis sedih sedu...Dia sebenarnya lebih kurang aku je, kami bukan manusia jenis bff forever, i love you you love me, lebih kepada hard core friendship...kteorang takde tarikh signifikan untuk diingati, birthday diorang pun aku lupa..ya allah teruk gila...Tapi, aku tau, bila aku diuji seteruk ujian ni, aku yakin diorang boleh diharap..sedikit sebanyak..tapi sekurang kurangnya diorang tak takut kan aku...Dan aku perlukan itu..kata kata positif yang membuatkan aku tak takut untuk procedures seterusnya...instead of "wey lepas chemo lidah ko hitam terbakar tau...wey lepas chemo ko tak nak tengok orang, ko akan menyampah dengan manusia"..diorang cakap "takde apa lah, ok punya..kau ikut plan doktor, jangan fikir banyak.." aku perlukan itu...calamity....

Kesimpulannya 16 hari di 2018 ni telah berlalu dengan penuh emosi....

dan Wow...

aku tak sangka aku kuat macam ni....

walaupun chemotherapy session aku belum start, tapi, aku bangga gila aku dh berjaya dibedah perut sebesar sejengkal...

Tak sangka...aku yang paling takut sakit ni amik ko, ada lah parut kat perut nanti forevere..hmpphhh

Ini cuma permulaan, tapi permulaan yang baik aku rasa, semoga kesudahan aku nanti pun baik

Doa doa kan lah....

P.S Bersyukur atas apa yang kita ada, sama ada baik atau buruk
Tapi jangan sesekali mengalah...berusaha untuk terus hidup, macam kita hidup untuk selama lamanya, tapi, Ingatlah Allah sentiasa seolah olah macam kita akan mati esok hari...

Ok.bye..Assalamualaikum..peace y'all





Sakit Tak? Sakit Tak? Sakit Rak?

Assalamualaikum...

Ok, jom sambung cerita aku...Ya rabbi pemalas nya lah aku ni nak menulis, tapi bila tulis tak nak berhenti..hmphh

Jadi, selepas check out tu iaitu pada 31 December 2017, aku pun buat aktiviti seperti biasa...

Discharged pun dalam pukul 2, pukul 4 macam tu aku pergi potong rambut, rambut aku yang cantik ala ala Tangled tu aku korbankan jadi macam Janna Nick kata Momo..sebab nya aku tak nak menyusahkan orang cuci rambut aku bila aku sakit nanti....

Lepas Isya, aku pergi rumah Sikin, untuk perjumpaan tradisi kami, New Year Celebration...Tapi..Nani takde sebab dating dengan Kat..huuuu..Tapi malam tu semua orang kurang ceria, mungkin sebab aku ada aura kesakitan dan masih tak boleh terima kenyataan, jadi Sikin, Yoyo, Roro, Sapie, Awie tak banyak tanya dan aku pun tak banyak cerita...dan psychologically ntah kenapa aku rasa perut aku membesar dengan kadar tumbesaran yang jauh lebih cepat...aku memang sejenis saiko....

Esoknya, 1 Januari 2018, kakak dan mak aku bawak pergi makan kat Flora Terrace, Hampshire Place...Meraikan aku la kengkonon sebelum aku kena bedah...yang takde abah aku sebab dia balik kampung jaga lembu...dan adik lelaki aku yang bz study kekdahnya...krikk krikk...

Ok, jadi, 2 Januari 2018, pukul 8.30 pagi....aku pun sekali lagi serahkan diri kat PCMC...since aku dah puasa sejak pukul 1200 malam tu...lepas dapat bilik..aku pun pergi CT scan...Jadi ni pengalaman CT Scan aku....mungkin setiap orang lain, tapi versi aku, versi orang paling takut sakit punya cerita, mungkin sape yang kuat macam badang rasa 'eh over betul minah ni' tapi..yang lembek macam aku...'high five!kita boleh'

a. Mula mula aku ditolak ke tempat radiology, lepastu dia kasik aku minum sejenis ubat agaknya, kaler oren, rasa oren oren sikit, 4 gelas, minum selang 10 minit setiap gelas...Rasa minuman tu: Tolerable...sebab aku dah start haus sebab dah pukul 10 pagi, aku pun rasa sedap bak hang la air ubat tu..hiks....Dah abis minum...tunggu lagi 10 minit...lepas tu aku ditolak masuk ke bilik radiologi sorang sorang, momo kena tunggu luar...wahhhh harus lah soalan bertalu talu aku adalah "sakit tak? sakit tak? sakit tak?'Dan dengan sabarnya radiologist (aku assume dia radiologist la) cakap, "takde pape...sikit je Puan..ada rasa macam heartburn sikit la nanti"

b. Bila masuk bilik tu, ada sorang radiologist lain perempuan..sungguh serius, tapi walaupun dia serius, aku tetap tanya soalan yang sama "sakit tak? sakit tak? sakit tak?"Last last dia mengalah dan bercakap dengan aku "takdelah...sikit je..." pastu dia senyum sikit...Ok...lepastu..sorang nurse ni masukkan satu tube kat lubang buntut aku...hmpppppphhhh macam mana rasa dia? tak la sakit sangat..tapi, rasa lah ada benda pelik dan panjang dalam lubang jubur aku....eyewwwww...tak sakit...tapi sakit mental lah aku....

c. habis satu part...part ke dua adalah dia cucuk ubat kat lengan aku...dia cakap ubat tu akan menyebabkan aku panas...dan Yasss!! rasa dia masa ubat tu masuk adalah dada aku tiba tiba panas, nasib baik kat dada je la...macam dari bawah tulang rusuk ke tekak...dalam seminit aku rasa macam tu..dan dia suruh tarik napas lepas napas..tarik napas lepas napas...

Dah abis tu, radiologist perempuan tu tanya...'Ok ke? Sakit?'

Dan jawapan aku...'Sakit siot!!!' rempit sungguh aku ketika itu sebab sakit haishhhh

____________________________________________________________________________

Petang tu, Dr KK datang bagi tahu:

"There is nothing much we can see in your CT Scan, the tumor is so big that it is covering your whole abdomen.  We also found that there is a small node around 1cm but I don't think it's cancerous as it is too small to be a cancer...Whatever it is, we will know the results once I take your tumor out and I will also do a lab test on your washing"

Masa tu aku dah ting tong otak aku dah tak boleh fikir tenang sangat pun...aku cuma ye kan je lah Dr KK...

Tapi aku pesan kat dia...

"If you find anything abnormal when you cut me open tomorrow, please get it out Dr.. I want to do this, for once and for all..."

Dr KK sengih je....sebagai doktor professional jawapan dia "I will try to save what I can save tomorrow" :)

Aku diberi ubat untuk bersihkan usus, dua kali ubat ni, petang dan malam, lepas minum ke toilet aja lah aku...

Malam tu...anesthetist bagitau aku procedure aku macam mana esok macam mana...garang sungguh Dr tu...dia warning aku "Kalau you takut takut macam ni, haa esok terus tak boleh operate..kena tangguh..macam mana...dah la buat buat bertenang"

Macam mana aku nak bertenang memikirkan perut aku akan dipotong dan ovari aku akan dikeluarkan....geeeezzzz...ubat tidur yang anesthetist kasik pun tak jalan, kasik pukul 11 malam, pukul 1 malam pun aku masih terkebil kebil

Nasib baik nurse nurse kat ward 6D tu semuanya baiknya lah hai...sorang sorang datang jumpa aku kasi kata kata semangat....cheerkan aku....

Dan team Postgraduate aku pun msg aku memberi kata kata semangat...

Salah seorang lecturer bagitahu baca "La ila ha ila anta subhanna ka inni minazzalimin" doa nabi yunus...untuk tenangkan diri....

Dan alhamdulillah, lepas aku baca doa tu..aku pun tertidur....

__________________________________________________________________________

Esok pagi, seperti yang dicadangkan Dr KK bangun pagi, mandi, solat, berishkan diri, tenangkan diri...

Pukul 6.00am aku bangun, mandi, bersih-bersih, solat, kemas kemas, dan last sekali aku dikasik ubat cucuk buntut untuk buang segala lebihan dalam badan aku sebelum aku operate, untuk elakkan apa apa yang kritikal kalau berlaku komplikasi....

Cucuk je ubat, dalam 15 minit, aku pun mencirit dan mengeluarkan apa yang patut...

Pukul 7 lebih aku keluar toilet, salam salam dengan family aku yang aku dah warning awal awal jangan nangis!!!

Tapi, mak aku ratu air mata, bila aku nak salam je, terus muka nak nangis, lalu aku pun marah kat situ "mak!!!kan **** kata jangan nangis!!! "...terkulat kulat muka mak aku kat situ

Sorry, but I cannot, kalau orang nangis nanti aku terus lembek seperti sayur....

Sebelum tolak, last skali, aku makan ubat penenang....

Nurse india yang tolak aku tu sangat lah cheerleader aku, sepanjang jalan dia kasi kata semangat, "jangan sedih, jangan takut, jangan risau"

Dan...aku pun masuk lah ruang pembedahan, bye bye kat family aku kat luar..tinggallah aku dengan nurse tu, dia yang suruh aku pakai tudung dari ward, sampai je kat bawah dia bukak kan tudung aku, dan pakai kan aku cap operation, dia simpankan tudung aku, dan dia cakap bye bye kat aku

woooooooooo...dah la aku ada trust issue kena tinggal dengan orang orang baru yang jauh tidak friendly berbanding kat ward...masa tu, memang surrender, Tawakkal saja lah aku boleh buat...

Aku dimasukkan kat tempat macam day care sementara tunggu Dr datang...masa tu aku panggil nurse kat OT tu... "kakak! saya nak buang air besar"

"dah dah..awak tak boleh bangun dah, nak buang air saya kasik bekas tadah"

Gulp...okey..tak nak...dalam risau risau cuak nak kena potong perut, nak buang air besar..Tiba tiba aku pun tertidur....

Aku sedar bila tiba tiba ada Dr anesthetic tegur aku..."hai saya doctor......"ZzzZzzz

BAM! aku pun dah gol!!!

Sedar sedar nurse dah kejut aku...dia kasik aku satu alat ada satu button, dia cuma cakap, "Kalau sakit, tekan ni"

Dan aku sokmonya lah tekan butang tu...sebab sakit weyhhh (atau aku yang saiko saiko rasa aku sakit..hmmm ntah lah)

Dan sepanjang hari rabu tu aku hidup dengan butang tu, yang bila dah malam baru aku tau itu Morphine...

Jadi, macam mana rasa ada morphine?

Baru aku tau perasaan laloq..macam ada kat awan, aku separa sedar, tapi aku keep on crying, tak tahu kenapa, dan aku nak ada orang pegang tangan aku...ironic...sebab aku adalah manusia yang paling menolak physical attachment, tapi masa aku tengah down under tu, aku macam nk semua orang sebelah aku....what was that? hmmm..dan masa nk solat, aku sangat lah mamai, ya Allah, rakaat berapa ni? rakaat berapa ni? Al Fatihah aku ni betul tak? tapi... aku cuba yang terbaik la... #siscuba

Petang tu, Dr KK datang, dan nurse dia bawak sebuah bucket sebesar bucket KFC, dan tumor aku penuh dalam tu...beria lah Dr KK tanya aku "do you want to see it?" Dalam kemamaian aku..aku layan kan lah jugak Dr KK...nampak la macam seketul daging besar gila penuh dalam tu...Mak, abah n momo pun tengok la tumor aku tu..hmphhhh..one word Gross! yucks

Jadi macam tu lah cerita aku keluarkan Tumor anak gajah aku tu..meh aku share sikit details tumor aku tu:

1. Size: 3.4 Kg
2. Measurement: 22cm X 18cm X 12cm

Ni gambar tumor tu Dr KK amik dan tunjuk kat aku...comel gila Dr KK excited dan dedicated sungguh dia menyelamatkan nyawa aku...Terima kasih Dr KK...sedikit sebanyak aku rasa sedih sebab turns out tumor aku tu cancer, muka Dr KK memang crushed masa dia bagitahu aku..part tu nanti next entry la aku cerita...


Ok lah aku nak main lego dengan Zafri, camera yang dia buat dah demam, kena baiki..
bye bye!

Sunday, January 14, 2018

Di sini bermula

Assalamualaikum semua!

Jadi hari ni aku nak cerita bagaimana mulanya aku dapat tahu aku ada sebiji ketumbuhan besar gajah dalam abdomen aku...

Semuanya bermula Januari 2017, masa tu aku pergi umrah, satu keluarga, dan aku berniat nak makan pil tahan period, sebab takut period masa kat sana, tapi entah macam mana, ada jugak timbul niat dalam hati aku 'macam mana rasanya eh bershopping sakan kat mekah'

Haaaa, rupanya Allah tu maha Mendengar, belum sempat aku amik ubat tu mengikut jadual doktor, aku pun period, jadi kekdahnya, aku dalam ihram la 4-5 hari masa kat Mekkah, dan seperti yang aku nak...memang aku shopping sakan Astarghfirullahhaladzim.... Masa orang umrah, aku pun sibuk lah tawaf segala kedai...tapi aku tak la beli apa apa, cuma makanan je banyak, cream cheese, yogurt, galaxy cake, dan macam macam makanan, tapi ada jugak la benda lain, termasuk lah alas kaki kat BinDawood, murah wey...12riyal utk yang tebal yang kalau kat sogo masa sale pun rm30...apa benda lah aku buat kan!

Sempat la aku buat umrah sekali, sempat jugak aku duduk merenung Kaabah untuk satu pagi, Subhannallah, ketenangan yang tak boleh share, sebab semua orang perasaan lain-lain...tapi habis je aku meggunting rambut dan solat zohor, aku pun period balik...ok la sebab esok nya pun dah nak balik Malaysia...

Tapi, lepas kejadian tu, period aku mula tak teratur, aku sejenis perempuan yang period memang datang cun-cun, sebulan sekali, tiap kali dalam 5-9 hari

Tapi, lepas balik umrah, period aku datang 2 minggu sekali...tapi aku tak de la doubt dan curios pun...

Life goes on kekdahnya...

Sampai lah November lepas, aku pergi jalan jalan cari makan dengan Momo, Nani dan Kat, kononnya nak tengok matahari terbit kat Rawang by Pass, skali kteorg terlajak sampai ke Tanjung Malim..dan kteorang melepak dari pukul 5 pagi sampai 8 malam...Dan sepanjang tu aktiviti kami adalah makan makan dan makan...

Yang aku rasa tak best, bila aku makan hari tu, rasa perut aku penuh, senak, lalu aku muntah kan makanan aku, lepas tu lega, sambung balik makan....

Dalam masa yang sama, aku cerita dekat Ika, adik aku, sebab dia ni antara manusia yang paling bersemangat tinggi nak hidup (dia dah 3 kali survive kematian..ini cerita betul...tapi sebab ni blog aku nanti kalau free baru aku cerita pasal dia ...dia penghidap SLE tapi semangat dia nak hidup tahap tahap Mahathir memperjuangkan cita cita dia lah..wakakakak)

Dan Ika pun cakap, suruh aku pergi klinik yada yada..nasihat itu ini lahhh

Aku menangguhkan klinik tu, sebab aku nak final exam...jadi, aku tunggu aku abis periksa 27 December 2017...

28 December 2017, aku ikut mak dan abah aku pergi jalan cari durian sampai pontian, jugak seharian aku mentekedarah, dan perut aku pun x selesa....

29 December 2017, pagi tu aku teman mak aku pergi Sogo, dia nk shopping sebab ada Sale...dah penuh satu bonet balik lah kami....aku pun guling guling kat rumah aku layan Gila Gila Pengantin Remaja (tak tahu kenapa cerita ni) dan aku call Klinik Dr Nurul, katanya Dr Nurul ada pukul 6.30 ptg

Dalam pukul 6.40 pun aku siap siap lah nak pergi klinik sorang2..sebab Momo keluar

Co-incident aku keluar gate, Momo balik, aku pun ajak la dia pergi....

Bila masuk bilik Dr Nurul, aku masuk sorang, Momo tido kat luar...lepas dah cerita dengan Dr Nurul masalah masalah aku...aku pun disuruh baring, dan di scan...

SEKALI!!!!!

'MASYAALLAH ******* (nama aku) besarnya cyst awak ni....tak muat masuk skrin scan saya ni....kalau ikut yang muat ni dalam 22cm...dan dalam cyst awak ni ada cyst cyst kecil kecil'

'Awak tak rasa sakit ke? Meh sini panggil suami awak masuk...I think he should know...'

Wow that was a slap on my face...

Bila Dr Nurul tunjuk aku gambar scan tu...yucks..geli hokey..dia mcm sarang dah dalam perut aku...(masa aku type ni pun ada goosebumps)

Soalan pertama aku:

"Saya akan mati ke doktor?'
"Berapa lama lagi saya akan hidup?"

Muka Dr Nurul pun cuak, dia cakap..."******, jangan cakap macam tu, saya sendiri tak tahu, ini bukan kepakaran saya, saya akan referkan awak ke hospital awak kena pergi segera, mungkin esok pagi, sebab takde guna kalau awak pergi malam ni pun"

Masa tu..otak aku mcm fidget spinner agaknya...TAPI, aku tak nangis, sebab aku sejenis manusia cry baby... aku tau, kalau aku nangis je abis la.tak dapat diselamatkan lagi semangat aku....

Jadi, aku ber fikir fikir, macam mana nk break the news kat family aku...Aku seorang yang sangat rapat dengan family bukan clingy, tapi semua yang aku buat family aku tahu la...Tapi, bila ada berita buruk macam ni..mcm berat gila nak beritahu....

Balik rumah, aku lepak rumah mak aku dulu..guling guling dengan Zafri dan Payat...Timang timang diorang, main pusing pusing...lepas mak aku abis solat isya kot...aku bagitau mak dengan non-nonchalant nya....

"Mak..esok **** nk pergi PCMC tau, nak kena bedah perut, ada ketumbuhan...hahahaha" aku gelak

Mak aku terus la mengekspressi kan muka cuak dia...hmmmm

Lepas tu ding dong ding dong, bagi tau bapak aku, kakak aku, adik aku etc etc...aku pun balik la rumah aku kat sebelah rumah diorang...

Balik je, aku kemas barang aku, aku bajet2 dalam 10 hari duduk hospital...jadi aku kemas la apa yang patut...dalam pukul 12 ready nak tidur...tapi aku tak dapat tidur...terpaksa suruh Momo naik cepat sebab dia mengemas kat bawah...

Guling guling, lepas 2 jam tak boleh tidur,bukak tingkap..tengok KL Tower..baca buku, menggelabah sorang sorang, buat research pasal gynea kat PCMC...kena marah dengan Momo sebab tak tidur tidur...last last dalam pukul 3.30 pagi agaknya...aku tidur jugak

Pukul 7.00 pagi, aku serahkan diri kat PCMC...

Alhamdulillah aku dapat Doktor yang aku nak...3rd choice sebenarnya, initially aku nk Dr Seri, sebab dia Muslim Perempuan, TAPI, apa yang aku lalui ni bukan kepakaran dia..dan dia sangat busy, haruslah, pilihan segala jenis artis kat malaysia ni kan, jadi aku opt for the next Muslim Doctor, Dato Dr Abdul Aziz, tapi...dia pulak cuti ketika itu, jadi, choice ke 3 aku adalah Dr KK Iswaran, aku pilih dia sebab kepakaran dia paling similar dengan Dr Abdul Aziz, laparotomy apa kecalat lah..yang belah belah perut rahim peranakan segala tu lah.....

Dalam pukul 10.00 aku masuk la bilik mengadap KLCC, harus lah mak abah aku dah feefeeling nak sambut new year mengadap percikan bunga api keesokan harinya....

Dalam pukul 12.20 aku jumpa Dr KK...Ayat pertama dia tegur aku adalah mengejut dan menakutkan aku

"Do you feel anything? Pain? Anything?"

Takde hye takde hello...

Dengan tenang aku jawab

"takdelah Dr. saya sihat walafiat"

Lepastu dia scan aku kat rahim dan perut...and again, tumor aku terlalu lah besar, dia pun x dapat agak berapa size, cuma dia nampak rahim aku clear...Alhamdulillah...

Jadi, dia arrange untuk CT scan ASAP....

Tapi tunggu arrangement insurance-hospital ding dong ding dong dan sebab tu hari sabtu CT Scan pun tutup...jadi, Dr KK pun cakap "since you are not in pain, there is no reason why I should keep you here, I will discharge you tomorrow and you have to come back on Tuesday for the CT Scan.  We'll do your operation on Wednesday 8.30 am..."

Jadi, dengan rasa tak tahu macam mana nk explain, aku pun balik bilik aku...

Tak dapat lah aku tengok bunga api di malam tahun baru 2018 kat KLCC dari bilik aku ni....

Ok la nanti aku sambung bila ada mood, semalam mood aku nak tido je..dah camno nak jadi blog meletop kebabom nak buat buku segala..berangan je la aku ni kan....

Ha, kat bawah ni gambar 1st scan aku kat Dr Nurul...sebijik bijik tu lah tumor nya...scary kan..aku pun takut weyhh..


Friday, January 12, 2018

Satu Anjakan Paradigma

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang....
Segala Puji bagi Allah, Tuhan Sekelian Alam...

Ok, bagaimana harus aku mula...
Sejak aku lahir?
Lebih kurang 32 tahun 1 bulan yang lepas...lama sangat tu, jenuh aku nk flashback...

Sepuluh tahun lepas?
Masa aku baru menjadi dewasa...Tak lama lepas graduasi, Dan baru mula kerja, baru sibuk nak kahwin..masa ni,,,hidup takde masalah, cuma cari masalah...

Lima tahun lepas?
Masa zaman kegemilangan aku kerja...Zaman gaji aku tak tahu nak buat apa,,sebab gaji aku agak banyak untuk aku yang tak suka sangat nk berbelanja..jadi yang aku sibuk cuma tengok tiket kapal terbang nak pergi bercuti...

Dua tahun lepas?
Masa aku berhenti kerja, dan rasa nak mulakan sesuatu yang baru...tapi aku amik banyak sangat masa untuk fikir apa aku nak

Enam bulan lepas?
Masa aku mula sambung belajar, Ijazah Sarjana, Sociology dan Anthropology kat satu universiti awam, aku dah mula suka, suka gila apa aku belajar, dan aku suka jugak duduk kat universiti tu....satu dunia baru...

Atau...

Lima belas hari lepas?
Masa aku pergi Klinik Dr Nurul, dan tiba tiba tahu yang aku ada seketul penumpang sebesar 22 cm dalam kawasan peranakan aku...

Ok,
Kita mulakan dari 15 hari lepas,
Rasanya lebih dramatik...
Lepas tu sedikit sebanyak mungkin aku akan kongsi cerita lain 20 tahun lepas, 15 tahun lepas, 7 tahun lepas, atau bila bila yang aku tiba tiba rasa nak flasback...

Sebelum aku mula menulis...

1.  Aku kasik sedikit sebanyak alasan, kenapa aku menulis...
- Sebab aku suka sangat menulis, dah lebih 10 tahun aku rasa aku patut menulis, aku ada blog dulu www.ceritapadadunia.wordpress.com tapi, aku dah privatekan...sayang gila aku kat blog tu, tapi nak sambung, penat pulak nak delete entry lama, dan aku pemalas nk belajar macam mana nk delete all...dan wordpress dah tak friendly sekarang..jadi, tak nak kawan wordpress, pindah la ke blogspot/blogger ni
- Sejak aku tahu aku ada tumor...dan cancer...hiks (what a scary word) aku rasa, aku perlu menulis, aku ada masalah untuk meluahkan apa aku rasa, jadi menulis mungkin satu medium yang baik

2. Menu utama blog aku ni..
- basically aku nak share journey aku:
a. Mengharungi ovarian tumor (checked /)
b. Menghadapi kanser ovari (belum start pun jorney nya..)
c. Mendapatkan baby kembar melalui IVF (ok, baru start makan supplement  semalam, time is of the essence sungguh aku ni...sangat lah procrastinator tahap dewa dah aku, bila dah terhantuk sampai berdarah2 baru la hegeh2 nak buat IVF la nak fikir ada anak la...haishhh...teruk sungguh la hang ni..tiba tiba emosi kat diri sendiri..marah ni marah dengan diri sendiri)
- dan aku akan cerita benda benda lain berkaitan hidup aku lah, jangan risau, skop hidup aku tak besar...cuma ada watak2 di bawah

3. Watak watak utama dalam blog ni
- Aku la..panggil la aku apa apa, korang letak la nama aku sendiri...Aku hero dalam blog aku, dah nama blog aku, mesti la aku nak jadi hero, takkan nak letak Aaron Aziz pulak jadi hero kan? tak signifikan langsung..hewhew
- Momo, ini hero ke dua dalam blog ni, merangkap suami aku dalam dunia sebenar, seorang lelaki obesiti, memakai cermin mata, budak baik, dan yang pasti seorang manusia yang paling positif aku pernah jumpa...kebanyakan sifat aku adalah terbalik dari sifat dia, memang ying and yang sungguh
- Family aku, termasuk Mak, Abah, Along, Abg Pejal, Ika, Amud, Zafri, Payat, Atok lelaki dan perempuan aku, makcik makcik dan pakcik pakcik aku, dan sepupu sepupu aku (mereka semua ni tulang belakang aku, bean bag aku, sebab tiap kali aku jatuh dalam hidup (dan ya, aku seorang yang suka sangat jatuh kan diri), diorang mesti ada untuk sokong kat belakang..i is terharu..weee)
- Kawan kawan rapat aku:
a. Cik P , kawan sejak 1998, asek gaduh baik gaduh baik sampai la bila dah umur 3-series, baru la masing masing matang dan takde masa nk gaduh dengan dia...
b. Nani, Sikin, Yoyo dan E-11, kawan-kawan sejak zaman universiti aku...diorang ni ala ala adik beradik ke-dua aku la, dulu masa kerja tiap hari msg diorg bila stress...dan kteorang memang bermessage almost every other day, jadi mereka penting dalam cerita aku ni...
- Doktor-doktor aku
a. Dr KK Iswaran, seorang gynecologist kat PCMC...tak boleh ingat aku muka dia masa tahu aku ada cancer, dua kali muka dia kecewa...dia sangat positif yang tumor anak gajah 3.4 kg dalam perut aku tu bukan cancer, tapi, turns out it's cancerous, dan muka dia, sangat lah risau dan bersalah...it's ok doctor...we'll go thru this together :)
b. Dr Rachel oncologist kat PCMC, baru jumpa dia sekali, tapi positifnya lah dia ni, sangat sangat sangat positif, menyebabkan bila dia bagitau yang aku kena chemotherapy, dan dia bagitau apa itu chemo etc ete eh tiba tiba aku tak la takut sangat..balik jumpa dia, aku boleh tido macam baby, qada' tido aku yang dah tertangguh 14 hari sebab ketakutan...cisss


Ok, tu je lah kot dulu...
Dah azan asar, aku kena solat, sebab aku nak doa yang aku nk sihat...
Bagus jugak aku sakit,terus aku rasa insaf, semoga keinsafan aku bersifat selama-lamanya

Have a good day people :)