Tuesday, January 8, 2019

Too sweet to handle..

Assalamualaikum..

Sejak dua bulan setengah yang lepas percaya atau tidak...dah 6 ke 7 kali aku pergi dentist..

Antara 7-10 hari aku kan pergi dentist...

Sebab apa?

Sebab, amazingly, kesan chemo aku adalah pada gigi gigi aku...

hmphhhh

Sebenarnya, masa aku in between chemo hr tu

Ada sorang kakak kenalan aku ni, dia pun baru habis chemo dalam setahun dua

Kalau tak silap aku, dia kanser limfoma

Dan dia cte kat aku..waktu dia message aku tu lah..yang dia tak boleh jalan

sebab pelincir kat lutut dia ke atau sambungan lutut dia..atau tulang kat lutut dia..something orthopedic la..ada masalah

Ni sume disebabkan kesan chemo...

Masa dia cte tu...

Aku macam..

Aikk..dia sakit kanser limfoma..macam darah darah..apa kaitan tetiba tak boleh jalan...

Little that i know...

Rupanya, bila orang cakap kesan chemo ni teruk..memang teruk

Bukan sahaja kesan dan dan tu..

Contohnya seperti pengalaman demam panas 40 degree

Atau kesan tiba tiba muka ko pucat

Atau ulser 1 mulut

Atau lidah kau yang manis rasa pahit...

Benda benda tu semua takpe lagi..manageable

Yang lagi sedeyyyyy adalah, rupanya chemo ni ada kesan jangka masa panjang yang takde sesape boleh predict precisely..

Jadi, macam contoh kawan aku tu..haa tak boleh jalan...

Macam ada sorang kenalan aku, kanser hidung ke lidah ke tapi macam kat area2 ent la


Kesan di, walaupun dah bertahun habis chemo radiotherapy..adalah mulut tak menghasilkan air liur....huissshh seksa tu wey...

Ada sorang ni, tetiba rambut baru color grey..as in grey...macam aku dulu rambut licin halus mulus straight color brown2 sket..sekarang dah macam singa rambut aku, tebal, kasar, hitam...aku tak reti nak manage rambut ni ha..dah la dah biasa botak, tetiba ada rambut tebal kepala aku rasa panas semacam je..huuuu

Tapi, tu rambut xpe lagi...yang lebih teruk kesan chemo (selain dari lubang lubang kecil kat paru paru ni takpe..macam parut je, plus aku tak rasa dan tak nampak)

Kesan paling teruk adalah, gigi aku banyak gila rosak..as in banyak gila

Kalau nak kira cost aku dah buat dan akan spend untuk gigi aku sahaja, aku boleh check in pangkor laut 1 minggu ya...atau boleh beli ticket pergi london ke paris ke pejam mata je..

Tak tau nak marah ke nak sedih ke nak happy ke...

Sebabnya, aku ni adalah manusia yang sangat tak suka dentist (dan semua jenis doktor kot)...jadi, memang sejak sekolah aku jenis gosok gigi sebelum tidur, dah takkan makan lepas gosok gigi

Lepas tu, aku jugak jenis floss gigi

Dan memang akan pergi dental check up selang 6 bulan

Dan..gigi aku tak pernah ada karang ye...

Tapi, memang sejak kecik gigi aku jenis cepat berlubang, tu pun sebab memang aku suka makan manis, dan jugak malas gosok gigi masa sekolah rendah la

Tapi, tak lah teruk macam kesan chemo ni..

Sebelum aku tahu aku kanser..aku memang ada pergi routine check up gigi

Tak sure september or november

Masa tu, gigi aku bersih je...just scaling dan doktor kata jumpa lagi 6 bulan..

Manalah aku tahu aku nak kena kanser, kena operate

Sepatutnya, sebelum start chemo kena check gigi..tapi dalam kes aku kira memang aku dah cek la kan??

Jadi, kesan chemo aku adalah, kadar pereputan gigi aku telah dilajukan dengan selaju lajunya

Kau bayangkan...ada 3 gigi aku yang rosak teruk, nasib baik masih boleh buat root canal...jadi, aku insist nak jugak buat, walaupun setiap satu mahal ya amat (eh tapi dentist yang aku pergi ni tak semahal dentist aku sebelum ni tau)...

Dan, banyakkkk gigi lain yang kena tampal...

Dalam sedu sedan mengenang nasib..aku tanya doktor tu..why doctor, why does this happened to me?? chewahh dramatiss

DOktor tu cakap..

1..mungkin sebab kesan chemo tu lah..mempercepatkan kadar kerosakan gigi

2. sebab aku suma consume benda manis..

Tadi..sebelum balik..aku tanya doktor

"Doktor, you cakap kan, kalau nak elak gigi rosak..elakkan consume benda manis kan?tapi, kalau kata I minum air manis guna straw sama ke tak eh??"

Doktor tu pandang aku, sengih, mungkin juga separuh kecewa

"try to avoid la..penat kita selamatkan gigi awak..."

huuuuuuuuuuuuu

Ok lah...stress sebenarnya asyik pergi jumpa doktor je..hishhh

No comments: