Assalamualaikum....
Sebenarnya aku sepatutnya buat assignment...
Sambil sambil tu aku dengar la suria Fm...
Aku ni jenis manusia dengar Lirik...baru dengar lagu..
Dan bila aku dengar lagu tu, aku jadi marah pulak...
Ni haa lagu nya:
Lirik Lagu Jaga Dia Untukku - Fiena Mentor
Tuhan
Ku Mencintai Dia
Namun Ku Terpaksa Tinggalkannya
Tuhan
Ku Amat Menyayanginya
Namun Ku Terpaksa Tinggalkannya
Tuhan
Tolong Jaga Dia Untukku
Kerana Hidup Ini
Tidak Bermakna Tanpanya
Tuhan
Hantarkan Malaikat Untuknya
Supaya Dia Tenang Hadapi Segalanya
Tuhan
Ku Mencintai Dia
Namun Ku Terpaksa Tinggalkannya
Tuhan
Ku Amat Menyayanginya
Namun Ku Terpaksa Tinggalkannya
Tuhan
Tolong Jaga Dia Untukku
Kerana Hidup Ini
Tidak Bermakna Tanpanya
Tuhan
Hantarkan Malaikat Untuknya
Supaya Dia Tenang Hadapi Segalanya
Kau Utuskanlah
Rinduku Kepadanya
Agar Dia Tahu
Tentang Perasaanku Padanya
Tuhan
Tolong Jaga Dia Untukku
Kerana Hidup Ini
Tidak Bermakna Tanpanya
Tuhan
Hantarkan Malaikat Untuknya
Supaya Dia Tenang Hadapi Segalanya
Tuhan
Ku Mencintai Dia
Namun Ku Terpaksa Tinggalkannya
__________________________________________________________________
Geram gila aku dengar lagu ni...
Sebab aku rasa pompuan yang meluahkan lagu ni sangat lah lembekkkk
Ko dah kenapa???
1. Kau sayang orang ni, pastu kau nak lepas kan dia...kenapa kau tak fight??? kata sayang???
2. Selepas kau lemah gemalai nak lepas kan orang tu, kau mintak pulak Tuhan hantar malaikat supaya jaga orang ni...ok..aku dah tambah bengang dah masa ni...apooo???ko sendiri nak beredar begitu saja, lepastu, kau feeling feeling orang kau sayang tu begitu syumul nak ada malaikat khas jaga dia???
3. Eh lepas kau dah ber melodramatik lepas kan orang tu,sedeih sendu sedan, boleh pulak kau meleret leret lagi nyanyi "tak boleh hidup tanpa dia" "aku cinta tapi terpaksa melepaskan"...Ok, otak aku jadi sakit pulak
Kalau untuk aku...(yang secara amnya aku ni kurang perasaan, sedikit heartless.. ok, tipu aku sangat heartless la jugak sebenarnya)
1. At the first place, aku takkan sayang orang lebih dari aku sayang diri aku sendiri..hell no! benda paling penting aku kena jaga adalah hati dan perasaan aku, mental, dan kewarasan aku...aku jenis takkan berkorban apa saja gitu, kalau aku nak korbankan apa apa, aku pastikan yang hati dan perasaan aku, aku dah secure awal awal, jadi, just incase anything bad happened, aku tak la sedih sangat, dan aku boleh 'whatever'kan saja manusia terlibat..tapi, mungkin oleh sebab ini lah, aku tak pernah putus cinta frust menonggeng..cuma gaduh gaduh manja saja dengan momo...manja kahh???pfttt
2. Kalau dah sayang orang tu, kau tetap kena ada conscious mind yang mana mungkin kau boleh sayang manusia lebih dari kau sayang Tuhan...ok, disclaimer, aku tak alim langsung ye, jauh sekali tahap pinjamal..ngahahaha, apatah lagi alim ulama...tapi, sejak kecik mungkin sebab atok aku selalu cakap Allah, Allah, Allah, jadi, walaupun aku selalu ingkar je arahan Allah :( tapi, untuk meletakkan rasa sayang aku kat manusia lain lebih dari Allah adalah tak mungkin..apatah lagi nak doa suruh Allah hantar pulak malaikat jaga orang aku sayang...hadoiii pening lahh aku...ni kang masuk konsep ke-tauhid-an pulak..hehehe..tapi kalau something bad happened kat orang yang aku sayang, of kos la aku doa kat Allah, contoh, sembuhkan orang ni, mudahkan urusan orang ni, temukan orang ni dengan jodoh yang baik..etc tec..
3. Dan kalau aku sayang orang..wey aku ni ada ramai jugak lah orang yang aku sayang...aku akan pastikan aku kasik dia sehabis baik mengikut tahap apa yang aku rasa dia layak...bukan lah tetiba aku mengalah di tengah jalan, atau rasa, oh i is tak mampu, i relakan you beredar...apo???penat je suka sayang orang tu bertahun, berbulan, pastu tibahh ko nak lepaskan macam tu...mungkin sebab tu dulu masa sekolah aku selalu sangat gaduh baik, gaduh baik dengan ideq..dormmate aku..hahahha..tapi tengok..haaa hasilnya walaupun dah 20 tahun aku kenal dia, dan tak selalu jumpa, sesekali jumpa elok je aku borak macam baru semalam tido sebelah dia...
Jadi, nasihat aku kepada manusia yang nak bercinta...ok je perasaan cinta dan sayang tu pemberian Allah, tapi jangan lah jadi orang bodoh, dah putus cinta pastu kau macam nak bunuh diri pulak...
Gilo!
Hisssghhhh rimas lah aku dengar lagu ni...
Ok, tu je..sekarang..ber huhu haha lah aku nak siapkan assignment yang satu je lagi ni haaaa
cepat la habis tak sabar nak celebrate ni weyy!
ok.bye!
1 comment:
good2...berjaya mghiburkan aku yg kdg2 stress dlm pantang ni kihkih..aku siap baca dgn tone suara ko
Post a Comment