Thursday, January 31, 2019

Tips mengekalkan bentuk badan ala model

Assalamualaikum...

Ok, tipu sangat tajuk aku kan?

Sejak bila aku pernah berbadan ala model pulak???

hewhew

Sebenarnya, hari ni aku nak menjawab soalan soalan rakan (kebanyakannya rakan sebaya) yang bertanya tentang tabiat pemakanan aku selepas operation pembuangan tumor dan ovari tahun lalu

Seperti semua yang baca blog ni sedia maklum...

Pembedahan aku dijalankan oleh gynecologist

Jadi mungkin (benar atau tidak aku kurang pasti)..sedikit sebanyak ada persamaan dengan pembedahan caesarean...aku pun tak tahu lah sama atau tidak

Yang pasti perut aku dipotong sejengkal secara menegak..atas sikit dari ari ari sampai ke atas pusat...

Ok...soalan yang selalu aku dapat oleh kawan kawan adalah...apakah regime pemakanan pantang aku selepas pembedahan...

Jawapan aku..

TAKDE PANTANG

Sebabnya

1. Aku assume yang aku punya kes cuma potong kulit perut, potong tiub falipio yang disambungkan kepada ovari beserta tumornya, pembersihan kawasan peritoneal dan penutupan kembali kulit dengan jahitan

2. Berbeza dengan orang bersalin yang ada pemotongan kawasan rahim sendiri bagi mengeluarkan baby...aku takde...

3. 3-4 hari lepas operation...aku tahu aku ada kanser..dan benda pertama aku kena buat IVF..jadi untuk buat IVF ni pun badan aku kena la be ready..jadi tak boleh lah nak makan pantang pantang

4. seminggu lepas operate kompem pulak kena chemo...jadi...issue nak jaga jahitan, jaga luka, jaga bentuk badan tu semua dah tak masuk dalam priority list aku..masa tu priority list aku cuma menserabutkan diri dengan semua procedure yang akan terpaksa aku lalui...

5. Yang paling penting, haruslah antara benda pertama aku tanya doktor bila aku dah sedar dari kesan morphine adalah "is there any food that i should avoid?" doktor jawab "no, eat normally cause I want to monitor your bowel movement'..haaa dah alang alang dok prince court..haruslah kepelbagaian makanan aku pilih...cikenchop la, fisnsip la, ketiau goreng la, steak lembu berisi penuh la, nasik lemak kegemaran seharusnya dalam pilihan...

6. Ohhhh..tapi satu benda yang doktor aku tak kasik dan berulang ulang kali me warning aku, termasuk lah nurse nurse adalah JANGAN MAKAN SUPPLIMENT PELIK PELIK...dan juga JANGAN MAKAN PATI IKAN HARUAN dan seumpamanya sebab ia akan menyebabkan keloid...keloid tu apa??macam lebihan tumbuhan daging yang melampau lampau..

Jadi, atas alasan alasan di atas...untuk aku, tiada isu makan pantang...ko cakap je apa aku tak makan?
-kicap? ofkos
-kari? makan
-eskrim dan kek? semestinya
-sambal? yela..apa benda makan nasi lemak takde sambal
-air ais air manis? ye ye ye

Ok..tu je lah cerita aku..baik aku tulis sebelum aku lupa

bye!

No comments: