Assalamualaikum...
Baru aku perasan..sejak pagi tadi, kehidupan aku adalah berkisar kepada 'respect'..
Aku mulakan hari aku dengan mengomen pasal kehadiran PU PU (Pencetus Ummah)...
Aku tak pasti macam mana, tiba tiba aku boleh ter-stalk instagram seorang PU yang agak famous dan lantang..
Ada 1 video dia yang menyebabkan aku meluat (ok, ada beberapa, tapi yang ini yang aku ingat)
Video mengenai dia konon konon nk buat macam sharifah sakinah yang "haaaaa....tepukkkk"
Tapi dia mcm cynically cakap pasal dosa-dosa manusia lepastu dia jerit "haaa..istirghfar"
Masa aku tengok video tu aku mcm, ok apa tujuan PU ni buat video ni eh??
Aku ni tak la baik pun, tapi kadang kadang bila jiwa rasa kosong, aku dengar la jugak ceramah agama..dan memandangkan aku ni jahil, aku suka dengan penceramah yang orang nya halus, lembut, penuh berhemah...tetapi tegas menegakkan ajaran Islam
Antara contoh penceramah yang bila aku dengar, aku malu sendiri dengan diri aku adalah
- Mufti Wilayah
- Mufti Menk
- Dr Maza
- Ustaz Kazim
Aku tak bercakap dalam isi ceramah mereka secara total, sebab ada orang debate pasal isi isi para penceramah ni..tapi aku cakap pasal approach mereka, bagaimana lemah lembut dan santunnya mereka berdakwah..
Kalau nak bezakan mereka ni dengan PU atau FJ (ehhhh) aku memang tak boleh orang yang nak nasihatkan orang, tapi masa yang sama dia bajet dia dah paling bagus, ala ala dia dah kompem syurga tingkat paling atas, dan para pendosa ni memang kat neraka paling kejam...
Ok, itu bercakap pasal hal penceramah agama...di siang hari tadi
Malam ni pulak...aku borak borak...
berkisah tentang isu 'kakak' dan 'abang'
secara peribadi, aku manusia yang tak peduli langsung pasal pangkat dihadapan nama aku..
maksudnya, i don't bother pun kalau sesapa yang muda dari aku tak panggil aku kakak
atau sesiapa yang berusan formal dengan aku tak panggil aku puan..
memandangkan salah sorang besfren aku iaitu yoyo adalah American (flip hair)...aku pun bersikap ala ala American gitew... di mana pangkat pangkat Sir/Madam/Mr/Miss ni aku x peduli
Dulu, masa aku kerja kat Bank Terbaik di Dunia...(ini serius)...memang kat sana takde konsep panggil "Sir/Mr/Miss"..so memang aku panggil bos aku nama..dan obviously dia panggil aku nama je..sampai lah bos besar yang kat Singapore pun, kalau aku borak dengan dia, aku panggil nama je..
Aku rasa, isu pangkat ni orang Melayu je kot yang sibuk sangat..bila orang tu ada Dato ke Dr ke..mula lah rasa macam Wajibul Ghunnah kena addressed dengan pangkat tu..
Untuk aku, aku lebih selesa mengamalkan konsep...
Kalau kau cukup baik dan layak, kau akan tahu yang aku respect kat kau...dan vice versa...kalau aku buat sehabis baik, aku yakin aku selayaknya di respect...
panggilan dihadapan nama kau cumalah ilusi...
Masalah aku bila aku berdiskusi malam tadi adalah..bila seseorang tu, merasakan yang panggilan itu adalah sesuatu yang penting (ok, aku hormati pandangan beliau)
Dan beliau berharap, supaya mereka yang berada dia paras yang lebih bawah dari beliau (be it urusan kerja, atau perbezaan umur) memanggil beliau dengan kata panggilan yang sesuai... (juga aku hormati...)
Tapi, bila tiba masa untuk sepatutnya beliau juga menggunakan kata panggilan itu kepada seseorang yang lebih tinggi dari beliau, beliau refused untuk menggunakan kata panggilan...
Maksudnya apa di sini?
heh...
Kalau untuk aku, satu kata untuk manusia sebegini adalah...
Respect is Earned not Given..
Dengan memaksa orang panggil kau kakak atau abang..atau Puan atau Encik...tak semestinya kau di hormati, mungkin kau lebih dibenci,tambahan lagi, bagi aku, setiap panggilan itu datang dengan tanggungjawab yang besar...
Bak kata pakcik Peter Parker "with great power comes great responsibility"...
Jadi, apalah tujuan kau paksa paksa orang panggil kau begitu, bila hakikatnya kau sebagai seorang "abang" atau "kakak" cumalah seorang pembuli,atau dengan kata mudah perasan bagus tapi tak bagus pun...kerja ke laut..nak harapkan menumpang kasih seorang abang/kakak jauh sekali...
Dan, percayalah cakap aku, bestfriend aku paling muda berumur 6 tahun, anak hapisah, dia panggil aku Syhikin je pun..takde makcik takde aunty..sebab masa hapisah tanya aku,nak panggil aku apa, aku macam "panggil je la apa apa"...tapi dalam ramai ramai kawan mak dia, aku je sorang yang dia suka..(flip hair lagi)
See???
Faham tak sekarang apa aku nak cakap??
Tak faham takpe lah..
Ok bye!
No comments:
Post a Comment