Thursday, January 31, 2019

Tips mengekalkan bentuk badan ala model

Assalamualaikum...

Ok, tipu sangat tajuk aku kan?

Sejak bila aku pernah berbadan ala model pulak???

hewhew

Sebenarnya, hari ni aku nak menjawab soalan soalan rakan (kebanyakannya rakan sebaya) yang bertanya tentang tabiat pemakanan aku selepas operation pembuangan tumor dan ovari tahun lalu

Seperti semua yang baca blog ni sedia maklum...

Pembedahan aku dijalankan oleh gynecologist

Jadi mungkin (benar atau tidak aku kurang pasti)..sedikit sebanyak ada persamaan dengan pembedahan caesarean...aku pun tak tahu lah sama atau tidak

Yang pasti perut aku dipotong sejengkal secara menegak..atas sikit dari ari ari sampai ke atas pusat...

Ok...soalan yang selalu aku dapat oleh kawan kawan adalah...apakah regime pemakanan pantang aku selepas pembedahan...

Jawapan aku..

TAKDE PANTANG

Sebabnya

1. Aku assume yang aku punya kes cuma potong kulit perut, potong tiub falipio yang disambungkan kepada ovari beserta tumornya, pembersihan kawasan peritoneal dan penutupan kembali kulit dengan jahitan

2. Berbeza dengan orang bersalin yang ada pemotongan kawasan rahim sendiri bagi mengeluarkan baby...aku takde...

3. 3-4 hari lepas operation...aku tahu aku ada kanser..dan benda pertama aku kena buat IVF..jadi untuk buat IVF ni pun badan aku kena la be ready..jadi tak boleh lah nak makan pantang pantang

4. seminggu lepas operate kompem pulak kena chemo...jadi...issue nak jaga jahitan, jaga luka, jaga bentuk badan tu semua dah tak masuk dalam priority list aku..masa tu priority list aku cuma menserabutkan diri dengan semua procedure yang akan terpaksa aku lalui...

5. Yang paling penting, haruslah antara benda pertama aku tanya doktor bila aku dah sedar dari kesan morphine adalah "is there any food that i should avoid?" doktor jawab "no, eat normally cause I want to monitor your bowel movement'..haaa dah alang alang dok prince court..haruslah kepelbagaian makanan aku pilih...cikenchop la, fisnsip la, ketiau goreng la, steak lembu berisi penuh la, nasik lemak kegemaran seharusnya dalam pilihan...

6. Ohhhh..tapi satu benda yang doktor aku tak kasik dan berulang ulang kali me warning aku, termasuk lah nurse nurse adalah JANGAN MAKAN SUPPLIMENT PELIK PELIK...dan juga JANGAN MAKAN PATI IKAN HARUAN dan seumpamanya sebab ia akan menyebabkan keloid...keloid tu apa??macam lebihan tumbuhan daging yang melampau lampau..

Jadi, atas alasan alasan di atas...untuk aku, tiada isu makan pantang...ko cakap je apa aku tak makan?
-kicap? ofkos
-kari? makan
-eskrim dan kek? semestinya
-sambal? yela..apa benda makan nasi lemak takde sambal
-air ais air manis? ye ye ye

Ok..tu je lah cerita aku..baik aku tulis sebelum aku lupa

bye!

Sunday, January 20, 2019

Mungkin ini bakat terpendam

Assalamualaikum...

Hai sarah! kak siti apa khabar??...ehhh hahahahah

Hai everybody else!!

Jadi, semalam, semasa sesi melalak tengah tengah malam...aku sempat borak dengan sorang kawan aku ni...

Dia tunjuk gambar kawan fb dia..gambar gambar yang dia tunjuk tu kat kl je tak salah aku..

Tapi, cantik la...

Jadi, aku pun saje lah, tunjuk gambar aku amik jugak..masa aku pasang decoration kt KLCC syawal hari tu...

Dia cakap "cantik..kau amik ke?"

"haah"

Lepastu aku tunjuk gambar lain...

Dia cakap lagi.."cantik"

Lepastu dia tanya aku guna lighting ke mode fotografi yang aku sepatah haram tak paham...

Aku cakap...takde..aku amik bodoh bodoh je...guna fon aku ni ha...Samsung S8

Takde setting takde apa...sebab aku tak pandai...

Tadi siang, aku belek belek fon aku...

Dan,aku nak perasan lah sikit..yang mungkin sebenarnya aku ada bakat mengambil gambar ni....

Ahahahahahah

Sebab banyak rupanya gambar cantik aku amik (atau aku syok sendiri perasan cantik)

Cuba tengok gambar bawah ni

(ok, mungkin sesetengah x begitu sharp..sebab aku dah edit nak letak water mark..lepastu send via whassap pulak)

ini gambar langit singapura..masa aku jalan kaki dari Arab St ke Bugis...


ini gambar kat hujung hujung australia..denmark...sorry la watermark sebesar alam tengah gambar ni...

ni gambar masa aku ikut nenek aku pergi pasar larkin..ni kedai yang nenek aku selalu beli tahu kering dan suh un...haihhh rindunya nak teman nenek aku pergi pasar..bila nak balik jb ni!

ini gambar sunset kat Kuching...dari atas hotel Riverside Majestic...ok, heads up...jangan stay kat old wing..buruk gila bilik dia

ini gambar boot kereta aku penuh roses..masa ni jumaat pagi baru ni, nak pergi pasang decoration kahwin india...

ini gambar langit Perth Australia, di hiasi dengan pokok tanpa daun

ini gambar bangunan yang tiap kali aku pandang, aku bangga aku orang Malaysia

haaaa

Jadi, cantik tak gambar gambar aku...

Aku syok sendiri je rasa cantik...nasib baik kawan tu pun puji cantik...

Jadi aku tak la syok sendiri sangat dahhhh

Hahahahaha

Ok, lepas ni jadi jurufoto fofesenal la pulak :P

Ok bye!







Tuesday, January 15, 2019

Respect Is Earned not Given

Assalamualaikum...

Baru aku perasan..sejak pagi tadi, kehidupan aku adalah berkisar kepada 'respect'..

Aku mulakan hari aku dengan mengomen pasal kehadiran PU PU (Pencetus Ummah)...

Aku tak pasti macam mana, tiba tiba aku boleh ter-stalk instagram seorang PU yang agak famous dan lantang..

Ada 1 video dia yang menyebabkan aku meluat (ok, ada beberapa, tapi yang ini yang aku ingat)

Video mengenai dia konon konon nk buat macam sharifah sakinah yang "haaaaa....tepukkkk"

Tapi dia mcm cynically cakap pasal dosa-dosa manusia lepastu dia jerit "haaa..istirghfar"

Masa aku tengok video tu aku mcm, ok apa tujuan PU ni buat video ni eh??

Aku ni tak la baik pun, tapi kadang kadang bila jiwa rasa kosong, aku dengar la jugak ceramah agama..dan memandangkan aku ni jahil, aku suka dengan penceramah yang orang nya halus, lembut, penuh berhemah...tetapi tegas menegakkan ajaran Islam

Antara contoh penceramah yang bila aku dengar, aku malu sendiri dengan diri aku adalah
- Mufti Wilayah
- Mufti Menk
- Dr Maza
- Ustaz Kazim

Aku tak bercakap dalam isi ceramah mereka secara total, sebab ada orang debate pasal isi isi para penceramah ni..tapi aku cakap pasal approach mereka, bagaimana lemah lembut dan santunnya mereka berdakwah..

Kalau nak bezakan mereka ni dengan PU atau FJ (ehhhh) aku memang tak boleh orang yang nak nasihatkan orang, tapi masa yang sama dia bajet dia dah paling bagus, ala ala dia dah kompem syurga tingkat paling atas, dan para pendosa ni memang kat neraka paling kejam...

Ok, itu bercakap pasal hal penceramah agama...di siang hari tadi

Malam ni pulak...aku borak borak...

berkisah tentang isu 'kakak' dan 'abang'

secara peribadi, aku manusia yang tak peduli langsung pasal pangkat dihadapan nama aku..

maksudnya, i don't bother pun kalau sesapa yang muda dari aku tak panggil aku kakak

atau sesiapa yang berusan formal dengan aku tak panggil aku puan..

memandangkan salah sorang besfren aku iaitu yoyo adalah American (flip hair)...aku pun bersikap ala ala American gitew... di mana pangkat pangkat Sir/Madam/Mr/Miss ni aku x peduli

Dulu, masa aku kerja kat Bank Terbaik di Dunia...(ini serius)...memang kat sana takde konsep panggil "Sir/Mr/Miss"..so memang aku panggil bos aku nama..dan obviously dia panggil aku nama je..sampai lah bos besar yang kat Singapore pun, kalau aku borak dengan dia, aku panggil nama je..

Aku rasa, isu pangkat ni orang Melayu je kot yang sibuk sangat..bila orang tu ada Dato ke Dr ke..mula lah rasa macam Wajibul Ghunnah kena addressed dengan pangkat tu..

Untuk aku, aku lebih selesa mengamalkan konsep...

Kalau kau cukup baik dan layak, kau akan tahu yang aku respect kat kau...dan vice versa...kalau aku buat sehabis baik, aku yakin aku selayaknya di respect...

panggilan dihadapan nama kau cumalah ilusi...

Masalah aku bila aku berdiskusi malam tadi adalah..bila seseorang tu, merasakan yang panggilan itu adalah sesuatu yang penting (ok, aku hormati pandangan beliau)

Dan beliau berharap, supaya mereka yang berada dia paras yang lebih bawah dari beliau (be it urusan kerja, atau perbezaan umur) memanggil beliau dengan kata panggilan yang sesuai... (juga aku hormati...)

Tapi, bila tiba masa untuk sepatutnya beliau juga menggunakan kata panggilan itu kepada seseorang yang lebih tinggi dari beliau, beliau refused untuk menggunakan kata panggilan...

Maksudnya apa di sini?

heh...

Kalau untuk aku, satu kata untuk manusia sebegini adalah...

Respect is Earned not Given..

Dengan memaksa orang panggil kau kakak atau abang..atau Puan atau Encik...tak semestinya kau di hormati, mungkin kau lebih dibenci,tambahan lagi, bagi aku, setiap panggilan itu datang dengan tanggungjawab yang besar...

Bak kata pakcik Peter Parker "with great power comes great responsibility"...

Jadi, apalah tujuan kau paksa paksa orang panggil kau begitu, bila hakikatnya kau sebagai seorang "abang" atau "kakak" cumalah seorang pembuli,atau dengan kata mudah perasan bagus tapi tak bagus pun...kerja ke laut..nak harapkan menumpang kasih seorang abang/kakak jauh sekali...

Dan, percayalah cakap aku, bestfriend aku paling muda berumur 6 tahun, anak hapisah, dia panggil aku Syhikin je pun..takde makcik takde aunty..sebab masa hapisah tanya aku,nak panggil aku apa, aku macam "panggil je la apa apa"...tapi dalam ramai ramai kawan mak dia, aku je sorang yang dia suka..(flip hair lagi)

See???

Faham tak sekarang apa aku nak cakap??

Tak faham takpe lah..

Ok bye!

Tuesday, January 8, 2019

Too sweet to handle..

Assalamualaikum..

Sejak dua bulan setengah yang lepas percaya atau tidak...dah 6 ke 7 kali aku pergi dentist..

Antara 7-10 hari aku kan pergi dentist...

Sebab apa?

Sebab, amazingly, kesan chemo aku adalah pada gigi gigi aku...

hmphhhh

Sebenarnya, masa aku in between chemo hr tu

Ada sorang kakak kenalan aku ni, dia pun baru habis chemo dalam setahun dua

Kalau tak silap aku, dia kanser limfoma

Dan dia cte kat aku..waktu dia message aku tu lah..yang dia tak boleh jalan

sebab pelincir kat lutut dia ke atau sambungan lutut dia..atau tulang kat lutut dia..something orthopedic la..ada masalah

Ni sume disebabkan kesan chemo...

Masa dia cte tu...

Aku macam..

Aikk..dia sakit kanser limfoma..macam darah darah..apa kaitan tetiba tak boleh jalan...

Little that i know...

Rupanya, bila orang cakap kesan chemo ni teruk..memang teruk

Bukan sahaja kesan dan dan tu..

Contohnya seperti pengalaman demam panas 40 degree

Atau kesan tiba tiba muka ko pucat

Atau ulser 1 mulut

Atau lidah kau yang manis rasa pahit...

Benda benda tu semua takpe lagi..manageable

Yang lagi sedeyyyyy adalah, rupanya chemo ni ada kesan jangka masa panjang yang takde sesape boleh predict precisely..

Jadi, macam contoh kawan aku tu..haa tak boleh jalan...

Macam ada sorang kenalan aku, kanser hidung ke lidah ke tapi macam kat area2 ent la


Kesan di, walaupun dah bertahun habis chemo radiotherapy..adalah mulut tak menghasilkan air liur....huissshh seksa tu wey...

Ada sorang ni, tetiba rambut baru color grey..as in grey...macam aku dulu rambut licin halus mulus straight color brown2 sket..sekarang dah macam singa rambut aku, tebal, kasar, hitam...aku tak reti nak manage rambut ni ha..dah la dah biasa botak, tetiba ada rambut tebal kepala aku rasa panas semacam je..huuuu

Tapi, tu rambut xpe lagi...yang lebih teruk kesan chemo (selain dari lubang lubang kecil kat paru paru ni takpe..macam parut je, plus aku tak rasa dan tak nampak)

Kesan paling teruk adalah, gigi aku banyak gila rosak..as in banyak gila

Kalau nak kira cost aku dah buat dan akan spend untuk gigi aku sahaja, aku boleh check in pangkor laut 1 minggu ya...atau boleh beli ticket pergi london ke paris ke pejam mata je..

Tak tau nak marah ke nak sedih ke nak happy ke...

Sebabnya, aku ni adalah manusia yang sangat tak suka dentist (dan semua jenis doktor kot)...jadi, memang sejak sekolah aku jenis gosok gigi sebelum tidur, dah takkan makan lepas gosok gigi

Lepas tu, aku jugak jenis floss gigi

Dan memang akan pergi dental check up selang 6 bulan

Dan..gigi aku tak pernah ada karang ye...

Tapi, memang sejak kecik gigi aku jenis cepat berlubang, tu pun sebab memang aku suka makan manis, dan jugak malas gosok gigi masa sekolah rendah la

Tapi, tak lah teruk macam kesan chemo ni..

Sebelum aku tahu aku kanser..aku memang ada pergi routine check up gigi

Tak sure september or november

Masa tu, gigi aku bersih je...just scaling dan doktor kata jumpa lagi 6 bulan..

Manalah aku tahu aku nak kena kanser, kena operate

Sepatutnya, sebelum start chemo kena check gigi..tapi dalam kes aku kira memang aku dah cek la kan??

Jadi, kesan chemo aku adalah, kadar pereputan gigi aku telah dilajukan dengan selaju lajunya

Kau bayangkan...ada 3 gigi aku yang rosak teruk, nasib baik masih boleh buat root canal...jadi, aku insist nak jugak buat, walaupun setiap satu mahal ya amat (eh tapi dentist yang aku pergi ni tak semahal dentist aku sebelum ni tau)...

Dan, banyakkkk gigi lain yang kena tampal...

Dalam sedu sedan mengenang nasib..aku tanya doktor tu..why doctor, why does this happened to me?? chewahh dramatiss

DOktor tu cakap..

1..mungkin sebab kesan chemo tu lah..mempercepatkan kadar kerosakan gigi

2. sebab aku suma consume benda manis..

Tadi..sebelum balik..aku tanya doktor

"Doktor, you cakap kan, kalau nak elak gigi rosak..elakkan consume benda manis kan?tapi, kalau kata I minum air manis guna straw sama ke tak eh??"

Doktor tu pandang aku, sengih, mungkin juga separuh kecewa

"try to avoid la..penat kita selamatkan gigi awak..."

huuuuuuuuuuuuu

Ok lah...stress sebenarnya asyik pergi jumpa doktor je..hishhh

Monday, January 7, 2019

Buku Kenang Kenangan

Assalamualaikum..

Semalam, aku belek belek handbag aku..

Tiba tiba terjumpa ni..

Haaa ni lah buku chemo aku kalau sesape nak tengok...

Jadi, tiap kali lepas habis chemo untuk hari itu, nurse akan tulis  dalam buku ni...

Contoh 15Feb18, 1st chemo...aku dimasukkan TaxolCarbo 3/52 tu aku tak tau apa..masa aku tanya nurse diorang tak memberi jawapan memuaskan hati, aku pun tengah cuak cuak..aku baaikan je la..lepastu yang hujung tu next chemo session aku..

Tengok masa C6 (cycle ke-6) aku tu...last last dia tulis completed!!!

Yahoooo!!!

Semalam, jumpa buku ni rasa bangga siut...lebih bangga dari tengok sijil aku dapat masa degree dulu...

hewhewhew

Ok lah..bye!

Sunday, January 6, 2019

tanya je

Assalamualaikum..

Aku kan tengah buat assignment..

Kekdahnya assignment aku ni adalah membaca 10 articles, lepastu for each articles aku kena buat summary, critical review dan view from Islamic perspectives..

Dan setakat sekarang (aku dah siap dalam 85% walaupun due date semalam..zzz) aku dah tulis 4444 words pada 12 halaman..ok tipu..tak la tulis, type...

Soalan aku sekarang..

Assuming yang bila aku siap nanti aku akan ada dalam 14 pages full whole words only!!! takde math equations, takd gambrajah, takde table, tulisan tulisan tulisan sahaja

1 kelas aku ada 7 orang

Jadi total pages adalah 98 pages...

Rasanya lecturer aku baca ke in detail satu persatu..

Ahhahahaha sempat pulak aku fikir bagi pihak dia kan??

Dah kenapa? baik aku buat habiskan kerja ni

Ok, jap nangis dulu

huuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

Thursday, January 3, 2019

Oh Come On!!!!

Assalamualaikum....

Sebenarnya aku sepatutnya buat assignment...

Sambil sambil tu aku dengar la suria Fm...

Aku ni jenis manusia dengar Lirik...baru dengar lagu..

Dan bila aku dengar lagu tu, aku jadi marah pulak...

Ni haa lagu nya:

Lirik Lagu Jaga Dia Untukku - Fiena Mentor
Tuhan
Ku Mencintai Dia
Namun Ku Terpaksa Tinggalkannya

Tuhan
Ku Amat Menyayanginya
Namun Ku Terpaksa Tinggalkannya

Tuhan
Tolong Jaga Dia Untukku
Kerana Hidup Ini
Tidak Bermakna Tanpanya

Tuhan
Hantarkan Malaikat Untuknya
Supaya Dia Tenang Hadapi Segalanya

Tuhan
Ku Mencintai Dia
Namun Ku Terpaksa Tinggalkannya

Tuhan
Ku Amat Menyayanginya
Namun Ku Terpaksa Tinggalkannya

Tuhan
Tolong Jaga Dia Untukku
Kerana Hidup Ini
Tidak Bermakna Tanpanya

Tuhan
Hantarkan Malaikat Untuknya
Supaya Dia Tenang Hadapi Segalanya

Kau Utuskanlah
Rinduku Kepadanya
Agar Dia Tahu
Tentang Perasaanku Padanya

Tuhan
Tolong Jaga Dia Untukku
Kerana Hidup Ini
Tidak Bermakna Tanpanya

Tuhan
Hantarkan Malaikat Untuknya
Supaya Dia Tenang Hadapi Segalanya

Tuhan
Ku Mencintai Dia
Namun Ku Terpaksa Tinggalkannya

__________________________________________________________________

Geram gila aku dengar lagu ni...

Sebab aku rasa pompuan yang meluahkan lagu ni sangat lah lembekkkk

Ko dah kenapa???

1. Kau sayang orang ni, pastu kau nak lepas kan dia...kenapa kau tak fight??? kata sayang???

2. Selepas kau lemah gemalai nak lepas kan orang tu, kau mintak pulak Tuhan hantar malaikat supaya jaga orang ni...ok..aku dah tambah bengang dah masa ni...apooo???ko sendiri nak beredar begitu saja, lepastu, kau feeling feeling orang kau sayang tu begitu syumul nak ada malaikat khas jaga dia???

3. Eh lepas kau dah ber melodramatik lepas kan orang tu,sedeih sendu sedan, boleh pulak kau meleret leret lagi nyanyi "tak boleh hidup tanpa dia" "aku cinta tapi terpaksa melepaskan"...Ok, otak aku jadi sakit pulak

Kalau untuk aku...(yang secara amnya aku ni kurang perasaan, sedikit heartless.. ok, tipu aku sangat heartless la jugak sebenarnya)

1. At the first place, aku takkan sayang orang lebih dari aku sayang diri aku sendiri..hell no! benda paling penting aku kena jaga adalah hati dan perasaan aku, mental, dan kewarasan aku...aku jenis takkan berkorban apa saja gitu, kalau aku nak korbankan apa apa, aku pastikan yang hati dan perasaan aku, aku dah secure awal awal, jadi, just incase anything bad happened, aku tak la sedih sangat, dan aku boleh 'whatever'kan saja manusia terlibat..tapi, mungkin oleh sebab ini lah, aku tak pernah putus cinta frust menonggeng..cuma gaduh gaduh manja saja dengan momo...manja kahh???pfttt

2.  Kalau dah sayang orang tu, kau tetap kena ada conscious mind yang mana mungkin kau boleh sayang manusia lebih dari kau sayang Tuhan...ok, disclaimer, aku tak alim langsung ye, jauh sekali tahap pinjamal..ngahahaha, apatah lagi alim ulama...tapi, sejak kecik mungkin sebab atok aku selalu cakap Allah, Allah, Allah, jadi, walaupun aku selalu ingkar je arahan Allah :( tapi, untuk meletakkan rasa sayang aku kat manusia lain lebih dari Allah adalah tak mungkin..apatah lagi nak doa suruh Allah hantar pulak malaikat jaga orang aku sayang...hadoiii pening lahh aku...ni kang masuk konsep ke-tauhid-an pulak..hehehe..tapi kalau something bad happened kat orang yang aku sayang, of kos la aku doa kat Allah, contoh, sembuhkan orang ni, mudahkan urusan orang ni, temukan orang ni dengan jodoh yang baik..etc tec..

3. Dan kalau aku sayang orang..wey aku ni ada ramai jugak lah orang yang aku sayang...aku akan pastikan aku kasik dia sehabis baik mengikut tahap apa yang aku rasa dia layak...bukan lah tetiba aku mengalah di tengah jalan, atau rasa, oh i is tak mampu, i relakan you beredar...apo???penat je suka sayang orang tu bertahun, berbulan, pastu tibahh ko nak lepaskan macam tu...mungkin sebab tu dulu masa sekolah aku selalu sangat gaduh baik, gaduh baik dengan ideq..dormmate aku..hahahha..tapi tengok..haaa hasilnya walaupun dah 20 tahun aku kenal dia, dan tak selalu jumpa, sesekali jumpa elok je aku borak macam baru semalam tido sebelah dia...

Jadi, nasihat aku kepada manusia yang nak bercinta...ok je perasaan cinta dan sayang tu pemberian Allah, tapi jangan lah jadi orang bodoh, dah putus cinta pastu kau macam nak bunuh diri pulak...

Gilo!

Hisssghhhh rimas lah aku dengar lagu ni...

Ok, tu je..sekarang..ber huhu haha lah aku nak siapkan assignment yang satu je lagi ni haaaa

cepat la habis tak sabar nak celebrate ni weyy!

ok.bye!