heheheh aku yang berlagak dah kembali..meheheh
wey sejak aku kunun kunun sihat ni kann kemain sombong aku dengan blog sendu ni kan...berlagak siot
tapi, aku blame blogspot..sebab susah nk handle!(yeah play the blame game)
Ok, jadi, merujuk kepada tajuk aku..chewah..begitu serius :|
beberapa hari lepas..aku borak dengan seseorang...ku nama kan XXX
Jadi si XXX ni ajak aku melepak pada ** ** **
Lepas tu aku cakap "ala, sorry la babe, aku tak boleh la..ada kelas on that day" (Ok tipu, in real life iols tak cakap 'babe' sebab gedik gila..tapi itu lah gist jawapan aku)
Kemudian XXX jawap kat aku "apalah kau ni...orang umur2 kau ni dah tak de belajar belajar pergi pergi kelas dah"
Well, well, well..
Aku rasa benda tu sangat offensive okey!
Kalau aku nak listkan kenapa aku rasa ayat dia tu offensive lebih 200 perkataan kot aku boleh rant..
Tapi, satu je lah aku nak cakap,
"STOP JUDGING ANYONE'S DECISION!!!!"
Melainkan kau ibu-bapa kepada kanak kanak kecil, kau takde hak nak judge apa orang dewasa lain buat...(ofkos melainkan benda dia buat tu memang morally or religiously disgusting, boleh la kot dibenarkan membawang pada tahap minimal...hiks)
Tapi, kalau benda benda lain..STOP ACTING LIKE YOU"RE THE GREATEST PERSON ON EARTH!!!
ha..emosi betul aku...
sebenarnya, bukan sebab aku ni je aku emo, few days back,aku baca pasal elyana. macam mana random strangers judge decision hidup dia..
-dia tak buat chemo ko keji
-dia kena buat radiotherapy ko keji
-dia tak pakai tudung ko keji, ko nasihat macam lah kau baik sangat
-dia makan gula gula kau keji
Korang dah kenapa Seta*?????
Elyana kacau hidup korang ke????dia anak kau ke?? bini kau ke??mak kau ke?kalau bukan..cut the crap and let her live her life!!!for god's sake..ko tau tak dia sakit????tak kira la dia kanser ke..sakit apa ke...berada dalam keadaan sakit adalah keadaan yang shitty...kau yang sihat walafiat, jangan sibuk2 nak amik tempat malaikat, tolong catatkan dosa dia kiri kanan..
Ok, aku paham dalam Islam kita kena menegur..tapi kau tak paham eh keindahan cara Islam ajar nak menegur??? kalau tak paham, kau tak payah susah susah start nk bukak hadith bukak tafsir dulu, kau tengok je video macam mana mufti menk bercakap, mufti wilayah bercakap dengan penuh ketegasan tapi dalam kelembutan..
Sebenarnya aku bukan alim ulama, so aku bukan nk argue pasal tu, apa aku nk argue adalah, tolong lah hormati keputusan manusia lain, selagi mereka tak menyusahkan kau..
Jadi kenapa kalau aku dah nk 33 baru nak sambung masters?
Jadi kenapa kalau course aku amik ni tak sampai 10% pun melibatkan kira kira?
Jadi kenapa kalau aku tinggalkan the so-called "science?"
Jadi kenapa kalau aku tak nak kerja?
At the end on the day, aku membebel kat Mosen pun kalau aku lapar, aku mintak dia duit pun kalau aku nak beli baju, bukan orang lain..
jadi, berhentilah menghakimi keputusan hidup aku, atau hidup orang dewasa lain..
dan kalau satu hari nanti kau ada anak dewasa, tolong hormati keputusan mereka juga..
wahhh emosinya kakak..hahahahah
Oh nway...
kepada sesiapa yang baca blog sendu aku ni, aku tau ada few readers yang pun sakit kanser jugak..
kesian korang..
be strong okey! aku benci gila bila orang suruh aku be strong masa aku sakit, sebab aku tau orang yang cakap 'be strong' tu dia tak tau pun macam mana sakit aku rasa, tapi, helok la dia ckp kat aku 'be strong' dari 'sila mereput' ye dok??hahahaha
oh dan yang paling penting...
Jangan Kawan Dengan Orang Orang Negatif Okey!
Masa ni lah kau nak filter out sampah sarap dalam hidup kau..
-orang yang dah la tak kasik financial support, moral suppport pun kelaut -sila tinggalkan
-orang yang asyik cte pengalaman negatif je...macam lah dia penah kena sakit tu pun - tinggalkan jugak
-orang yang tibahhhh nak nasihat ko berbakul bakul, buat itu buat ini, makan itu makan ini macam lah dia doktor pakar - sila buat pekak dengan orang macam ni..
-percaya orang yang kau percaya sahaja ok!!!
Good luck tempuhi segala treatment dan procedures..
Walaupun aku rasa bestnya kalau ada sesape belanja aku pg tengok Aurora Boralis, tapi, kalau aku dibayar untuk trip tu dengan syarat aku ulangi semua pengalaman kanser aku, aku akan jawab..time kasih, sila simpan Aurora Boralis ko tu, aku sanggup berangan angan kat meja tepi tingkap aku ni je...
Sakit nak mati ok semua benda tu!!!!
Hahahahaha..takut tak???
Tapi, at the end, with the right people,it turns out to be one of my sweetest memories :)
ok lah, apa aku merepek ni...
Babai la!
Oh..lupa..kalau kata Dr KK ke Tara ke, Kak Flo ke baca blog aku ni
Happy Deepavali to you beautiful people!!!!! Thank you for being part of my wonderfully-disastrous journey..
jangan biarkan orang lain menjerut hidup anda!
2 comments:
hi shikin!!!
Hi ibu mengandung..ko sihat tak? nnt ko bersalin aku melawat anak ko eh..heheheh
Post a Comment