Assalamualaikum
Kali terakhir aku pergi kedai gunting rambut adalah pada 31 Dec 2017 kalau tak silap
1 hari selepas aku discharge sebelum aku pergi operate perut
Sebenarnya masa tu aku tak tahu pun aku kanser
Yang aku tahu..aku akan dibedah panjang sejengkal
Dan aku tau aku ni suka sangat cuci rambut panjang mengurai aku
Jadi, aku tau aku akan rimas bila aku tak dapat cuci..dan lepastu aku akan stress..lepas tu aku akan susahkan orang
jadi, aku decided untuk potong pendek
Si pondan yang selalu potong rambut aku tu bersedih sedih aku nak potong..dia cakap sayang
Aku cakap.issokay..new year resolution kekdah nya
Selepas lebih kurang 10 hari, aku tahu aku kanser
Tepat lah kan aku potong rambut
Sebab lepas sebulan kemudian aku chemo, dan 11 hari lepas chemo rambut aku gugur
nasib baik aku be ready
Jadi, rambut aku tak banyak sangat nak handle, aku tak sedih sangat, jadi lawak pulak
Selepas aku habis chemo 31 may lepas
Seluruh rambut termasuk segala jenis bulu kat badan aku gugur
Tapi, 2 bulan kemudian ia tumbuh balik
Termasuk kening aku yang sangka hanya akan tumbuh lagi setahun..
Tapi, rambut aku tumbuh tak sama dengan yang asal
Rambut aku yang halus dan agak brownish jadi tebal dan kasar dan hitam
Jadi, baru 5 bulan lepas chemo, rambut aku dah serabai..
Aku jadi rimas, nak kata hally berry, bukan, emma watson, jauh sekali
Jadi, semalam, aku tekad nak potong
Since aku mode berjalan jalan kat melaka dengan family
Aku saja singgah hang tuah mall
Dan, kedai pertama aku jumpa, kedai gunting rambut, kedai biasa je pun
Yang menarik adalah poster RM15 gunting rambut kat luar tu
Jadi, aku masuk dan borak dengan kakak tu
"kak, gunting rambut berapa eh?'
"perempuan RM15 dik"
"ala kak, rambut saya pendek je..RM10 je lah eh"
"tu harga rambut lelaki dik" kata kakak tu
"series kak, rambut saya lagi pendek dari lelaki"
bila kakak tu tengok, dia pun setuju RM10
Mula mula dia tanya aku, nak pendek ke?
aku jawab
"haah, potong macam emma watson eh" dengan serius
lepas tu semua orang dalam kedai tu gelak..kenapa?kelakar ke?? :\
Masa nk start, kakak tu macam ukur2 la rambut aku..dan dia cakap
'ayo dik, pendeknya rambut awak ni, nak naikkan pun tak boleh, awak baru potong ke?"
Lepas tu aku jawab
"eh tak kak..rambut saya baru tumbuh ni...saya baru habis chemo"
kakak tu pandang aku ikut cermin..
Dia tanya, aku chemo apa..cancer apa..aku cerita la sikit2
Lepas tu, dia cakap
"mak akak pun baru meninggal 3 minggu lepas, cancer rahim'
Dangggggggg
kesian aku kat dia, muka dia terus sedih... :(
Selepas siap semua sessi (termasuk mak dan adik aku yang nak jugek kan)
Kakak tu kira,
Lepas tu dia cakap kat aku
"takpe lah, awak punya takpe lah, free je..jaga kesihatan je tau, jaga diri, doa banyak banyak"
heeeee
aku tak berniat pun nak mendapatkan free treatment semalam, aku beria nak bayar jugak
Tapi, muka kakak tu macam sedih gila, aku rasa dia ingat kat mak dia lah :(
Takpe lah, terima kasih kakak kasik saya free 1st cut saya selepas habis chemo!!!
Semoga akak sihat dan sentiasa happy happy
ok, bye!
P.s Tapi, aku memang tak biasa langsung dengan rambut tebal ni..walaupun dah pendek, masih jugak aku rimas..grrr
nah cantik khenn gambar aku amik jalan jalan kat kampung morten malam malam :)
No comments:
Post a Comment