Tadi, selepas habis kelas asas teori sosiologi dan antropologi..aku borak dengan lecturer kejap...
Memandangkan kelas hari ni kelas ganti dan hampir separuh tak datang kelas...aku lebih banyak berinteraksi dalam kelas..dan aku sambung soalan soalan aku selepas habis kelas...
Bila aku dah bye bye kan lecturer tu..
Dia tanya aku
"were you a sociology student before?'
aku cakap
"nope i took blablabla during my first degree"
dia pandang aku..lepastu dia cakap
"you seem very interested in sociology"
aku macam blur 3 seconds dan sengih je lalu mengundurkan diri dari kelas tu...
Sepanjang perjalanan dari kelas ke kereta..aku terfikir apa lecturer tu cakap
Dan aku akhirnya dapat jawapan yang aku cari cari selama lebih 15 tahun!!!!
________________________________________________________________
Aku tak pernah putus cinta...dan orang kata putus cinta first love tu paling sakit...
Masalahnya..momo tu first love aku..bukan lah tahap cinta mati..(motip nak cinta cinta mati)...
Tapi memang aku bercinta sepenuh perasaan dengan dia je la sorang, dan aku pun kawen dengan dia, tak de pulak aku pengalaman frust menonggeng tak makan dua tiga minggu...
Jadi aku selalu tak dapat relate bila orang putus cinta lepastu beria ria sedih..kadang kadang rasa macam nak lempang je dan cakap "move on ***ch!!"
________________________________________________________________
Tapi, selepas aku dengar apa lecturer aku cakap tadi...baru aku perasan..aku sebenarnya pernah kecewa dengan cinta pertama
Dan kekecewaan aku tu rupanya sangat sangat teruk...
Dan cinta pertama aku adalah subjek BIOLOGY!
Kalau sesape kawan kelas aku 4 dan 5 Bersih baca blog ni..terutama yang duduk dalam kelas, dalam lab bahagian belakang belakang..halu!!
Mesti dieorg tahu betapa aku suka subjek biologi...
Sekolah aku ni pelik sikit..tak tahu kenapa, semua orang wajib score math dan add math..dan konteks score disini cuma A1 ya!!
Jadi, memang setiap hari akan ada kelas math
Tapi, aku tak la suka sangat math..tapi oleh sebab dah tiap hari training macam masuk askar, dapat jugak lah aku A1 utk math math itu masa spm
Subject yang sebenarnya aku sangat suka adalah biologi...Ya Allah aku suka sangat sangat sangat biology!!!
Kalau nk gambarkan macam mana aku suka tu...hmmm ok...macam nota bio aku, aku buat beria ria, warna warni, color color, tulisan bulat bulat jelas dan nyata...
Kalau paper fizik dan chemistry pulak...aku dah lupa langsung buku buku tu macam mana bentuknya
Jadi, atas ke-sayang-an aku pada subjek bio ni, aku belajar agak beria ria lah...
TAPI..bila result spm untuk biologi aku cuma dapat B3...aku kecewa...sebenarnya aku tak perasan pun aku kecewa, sampai beberapa jam lepas..phew
Bila aku analyze balik...ya...aku memang kecewa...sebab
1. aku ada je subjek lain yang tak dapat A termasuk BM...tapi aku tak pernah sekali pun rasa pedulik...kalau aku borak2 ke dengan orang aku macam mem-bye2kan je subjek2 lain yang tak A tu..tapi bila pasal Biologi, aku macam ada rasa awkward..mungkin sendiri terkilan?
2. Lepas result SPM aku yang aku assume begitu teruk tu (terutamanya subjek bio)...aku jadi kecewa nk belajar...aku masuk matriks sebab semua orang masuk matriks...aku masuk USM sebab USM dekat pulau..aku nak duduk pulau..kesah pulak aku nak pergi kelas setiap hari..kesah pulak aku lecturer ajar ke tak ajar...kesah pulak aku assignment ke lab ke apa ke...(nasib baik nasib tetap menyebelahi aku, aku lulus on time dengan results yang ok la...not so bad)..
Tapi, aku perasan, bila aku pergi kelas kelas sociology ni...perasaan bersemangat ingin tahu tu...sama macam masa kelas bio dulu..
Dan aku rasa kan..sebenarnya, manusia ni, kalau dia suka, dia akan bukak pintu hati dan minda untuk terima apa saja dengan mudah
Kesimpulannya, aku dah mensia siakan dekat 16 tahun! sebab aku kecewa dengan cinta pertama aku!!!!!
Nampaknya aku lagi teruk dari orang yang putus cinta dengan boipren dan lepast kuciwa 2-3 bulan...oh my oh my...
Tapi, selain tu jugak, sebenarnya, sebab aku dah terjatuh cinta dengan sociology ni, tiba tiba kalau results aku teruk ke apa, dan aku sedih balik macam mana??
Tapi ok kot, sebab aku kan dah matang kononnya..dan lagi pun orang kata, first cut is the deepest..tak gitu???
kalau mengikut Comte's (bapak sociologi lah konon) sociology ni berada di tangga teratas ilmu yang paling kompleks..diikuti biology...adakah aku mempunya otak tahap tahap pemikir masa lampau???
kah kah kah
Ok lah bye, ngantuk nk tdo...nampaknya sesi pemikiran disambung dalam mimpi :|
No comments:
Post a Comment