Thursday, September 6, 2018

Educated Fool

Assalamualaikum....

Minggu ini adalah minggu pertama aku pergi kelas...

Excited sungguh aku..

Tapi, antara soalan yang paling aku malas nak jawab adalah

"awak ok ke ni?tak membebankan diri ke?"

*straight face*

ala...aku kanser je pun..dan..aku dah baik..sekurang kurangnya untuk masa dan ketika ini aku rasa aku sangat in the pink of health...

Jadi, aku sangat menghargai, jika kisah kanser aku tidak dijadikan alasan untuk aku dapat extra excuse..biarkan aja aku hidup normal please...

Ok..berbalik kepada kisah kelas aku..

Biasalah,,minggu 1st..ala ala sessi pengenalan kepada lecturer dan kelas..

Since misi aku sambung belajar sebab nak dapat ilmu baru..jadi sesi mengenal rakan rakan sekelas bukan lah priority kepada aku..esp bila kelas tu lebih 20 orang...sorry now is not the time for me to make new bff *fliphair*

Tak banyak input lagi pun minggu ni...

cuma..aku tertarik dengan satu part bilamana seorang lecturer aku meng-highight-kan..yang dia bukan sahaja ingin kami menjadi "knowledgeable" tapi jugak "educated"

Aku pun tanya dia, kenapa dia membezakan knowledgeable dan educated...

Dan jawapan dia membuatkan aku rasa kagum dan membuatkan aku terpaksa merefleksi diri aku kembali selama lebih 36 jam dah ni

Jadi...apa beza nya antara kedua dua ni???

Mengikut pemahaman aku dari apa yang diterangkan oleh pensyarah tersebut...

Being knowledgeable ni macam kau tahu sesuatu benda tu..contoh, bila kau pergi kelas biologi, kau adalah knowledgeable bila keluar dari kelas biologi tu kau tahu pasal rantai makanan, atau tau pasal konsep genetik, atau tahu pasal sistem pernafasan amfibia..atau kesan rumah hijau..

Tapi, being educated is beyond that..being educated maksudnya kau menjadi orang yang civilized, high morality, selain berilmu tinggi kau jugak ada nilai moral dan logikal yang tinggi yang kau boleh serapkan dalam kehidupan harian...contohnya, ok, kau keluar kelas biologi, kau knowledgeable dah, bila tau pasal benda benda di atas, tapi, kau adalah educated bila mana, kau tahu yang bumi ni dah tercemar lalu sebagai manusia berpelajaran dan berpendidikan, kau jalankan tanggungjawab sosial kau dengan tak membazir2 ketika membeli makanan, memastikan pengurangan kesan rumah hijau..tak sepak sepak anjing tepi jalan..

Ok?complicated sangat tak?

Atau..kau adalah knowledgeable bila kau belajar dalam kelas agama dan moral yang mengambil rasuah itu salah

Tapi, kau educated, bila kau kerja kau tidak mengamalkan rasuah..

Lepas keluar kelas lecturer tu (and yes..lecturer tu sangat lah slow mo..kalau sapa yang datang kelas dia semata mata sebab untuk periksa akhir tahun..kompem boleh tertidur..hahahah)..aku berfikir dan berfikir...

Selama lama ni..aku selalu berangan yang aku nak jadi orang bijak...aku nak tahu banyak benda dalam dunia ni...sebab aku rasa orang yang tahu banyak benda tu sangat mengkagumkan aku..(sebab tu sejak dulu aku suka lelaki pakai specs..sebab theory asas kononnya, bila ko rajin belajar, mata kau rosak..lalu kena pakai spec..jadi, orang pakai spec orang bijak..wakakakakaak)

Tapi, bila aku re-think...rasanya orang yang mungkin tak berapa banyak sangat ilmu, tapi berjaya berkongsi ilmu yang dia ada beserta dangan mengamalkan nilai kehidupan yang tinggi adalah jauh lebih hebat apatah lagi bila dia ada ilmu yang lebih banyak..

Aku harap, satu hari nanti aku jadi orang bijaki pandai dengan nilai morality yang tinggi...that way,aku ada sesuatu yang sangat berharga, dan tak perlu susah payah nak tunjuk menjinjing bag lv ke sana sini untuk membuktikan aku ada something..ngehhh..

Paham ke apa aku cakap ni?

Rasanya cerita pasal kanser lagi menarik kan? hahahaha..tapi..cerita kanser dah tutup buku..okbye

ok lah, aku nk siap siap pergi kelas pukul 5ptg-8mlm...hujan, jumaat, kelas petang..how great is that?

bye!


No comments: