Tuesday, September 4, 2018

Kehidupan Normal Kembali

Assalamualaikum..

Isnin lepas 3September2018 adalah hari pertama bukak semester baru...

Seperti yang semua orang yang baca blog ni perlu tahu..(wow penting ke sampai tahap "perlu"?)

Aku telah meng- enrolled kan diri aku dalam program master pada tahun lepas..

ceritanya begini..

Dalam 2 tahun lepas aku telah memutuskan untuk berhenti kerja..walaupun masa tu aku staff kesayangan CEO dan gaji aku banyak..tapi bila aku pergi kerja semata mata sebab nak jadi side kick CEO itu adalah sesuatu yang tak menggembirakan aku langsung! hidup aku rasa sangat tidak challenging dan otak aku statik..lama lama aku rasa aku jadi gemuk sebab kerja aku cuma membelanjakan duit gaji aku untuk benda benda tak berfaedah pun...erghhh

Jadi, memandangkan momo kaya jugek masa tu, dan aku rasa aku dah cukup savings untuk beberapa tahun andai kata sesuatu yang buruk berlaku kat momo,aku pun decided untuk berhenti kerja...

Bila dah beberapa bulan berenti kerja..aku rasa boring gila duduk rumah...

Hidup aku ni ni tak demand tinggi, cukuplah setakat rumah kecik aku yang sekecik kecik tu pun aku pemalas nk kemas, 1 kereta, beberapa savings yang cukup lah untuk aku sorang, insurance yang cukup sampai boleh cover aku kanser ahahaha, dan since pada masa kejadian aku tak terfikir pun nak ada anak...jadi, idea untuk cari kerja lain tidak ada dalam senarai..

Jadi, di satu petang yang hening, aku pun jalan jalan pergi UTM KL jumpa kaunselor..oh..aku jumpa banner kaunselor ni masa aku singgah masjid UTM kat kl..

Selepas hampir 3 jam sesi membersihkan otak aku yang masa tu aku rasa dah cukup kosong sampai tahap serabut, kaunselor tersebut memberi aku cadangan... "apa kata awak sambung belajar..awak beajar lah apa awak suka"

Aku ni pulak jenis manusia yang kalau aku tanya orang suggestion nk buat apa untuk masalah aku, aku memang 90% akan ikut je..mungkin sebab secara am aku yang berlagak ni TAK AKAN tanya orang apa apa keputusan hidup aku, kecuali aku terdesak..jadi bila dah penat penat orang kasik suggestions aku selalunya akan ikut je..

Balik dari jumpa kaunselor tu, aku mula cari apa yang aku nak tahu...

Aku pilih SOCIOLOGY dan ANTHROPOLOGY...sebenarnya aku tak la tahu banyak pun pasal course ni..aku tahu sikit sikit pun pasal Ross dalam Friends selalu cakap..ngahaha..dan aku tertarik sebab yoyo penah amik paper ni masa dia kat USM dulu, dan aku penah ikut dia g kuliah kot 1 kali..dan aku rasa ia menarik

Ironic, aku pilih subjek purely tentang manusia, society padahal aku ni punya lah tak suka kat manusia, apatah lagi dalam kumpulan besar..aku rasa, aku sibuk nak pilih course ni sebab aku nak tahu pasal manusia yang aku selalu rasa pelik...(derhhh dah tu aku ni apa????alien???)

Turns out..course ni sangat sangat menarik..walaupun aku tahu, secara umum pada pandangan keluarga besar aku yang terdiri dari orang bijak pandai yang semuanya sama ada orang orang hard science ataupun orang orang "business and such" apa yang aku amik ni sangat lah mellow dan tak signifikan...tapi..aku yakin apa yang aku belajar ni bukan dalam kelompok ilmu sia sia... (situasi ini adalah contoh dimana aku buat je keputusan sendiri tanpa rujuk sesiapa sebab aku sangat yakin dengan diri sendiri)

Yang lagi best, sebab aku belajar kat UIA...dia ada masukkan sedikit (eh tak..banyak jugak la) pasal perspectives from the Islamic World and Islamic Scholars..sesuatu yang memang aku cari cari selama ni...

Masa aku pergi umrah kali pertama..salah satu doa aku adalah aku nak Kenal Allah, Rasullullah dan keluarga baginda dan Agama islam dengan lebih baik...dan aku rasa pilihan aku untuk ke UIA ni sesuatu yang menujukkan doa aku dimakbulkan..cuma bergantung pada aku la, aku rajin ke idok nak cari ilmu ilmu tambahan sendiri, bukan setakat dispoonfeed macam budak undergrad...

Kalau orang tanya kenapa aku sambung belajar..

Aku rasa jawapan aku
1."sebab aku nak tahu"..
2."sebab kalau aku dapat results bagus aku verangan nak apply scholarship pergi overseas" for the sake of berangan nak duduk overseas kejap..wahkakakaka
 
Sekali lagi, sebab nak kerja jadi lecturer untuk dapat duit tu takde dalam list aku  :|

ntah lah, kadang kadang aku terfikir..adakah aku seorang manusia pemalas sebab tak nak kerja??

Tapi, kalau aku pemalas, camno aku boleh jadi pekerja kesayangan bos? dan masa aku nak berhenti sebab nak ikut bos aku yang nak jadi CEO tu, 3 bos bos besar kat bank konglomerat overseas tu pujuk aku...(seriously masa tu rasa hotness level 90!hahahaha sebab 2 daripada 3 bosses tu memang tak pernah pujuk sesape nak blah...)

Dan bila sem 1 hari tu, aku belajar pun..results aku cemerlang gila...

Jadi, aku doubt aku seorang yang pemalas..

Aku akan stick kepada jawapan "aku je manusia pelik yang mengharungi kehidupan pada arus bertentangan dari manusia normal"

Ntah lah..

Oh nway..good news is..aku dah dapat period aku balik!! yes..jadi, secara automatik menolak kebarangkalian yang aku akan menopos awal, buat masa ni..

Selama ni, period adalah sesuatu yang melecehkan ye..

Tapi, bila pertama kali aku dapat period sabtu lepas, selepas TUJUH bulan ya!..aku rasa

"YESSSS sumpahan sumpahan chemotherapy aku dah habis!!!" now dance!!!

ok lah..bye..aku sepatutnya baca buku, tapi syok pulak berangan busy type type blog banyak banyak macam type article..hahahaha.


No comments: