Assalamualaikum…
Ha! Tak sangka dah 5 Ramadhan hari ini…huuu
Terharu, sebab aku masih puasa dengan penuh dan gembira..dan
jugak aku masih hidup..Alhamdulillah…
Sebenarnya, antara ke-concern-an aku masa nak mula chemo
hari tu adalah:
MACAM MANA PUASA NANTI?
Jadi, kalau tanya aku, boleh ke puasa tengah tengha buat
chemo…
Jawapan aku senang je…
Tanya diri kau sendiri…
1 1. Kau larat tak nak puasa? Selalunya kalu aku,
hari hari 3-6 post chemo adalah hari hari yang kejam! Body ache, nausea, urine
berbau taxolcarboplatin kalau air tak cukup, ulcers seluruh mulut dan
persekitaran..Jadi, aku rasa aku takkan puasa pada hari tersebut walaupun
sebenarnya pada hari hari itu jugak aku takde selera pun..macam rugi je tak
puasa, tapi aku tau tahap keboleh pakaian badan dan otak aku tidak sesuai untuk
aku puasa masa tu…tapi oleh sebab puasa hari tu start hari ke-7..jadi, YAY! Aku
masih Berjaya puasa sampai hari ni…
2 2.
Apa alasan kau tak nak puasa? Merely sebab ko
sakit kanser? Hmm kalau macam aku “kanser” aku ni tak sakit pun..hahaha…yang
sakitnya post chemo macam aku cakap kat atas…Jadi, aku takkan simply guna
alasan “kanser” untuk tak puasa…sebab aku dari dulu rasa lawak kalau orang guna
alasan teeny weeny untuk tak puasa..contohnya “sakit perut”, ok, sehari dua
boleh lah, kalau ko sampai sebulan sakit perut, lepas tu setiap tahun pulak
alasan tu…ko dah kenapa? Baik ko g cek kat hospital..entah entah betul betul
kanser
3 3. Kenapa kau puasa? Puasa ni kan sebab Allah suruh,
perintah Allah. Dan aku yakin, setiap benda yang Allah suruh tu, tak kan pernah
tujuannya untuk memusnahkan atau menghancurkan hidup/diri…Jadi, kalau kau rasa,
sihat, yes, please go for it..silakan puasa, jangan malas malas…ada keberkatan
dalam puasa yang kita tak tahu, dan mungkin yang kau dan aku dapat nikmat
balasan baik yang berbeza beza
Jadi, jangan sesekali menjadikan PUASA tu macam satu anchor
yang menjunamkan kau ke bawah dan menunjukkan kau lemah…yang menyebabkan kau
jadi manusia seribu alasan…
Sebab bila kau buat macam tu, secara tak langsung image
Islam akan tercalar…
Contohnya
“Awhhh doctor, saya tak larat sangat hari ni, mulut saya
berdarah darah ulcer..sebab puasa kan..”
Well, don’t do that, ada je opt supaya dalam kes kes
tertentu boleh tak puasa, lepastu ganti lah, bukan susah pun kan…
Ok lah, sebenarnya aku dah tak sabar nak raya…wehehehe…sebab:
1.
By raya aku dah complete chemo cycle aku…yabedabedu!!!
2.
Aku just nak rasa kemeriahan dalam tangisan bila
kumpul dengan family aku nanti…
3.
Mehhh, sebab raya kan?
Walaupun aku takde lagi baju raya, dan rasanya takde baju
baru pun kot raya tahun ni, tapi aku yakin aku tetap paling cantik masa tu
sebab aku rasa kening dan bulu mata aku akan botak licin di hari raya…
Ko mampu???
Huuuuu
Ok lah…bye semua..
Selamat menunaikan ibadah puasa…
Nah aku share sikit gambar gambar makanan berbuka aku…
Niat di hati nak diet bulan puasa ni, siap beli oat
bagai..pastu kesian pulak nenek aku beria masak…terpaksa lah aku
habiskan..nasib baik sedap gilo..menggajah la aku raya nanti..dah la botak,
takde kening,macam humpty dumpty agaknya eh..
Ni gambar tahu sumbat hari pertama puasa, masa tu aku ada kesan kesan nausea sikit, tak lalu makan sangat pun..kesian aku request daging kicap kat nenek aku, tapi tak makan pun..seb baik ada tahu sumbat ni, 4 ketul la aku sumbat cukup la untuk tenaga esoknya...Ni hari ke 3, masa ni dah sihat walafiatun...harus lah aku makan beria dengan kuah banjir..nyemmss
Ni kuih buah melaka yang atok aku kata rugi gila kalau beli sebab senang nak buat..haah..memang senang pun..aku yang buat ni tau! :P
Ni pulak hobi baru aku, menjahit..setakat 4 hari aku dah start ni, aku dah berjaya jahit seluar seperti di atas, satu skirt kembang, dan satu sarung bantal satin...aku baca ada artis hollywood mana ntah, kasik tips, nak rambut cantik tidur pakai sarung bantal satin...jadi, aku be ready kan sarung bantal satin siap siap lah, sebab lepas ni rambut aku nak tumbuh dah..yay!!
2 comments:
asam pedas atok kau. Ideq baru je masak masa potluck Ahad lepas, pakai resepi atok kau katanya. dropping by to say hi!
Hapisah..gigih ko nk komen sini..walaupun ko selalu wasap aku...
Post a Comment