Alhamdulillah, untuk cycle ke-4 ni, effect chemo aku semakin berkurangan...
Hari ni hari ke dua aku post chemo dan aku takde kesan yang melampau
Takde pening, takde loya, takde sakit badan, yang ada cuma deria rasa kat lidah yang haywire..dah kenapa semua benda aku makan rasa manis, makan sambal manis, makan tomyam manis, makan rendang manis...tak best jugak...tapi, asal aku boleh sumbat makanan untuk tambahkan tenaga, aku cuba je sedaya upaya...
Oh, dan kadar ke-pekak-an yang selalu aku rasa pun dah takde..cuma rasa kejap je pagi tadi dalam 5-10 minit
Alhamdulillah, bersyukur sangat sangat :)
Jadi, hari ni aku nak berkongsi lah ubat yang aku makan, selepas chemo...
Dan aku akan explain fungsi ubat ubat ni
Haaaa banyak tak masa dan tenaga aku!
Ubat yang paling atas tu, nama dia esomeprazole...fungsi ubat ni adalah untuk mengawal gastrik dan perasaan yang pelik dalam perut aku...ubat ni aku amik setengah jam sebelum makan pagi, sebiji sekali dan sehari sekali je...dan perlu diambil untuk 5 hari selepas chemo...jadi, selalu nya aku makan dalam pukul 7.00/7.30 pagi...lepas tu, guling guling kejap dalam 30 minit
Dan kemudian aku sambung makan ubat yang kedua tu...nama ubat tu adalah dexamethasone...setahu aku, ini adalah sejenis steroid, berfungsi untuk mengurangkan kesan kesan sampingan ubat chemo taxolcarbo aku hari khamis lepas...ubat ni kena makan 2 biji sekali makan, 2 kali sehari, pagi dan petang, dan diambil untuk 2 hari je...maksudnya dah nak habis la aku makan ubat ni petang nanti...
Dan, yang paling bawah tu, aku rasa ubat hero aku..hahahah...ni lah Emend yang selalu aku cakap tu...aku dapat ubat ni selepas chemo ke dua, iaitu selepas aku mengalami alahan teruk dari chemo pertama, Dr Rachael kasik aku makan ubat ni...berfungsi untuk melawan keloyaan dan muntah muntah...ubat ni makan 3 bijik je...1st kena makan sebelum aku dimasukkan chemo, pada hari chemo tu sendiri, masa hari chemo tu makan 30 minit sebelum taxol dimasukkan, pil 120 mg....selepas tu, esoknya aku kena makan pada waktu yang lebih kurang sama, dengan dosage 80mg, tapi aku selalu tipu sikit..contohnya kalau kata aku makan ubat masa hari chemo pukul 10.30 pagi, esoknya, kalau aku rasa aku tak loya ke apa, aku akan makan ubat ni lambat sikit, contoh pukul 11.00 pagi, dengan harapan kesan ubat ni lama lah sikit... hari ke-dua post chemo 80mg jugak,patutnya kena makan waktu yang sama, tapi, aku pun akan makan lambat sikit jadi pukul 11.30 pagi...sekali lagi dengan harapan keloyaan aku kalau kata datang akan datang lambat sikit lah esok..hew hew
Selain dari 3 ubat wajib ni, aku jugak ada segala jenis ubat tambahan yang hanya perlu makan kalau diperlukan...contohnya panadol, ubat tahan gatal dan ubat cirit birit, aku pun simpan gula gula woods, just incase batuk...
Tu jelah ubat aku, tak sabar nak habis cycle chemo ni, supaya aku boleh buang segala ubat aku...dan bag bag ubat tu sekali...wakakaka
Ok lah..tu je cerita aku kali ni...
Bye bye!
No comments:
Post a Comment