Assalamualaikum
Hari ni hari ke 12 selepas chemo ke 3...
Rasa macam dah lamaaaa sangat lah post chemo.. rupanya baru 12 hari
Sejak awal tahun hari tu.. hari hari aku berlalu amat perlahan.. macam kura kura...
bila sakit pulak.. memang lagiiii lah lama tiap detik dan saat...
Oklah, jadi aku nak share pengalaman post chemo aku kali ke 3...
1. Untuk hari ke 1-3 post chemo, Jumaat-Ahad, aku berjaya motivate diri untuk minum air banyakkk.. sebanyak 4.5litre sehari... dan oleh sebab hari 1&2 aku masih ada ubat emend.. side effects chemo tu sangat lah ringan... takde air kencing bau bahan kimia, takde pening pening, takde letih melampau, sakit badan etc.. sehinggalahhh...
2. Hari ke-4...oleh sebab zafri cuti sekolah rupanya, aku, mak bapak aku dan zafri dan fayyad pun bercadang nak tuka angin, balik kampung kat Melaka..aku ok je hari ni.. tak demam pun, tapi letih ya rabbi.. aku baru perasan diri aku adalah manusia yang sebenarnya tak lah suka tidur sangat dah tua tua ni (waktu sekolah ntah kenapa mmg hobj.. tidurrr je) . TAPI bila aku sakit.. aku akan tidurrrr je... jadi, ni lah yang aku buat hari ke 4 ni.. dari kl-melaka, tidur, sampai melaka, tidur, makan pun dah tak selera, dah mula boring dengan air kosong, jadi aku opt untuk air lain adalkan aku minum..
3.Hari ke 5-7..hari selasa till khamis, ok masa ni datang la sakit segala sendi urat etc... jenis yang pegang sikit sakit.. tapi gradually hilang la dari hari ke 6-7..masa ni pun, rasa loya mengada ngada tu datang... aku pun hidup bergantung pada mo far korrr.. asam kecut.. sebab tu je boleh elakkan rasa loya aku, dan aku makan buah, dan minum air manis,.. malam ke 7.. aku muntah selambak..lepas muntah, lega, tidurrr
4.Hari ke 8,konon nak puasa ganti.. sampai tengahari menggigil gigil pastu muntah.. pastu cancel puasa, terus minum 100plus segelas besar, takut aku kalau demam.. huuuu... masih rasa loya, tapi sebab aku bela saka.. wakakakaka.. aku mencekik je. . semua benda aku rasa sedap.. walaupun kadang kadang selera tajam je.. nampak sedap, bila masuk mulut rasa loya.
5.hari ke-9-10..yay!dah sihat..dah takde sakit badan, rasa loya, rasa letih etc.. semua A-ok.. Ahad tu aku balik JB pulak...
jadi, hari ni hari ke 12..
macam macam aku dah buat, pergi pasar, sidai baju, goreng epok epok.. macam macam lahhh..
Aku harap aku ok sampai minggu depan, aku kena ok! sebab jumaat ni aku nak berjimba di USS.. yeah!
Dan dr rachael pun setiap beberapa hari akan msg aku tnya khabar.. mungkin dia takut aku demam lagi kot.. bagus betul dia...
oklah.. tu je cerita post chemo aku kali ni...
tak sabar nak habis chemo.. tapi 3kali lagi.. huuuu
bye!
nah gambar aku bergembira tengok zafri halau lembu...huhu
No comments:
Post a Comment