Wednesday, April 18, 2018

Bersenang lenang di hospital

Assalamualaikum...

Hari ni aku menaip blog dari katil wad jagaan harian onkologi...sementara nak tunggu chemo ni....

Sejak habis post chemo effect chemo ke-3 tu...aku sangat sihat walafiat...

Jadi mari aku kongsi aktiviti aku dah buat sepanjang aku sihat hari tu...


1. Menjahit dan mencantikkan baju yang aku tempah...yang kat atas baju 'the boys' tu aku tambah kan lengan...tshirt momo...yang kat bawah tu aku kilat kilat kan sash Bride to Be untuk nani...tapi dia tak pakai pun...hampeh

2. Aku menjalankan misi mencari mee rebus paling sedap...jadi clockwise bermula dari kiri atas:
a. Mee rebus kat Golden Mile Hawker Centre, Singapore, harga 4SGD kot..ke 4.50 SGD...rasa, tak sedap...macam mee jawa pun ada...3 bintang dari 10 bintang
b. Mee rebus haji wahid, plaza larkin, atas pasar larkin, harga RM4.50...hmmm hampa, nenek aku cakap sedap, tapi hampa...biasa je...tapi yang best dia kasik keropok tu banyak...ohh tapi air kelapa muda dia sedap gila RM5.00 muda gila...nyammm
c. Mee rebus haji wahid, Plaza Angsana...aku pun tak tahu kenapa aku beli 2 mee rebus dari jenama yang sama pada hari yang sama, cuma di tempat berbeza...ok...rasa sehampa yang kat larkin..nasib baik aku pau nasi ayam zafri, kenyang la sikit masa tu
d. Mee rebus Encik Tan, kat Vivo, Sentosa...harga 3.50 SGD...ok..yang ni paling sedap...cuma...tak de keropok keropok tu..jadi, kurang la sikit..yang ni aku kasik 7.5 dari 10 bintang




3. Aku jalan jalan kat Singapore...mula mula pergi jumpa sepupu sepupu mak aku kat Arab Street, Kampung Gelam...lepak lepak ala Singaporean....wahahaha...esoknya pergi USS pulak...penat gila berjalan..tapi seronok betul, sebab selepas 3 bulan aku melepek kat rumah seperti tahanan rumah, aku dapat keluar ...yesss!!!!

4. Aku makan, makan, dan makan....yang atas ni contoh makanan yang aku sumbatkan dalam mulut...karipap initi telur yang sedap, atok buat..alang alang dah ada selera, baik makan kan? tapi..berat aku dah naik 54kg..ok jadi lepas ni aku kena watch out my diet la..nak kena pastikan berat badan aku ideal...oh..dan doktor aku baru cakap makanan yang perlu aku elakkan...contohnya fast food...ok...ini adalah wake up call aku, jadi lepas ni aku kena makan makanan yang sihat sahaja...yela, baru aku perasan, atok lelaki aku yang umur 90 tahun ni..sihat..sebab dia tak suka sangat makan kat luar, terutamanya fast food, sepanjang hidup aku, rasanya tak sampai 5 kali aku nampak atok aku makan fast food..

ok, tu jelah sharing session aku hari ni...

semoga chemo aku kali ni ok je..takde benda yang mengada ngada...
semoga hemoglobin aku naik dengan baik, begitu juga segala ---fil aku..neutrofil la apa segala mak nenek fil lah..

haiyohhh tak sabar nya nak back to normal...

ni dengan kening dah nak botak, bulu mata rozita che wan dah separuh gugur, raya nanti muka aku macam alien la ni...

ok lah..bye!!!

No comments: