Assalamualaikum...
Alhamdulillah, semalam aku dah selesai buat chemo yang ke 4...
Oleh sebab pepatah melayu ada mneyatakan, ala bisa tegal biasa, aku rasa aku dah used dengan procedure sepanjang chemotherapy berlangsung...
Procedure biasalah
Aku yang skema, bertolak pukul 7.00 dari rumah
Sampai pukul 8.00
Tunggu sesape staff yang datang awal kasik aku green light book katil, aku book katil fevret aku, depan tempat nurse tu...
Pukul 8.30 jadi orang pertama amik blood pressure, cek suhu, timbang berat
Pukul 8.40, cucuk jarum kat chemoport untuk amik darah, ofkos aku tetap takut dan ofkos jugak, bila jarum dicucuk pada aku tetap sakit..booo tak suka dan takkan pernah suka..oleh sebab last procedure Erin yang settlekan, aku lega bila kali ni Erin jugak yang buat, almaklum lah aku kan ada trust issue
8.45 turun kat tarik cafe untuk breakfast, aku makan megi, megi kat hospital takpe, makanan sihat, so i assume..wakakkaka
9.20 naik atas set up katil aku, letak laptop, buku cerita, air
9.50 Dr Rachael datang untuk review keadaan aku...
Kesimpulan yang boleh aku buat
-ok, aku dah sihat ehhh..ye lah..aku dah sihat, tapi aku tetap perlu meneruskan chemo session aku ni
-aku tak perlu discan selepas ni sebab aku dah buat 3 scan, 1 prior to my tumor removal operation, 1 PETCT scan sebelum chemo start, 1 lagi lepas chemo 1st yang aku demam rasa ajal sudah sangat dekat tu...chewah, propa kan..kalau aku nak scan, Dr Rachael kata boleh je.tapi kalau mengikut international standard, utk kes macam aku tak perlu dah scan...jadi, persoalannya, macam mana nk tau aku ada cancer lagi tak?
a. melalui result darah, cancer marker tu
b. melalui lumps check yang akan dijalankan oleh Dr Rachael, of kos aku boleh buat sendiri, tapi motip, tahu pulak aku nak buat kan...jadi, insurance kan ada?serahkan je pada yang pakar
c. since aku akan kena follow up forever dengan gynea Dr KK, dia pun akan buat scan every now and then, scan yang baby tu, scan tu kurang berbahaya, walaupun tak begitu tepat, tapi boleh jadi 1st heads up la, just incase anything yang pelik ada dalam badan aku...
-aku tanya jugak pasal makanan yang boleh dan tak boleh aku makan...secara am nya Dr Racheal cakap, makan je apa aku nak makan, in moderation of kos..lepastu dia cakap jugak, tapi kalau boleh elakkan makanan segera, junk foods..kalau rasa nak sgt makan setahun 1-2 kali boleh lah.tapi, selain tu, makanan yang dimasak, makan je ikut suka aku
-bila aku tanya, kenapa aku dapat cancer ovari? dia takde jawapan yang tepat, dia cakap lebih kurang macam ni la aku simpulkan 'setiap manusia ni unik...dalam badan manusia ada corrector yang akan 'membetul'kan cell cell yang pelik, kadang kadang, corrector ni bekerja dengan baik pada badan manusia A, tapi untuk badan manusia B, mungkin tak bekerja dengan baik, jadi terhasil lah cell kanser..susah untuk dipastikan kenapa' jadi kesimpulan kedua aku, ilmu manusia ni cetek sangat sangat, siapa yang paling Bijaksana? Allah lah kan..jadi, aku redha je,,nak kena cancer? ok, kenalah...yang penting jangan putus asa, dan teruskana berusaha!!
-aku tanya jugak, jadi, ada chance ke aku kena balik dimasa akan datang, Dr Rachael kata, theoretically, setiap tahun chance akan berkurangan, tapi dia sendiri tak tahu, mana tahu, 10 tahun akan datang dia yang takde dulu, jadi dia cakap kat aku "DON'T WORRY TOO MUCH. LIVE YOUR LIFE TO THE FULLEST!" betul lah kan, aku dah buat yang terbaik untuk lawan kanser aku ni, dan setakat ni, semua nampak ok, jadi, buat apa nak think out of the box...baik aku hidup untuk hari ini..happy happy kan diri, cari kerja kalau aku bosan, pergi jalan, fikir strategi untuk aku habiskan masters aku, mana tau dapat sambung kat overseas..
10.10 mula dimasukkan dengan air NaCl sementara tunggu ubat chemo datang dari bawah
10.30 atau 11.00 mana Emend 120 mg sebijik, cucuk ubat gastrik, takde side effects, cucuk Aloxi, rasa pening pening kejap di atas awan, cucuk steroid, rasa merenyam satu badan kejap...tak lama lepastu, masuk lah ubat Taxol untuk 3 jam sempat lah aku baca buku sikit, tulis blog entry 1, makan kuey teow goreng, tidur kejap
1.30-2.00 siap ubat ni, masa untuk Carbo, lupa lah berapa lama, sejam kot, dah abis ubat ni, masukkan NaCl balik
pukul 2.40 ptg dah siappppp taraaa!!! dapat lah ubat Emend, steroid dan ubat gastrik untuk bawak balik
Sessi bergambar seperti biasa, aku biasanya tak dan lah nak kumpul semua staff, sebab diorang sangat lah bz,, sesape berdekatan je aku ajak
Jadi...ni kesimpulan aku dapat dari sessi aku semalam:
1. aku perlu mula menjaga kesihatan badan, makan makanan yang baik sahaja, perlu mula bersenam, mungkin petang ni aku nak pergi jogging, sementara aku rasa sihat ni kan
2. Aku perlu hidup untuk hari ini, tidak boleh membazirkan waktu fikir, apa akan jadi esok, bila mana aku sebenarnya mensia siakan saat saat aku hari ni...wow new found perspective!
3. Sayangi diri mu bak kata pajura..dan hargai orang sekeliling....
4. Alhamdulillah aku orang Islam...banyak yang menyebabkan aku rasa lega, one way or another :)
nah hakak payung gambar!
gambar pertama: living life to the fullest, aku dan momo depan Istana Shrek..dalam banyak banyak love stories, Shrek dan Fiona adalah fevret aku..tapi kalau favourite hero aku, mesti lah Mulan!
Gambar ke dua, juga living dan appreciating life..gamba aku dan kawan kawan aku pergi USS...sepanjang 4 bulan tahun 2018 ni..aku rasa masa aku naik ride yang super tak cool ni lah aku rasa paling happy, lupa kejap chemo dan cancer dan segala masalah aku hadapi...terima kasih la korang...sebab berjaya menggembirakan aku... tapi balik USS tu,,,pergh penat gila weyyyy jarang sangat aku lepas berjalan rasa flat macam tu sekali, terus aku teringat yang "oh..aku masih belum fully recovered.." wahahahah
Gambar ke tiga, selepas chemo semalam, co incident birthday adik aku, Ika, tapi dia yang kasik aku bunga..hew hew..bunga selalu menggembira kan aku...tenkiu la Ika, hadiah besday ko adalah tiket konsert KRU hokey..nanti kte pegi tengok 5 hb...semoga ko dan aku sihat walaafiat masa tu, boleh la memekak sepenuh hati!!
Ni pulak gambar aku dengan favourite nurse aku, Erin, sebab walaupun mulut dia macam *******..tapi dia sangat ikhlas, dan sangat cekap buat kerja, yang belakang tu adalah macam co-nurse aku rasa, pun baik, selalu kasik aku cop katil, dah tentu aku datang awal..wakakak..nurse lain macam Hafiza dan Kak Flo pun baik dan terer, Kak Rahimah pun sama, Bashirah sorang lagi co-nurse pun baik dan attentive..nanti lah lepas chemo ke 6 aku nak buat group picture..oh dan nak amik gambar dengan Dr Rachael jugak!..gambar dengan Dr KK nampaknya aku tangguhkan lepas aku dapat anak IVF nanti lah kot..huuuhuuuhuuu
Ok lah, tu je cerita aku..setakat ni aku tak rasa side effects pun, cuma deria rasa aku dah lari, semua pun rasa extra manis...hmmm..takpe lah, temporary je ni..All Iz Well
Bye!