Assalamualaikum!!!!
Woiii akhirnya jumpa jugak aku dengan 31 December 2018!!!
Tak sangka 365 hari yang mendebar debar kan...
Dan seumur hidup aku..aku rasa tahun 2018 ni tahun yang paling unik..tahun yang paling menakutkan..dan menariknya tahun yang paling aku suka sepanjang aku hidup...
(kalau tanya tahun mana paling aku benci...jawapannya tahun aku kat matrikss..erghhh benci gila aku tahun tu..eh tapi nanti nanti lah aku cerita kalau aku rasa nak cerita)..
Jadi, untuk menutup tirai 2018..aku flashback sikit la apa jadi kat aku tahun ni...
Aku tulis ni untuk diri sendiri..sebab aku ni suka sangat nak lupa apa yang dah jadi...nanti bila boring boring or bila tetiba aku feeling dah ada atas angkasa, untuk menyedarkan diri sendiri balik, aku baca lah blog aku ni...
ok..mari kita mulakan...
1. Jan 2018 - aku kena operate, aku tau aku ada cancer,kena semua jenis scan yang menakutkan tu hidup aku serabut gila..miserable tahap maksima...boleh pulak masa ni lah aku nak layan cerita hanu cina pasal orang nak mati, cerita korea cina pasal pompuan mati..dah la memang saiko..tambah tambah saiko sendiri pesal??
2. Feb 2018 - aku buat IVF, ada pulak side effect, merana hidup 2 hari, start chemo, ingatkan ok, sekali tak, rasa macam nak mati 10 hari, 10 hari paling sakit sepanjang aku hidup..first time katil bergegar sebab menggigil..mak aku pun hampir nak give up..ish ish ish...
3. Mar, April, May 2018 -masih lagi bertarung dengan chemo...sumpah untuk kali ke tak tahu berapa chemo ni sakit gila...aku dah botak licin...semua orang suka pegang kepala aku...esp bapak aku :') dan anak buah aku..masalahnya yang kecik tu bukan usap pun..dia pegi tepekk kan...sebab dah botak licin kan...mak dan nenek aku kata, muka aku macam apek jual roti yang supply roti kat kedai runcit atok aku dulu..huhuhu..ada lagi tak eh apek tu...family dan kawan kawan aku beria ria nk menceria kan aku, masak macam macam, walaupun kadang kadang lidah aku memang reject semua benda, makan 1-2 suap je..beria ria ajak aku jalan, walaupun bila jalan 4 jam je muka dah pucat, balik letih gila...tapi gigih pergi konsert, jalan kat singapore..comel je sikin belanja kteorg semua untuk gembirakan semua orang...
4. June 2018 - aku berjaya tak puasa 7 hari je yay!..chemo dah habis, ingatkan dah settle..rupanya malam raya pertama, aku dah flat, cirit birit muntah muntah 5 hari, beraya dengan kening kosong..macam alien sket la muka aku..tapi aku decided untuk tak make up..supaya ada memori gambar raya selepas chemo :')..raya macam princess...tak boleh buat apa apa, sebab dah la sakit, semua orang risau aku lagi sakit..memang ditatang bagai minyak yang penuh..kawan kawan sekolah aku dah tahu yang aku sakit..dan mereka mereka yang dulu rapat dengan aku pun contact balik..ada yang datang rumah, ada yang message, ada yang call..terima kasih terima kasih semua
5. July 2018 - nani kawen, sepatutnya tahun ni tahun nani lah sebab dia kawen..tapi sebab aku yang sakit, dah tukar fokus kat aku...nasib baik kening dah tumbuh, aku jadi pengapit dengan begitu cantik..muhahahaha...dan begitu muka bawang..bukan aku je..nani pun sama, sampai tok kadi tu sound nani lagi "pengantin perempuan..dengar tak ni?" haaa betapa atas pelamin masa nak nikah tu, aku dan nani tetap tak habis habis bercakap...dasarrr...
6. August 2018 - yay aku pergi post chemotrip kat perth..dengan mak aku 2 orang..aku drive sorang dari perth ke denmark, ke albanny...best gila, cantik gila...rasa puas hati gila...rambut aku masa ni dh tumbuh sikit, macam britney spears zaman rebel tu lerr
7. September 2018 - semester bermula! yahoo aku pergi kelas, walaupun tersilap percaturan, amik 5 subjek (hasilnya sampai ke hari ini, assignment tak siap)..tapi lega dapat pergi kelas, dan jadi normal..tapiiiiii..ku sangka kan panas sampai ke petang, rupanya baru 3 minggu kelas aku sakit lagi, paru paru ada lubang sket pulak...dah batuk batuk tak berhenti,hospital, mc 2 minggu zzzzzz...
8. October, November 2018 - hidup seperti biasa, momo konvo, aku start tolong Pameran Istana Puteh, melakukan aktiviti bersosial, pergi check up, hidup dah mula aman
9. December 2018 - aku berjaya dapat pelanggan pertama untuk Istana Puteh! satu kejayaan diri sendiri sebab aku kan tak kompiden..aku buat beberapa kenalan baru, aku jumpa kawan kawan sekolah yang dah lama gila tak jumpa..dan semua orang begitu baik dan warm..ada family gathering family besar aku, best gila main board games dengan pakcik aku macam zaman kecik kecik, memekak dan bergaduh mulut...mengakhirkan tahun 2018 aku dengan baik
Selalunya 31 december, kteorng sambut new year sama sama kat rumah sikin, tapi sebab tahun ni dia pergi phuket dengan roro..aku pulak ada family day, yoyo kat penang, dan nani seperti biasa sibuk..jadi.aku depan laptop type benda ni :)
Apa aku nak cakap adalah...
SELAMAT TAHUN BARU SEMUA!!!
Kepada semua yang membaca, esp sarah..sebab ko kan selalu baca blog aku :P
Semoga tahun depan menjadi tahun yang lebih baik untuk semua semua orang!!!
Aku bangga gila aku berjaya tamatkan 2018 ni wey!!!!!
Phew!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!11
ok bye!
1 comment:
hahahahaha ada anak kecik pun gigih aku buka blog ko ni
Post a Comment