Monday, December 24, 2018

Apa itu IVF??? Jom belajar!

Assalamualaikum...

Pagi pagi krismas ni aku dah memenuhkan otak aku dengan cerita alyah nak anak dengan melakukan IVF

mehhhh tak berkuali betul bahan bacaan aku

tapi, lepas tu aku baca comments orang orang yang baca cerita tu jugak..

mereka membincangkan tentang prosedur IVF...

Ramai yang merasa jijik dan ada persepsi pelik (dan tidak tepat) tentang procedure ni..

Jadi, sebagai manusia yang dah lalu 1st half of IVF procedure..lemme share with you..apa yang aku tahu...

Ok, sebelum aku start..biar aku buat klarifikasi...

Aku belajar pasal IVF ni sejak aku sekolah menengah, kelas biologi (kan subjek pebret aku hehehe)...

Basically, selepas aku belajar, apa yang aku paham pasal IVF ni adalah seperti berikut

- Kalau dalam bahasa melayu mudah... IVF ni dikenali jugak sebagai persenyawaan luar..
- Maksudnya akan ada proses dimana ovum perempuan dan sperma lelaki disenyawakan di luar badan perempuan itu, kemudian, dimasukkan kembali hasil persenyawaan itu ke dalam rahim perempuan tersebut
- Bagi pasangan beragama Islam, ada pelbagai issue yang perlu ditimbang tara sebelum menjalankan proses IVF yang melibatkan tahap perkahwinan perempuan dan lelaki tu.. (yang ni aku pernah cerita nonchalantly kat post pasal IVF aku dulu dulu)

ok, jadi, sejak aku umur 16-17 aku tak pernah ada stigma negatif terhadap proses IVF ni..aku rasa seperti procedure lain terhadap badan manusia, kalau perlu dilakukan, by all means, go ahead..

Dan, bila aku disahkan kanser (kanser ovari pulekkkkk) gynea suggest untuk aku buat IVF siap siap supaya just in case chemo tu membuatkan kesan melampau kat badan aku, aku dah ada lah siap siap telur yang tersedia untuk dilekatkan dalam rahim aku nanti...

Masalah aku terjadi (wahhhh padahal bukan masalah aku langsung, tak perlu pun aku bangun pagi sibuk nak fikir sebenarnya :P )...bila aku rasa masyarakat secara am nya ada stigma negatif terhadap IVF ni...ada yang kata jijik lah, ada yang kata abnormal la.. (ok, sekali lagi, ni sebenarnya masalah aku je bukan masalah orang lain pun hahahah aku kan terlebih masa)....

Jadi, aku nak tolong terangkan sikit lah...bagaimana proses IVF ni..dalam ayat yang paling mudah, siapa yang takde basic biologi atau minimal penggunaaan bahasa melayu pun, insyaallah boleh faham..

1. Ia bermula apabila selepas hari pertama kau period...selepas hari pertama period, kau kena cepat cepat track, dan dalam kes aku sebab aku cuma ada sekali je cycle period sebelum aku start chemo...jadi, sekali tu je lah yang super duper muper important untuk aku beritahu doktor, dan selanjutnya dia akan buat check up ketebalan dinding rahim (sila betulkan kalau salah)..

2. Selepas itu, aku diberi ubat dan injection dengan tujuan memastikan keadaan rahim dan semua semua peranakan dan keseluruhan badan aku ready untuk produce ovum yang sihat, kuat dan dengan jumlah yang sesuai kalau tak silap aku average dalam 11 kot..tapi lepas tu yang hidup atau survive sikit je...macam kes aku, sebab aku dibawah tekanan yang super duper tinggi masa tu...ovum aku 5 je rasanya, tapi 2 je yang hidup...ni lah yang bakal menjadi anak kembar aku satu hari nanti..wahkakakakaka (ye, konpiden itu penting)

3. Pada masa yang sama, sample sperma lelaki akan diambil, untuk dipastikan sama ada boleh menghasilkan sperma berkualiti atau tidak..TAPI jangan risau...lelaki menghasilkan beribu ribu sperma dalam satu satu masa, dan sebab IVF adalah persenyawaan luar, doktor akan pick hanya sperma terbaik untuk disenyawakan..

4. Injection ni macam inject insulin ye...perut kiri lah, perut kanan lah.haiyohh...dah la perut tengah tengah aku ada jahitan panjang sejengkal..dekat dekat situ jugekkk nak kena inject kan...nasib baik ada adik aku, ika, dan momo yang gigih melayan aku yang takut jarum ni...tapi, sekali lagii, sebab aku sangat presure, penghasilan ovum aku terbantut gila, jadi antara penyebab yang kami salahkan adalah ubat injection tu suhu tak betul, end up last few injections aku amik je kat hospital

5.  bila doktor cek cek tengok badan aku dah ok, ovum aku dah bersesuaian jumlah nya (bear in mind untuk kes aku memang masa je penentu...so kami amik je apa yang the best masa tu)...doktor akan set kan tarikh untuk ovum pick up...

6. Ok, process ovum pick up ni akan berjalan seiringan dengan proses sperm pick up...jadi, sewaktu aku ditidurkan, dan ovum aku diambil, pada waktu yang sama, momo masuk ke dalam sebuah bilik dan sperma dia juga perlu dikumpulkan...kalau untuk perempuan proses pengambilan ovum berlaku umpama sebuah proses yang serius..aku ditidurkan, ada banyak gilo staff dalam operation theater tu...lepastu aku tak tau apa jadi sebab tentu tentu aku dah pengsan..wahkakakak..untuk lelaki pulak, mereka perlu mengeluarkan sperma dan diletakkan dalam sebuah bekas..macam mana nak kumpul sperma? jugak, basic biologi, lelaki perlu dirangsangkan supaya sperma dapat dikelurkan dari sistem badan lelaki tersebut... (p.s this part, aku tak faham kenapa some people find it to be funny, or jijik? its something that men are born with, proses alami nya memang begitu, bila kau (lelaki) terangsang lalu sperma akan dikeluarkan...as easy as that to understand...lain lah kalau kau lelaki tiba tiba berpakaikan wanita dan die die mahu mengaku wanita..tu...aku jijik, sebab sangat hidup di alam fantasi...celah bedah mana skrotum ko boleh hasilkan ovum? celah mana boleh darah haid keluar..hmphh ok lah..tu lain topik)

7. jadi, lepas dah settle kumpul ovum aku dan sperma momo, di dalam lab kedua dua benda itu akan disenyawakan...dan, hasil persenyawaan itu, disimpan elok elok dalam tempat yang sepatutnya sehingga aku nak guna nanti (ada je kes yang terus buat kalau tak salah aku..tapi bukan aku, jadi aku tak dapat pastikan)....

Ha,tu je cerita dia, simple je kan? apa yang geli sangat? apa yang complicated sangat??apa yang jijik sangat?

Dan untuk kes aku, ada 2 benda kecil bernyawa yang disimpan dalam fridge kat prince court tu (kelesss kecik kecik dah merasa duduk hospital 5 bintang dah hampir nak setahun..jangan kalau lahir high maintenance sudah..habis lahaku kena cari kerja balik)..ha duduk lah diam diam dulu ye 2 benda kecil, sebelum aku dan momo ready mentally dan physically untuk masukkan kedua duanya dalam badan aku...masanya akan tiba bila kedua dua itu akhirnya dimasukkan dalam badan aku jugak nanti...tapi sama ada akan lekat atau tidak, berjaya atau tidak, semua tu kerja tuhan..of course aku akan pastikan aku betul betul ready, dan aku yakin Dr KK akan pastikan dia buat yang 120% terbaik..tapi, kata putus segalanya tentulah dari ALLAH...jadi tak perlu presure sangat

Basically, aku cuma ada half je pengalaman IVF, lagi half aku belum buat, so aku tak tau :P

Tapi, aku rasa yang 1st half ni lah yang paling crucial nak bagi orang tahu...

Kesimpulannya..untuk aku, secara peribadi, aku sangat open dengan orang yang berusaha mendapatkan rawatan sama ada dari sudut medical atau kerohnian (ruqyah, berdoa, 'bercakap' dengan ALLAH) tapi, ko jangan lah pergi jumpa bomoh mintak zuriat ke, mintak ayat tak habis lengkap ke, berdoa kat IG retis ke...ehhhhh :P

Sebagaimana proses perubatan yang lain, IVF juga adalah tanda aras kemajuan bidang perubatan di dunia ini...selagi tidak menyalahi prinsip kau sebagai manusia, sebagai orang islam, atau apa apa prinsip yang kau sendiri buat, sila kan go for it, tak salah, tak jijik langsung..lagi seratus lima puluh juta kali jijik jika kau pengamal sex bebas yang boleh menyebarkan virus HPV disana sini..yucks!menyusahkan orang lain ok!

Ok lah tu je...korang paham tak apa aku tulis ni???

Buat buat paham je lah...ye la, aku bukan doktor, so takde lah medical terms..tapi kadang kadang sebagai manusia bukan doktor, aku baca penulisan doktor2 yang sibuk nak guna medical terms tapi untuk orang awam..aku rasa diorang berangan je..not everyone speaks your language doctor!!jadilah macam doktor KK cakap je bahasa pasar senang aku paham, jadinya setiap kali keluar bilik dia, otak serabut aku terus jadi lega


nah flash back skettt gambar gynea aku..DR KK Iswaran..kalau ada sesape nk tanya pulak kenapa gynea aku lelaki lah, non muslim lah, sila kan PM tepi..aku ada jawapan untuk soalan soalan tersebut...

ok..bye bye!!!

No comments: