Assalamualaikum..
Ini adalah entry yang sangat super serious!
Ok...tadi siang aku ada baca pasal kes ni...seorang Dato/Datuk komplen kat facebook tentang permasaalahan beliau sewaktu nak buat claim...
Mengikut pemahaman aku (correct me if I'm wrong) kes dia macam ni..Dato/Datuk ni amik insurance dengan PruBSN sejak beberapa tahun lepas dengan bayaran premium bulanan sebanyak RM400..
Sebelum dia amik insurance dia memang dah ada batu karang..
Few years back, dia pernah masuk hospital sebab batu karang tapi tak cover sebab sejarah dia dah pernah ada batu karang sebelum amik insuran...dia ok dengan itu
Tapi, baru baru ni dia masuk lagi sebab sakit jantung..tapi, too bad for him..tak dapat claim jugak..
Jadi, hangin satu badan lah Dato/Datuk ni lalu beliau membuat live (aku tak tau live apa..sebab aku takde facebook mahupun ig)..dan beliau meluahkan ketidakpuasan hati di facebook, seperti screen shot di atas...
ok...dalam kes ni..aku 99% nak salahkan siapa tau???
AGEN INSURAN DATO/DATUK ni...
Sebab apa??? sebab
1. Dato/Datuk ni client/customer...end user..beliau tak tahu pun belakang tabir benda benda insurance ni...konsep asas untuk layman, termasuk lah aku adalah: kau bayar bulan bulan, kau expect kau sakit ada insurance bayarkan bill..segala details mengenai apa yang membuatkan claim ko nanti ditolak sepatutnya dijelaskan oleh agent beforehand...sebelum Dato/Datuk ni start buat keputusan untuk amik insurance tersebut
2. PruBSN pulak, dia ni yang belah hujungggg sana...diorang dah ada list..ok..claim macam xxx tak boleh proceed...dia tak kenal in person pun siapa pemegang card insurance mereka..yang kenal in person..dan yang sepatutnya menerangkan secara detail, apa keperluan PruBSN kepada pelanggan mereka adalah agent agent insurance ni...
Jadi..sebelum aku sambung membebel pasal insurance agent yang tak beretika ni..meh aku cerita dan flashback kan kisah aku..
Sape yang dah baca blog aku sebelum ni..mesti dah tau kan..takpe kali ni aku tulis dramatik lebih sket..hikss
ok..ceritanya begini..
Circa 2014
- aku bekerja di sebuah bank antarabangsa dengan gaji yang berkepuk kepuk..dan ofkos la insurance sakit pening eksiden aku sume bank cover...jadi, tak terlintas langsung nak beli insuran..
- satu hari, aku ikut momo pergi reunion sekolah rendah dia...nak dijadikan cerita, ada sorang kawan mosen nama Syu..dia ni agen insuran..sibuk la promote insuran kat aku..aku ni kan pulak manusia yang socially awkward...kadang kadang..untuk tak rasa kekok dalam sesuatu majlis, aku prefer untuk tanya soalan..jadi, banyaklah soalan aku tanya Syu ni..untuk mengisi masa lapang..sesaje je la..tak berniat pun nak beli insuran masa tu...tapi syu ni pulak gigih terangkan satu satu..tapi, aku kan berlagak..so aku macam..thanks...but no thanks *flip hair*
- beberapa bulan kemudian..masa jalan jalan kat JPO...tiba tiba wey, lutut kiri aku meletop..(macam kita letupkan jari tangan)..dan kembang..esoknya, masa g kerja tak boleh jalan langsung.balik tu aku nangis nangis..terus nak pergi hospital...mak aku yang sangat percaya kat Prince Court Medical Centre suggestkan aku pergi je kat situ..yang bestnya...aku yang berlagak dengan insurance kompeni ni tadi baru sedar yang kompeni aku tak cover pulak bill kat PCMC... :|
- jadi, selepas lebih kurang 3 malam kot klu tak silap, dan masuk x ray dan mesen MRI (series wey..dalam banyak banyak mesen..mesen ni paling menakutkan..) aku pun kena caj lebih kurang RM7,000++..jadi, bayarlah aku secara tunai..sebab kata tadi keje bank gaji banyak kan??merasa lah kauuuu
-diwaktu mengenangkan nasib aku melayang RM7,000 ni lah, aku teringat kat Syu ngehehehe...
-biasalah, aku ni dah terhantuk baru terngadah..baru lah..hegeh hegeh nak apply insurance..sebab mengenangkan yang aku ni kalau sakit lepas ni mengada nak jugak pergi PCMC sebab aku suka bilik dia yang sorang sorang tu..aku tak suka nak share share...
- ok..masa nak apply ni..aku belum discharge pun rasanya, jumpa syu kat PCMC tu jugekk (haa kiasu gila kan aku)...tapi, syu dah warning aku siap siap
"Ok, *******, syu akan declare semua keadaan kesihatan awk..yang dah admitted sebab lutut ni pun, syu nak copy surat dari doctor..lepastu kalau kata pernah sakit sebelum ni sila declare"
-jadi aku provide semua yang dia nak..lepas tu insurance aku approve dengan syarat "TIDAK AKAN BAYAR KALAU KATA AKU SAKIT YANG BERKAITAN DENGAN LUTUT KIRI"
-masa tu aku macam, ok lah, better than nothing..jadi aku bayar RM250/month dengan coverage sebanyak RM4juta sehingga umur aku 70 tahun
Awal 2016
- aku teringat pasal exclusion kaki aku tiba tiba..pastu aku ni kan berlagak.dan tak suka manusia..jadi, aku tak la contact Syu..aku pepandai call PruBSN hq nak settlekan exclusion aku ni..aku pun call sana call sini...(ok, call centre PruBSN ni antara call centre yang tak berapa nak friendly sebenarnya..aku rasa aku tau kenapa Dato/Datuk tu hangin)
-lepas tu aku dapat respond ni:
-tetiba aku macam hangin hangin sendiri pulak, sebab aku rasa PruBSN ni leceh gila...masa tu, aku pun contact Syu untuk melepaskan kemarahan aku..
- Syu dengan lek dan pis nya tolong aku, aku kena tulis appeal letter, kena sign sendiri, pastu kena pergi medical checkup balik dan dia submitkan
- tapi..masa tu tak lepas pun.. PruBSN tak lepas kan exclusion aku..tapi sebab aku paham risiko yang PruBSN amik kalau kata dia letgo exclusion aku tu..aku pun macam ok takpelah..sila cuba lagi di masa akan datang..
Akhir tahun 2016..
-sebab aku banyak sangat masa terluang tak tahu nak buat apa, masa ni dah berenti kerja kan...aku pun cuba lagi nak waive kan exclusion aku..
-Syu suruh aku tulis surat sekali lagi, dan dia akan tolong..aku pun tulis surat seperti dibawah,tulis tangan selekeh jahh..
-lepas tu, aku email kat Syu, dan dia buat yang lain lain..aku tak sibuk sibuk call PruBSN bagai kali ni..
-dan Alhamdulillah, lepas few weeks kot, permohonan aku diluluskan, jadiknya, insurance aku fully covered la, takde exclusion bagai...
Tahun 2017
-aku sakit dada pulak tiba tiba..macam macam kan..saje leteww tak dapat bercuti kat hotel 5 bintang berangan masuk hospital 5 bintang...masa ni PCMC masih lagi hospital preferred PruBSN merasa lah aku duduk suite..siap bath tub bagai..nasib baik bukan sakit jantung eh kalau tak..tak bermakna lah duduk suite gitewww
- total bill aku Rm4k +++ DIBAYAR OLEH INSURAN, PRUBSN
- takde masalah langsung untuk bayaran bil, SEBAB, bila aku warded je, agent aku akan diberitahu, jadi aku takyah bagitau Syu pun, tetiba "taraaaaa" dia datang bersama makanan makanan dan buah tangan lain untuk aku...jadi, bila dia datang, dia akan tanya pasal kemasukan semua senang ke tak..dan dia akan amik tahu betul betul la aku ok ke tak etc
Akhir tahun 2017 bermula 28 december
-bermulalah kisah hitam aku, dimulai dengan masuk operation nak keluarkan tumor anak gajah...tu je dah berapa puluh ribu..
ni surat discharge aku sebelum aku di operate..hew hew..masa ni baru Ovarian Tumor sajorkkk..belum cancer lagi...aku kena discharge, sebab nak new year, Dr KK kata, takde pekdah aku duduk dalam tu sampai hari rabu (Rabu operation day Dr KK)..baiklah balik sambut new year kat rumah (ni aku je cakap..Dr KK tak cakap pun)..bill operation aku lupa letak mana, over RM30k la yang pastinya, masa ni PCMC masih lagi preferred hospital, masih merasa duduk suite ber bathtub..tapi dah ada luka panjang sejengkal..boleh pulak aku nak berendam ek?? (start feb dah tak preferred hospital, so dapat bilik biasa je..huuu)
- lepastu sebelum start chemo aku kena allergic ubat pulak, tu pun beberapa ribu, 2 malam je..so tak mahal sangat kot..(ni pun bill dia ntah mana aku letak..tak jumpa..)
- sehari sebelum chinese new year kot, chemo start...setiap chemo aku adalah balik hari, datang pagi balik petang, tapi tetap dibayar sepenuhnya oleh PruBSN..yang aku kena bayar adalah parking RM15 flat rate..dan jugak makan makan atau minum minum extra..kat day care oncology tu ada je kasik makanan dalam pukul 12, free jah..owhh kueyteow goreng dia sedap..not bad..2 kali aku request ni..
- kena pulak side effect first chemo yang rasa nak mati tu..seminggu gak dok hospital..tiap malam berendam air mata wey..sebab sakit gila, the only way aku boleh lawan sakit tu cuma dengan nangis, tak bercakap langsung, dan berdoa banyak banyak banyak
masa ni Dr Rachael cuti CNY, jadi admitting doctor adalah Dr KK..bila hari ke 4 aku dah bersedih sedihan..muka dia pun dah risau dan sedih je..perghh bila ingat balik masa tu, tragis sungguh hidup aku...masa ni je, bill RM12,700++...
- lepastu chemo kali ke-2..jumpa Dr rachael..lega gila rasa..huuu
- dah tak nampak urat pulak nak cucuk ubat chemo,akibat pengaruh si nurse erin kena pulak buat chemo port
Ha tengok reason for admission aku dah advance..naik ke tahap : Cancer Ovary for Chemoport..(bukan patutnya chemoport for cancer ovary eh?..apa2 je la)
Masukkan chemoport yang tak sampai sehari tu je dah hampir kepada RM8,000
- sebelum buat chemoport, demam pulak kat johor
Kena RM4k lebih sikit..eyewwww..dalam banyak banyak,tahun ni, aku paling menyampah doktor kat KPJ Johor ni..erghh worst everrrrr...muka dah la toya..caj aku merepek merapu..ehhh bengang lah bila fikir balik..
- dan 4 kali lagi chemo..
Ni adalah total bill aku setiap kali aku kena chemo, tengok, ada 6 kali kan tu, bila total up, lebih dari RM30ribu
SEMUA kat atas tu dibayar menggunakan PruBSN ya..tak menggunakan duit aku walau satu sen pun
masa aku tengah kalut pk nak mati (chewahh dramatik sangat kau kan?), tengah nak lawan otak aku yang serabut macam penuh lalang 50 tahun tak bersihkan, semua benda nak fikir, tengah bersedih sedihan melawan kesakitan, SATU benda paling penting yang aku takyah fikir langsung adalah BILL BILL hospital aku...
Selain dari tu, ada jugak dan lain lain yang aku bayar dulu baru claim..iaitu, bil klinik sebelum aku tahu aku ada tumor, first clinic visit lah kiranya, kat klinik dekat rumah aku.. tu pun aku claim
Lepastu, CT Scan dan Pet Scan pun bayar sendiri dulu, baru claim, sebab aku buat outpatient..
Tapi, nak claim pun hassle free, aku kasik je sume bill kat Syu, dia settlekan, tahu tahu dah masuk duit dalam bank...
Selain tu, tiap kali aku admit, dapat jugak duit poket RM200/hari..tapi apakah maknanya dapat duit poket bila nyawa aku dipertaruhkan..(seriously this dramatic??)... yang duit poket ni pun aku tak pernah tanya, dan tak bother pun sebenarnya, tapi, tahu tahu je dapat sms dari PruBSN dan Syu pun pada masa yang lebih kurang sama akan inform aku..
KESIMPULANNYA...
apa aku nak cakap kat sini adalah...
TOLONG CARI AGEN INSURAN YANG SANGAT SANGAT KOMITED!!!!!
dan kepada sesiapa yang nak jadi agen insuran...
TOLONG BUAT DENGAN SEIKHLAS HATI boleh tak???
Hargai nyawa client anda seolah olah anda seorang doktor menghargai nyawa pesakit mereka..
Kalau rasa kau jadi insurance agent semata mata nak dapat 20 client, lepastu nak berenti buat benda lain, at the first place boleh tak jangan jadi agen insuran??
Sebenarnya, lepas aku settle chemo semua hari tu, aku terfikir jugak nak jadi insurance agent, ye la..mana tau aku "jual" cerita aku sendiri, mesti ramai orang tertarik..
Tapi, lepas aku pergi kelas, aku tak rasa aku orang yang bagus untuk jadi agent..aku ni selfish, nanti, aku takut aku buat semata mata untuk duit, jadi, aku fikir, baik aku tolong Syu agent aku (yang aku sangat yakin dia ikhlas dan rajin) untuk promosikan insurance dia daripada aku sendiri jadi agent..lagipun niat asal aku hanya untuk beri kesedaran kat sesiapa tentang kepentingan insuran bukannya nak cari duit..
Aku tak cakap PruBSN insuran yang paling bagus (sebab ada je orang cakap PruBSN ni mahal etc.. tapi aku tak dan pulak nak compare), tapi yang pasti PruBSN BUKAN PENIPU...series la wey, semua bank dan insurance companies kat malaysia ni bawah Bank Negara kot, berani pulak diorang nak tipu..ni bukannya Ahlong...
Jadi, nasihat aku:
1. Kalau mampu, sila beli insuran..mendapat perkhidmatan perubatan yang bagus ketika sakit sangat membantu untuk proses pemulihan (tapi fret not, hospital kerajaan kat Malaysia ni pun bagus..jangan risau)
2. Pilih lah mana mana syarikat insuran mengikut pilihan hati anda, kalau suka kaler merah pilih la Great Eastern ke AIA ke, kalau suka biru, pilih la AXA Affin, kalau suka huruf P, pilih la PruBSN..cmne ko nak pilih?mana aku tau..ko la kaji sendiri..aku tak jual insuran..hahahah
3. Yang PALING SUPER MOST IMPORTANT thing...cari agen yang bagus! yang tak ajar kau menipu, yang tak kool, yang skema, yang menyusahkan kau masa kau nak apply..supaya, bila kau nak claim nanti, kau takde masalah langsung, dan kau boleh duduk dalam hospital, mengenang nasib badan sahaja, tanpa mengenang nasib camno nak bayar bill ni kang..
Last but not least, of course aku promote agen insurance aku..
SYURIANI MAJID..
012-3168834
Series, dia bagus gila...jujur, amanah, sangat akan meleceh dan menyusahkan kau masa nak apply TAPI, bila kau sakit nanti, semuanya macam petik jari je..plus, dia selalu melawat dengan buah tangan..ada effort untuk menggembirakan pesakit ye..walaupun bila dah sakit tu kadang kadang suami ko yang akan makan :|
Aku tak dapat apa apa pun tulis benda alah ni panjang panjang, malam malam, gigih aku buat sepah korek sana sini kat rumah aku ni carik bill bill sebagai bukti..
Aku buat ni semua sebab aku kesian kat kompeni insurance bila orang selalu blast out their anger maki hamun bila tak dapat claim (ok, nak kesian kat kompeni insurance pun rasa kelakar sebab kompeni insurance kaya gila kot..huahahah) tapi aku tetap rasa tak patut 100% salahkan kompeni insurance tu..aku tetap menunding jari pada agen insuran dalam hal ini!!
Oleh itu pembaca sekelian, jadilah pengguna bijak, carilah agen insuran yang bagus, hubungi Syuriani Majid...tibahhhh
p/s: ohh dato/datuk yang marah benar kat FB tu kan..ayat2 dia pun lah haii macam tak berapa bertamadun pun ado..adoi la hai...
Ok lah, sempat nak membawang khenn..bye! selamat malam dunia