Thursday, November 29, 2018

Love-ology

Assalamualaikum!

Tadi, selepas habis kelas asas teori sosiologi dan antropologi..aku borak dengan lecturer kejap...

Memandangkan kelas hari ni kelas ganti dan hampir separuh tak datang kelas...aku lebih banyak berinteraksi dalam kelas..dan aku sambung soalan soalan aku selepas habis kelas...

Bila aku dah bye bye kan lecturer tu..

Dia tanya aku

"were you a sociology student before?'

aku cakap

"nope i took blablabla during my first degree"

dia pandang aku..lepastu dia cakap

"you seem very interested in sociology"

aku macam blur 3 seconds dan sengih je lalu mengundurkan diri dari kelas tu...

Sepanjang perjalanan dari kelas ke kereta..aku terfikir apa lecturer tu cakap

Dan aku akhirnya dapat jawapan yang aku cari cari selama lebih 15 tahun!!!!

________________________________________________________________

Aku tak pernah putus cinta...dan orang kata putus cinta first love tu paling sakit...

Masalahnya..momo tu first love aku..bukan lah tahap cinta mati..(motip nak cinta cinta mati)...

Tapi memang aku bercinta sepenuh perasaan dengan dia je la sorang, dan aku pun kawen dengan dia, tak de pulak aku pengalaman frust menonggeng tak makan dua tiga minggu...

Jadi aku selalu tak dapat relate bila orang putus cinta lepastu beria ria sedih..kadang kadang rasa macam nak lempang je dan cakap "move on ***ch!!"

________________________________________________________________

Tapi, selepas aku dengar apa lecturer aku cakap tadi...baru aku perasan..aku sebenarnya pernah kecewa dengan cinta pertama

Dan kekecewaan aku tu rupanya sangat sangat teruk...

Dan cinta pertama aku adalah subjek BIOLOGY!

Kalau sesape kawan kelas aku 4 dan 5 Bersih baca blog ni..terutama yang duduk dalam kelas, dalam lab bahagian belakang belakang..halu!!

Mesti dieorg tahu betapa aku suka subjek biologi...

Sekolah aku ni pelik sikit..tak tahu kenapa, semua orang wajib score math dan add math..dan konteks score disini cuma A1 ya!!

Jadi, memang setiap hari akan ada kelas math

Tapi, aku tak la suka sangat math..tapi oleh sebab dah tiap hari training macam masuk askar, dapat jugak lah aku A1 utk math math itu masa spm

Subject yang sebenarnya aku sangat suka adalah biologi...Ya Allah aku suka sangat sangat sangat biology!!!

Kalau nk gambarkan macam mana aku suka tu...hmmm ok...macam nota bio aku, aku buat beria ria, warna warni, color color, tulisan bulat bulat jelas dan nyata...

Kalau paper fizik dan chemistry pulak...aku dah lupa langsung buku buku tu macam mana bentuknya

Jadi, atas ke-sayang-an aku pada subjek bio ni, aku belajar agak beria ria lah...

TAPI..bila result spm untuk biologi aku cuma dapat B3...aku kecewa...sebenarnya aku tak perasan pun aku kecewa, sampai beberapa jam lepas..phew

Bila aku analyze balik...ya...aku memang kecewa...sebab

1. aku ada je subjek lain yang tak dapat A termasuk BM...tapi aku tak pernah sekali pun rasa pedulik...kalau aku borak2 ke dengan orang aku macam mem-bye2kan je subjek2 lain yang tak A tu..tapi bila pasal Biologi, aku macam ada rasa awkward..mungkin sendiri terkilan?

2. Lepas result SPM aku yang aku assume begitu teruk tu (terutamanya subjek bio)...aku jadi kecewa nk belajar...aku masuk matriks sebab semua orang masuk matriks...aku masuk USM sebab USM dekat pulau..aku nak duduk pulau..kesah pulak aku nak pergi kelas setiap hari..kesah pulak aku lecturer ajar ke tak ajar...kesah pulak aku assignment ke lab ke apa ke...(nasib baik nasib tetap menyebelahi aku, aku lulus on time dengan results yang ok la...not so bad)..

Tapi, aku perasan, bila aku pergi kelas kelas sociology ni...perasaan bersemangat ingin tahu tu...sama macam masa kelas bio dulu..

Dan aku rasa kan..sebenarnya, manusia ni, kalau dia suka, dia akan bukak pintu hati dan minda untuk terima apa saja dengan mudah

Kesimpulannya, aku dah mensia siakan dekat 16 tahun! sebab aku kecewa dengan cinta pertama aku!!!!!

Nampaknya aku lagi teruk dari orang yang putus cinta dengan boipren dan lepast kuciwa 2-3 bulan...oh my oh my...

Tapi, selain tu jugak, sebenarnya, sebab aku dah terjatuh cinta dengan sociology ni, tiba tiba kalau results aku teruk ke apa, dan aku sedih balik macam mana??

Tapi ok kot, sebab aku kan dah matang kononnya..dan lagi pun orang kata, first cut is the deepest..tak gitu???

kalau mengikut Comte's (bapak sociologi lah konon) sociology ni berada di tangga teratas ilmu yang paling kompleks..diikuti biology...adakah aku mempunya otak tahap tahap pemikir masa lampau???

kah kah kah

Ok lah bye, ngantuk nk tdo...nampaknya sesi pemikiran disambung dalam mimpi :|




Tuesday, November 27, 2018

Pengalaman PAP Smear

Assalamualaikum!!

Hello hello baby...aku kembali lagi dalam edisi sendu hari ini...

Semalam, aku pergi check up..phewww penat aku separuh hari kat situ

Tapi..nanti aku cte eh..mehehehe

Sebab  kali ni aku nak cerita pasal pengalama Pap Smear..

Jadi...apakah itu pap smear?

Meh aku beritahu dalam bahasa layman

1. Pap smear ni adalah ujian untuk memastikan ada tak kewujudan virus HPV dan sel kanser pada pangkal rahim atau juga dipanggil serviks

2. Ok..mengikut kepahaman aku melalui apa yang Dr KK beritahu aku kisah pasal virus HPV ni adalah seperti berikut:
a. kalau kata ada Virus HPV ni kat ko...tak semestinya kau ada kanker servis..Tapi..kebiasaannya kalau kata wujud virus ni..maka wujud lah jugak cell kanser di situ

b. kalau kata bila buat test, wujud virus HPV ni TAPI takde cell kanser, selalunya virus ni secara alami akan hilang begitu saja..virus ni kira macam come and go...

c. Jadi, bila ko ada virus ni je..tapi takde cell cancer, kau kena buat test lagi 6 bulan..tapi kalau kata kau takde virus ni pun..kau kenalah buat pap smear lagi setahun..eh ke dua tahun eh??? dan..kalau memang ada virus dan cell cancer..ehem..paham paham lah ye selamat menempuh kesakitan kimo!sumpah aku tetap rasa chemo tu sakit gila ****

d. Mengikut kajian selalunya virus ni akan dihinggapi kepada mereka yang mengamalkan seks dengan lebih dari dua orang ..(tapi aku kan trauma trauma sendiri..kalau kata ntah2 aku guna public toilet orang sebelum aku tu ada virus HPV pastu virus tu melekat pulak kat aku...chehhhh imajinasi tahap tinggi)

3. Jadi, soalan normal aku kat doktor sampai Tara Nurse dr KK pun pandang aku dok geleng geleng kepala je...ofkos lahhh 'SAKIT TAK DOKTOR??' (itu pun selepas aku membebel bebel kat doktor aku cakap kenapa aku kena buat, aku ni pengamal safe sex tau! aku kan dah buat CT scan..buat apa nk cek lagi.macam macam aku cuba justifykan kat doktor)
Selain dari tu, aku pun takut sebab ada orang aku tak ingat sapa...penah cakap kat aku "sakit ye buat pap smear, dia masukkan mulut itik, pastu dia akan calit something untuk amik sample"
 Dr KK pandang aku dengan muka garang dia seperti biasa..
"Who told you it hurts?? tell me??"
ingat pulak aku sape saspek aku masa tu kan :|
 Lepas tu Dr KK sambung lagi
"whoever that told you it hurts that's because she never met Dr Iswaran"
kompiden betul dia ye...nasib baik dia memang pakar jadi selayaknya lah dia kompiden...


4. Jadi, sakit tak???ok, untuk sesape yang penakut sakit...percayalah, aku orang yang super takut sakit..walaupun dah banyakkkk kali..aku cucuk kat chemoport, semalam, masa nak cucuk lagi, merah merah muka aku..sampai kak rahimah suruh aku bertenang dulu..jadi, explanation aku pasal kesakitan pap smear ni harus diambil kira dengan serius ya...
Dan..jawapan dia...taraaa tak sakit...masa dia masukkan mulut itik tu..sama je macam masuk probe scan yang tegak tu (ye..aku punya scan semua guna benda tu. :| ).. lepas tu masa dia nk mcm swipe sikit amik sample tu tak rasa apa2 pun...tapi penjelasan kesakitan aku ni adalah sebab aku dah selalu kena scan dengan dimasukkan benda scanner tegak tu tau..bukan scan baby yg atas perut..so kalau sesape yang tak pernah masuk scan tegak tu..mungkin agak cuak gak la mula mula..

6. Keputusan Pap Smear ni akan keluar lagi 2 minggu..jadi buat masa ni takde apa apa lah..tapi sebab dr kk cakap takde kaitan pun cancer ovari dengan cervical cancer, aku tak risau pun (kecuali kes penggunaan tandas awam tu lah :|)

Ok...sebenarnya banyak cerita aku check up semalam..tapi semuanya kisah rainbows and butterflies..tapi aku kan nak habis sem..jadi bz yakmat Ya Allah..jadi, nak tulis pun tak feel gitew..

Nanti lah kalau aku rasa masih relevant untuk aku cerita di lain hari, akan kucerita kan..

Nah ni lah gambar  macam mana scanner yang masuk ikut vagina tu


Ini pulak untuk Pap Smear.. dia guna yang plastik pakai buang ni ye..jadi tak lah trauma sngat guna yang besi tu..grrr


Ok lah..tu jue...babai ngantuk siut!