Ok, hari ni aku nak share kisah pemasangan chemoport...
Procedure aku hari ni sepatutnya pukul 12.00 tengahari, tapi sebab aku takut gila, aku jumpa Dr Tan kat klinik dia dulu pukul 11.00 pagi...
Dr Tan, seperti yang Dr Rachael cakap, seorang yang bermuka sangat muda walaupun umur dia tak berapa nak muda..(aku tak tahu la pulak umur dia berapa, tapi berdasarkan kecekapan dia buat procedure aku, aku yakin dia bukan muda sangat walaupun muka dia memang muda)
Jadi, masuk masuk bilik Dr Tan, takde apa pun, dia tunjuk gambar kat google, dan dia cakap benda benda ringkas..macam "no lah,...it won't hurt" "budak 12 tahun pun baru buat last week" "there is only small chance of infection like 0.05%" "there will be 5 injections given"
Lepas jumpa dia, aku terus masuk bilik day care untuk daily procedure...
Wah seperti biasa, aku dah mula menggelabah lah kan...mula mula duduk kat lounge area dengan Momo
Tak lama lepastu, ada sorang nurse panggil untuk masuk kat area katil katil day care, sebelum masuk tu, aku kena tukar selipar, dan selipar momo kena dibalut supaya mengekalkan ke hygiene an lah kot...
Lepas dah duduk kat katil tu, nurse amik BP, wahh pertama kali BP aku lebih 130, iaitu 133...nampak tak takutnya aku masa tu...
Kemudian aku diberi baju OT, baju yang jenis ikat kat belakang, kena buang segala dalaman yang kita pakai,,dan ditukar dengan yang hospital beri...pakai jugak lah topi OT tu...
Dah siap siap, aku pun di tolak dengan katil tu dan dibiarkan menunggu kat kawasan luar bilik OT...haa kat kawasan ni jugak la dulu aku tunggu tunggu sampai tertidur masa sebelum operation buang tumor...
Dalam 10 minutes kot, aku pun baca segala zikir yang aku ingat...sebab aku dah terkebil kebil ketakutan masa tu sorang sorang
Lepastu, Dr Tan datang untuk aku sign consent from, since dia dah explain segala kat aku tadi, dia datang dan cuma cakap "Ok! It's autograph session time!" lepas aku sign, aku pun ditolak masuk ke OT...
Dalam tu ada lebih kurang 4-5 orang nurses ikut...
Aku disuruh tukar ke katil OT, set set kepala, badan kat tempat sepatutnya..
Bila dongak nampak lah lampu lampu besar macam dalam tv tu
Nampak la sorang nurse tengah prepare apparatus, terus aku toleh tempat lain
Nampak jugak radiologist yang sama masa 1st time aku buat CT Scan tengah tolak satu mesen yang baru aku tau mesen Xray..canggih gila mesen tu..
Ada dua lelaki jugak yang aku tak pasti nurse ke apa
Dan ada sorang nurse perempuan yang aku rasa tugas dia cheer kan aku ngahahah
Tak lama lepastu, Dr Tan pun masuk dengan ceria nya...dia ni ala ala Dr Rachael jugak la, sejenis suara petir...wakakakaka
Masuk masuk dia tegur aku "Jangan takut lah...sikit je!"
Jadi, bermula lah procedure pemasangan chemoport seperti di bawah..ini lebih kurang lah yang aku ingat dan perasan:
1. 1st sekali Dr tan buat adalah scan area yang dia nk buat procedure tu, ala, scan biasa macam scan baby tu...bila dah scan, dia cakap "Ok, loooks good!"jadi satu kelegaan lah kat situ
2. Kulit antara bawah leher sampai ke dada dibersihkan dengan alcohol, Dr Tan kata "we have to do this to make sure no infection" "close your eyes, if it gets into your eyes it'll hurt a bit"..lepas tu kena biarkan air dry...Dah kering, kulit aku disapu dengan satu lagi benda, yang aku rasa adalah iodine...sambil sambil tu, Dr Tan cakap "don't worry, we haven't started yet, don't worry i will tell you when we start"
3. Lepastu kawasan yang nak buat port tu, (belah kanan atas dada dan sambung ke leher) di cover dengan sejenis kain atau plastik ke apa lah color biru, jadi mata aku tak lah nampak direct apa yang sedang berlangsung..dan disebelah kiri aku lah nurse yang aku cakap jadi cheerleader tu diri sepanjang procedure...
4. Dah siap cover cover tu, Dr Tan pun cakap "Ok, I cucuk bius eh..yang tadi i cakap...sakit sikit tau..kalau sakit sangat bagi tahu ok" sebab muka aku dah ketakutan gila, nurse sebelah aku cakap kat Dr Tan "buat yang paling slow Doktor..dia takut sangat ni" Ada beberapa cucukan aku kena buat, ada jugak aku cakap "ouchh doktor, sakit sakit..." bila cakap macam tu doktor tu cuba men-divert perhatian aku dengan membuat lawak lawak dengan nurse kat situ..contohnya "wahh hari ni bagus kan..sesuai kalau pergi dating" dan nurse nurse tu pun jawab la "panas la doktor, malam la..sejuk sikit" permainan saikologi
5. lepas beberapa seconds..Doktor tu tekan tekan area yang dah bius tu, tanya aku sakit tak..aku cakap, tak lah sakit..tapi rasa lah...ok..lepastu dia cakap "dah nak mula"...ok, telan air liur, lagi lagi bila aku dengar dia cakap "SCISSORS"
6. Walawey, masa tu aku tau nak kena gunting agaknya aku, atau mungkin aku saiko, aku dengar la bunyik kulit aku kena potong kat bahagian dada, dan aku rasa la tiba tiba panas kat area ketiak aku, darah aku mengalir lah tu kan..wahh masa tu tetiba aku menggigil..nurse sebalah aku tu cakap "ok ke? ok? sabar, tarik nafas, hembus nafas"..Doktor tu yang dengar cakap "no lah, just breath normally, sikit je ni" lepastu dia buat satu lagi
7. Aku tak tahu lah apa Dr tu buat mungkin sebab aku ketakutan..huuu..tapi yang aku ingat dia cakap "ok, ni wire yang nak masukkan, nak tengok tak?" aku tutup mata rapat rapat dan cakap "tak doktor, tak tak tak tak"..nurse nurse semua macam "no doctor, no no, dia takut sangat"..lepastu doktor tu buat hal lagi, dia cakap pulak "nak tengok tak port yang nak masuk ni?" wahhhh memang tak la...aku menggelabah lagi sekali dan nurse pun cakap "tak yah lah doktor..tak yah"
8. Lepastu dia masukkan wire, simple procedure, lepastu nak masukkan port tu..Doktor tu suruh aku whistle, sesuatu yang aku terer..tapi tadi aku try try tak dapat..pastu aku cakap "i'm sorry i cant doctor, i'm too scared"...jadi aku kena tahan nafas yang macam nak buang air besar/kecik..aku pun tak tahu apa aku buat, tapi tiba-tiba doktor tu cakap "ok! dah masuk! " eh eh
9. Masa ni lah kegunaan radiologist dengan mesen X-ray dia tadi, lepas dah masuk semua mesen tu dibawak dan area tempat ada port tu di x-ray dua kali...bila Dr Tan dah puas hati..dia cakap "ok, sekarang kita jahit!"
10. tak rasa apa pun masa jahit ni..dan Doktor Tan pun borak borak dengan aku...tanya pasal kanser aku, pasal aku kerja mana etc etc..
11. Dah habis semua..dia cakap kat team tu..."ok, what a drama today" hehhh aku lah tu kan yang banyak sangat drama...dah nak buat macam mana..memang aku penakut :|
12. oh aku lupa.. tak pasti lepas jahit atau sebelum Dr tan testing dulu port tu.. semua ok untuk port aku..Alhamdulilah
Ok, dah habis tu, aku ditolak ke luar balik kat area menunggu..
Dalam sejam lah, sementara nak tunggu insurance clear..diberikan 2 pack biskut dan milo...
Masa nak makan tu, aku bangun dan rupanya kat belakang baju aku abis kena darah..aiyoh patut lah bau hanyir..
Dah settle semua, aku pun amik ubat kat farmasi dan balik..
Tu je lah kisah aku dan chemoport aku...
Jadi, aku officially dah jadi ironman, sebab ada bendasing dalam badan..haaa tak nak sangat masukkan benda dalam badan, tetiba ada seketul benda eh adoi lahh
Nah aku share gambar:
tu gambar baru aku dengan tompokan darah..banyak jugak darah aku dibazirkan..dah la hemoglobin kurang..hew hew
Lepas ni dah takde lah tangan lebam lebam macam ni lagi harapnya...insyaallah...
Oh lupa...kalau sesiapa nak tahu harga procedure ni...dalam RM6,000 ke RM7,100 yang aku buat kat Prince Court... kat tempat lain aku tak pasti
Nanti lah..kalau aku rajin aku tulis semua kos yang dah inccured untuk aku buat segala mak nenek procedure ni...hishhh
Ok lah..bye..penat gila sebab semalam tak tidur ketakutan..
Ok, dah habis tu, aku ditolak ke luar balik kat area menunggu..
Dalam sejam lah, sementara nak tunggu insurance clear..diberikan 2 pack biskut dan milo...
Masa nak makan tu, aku bangun dan rupanya kat belakang baju aku abis kena darah..aiyoh patut lah bau hanyir..
Dah settle semua, aku pun amik ubat kat farmasi dan balik..
Tu je lah kisah aku dan chemoport aku...
Jadi, aku officially dah jadi ironman, sebab ada bendasing dalam badan..haaa tak nak sangat masukkan benda dalam badan, tetiba ada seketul benda eh adoi lahh
Nah aku share gambar:
tu gambar baru aku dengan tompokan darah..banyak jugak darah aku dibazirkan..dah la hemoglobin kurang..hew hew
Lepas ni dah takde lah tangan lebam lebam macam ni lagi harapnya...insyaallah...
Oh lupa...kalau sesiapa nak tahu harga procedure ni...dalam RM6,000 ke RM7,100 yang aku buat kat Prince Court... kat tempat lain aku tak pasti
Nanti lah..kalau aku rajin aku tulis semua kos yang dah inccured untuk aku buat segala mak nenek procedure ni...hishhh
Ok lah..bye..penat gila sebab semalam tak tidur ketakutan..
1 comment:
As salam. Babe, nk email. Byk nk tnya ni..
Post a Comment