Assalamualaikum...
Hari ni nak share pasal pengalaman servis paling teruk aku pernah hadapi kat hospital..
Perghhh..semalam pertama kali untuk tempoh yang agak lamaaa aku mengamuk kerana servis hauk aku dapat kat KPJ Johor...
Meh aku ringkaskan apa yang menyebabkan aku marah sangat!!
1. Mula mula aku pergi emergency, dengan bertopeng bagai, yelah kan, orang yang tengah undergo chemo kena pakai mask...jadi aku cakap dekat care assistant yang kat counter tu masalah aku:
"saya demam 38 degree, saya tengah undergo chemo, jadi oncologist suruh jumpa doktor.."
lepastu bolehhhh care assistant tu cakap apa?
"jadi, puan pakai mask ni sebab apa ya? influenza eh?"
aihhh ko ni ***** ke apa? ko duduk kat Emergency kot...dan basic guideline, "ORANG CHEMO MEMANG DIGALAKKAN PAKAI MASK UNTUK ELAKKAN JANGKITAN"
lalu naik angin lah aku disitu dan cakap
"Kan saya dah cakap saya tengah chemo!!senang kena jangkitan"
2. Aku tak paham kenapa aku tak dapat jumpa MO je kat emergency, sebab selalu kalau kat PCMC first liner adalah MO..tapi hari tu nurse or care assistant kat situ cakap
"Puan masih boleh jalan kan? apa kata puan terus jumpa specialist kami. Sebab at emergency ni cuma MO"
Aku sebenarnya agak confused, jadi aku ikutkan je lah, dan aku expect aku jumpa oncologist lah kot..
Rupanya aku dibawa jumpa Physician....
Dannnnnn disinilah bermulanya mimpi ngeri aku...
3. Masuk klinik doktor tu..yang aku namakan sebagai Dr B..(sebab aku Bengang dengan dia, dan sebab aku rasa dia Berlagak, dan Bongkak walaupun nama dia start dengan D) aku disambut dengan clinic assistant yang tak berapa nak rajin..nanti elaboration di bawah...
Dalam 30 minit Dr B pun masuk dengan rambut serabai takde senyum takde apa..
Masuk masuk klinik dia, aku cakap la masalah aku, dan aku call Dr Rachael dan pass fon kat dia...
Punya la Dr Rachael pot pet pot pet dekat 3 minit kat Dr B tu..yang dia reply cuma "ok ok, i haven't look at her yet"
Lepas tu, dia tak cakap apa pun kat aku, dia cuma cakap
"ok, we'll take your blood sample"
aku cakap la.. "am i gonna be warded..tak nak boleh ke?"
dia cuma cakap apa tau "shot first talk later"
sangat sangat sangat super cold...
lepas tu aku pun tunggu kat luar bilik dia
dan minah clinic assistant tu cakap..."insurance kan? ok, pergi bilik tu jalan depan ni belok kanan, pergi amik borang insurance"
makcik aku yang teman aku kat situ terkejut lah..dah kenapa kena jalan amik borang sendiri ?
makcik aku lah yang pergi amikkan
dah dapat borang tu..minah ni cakap "ok, isi lah borang tu"
depan depan tu jugak aku cakap dengan makcik aku kuat kuat "haaa? isi sendiri? kat hospital lain senang je, kasik je card, semua dah siap"
tapi, kesah pulak minah tu kan..hahaha
4. lepas tu aku dibawak pulak kat satu tempat macam day care la..untuk amik darah buat IV line, masuk air etc
masa tu dah pukul 11 dekat 12 tengahari..
nurse dalam tu cakap..
"puan, bilik ni tutup pukul 12.30, kalau puan tak dapat bilik by 12.30 kami hantar puan kat emergency room dulu ye sementara"
hehhhh...tapi, nasib baik aku dapat 'paksa' untuk dapat bilik tak kesah la bilik jenis apa sempat lah aku keluar sebelum bilik tu ditutup
5. masa naik bilik tu aku dibawa oleh seseorang dari registration...
Lepas naik level ward aku tu, minah yang dari registration tu cakap "bilik puan kat sana eh..puan masuk la dulu.."
aku pun masuk la sorang sorang (sebab makcik aku dah keluar pergi makan)
masuk bilik tu..gelap, tiba tiba terkejut aku, ada satu makhluk duduk kat sofa sebelah katil aku..aku macam
"ya allah terkejut"
rupanya seorang care assistant tengah melepak dalam tu...
pelik sungguh aku rasa masa tu..boleh pulak kau nak melepak lepak dalam bilik patient eh?????
6. sepanjang hari tu aku tunggu bila Dr B ni nak datang,nak explain result darah aku..
few times aku tanya nurses..dan jawapan mereka sama
"tak pasti lah puan"
sampai lah ke malam, takde muncul pun muka Dr B tu...
pukul 11 malam, Dr Rachael wassap aku...nak tau result aku...
aku pun mintak kat nurse dan hantar kat Dr Rachael
Dr Rachael kata "your results is "thumbs up""
Dan malam tu aku tidur dengan lega, sebab tak payah fikir fikir result darah aku...
tapi hampeh tak? dr lain yang kasik explanation lebih awal dari Dr B yang sepatutnya appointed doktor aku kan?
7. esoknya pukul 11 Dr B datang dalam 30 saat untuk cakap:
"your white blood cells are quite low, but it's normal for people who undergo chemo"
aku tanya "can i go home today?"
dia jawab "you're still on antibiotics, tomorrow"
itu sahaja...
8. Esok paginya, pagi pagi buta pukul 8 Dr Rachael message aku lagi..tanya khabar
Betapa concernnya doktor aku yang 300km di utara tu berbanding si Dr B tu..
pukul 10 lebih dia datang
again, dalam 30 saat..
"your white blood cells are a bit low. you can go home today"
aku masa tu dah meluat dengan dia..so aku tak berminat pun nak tanya lebih lebih...
9. Pukul 1 bill aku siap..dan Momo pergi cek...
Haaaaaaa sekali..bila cek...tau tak berapa caj Dr B ni in total????????
RM812.50 without GST!!!!!!!!!!!!!!!!1
Gila bab* caj dia mengalahkan segala jenis doktor pakar yang aku pernah jumpa....
Haaaa...masa tu Momo dah mengamuk..tapi aku masih wat lek wat pis..
10. Kami pun tunggu kat ward katanya konon customer service nak datang..sedari pukul 2...sampai pukul 3.30ptg
3.30 petang je..aku naik hantu la kat ward tu..dah la aku expect nak makan ayam merah atok masak...aku pun telefon customer servis dan mengamuk meraban lah kat situ...
lepastu momo pun mengamuk kat nurse kat luar tu...kesian mereka huuuuu
haaaa..dan dan tu dalam masa 5 minit head customer service agaknya datang nak tanya aku masalah aku...
aku pun cerita la ketidak puasan hati aku especially dengan Dr B ni...
ding dong ding dong..customer service tu dapat lah mengurangkan sedikit kepanasan hati aku
dan bil aku pun ditukar..caj doktor tu dikurangkan kepada rm500+++ je...
which aku rasa still super duper mahal...
ward round dia adalah rm157 ye sekali.compare dengan dr kk yang rm103..aku tengok muka dr kk pun dah rasa lega, belum lagi dengan kata kata semangat dan kata kata dia yang garang suruh aku jangan mengada-ngada sangat nak bermalas malasan..heeee...
Dr B ni...walaupun ko caj aku RM157, tengok muka serabai dan selenga dia tu, kalau aku sakit teruk, aku rasa makin sakit 3 kali ganda kot...hishhhh..semak lah..
11. Ok..last sekali yang aku baru perasan dan terkejut dan tak puas hati....
pagi tadi, baru aku tengok harga ubat yang diberikan kat aku..
aku pelik, kenapa dia kasik aku sampai 3 botol ubat batuk yang perlu dimakan sampai 7 hari...
dan tahu tak berapa harga 1 botol ubat batuk tu?? rm80!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
so total ubat batuk aku adalah rm240...
masalahnya hari aku discharge tu aku dah tak batuk pun...
weyyy serabut la aku pk pasal pengalaman aku kat KPJ Johor ni!
__________________________________________________________________________
Tapi, disebalik segala ke-tahi-kan yang aku lalui kat KPJ Johor...
ada 2 perkara yang aku nak puji
1. nurse nurse kat KPJ tu sangat lah baik dan professional...dan dengan vein aku yang kecil dan biasanya susah gila orang nak carik, nurse kat bilik menunggu tu dapat menjalankan kerja dengan baik..sangat terer la dia..walaupun sorang sorang..
nurse nurse kat ward pun baik gila...semua baik, dan takde nurse practical..huu minta maaf la...aku tak suka sangat sebenarnya ada nurse practical kalau aku kat ward..
2. Masa aku tengah panas hati dan dilayan oleh bos customer service tu, tiba tiba pegawai customer service yang sepatutnya layan aku tu datang, seorang lelaki muda baya-baya adik aku agaknya...
Dia cuba sedaya upaya nak menjernihkan keadaan..dan bila aku cerita pasal kisah aku kat ER tu..tiba tiba mamat tu pun sentap...sebab, rupanya dia pun cancer survivor..jadi dia faham la kenapa orang pakai mask etc...
tetiba aku bersemangat pulak sebab tengok dia dah sihat walafiat, yang ada cuma kesan parut kat leher buang nodes dia dulu...
Jadi, lepas aku dah panas hati, kisah dia tu menjadi penutup yang baik la untuk aku dan momo..heeee :p
Kesimpulannya, tidak mungkin sama sekali aku akan jumpa dengan Dr B tu lagi...
Dan aku tak faham sebenarnya kenapa at the first place dia terfikir nak jadi doktor!
Tahu tak yang tak semua orang patut jadi doktor, jangan kau ingat kau bijak sikit, atau kaya sikit boleh pergi medical school kau layak jadi doktor
NOOOoooooo....nanti lah...aku tulis pasal benda ni
Sekarang aku patut tidur sebab esok aku ada minor procedure untuk masukkan chemoport lah pulak...
nanti aku cerita eh best ke ada chemoport ni..
Rasa macam dah nak jadi IronMan dah aku :P
Ok..bye..selamat malam dunia!
No comments:
Post a Comment