Assalamualaikum
Halu...ok tak jadi delete blog sebab kadang kadang aku rasa aku suka nak menulis..jadi kalau boring2 boleh la aku tulis kat sini
Sebenarnya lepas last entry tu..aku tak masuk2 blog ni
dan aku tak tau pun nk maneuver blog ni..so aku tak tau aku ada comment ke apa..dan nk reply komen pun aku tak tau..dan aku malas nak cek macam mana..
ngek betul la...hantar la email notification ke apa...kesian pembaca2 aku yang meninggalkan komen...
hahahahahah macam lah ramai pun...
Ok nway...kepada cik/puan/encik lina yang tinggalkan komen kat entri aku sebelum ni..ini jawapan aku kepada soalan kamu:
"Salam thanks share story, kita google cri and then jmpa
blog ni;) saya pun bru diagnosed cancer lymphoma. So skrg dah chemo ke
2. Saya pakai chemo port jgk. Mmg rasa dia tak selesa eh atau awk ok je?
Ada cara penjagaan khusus tak, atau just jaga biasa je?"
Jawapannya adalah:
1. Ye tak selesa gila pakai chemoport...benda tu terbonjol kat dada ko..lepastu ada pulak wayar tersembul kat leher..padahal sebelum itu kulit ku halus mulus tanpa ada apa2 di situ..tiba2 ada pulak benjolan yang ko tau itu adalah sebiji mesen utk masukkan ubat...(bear in mind aku ni extra saiko tau..jadi aku ada extreme rasa bab sakit2 fizikal...tapi bab2 hati dan perasaan aku takde rasa sangat..meheheh)
Dan ketidak selesaan chemoport tu (untuk aku) adalah sepanjang aku ada benda alah tu...annoying ok! yela sebab kadang2 kulit aku rasa tertarik..sebab tu kan benda asing bawah kulit...kadang kadang jugak rasa gatal sekitar2 chemoport tu..which sebab aku saiko jugak..aku tak garu area tu..sampai lah dah bukak port aku tu baru baru ni...
So jawapan dia..ye tak selesa..sila biasakan dengan ketidak selesaan itu
2. Penjagaan khusus takde pun..apo nk khusus benda tu dah helok ditanam bawah kulit..awal2 tu ye...kena la jaga jahitan tu...tapi lepastu takde apa pun..boleh je nak lari, swimming, hiking, mount climbing (ok, semua tu tipu...sebab aku tak bersenam..aku cuma berendam2 di swimming pool dan jalan kaki je...apo senam2 beria...kan aku dah cakap aku mungkin mati disebabkan sakit jantung atau kegemukan,,bukan kanser...dasar hidup tak sihat)...
So jawapan soalan ke-dua..lepas dah makesure jahitan tu elok kemas cantik..takde apa pun..aku hidup seperti biasa
TAPIIIII
jawapan jawapan ni...jawapan aku la
ada macam2 faktor utk jawapan aku ni
Cthnya
- aku treatment kat hospital private, jadi aku boleh la mengada ngada nurse cucuk sikit tak nak itu tak nak...kalau kat government kena la bertimbang rasa, orang ramai, subsidi banyak pulak..ingat banyak masa nurse nak layan sorang2 bagai menatang minyak yang penuh..so dari sudut ni,,maybe cerita aku berat sebelah
- aku jugak diva divo...sepanjang aku kanser aku tak kerja dan menjadi princess..so aku tak yah buat apa2..jadi aku xyah fikir benda2 lasak..takyah masak tak yah buat keje rumah..takyah fikir yang nak naik train sesak2 g keje kot chemoport tu terdedah kat kuman ke apa...so..maybe jugak cerita aku tak adil
Ada je orang2 yang aku baca dan kepoh2 yang chemoport bermasaalah, yang bila pegi hospital demam panas (ye la lepas chemo kan selalu la sgt nak demam panas..kesian tau)...nak masuk ubat tetap nk cucuk kat tangan tak nak guna chemoport sebab tak semua nurse pandai, dan hospital kerajaan takde masa nk layan.dan benda2 ni menyebabkan chemoport tu tak berfungsi dengan maksima, sayang la...
Ataupun, bila guna chemoport bukan utk chemo skali kena kuman pulak, dah bernanah..adoi..kena pulak tuka chemoport...
Aku rasa..ni aku je la rasa..benda2 ni...50% keadaan external yang kita tiada kawalan, dan 50% kawalan kendiri, cthnya sentiasa jaga kebersihan, jangan suka mengeluh, sentiasa berdoa dan sentiasa bersama orang2 yang faham diri anda..kalau yang tak paham ko atau yang ko rasa tak sesuai dengan ko, tinggal kan je...fokus pada nak pulih dari cancer dulu. lepastu baru lah cari kawan2 lain..
Ok, panjang lebar jawapan aku..banyak sangat masa ni..
kepada cik/puan/encik lina...all the best, cancer is such a painful journey, embrace every moment of it..sebab sesungguhnya sakit dan siksa kena kanser tu sekukarangnya kita boleh rasa, tapi sakit2 lain dalam hidup, mcm hilang kerja, hilang sumber pendapatan, tak dapat apa yang dihajati, benda2 tu lagi sakit dari kanser tapi kita takkan nampak dan takkan mudah2 dijelaskan kesakitannya
apa aku merepek ni..tapi betul kan?
k la bye bye!
No comments:
Post a Comment