Sunday, May 12, 2019

Hidup dengan bronchiectesis

Assalamualaikum!

Ok..sepertimana pengikut  blog aku sedia maklum..

Selepas aku chemo..aku kena 2 kesan major

1. Masalah gigi yang aku dah selesaikan dengan jumlah kerosakan poket hampir RM7ribu!! sebab segala mak nenek crowing la root canal la..eihh geram la aku cte

2. Masalah paru paru berparut..atau nama saintifiknya bronchiectasis

Jadi..hari ni aku nak cerita kisah kehidupan seorang penghidap bronchiectasis..

1. Masalah ini bukan reversable..bukan macam kanser yang bila ko nasib baik chemo ko berkesan..lalu cell2 cancer kau mati..nope...ia lebih teruk dari itu..sebab aku kena hidup dengan benda ni forever and ever you'll stay in my lungs..

2. Kalau kanser tu ada cell cell dan ketumbuhan ketumbuhan tambahan dalam badan ko...sakit paru paru aku ni macam defect pada paru paru aku..sebagai contoh..aku amik analogi yang dr fauzi selalu suka sangat nak kasik aku...kereta...katakan lah badan ku ini sebijik kereta (make it a bmw please!)..sakit paru paru aku ni..umpama sebahagian dari gear box aku rosak sedikit...of kos aku tak boleh menikmati pemanduan seperti kereta baru..tapi tak bermakna aku terus tak boleh gerak..well i'm bmw mind you! harus lah aku berusaha untuk sesuaikan diri dengan hidup yang baru...cuma..sebab gear box aku dh rosak..aku kena selalu la hantar kat auto bavaria buat servis bila ada hiccups sikit...

3. Bila ada scar kat paru paru aku ni...scar tu akan menyebabkan aku lebih mudah kena jangkitan virus ke bakteria

4. Selain dari tu...bila aku dah kena jangkitan..segala mak nenek batuk la selsema la..dengan mucus tu...melekat lah pulak lendir lendir itu beramai ramai di paru paru aku

5. Menyebabkan..bila aku kena attack je..amik kau...kahak aku bukan sikit sikit boleh buang guna tissue...tapi utk kes aku..memang sekali aku batuk berkahak..memang penuh satu cawan....

6. Bonus point...aku selalu batuk waktu malam..dalam pukul 9 10 macam tu..dan since couple of hours before that aku makan..selalu nya..aku akan batuk mengeluarkan kahak beserta apa aku makan...memang terbaik lah untuk membantu program diet aku khensss...

7. Selepas 3 kali aku kena serangan major..aku perhatikan yang aku paling mudah dijangkiti bila aku over over dekat dengan orang yang selsema..batuk..demam...kalau setakat 1 bilik je..aku susah jugak nak jangkit...tapi bila anak anak buah aku demam..dan aku tiap hari datang geletek diorg dan peluk cium diorang...kompem..beberapa hari kemudian aku kena jangkit..tapi lebih teruk..jadi..bila anak anak buah aku dah sihat..aku tetap jugak batuk batuk berkahak selsema selebet serabai semua lah..eihh rimas

8. Jap..sebelum tu..aku rasa penyakit ni adalah penyakit untuk orang yang bernasib baik..sebab aku didiagnos pun sebab aku kena pegi CT scan...Sebab aku bekas pesakit kanser..cuba kalau kata aku takde kanser...mesti aku kena xray je..dan tak semua scar tu boleh nampak dalam xray..jadi..sebagai manusia positip seperti fazura..aku bersyukur aje lahhh

9. Jadi...selepas aku mengeluh, bersedihan, tidak dapat menerima hakikat...dan seterusnya dibebel dan dimotivasikan oleh Dr Fauzi...dia kasik aku tips untuk manage keadaan aku ni..senang je (well easier said than done la ofkos).. mula mula...jaga diri..elakkan diri dari tempat tempat dan manusia manusia berisiko...lepastu kalau kata aku terkena jugak sakit...kawal perasaan dan minda (ok over..ni aku yang cakap)...macam biasa, amik ubat ubat yang dia dah sedia kan..ubat demam, paracetamol, ubat selsema, dan yang paling penting, ubat cair kahak...ada 2 jenis..1 yang power dan mahal nama dia flumicil..satu lagi kurang power tapi jauh lebih murah..nama dia aku tak ingat sebab masa doktor bagitau..aku dah sihat walafiat..aku buat donno je..lalu disaat dan ketika ini aku menyesal...dan..kalau kata aku sesak nafas..pakailah nebulizer yang dibekalkan...(so sad)...kalau teruk sangat pergi lah klinik berdekatan..dan bagitahu pasal bronchiectasis ni...bukan bronchitis ye..sila amik peduli...kalau tak baik jugak..pintu Dr Fauzi sentiasa terbuka..gitcheww... ohh..dan akhir sekali sepertimana nasihat semua doktor aku yang lain..live your live happily, stay positive, eat healthy, do some exercise, dan banykkan berdoa..

Ok..tu je lah kot...

Sebenarnya disaat aku menulis ni..aku saspek aku nak kena serangan kahak besar besaran...aku baru je muntah 2 ketul besar kahak disertai nasi yang aku makan masa buka tadi..nice...

Taapi, aku jugak dah bijak..dah amik panadol, ubat selsema, dan ubat cair kahak..

kepala aku pun dah dingdong..wengweng..lalalal..

Mungkin...masa untuk tidur..

Jadi, assignment..jumpa anda esok hari je lah eh..

bye semua!

Selamat berpuasa!!!

No comments: